Tuesday, October 6, 2009

Pemain tentukan nasib Chelsea - Ancelotti


ANELKA (kanan) meraikan jaringannya bersama Deco di Stamford Bridge.


Carlo Ancelotti menjelaskan, peluang Chelsea untuk menjulang gelaran Liga Perdana England musim ini kini terletak di tangan anak-anak buahnya sendiri.
Kelmarin, Chelsea kembali merampas takhta pendahulu daripada cengkaman Manchester United setelah menang 2-0 ke atas Liverpool di Stamford Bridge.
Kini, Ancelotti percaya nasib anak-anak buahnya untuk menamatkan kemarau kejuaraan liga bergantung kepada kemahuan setiap pemain kelab London itu.
"Saingan musim ini hanya bergantung kepada kami sekarang, kami berada di kedudukan teratas dan kami bersedia mengharungi perlawanan seterusnya dengan penuh keazaman," kata Ancelotti.
The Blues merampas takhta tersebut daripada United setelah anak-anak buah Alex Ferguson itu diikat 2-2 oleh Sunder- land, Sabtu lalu.
"Tetapi kami mahu terus mengekalkan tumpuan kepada saingan musim ini, bukan kepada pasukan lain. Ini adalah kejayaan penting ke atas sebuah pasukan yang bagus dan saya sangat gembira.
"Saingan bagi musim ini? Sasaran kami ialah mahu kalah hanya satu perlawanan dan kami telah pun mengala- minya."
Pada aksi kelmarin, Didier Drogba mencipta dua peluang buat Nicolas Anelka dan Florent Malouda menjaringkan gol.
Ancelotti berkata: "Didier adalah pemain yang membezakan pertemuan ini dan dia juga telah banyak membantu Anelka di bahagian serangan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails