Thursday, October 15, 2009

Benitez kena amaran gara-gara sindir pengadil



Pengurus Liverpool, Rafael Benitez (gambar) diberi amaran ekoran sikapnya yang seolah-olah sengaja mempersenda pengadil perlawanan. Selepas tewas 1-2 kepada Tottenham Hotspur pada aksi pembukaan Liga Perdana England, Benitez menjawab satu soalan tentang prestasi pengadil dengan menanggalkan cermin matanya sebelum dia memeriksa cermin mata tersebut.
Suruhanjaya Peraturan Persatuan Bola Sepak (FA) England memutuskan bahawa tindakan Benitez itu jelas sekali mempunyai niat.
“Suruhanjaya telah dimaklumkan mengenai rekod disiplin Benitez sejak dia menjadi jurulatih dan pengurus lebih 23 tahun lalu,” kata jurucakap FA England kelmarin.
“Selepas mengambil kira semua faktor berkaitan, kami memutuskan bahawa hukuman setimpal ialah memberi amaran kepada Benitez.”
Sementara itu, kecederaan yang menimpa Steven Gerrard ternyata membimbangkan kem Liverpool dalam mengharungi kempen Liga Perdana England.
Lantas dia kini sedang bertarung untuk mengembalikan kecergasannya sebelum Liverpool bertandang ke Sunderland Sabtu ini.
“Saya tidak rasa ia satu masalah besar dan harap dia (Gerrard) akan cergas menjelang Sabtu ini,” jelas jurulatih England, Fabio Capello.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails