Tuesday, October 13, 2009

Wiley boleh saman Fergie



Alan Wiley boleh saman pengurus Manchester United, Alex Ferguson. Demikian kata seorang peguam sukan terkemuka Britain yang memberi amaran kepada Ferguson bahawa Wiley mempunyai alasan kukuh untuk mengemukakan saman bagi menghentikan perbuatan pengurus United itu yang suka membuli.
Pengerusi Persatuan Sukan dan Undang-Undang Britain, Mel Goldberg berkata, Wiley mempunyai kes yang cukup kuat untuk tuduhan fitnah selepas Ferguson mengatakan pengadil itu tidak cergas.
"Ferguson telah bercakap mengenai perkara yang sama sekali tidak benar dan ia telah didedahkan dengan salah.
"Saya rasa Wiley mempunyai alasan kukuh untuk mengambil tindakan undang-undang jika dia tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan Persatuan Bola Sepak (FA) England," katanya.
Ferguson telah membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung perkara itu Sabtu lalu.
Dalam insiden di Old Trafford Sabtu lalu, Ferguson secara terbuka telah mengkritik Wiley dengan menganggap pengadil itu tidak cukup cergas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails