Friday, October 9, 2009

Pemain pertahankan Maradona




Javier Mascherano,Sebastian Veron dan Lionel Messi sedang berlatih bersama untuk persediaan menhadapi kelayakan piala dunia.

Bintang veteran, Javier Mascherano dan Juan Sebastian Veron tampil menyuarakan sokongan mereka untuk terus berada di belakang jurulatih bermasalah Argentina, Diego Maradona.
Sokongan penuh dua bintang Argentina itu disuarakan menjelang aksi penting menentang Peru dalam kempen kelayakan Piala Dunia esok.
"Maradona mendapat sokongan daripada semua pemain," jelas pemain tengah Liverpool, Mascherano.
"Dia adalah jurulatih dan dia tahu apa yang dia buat."
Kelmarin, Maradona yang dianggap salah seorang daripada pemain terhebat dunia mengakui beliau mungkin akan meletak jawatan sebagai jurulatih jika gagal memenuhi syarat, sekali pun Argentina mara ke pusingan akhir di Afrika Selatan tahun depan.
Begitupun, perancang kelab Estudiantes de Argentina, Veron mengakui apa yang dilakukan jurulatihnya itu perlu diberi perha- tian oleh semua pihak.
"Diego tidak berpuas hati atau mungkin tidak sukakan sesuatu. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang buruk apabila dia menuntut untuk meneruskan misinya."
Masa depan Maradona mula menjadi perhatian selepas Argentina berdepan kesukaran untuk layak ke pusingan akhir walaupun dibarisi pemain kelas dunia seperti Lionel Messi dan Carlos Tevez.
Malah, pasukan gergasi dari Amerika Selatan itu turut berdepan kemungkinan tersingkir daripada pusingan akhir Piala Dunia tahun depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails