Sunday, October 11, 2009

Kelayakan Piala Dunia: Argentina hidupkan peluang


Jurulatih Argentina Diego Maradona meluncurkan badannya di atas padang bagi meraikan kejayaan pasukannya menjaringkan gol kedua ketika perlawana kelayakan Piala Dunia menentang Peru di Buenos Aires hari ini. Argentina menang 2-1.

Pemain gantian Martin Palermo menjaringkan gol dua minit sebelum masa tamat bagi memberikan kemenangan Argentina ke atas Peru 2-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia yang penuh dramatik.
Kemenangan itu menghidupkan peluang Argentina untuk layak ke Piala Dunia 2010 selepas menduduki tangga keempat kumpulan Amerika Selatan dengan berbaki satu perlawanan menentang Uruguay Rabu ini.
Empat pasukan teratas layak ke Afrika Selatan.


Pasukan yang telah layak

 Berikut senarai negara yang telah melayakkan diri ke kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan selepas perlawanan hari ini.

 


ZON EROPAH:
Belanda, England, Sepanyol, Jerman, Serbia, Itali

ZON ASIA:
Jepun, Australia, Korea Selatan, Korea Utara

ZON AFRIKA:
Afrika Selatan (tuan rumah), Ghana, Ivory Coast

AMERIKA SELATAN:
Brazil, Paraguay, Chile

AMERIKA UTARA:
Mexico, Amerika Syarikat

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails