Thursday, December 31, 2009

Keputusan perlawanan liga perdana inggeris

Manchester United 5-0 Wigan Athletics

Portsmouth 1-4 Arsenal

Ronaldo bengang


RONALDO tidak berpuas hati dengan tindakan penyokong Real yang tidak menunjukkan sokongan penuh apabila kelab gergasi Sepanyol itu beraksi hambar.


Cristiano Ronaldo menyelar peminat Real Madrid kerana tidak menunjukkan sokongan penuh apabila kelab gergasi Sepanyol itu beraksi hambar.
"Kami tahu bahawa tugas kami ialah melaksanakan tugas dengan baik tetapi kadang kala ia agak mustahil," kata Ronaldo yang menyertai Real dari United dengan rekod perpindahan dunia tahun ini.
"Kami sentiasa cuba (yang terbaik) tetapi kalau pada ketika itu pasukan ini tidak bermain dengan baik, peminat langsung tidak memberi kami lebih sokongan.
"Sebagai contoh, peminat Manchester United berjaya menjejaskan tumpuan Liverpool atau Manchester City di atas padang. Saya rasa peminat kami patut cuba melakukan seperti itu kerana ia memberi kelebihan dan semangat kepada pemain."
Ronaldo kembali beraksi pada hujung November lalu selepas dua bulan berehat ekoran kecederaan buku lali dan dia memberitahu kecergasannya semakin meningkat setiap masa.
Malah, bintang Portugal itu berhajat merampas semula gelaran Pemain Terbaik Dunia FIFA yang terlepas ke tangan penyerang Barcelona, Lionel Messi tahun ini.
"Saya memiliki impian untuk menjadi pemain terhebat dunia," kata Ronaldo.
"Dengan izin Tuhan, saya telah berjaya memenangi trofi pemain terbaik dunia tetapi saya harap dapat memenanginya sekali lagi, tidak kira tahun ini atau selepas ini. Apa yang pasti saya akan memenanginya sekali lagi."

Torres ‘disimpan’

 http://www.egyptianplayers.com/assets/Rafael_Benitez_280x_451090a.jpg

Rafael Benitez mungkin tidak menurunkan penyerang, Fernando Torres pada perlawanan Piala FA menentang Reading Sabtu ini dengan harapan pemain itu cergas untuk membantu Liverpool menghuni kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana England.
Torres muncul sebagai pemain Liverpool paling pantas mengumpul 50 gol liga selepas menjaringkan gol ketika menang 1-0 ke atas Aston Villa kelmarin.
Kemenangan itu membawa Reds empat mata dipisahkan dari kelompok empat teratas yang akan layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.
Begitupun, penyerang Sepanyol itu mengalami kecederaan pergelangan kaki, juga masalah pangkal paha yang dialaminya hampir di sepanjang musim ini.
Benitez akan menilai Torres dalam tempoh beberapa hari ini dan berharap pemain Sepanyol itu cergas bagi mengharungi baki saingan liga musim ini, bermula dengan aksi di tempat sendiri menentang Tottenham Hotspur pada 10 Januari ini.
Perlawanan tersebut mungkin menyaksikan Liverpool kembali mengukuhkan cengkam terhadap pencabar mereka dalam saingan untuk memburu tempat layak ke Liga Juara-Juara.
“Dia mengalami masalah pada pergelangan kaki, juga pada pangkal paha.
“Kami akan menilai perkara ini dan lihat akan akan berlaku. Kami menyerahkan kepadanya, namun kami perlukan dia untuk terus cergas bagi baki musim ini. Itu perkara yang penting,’’ kata Benitez di Villa Park.
Kecederaan Torres diyakini akan pulih tepat pada masanya untuk dia beraksi menentang Spurs nanti, namun ada kecederaan yang lebih membimbangkan buat Liverpool, iaitu Glen Johnson.
Pertahanan kiri England itu meninggalkan Villa Park dengan berjalan menggunakan topang akibat masalah lutut.
Dia akan diawasi sepanjang 24 jam berikutnya, dengan Benitez merasakan pemain itu mungkin perlu menjalani ujian imbasan untuk menilai setakat mana kecederaannya.
Gol kemenangan yang dijaringkan oleh Torres ke atas Villa menyaksikan dia memecah rekod 50 gol Liverpool milik Roger Hunt yang menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 72 perlawanan.
Benitez sedar betapa pentingnya Torres dan ketua pasukan Steven Gerrard, pemain tengah berinspirasi kepada skuad England, kepada Liverpool.
“Adalah penting buat kami untuk memastikan Torres dan Gerrard cergas. Jika mereka terus cergas dan boleh beraksi pada kebanyakan baki perlawanan, kami ada peluang yang sangat bagus,’’ kata Benitez, yang terkejut dengan kekecohan ekoran daripada keputusannya yang memberikan jaminan pasukannya akan menduduki empat tempat teratas.
“Sebagai pengurus dalam situasi saya, di kelab seperti Liverpool, apabila kami ditanya seperti itu, saya terpaksa memberi jaminan. Saya terkejut kerana orang bercakap mengenai kenyataan saya.
“Apa lagi yang harus saya katakan? Apa lagi jawapan yang harus saya berikan. Saya perlu menjadi orang pertama yang yakin dan saya harus menyakinkan para pemain.
“Orang berkata saya meletakan tekanan kepada pemain. Apa lagi yang patut saya lakukan? Saya adalah pengurus,’’ kata Benitez.

Skuad B-23 tutup tirai 2009 penuh bergaya

Skuad bola sepak kebangsaan yang membawa pulang pingat emas pada Sukan SEA XXV Laos, meneruskan persembahan menyakinkan apabila mengalahkan Syria 4-1 pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Pasukan bimbingan K. Rajagobal yang menamatkan penantian 20 tahun pingat emas acara bola sepak Sukan SEA di Laos, baru-baru ini menang hasil penalti pada kedua-dua babak yang disempurnakan oleh Shafiq Rahim.
Zaquan Adha Abdul Razak mengukuhkan kedudukan hasil jaringan pada minit ke-77.
K. Gurusamy memadamkan sisa harapan Syria menerusi gol keempat pada minit ke-90.
Pasukan lawan memperoleh jaringan sagu hati juga menerusi sepakan penalti pada minit ke-63.
Perlawanan semalam merupakan perlawanan persahabatan tunggal yang diharungi oleh skuad kebangsaan yang sedang dalam persediaan untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 6 Januari ini.
Peluang kita untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2011 sukar apabila gagal mengutip sebarang mata dalam Kumpulan C yang dihuni oleh Uzbekistan dan UAE.
Satu-satunya peluang untuk layak ke pusingan akhir ialah dengan menang besar ke atas UAE. Selepas itu, Malaysia terpaksa mengharapkan UAE kalah besar apabila berdepan Uzbekistan.
Walaupun tiada aksi pantas seperti ketika perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA XXV menentang Vietnam, jentera serangan skuad kebangsaan yang diterajui Zaquan Adha melancarkan asakan bertali arus.
Malaysia sepatutnya di depan seawal minit kedua apabila Zaquan Adha hanya berdepan dengan penjaga gol lawan tetapi sepakannya jauh tersasar.
Zaquan hampir menebus kehampaan kerana gagal menyempurnakan peluang gol awal apabila berjaya meletakan bola ke dalam gawang Syria pada minit ke-15 tetapi bola lebih awal telah keluar dari garisan gol.
Bermula asakan dari bahagian tengah, Norshahrul yang membawa bola sehingga ke kawasan penalti dijatuhkan pada minit ke-30 sehingga memberikan penalti kepada skuad Rajagobal.
Shafiq Rahim yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti, tenang memperdaya penjaga gol lawan.
Dominasi Malaysia berterusan di babak kedua namun sekurang-kurangnya tiga peluang gol dalam tempoh 10 minit pertama selepas bermain bersambung dihampakan oleh penyudah tumpul.
Mirip gerakan yang membawa sepakan penalti pertama yang memberikan gol awal kepada skuad negara, Norshahrul sekali lagi dijatuhkan di dalam kawasan penalti pada minit ke-62.
Shafiq sekali lagi tidak mengecewakan hampir 3,000 penyokong apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti.
Zaquan mencatat nama sebagai penjaring menerusi jaringan pada minit ke-77 sebelum Gurusamy melengkapkan kemenangan bergaya hasil jaringan pada minit ke-90.

Wednesday, December 30, 2009

Beckham Perlu Cergas Jika Mahu Ke Piala Dunia

http://static.guim.co.uk/sys-images/Football/Clubs/Club%20Home/2009/1/25/1232911768744/David-Beckham-of-Milan-001.jpg

Pengurus England, Fabio Capello menegaskan yang beliau akan menyenaraikan David Beckham dalam skuad yang akan bermain di pusingan akhir Piala Dunia tahun depan sekiranya pemain itu berada pada tahap kecergasan tinggi, kenyataan yang merujuk kontrak pinjaman pemain itu buat kali kedua bersama AC Milan.

Beckham kembali ke Milan sehingga akhir musim ini dalam usahanya merebut tempat dalam skuad England sambil menambah penampilannya bersama skuad England yang kini mencecah 115 caps, satu rekod buat mana-mana pemain England.

Capello mengakui andainya pemain tengah LA Galaxy itu dapat mempamerkan aksi sebagaimana yang ditunjukkannya ketika bersama Milan musim lalu, sudah pasti tempatnya ke Afrika Selatan akan terjamin.

“Sudah tentu, jika dia bermain baik dan cergas sudah tentu saya akan menyerapkannya dalam skuad saya,” kata Capello. “Saya tidak melihat pada usia, saya lebih menitik beratkan kualiti dan David memilikinya. Dia seorang yang serius, seorang profesional yang hebat dan seorang yang gilakan Piala Dunia.”

Adalah sesuatu yang mengejutkan apabila Beckham mengambil keputusan untuk bermain secara pinjaman di Milan sehingga bulan Mac. Bagaimanapun, prestasi memberangsangkan bekas ketua pasukan England itu membuatkan kontraknya dilanjutkan sehingga akhir musim dan Capello yakin yang Beckham akan sekali lagi menyinar dalam saingan Serie A.

Tuesday, December 29, 2009

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Blackburn Rovers 2-2 Sunderland; Chelsea 2-1 Fulham; Everton 2-0 Burnley; Stoke City 0-1 Birmingham City; Tottenham Hotspur 2-0 West Ham United; Wolverhampton Wanderers 0-3 Manchester City

Sunday, December 27, 2009

Krismas bangkitkan semangat Giggs jumpa Hull City




GIGGS bakal mengetuai jentera United pada pertemuan menentang Hull City malam ini.




Pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs yakin semangat Krismas telah membangkitkan motivasinya menjelang aksi Liga Perdana England menentang Hull City malam ini.
Giggs berkata, buat pertama dalam kariernya, dia berpeluang untuk meluangkan masa di rumah sepanjang hari bersama isteri, Stacey serta dua anaknya, Libby dan Zach.
"Sejak saya mendapat anak, saya tidak pernah merasa keseronokan Krismas.

"Tahun-tahun sebelum ini saya perlu beraksi pada Boxing Day dan berada dalam perjalanan pada Hari Krismas.
"Apabila anda sudah mempunyai anak, sukar digambarkan apabila selesai saja membuka hadiah, anda terpaksa pergi berlatih.
"Jadi saya cukup bersemangat setelah buat pertama kalinya tidak perlu beraksi pada Boxing Day," kata Giggs.
Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson berharap dua tonggak pertahanannya, Nemanja Vidic dan Wes Brown dapat kembali cergas untuk pertemuan dengan Hull itu bagi menyelesaikan masalah kepincangan di barisan benteng.
Lain-lain tonggak pertahanan United yang masih cedera ialah Rio Ferdinand, John O'Shea dan Gary Neville.

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1227/Kosmo/Sukan/su_04.2.jpg

Keputusan Liga Perdana Inggeris

  • Birmingham 0-0 Chelsea
  • Liverpool 2-0 Wolves
  • Fulham 0-0 Tottenham
  • Manchester City 2-0 Stoke
  • Sunderland 1-1 Everton
  • Wigan 1-1 Blackburn
  • West Ham 2-0 Portsmouth
  • Burnley 1-1 Bolton

Fergie alu-alukan ketibaan Mancini

Sir Alex Ferguson mengalu-alukan ketibaan pengurus baru Manchester City, Roberto Mancini ke pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi pantas memberi bayangan dia tidak akan kekal lama di Eastlands.

Di sebalik keyakinan pengendali berbangsa Itali itu dapat memenangi gelaran liga musim depan, pengurus United itu beranggapan pemilik kelab dari Arab itu akan mengambil dan memecat pengurus mengikut selera mereka dalam tahun yang bakal menyusul.

Apabila diberitahu Mancini adalah pengurus ke-14 City dalam tempoh dua setengah dekad, Ferguson berkata secara sinis: “14? Itu sahaja? Saya tidak sabar menunggu yang ke-20.
“Ini satu perjudian, bukan begitu. Hanya masa akan menentukan. Ia bukan liga yang mudah.”

Ferguson adalah antara yang mempertahankan pemecatan Mark Hughes selepas 18 bulan bersama City dan kurang gemar cara bekas anak didiknya itu dipecat selepas kemenangan ke atas Sunderland.

“Ini sesuatu yang saya tidak gemar berbincang kerana jelas gelagat seperti ini tidak dapat diterima. Tidak kisah anda kalah 20 perlawanan atau pun dua perlawanan dan ini adalah kes dengan Mark. Beginikah cara untuk melayani seseorang.”
“Saya berasa ramai yang terkejut. Saya berbual dengan Mark Isnin lalu dan dia jelas kecewa. Dia sengsara saya dapat melihatnya selain daripada kejutan itu.”

David Villa Bakal Ke Saingan EPL?




David Villa kini kembali hangat dilaporkan untuk berpindah ke saingan Liga Perdana England dengan kelab Manchester United, Liverpool, Chelsea dan Manchester City dikaitkan dengan pemain itu.

Pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini begitu kuat diberitakan akan meninggalkan Mestalla pada musim panas lalu di mana dia turut menjadi buruan kelab Real Madrid dan Barcelona.

Villa dikatakan lebih gemar untuk berpindah ke Barca atau Madrid tetapi tiada sebarang persetujuan dicapai dengan kelab itu manakala Chelsea mungkin pilihan yang hampir tetapi bintang Sepanyol itu lebih suka kekal di bermain di tanah airnya ketika itu.

Bagaimanapun, Valencia sekali lagi dipercayai sudah bersedia untuk melepaskan pemain itu kerana mereka amat memerlukan dana untuk melangsaikan hutang sebanyak 620 juta pound dan pemain itu memberi isyarat yang dia gembira jika dapat berpindah ke England.

“Mudah saja, saya menolak untuk berpindah pada musim lalu kerana keadaan pada masa itu tidak membenarkan saya meninggalkan tanah air saya. Isteri saya sedang mengandung ketika itu dan bukanlah masa yang sesuai untuk meninggalkannya,” kata Villa.

“Saya begitu sukakan Liga Perdana England. Ia merupakan liga yang selalu saya ikuti selain La Liga dan saya mempunyai ramai rakan yang bermain di sana,” tambah Villa.

“Mungkin beberapa tahun dahulu, pemain-pemain Sepanyol agak sukar meninggalkan La Liga untuk bermain di liga lain tetapi keadaan sudah berubah sekarang. Terdapat ramai pemain yang bagus terutama dari Sepanyol yang bermain dengan kelab EPL dan juga liga-liga lain.”

Namun, Villa bersedia untuk bermain dengan Valencia sehingga tamat musim ini dan menyerahkan kepada kelab itu untuk membuat keputusan.

Friday, December 25, 2009

Guardiola pengganti Ferguson?

http://www.independent.co.uk/multimedia/archive/00085/josep-guardiola_85083t.jpg

KONTRAK Guardiola bersama Barcelona akan tamat hujung musim ini.

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola kini dikaitkan untuk mengambil alih tempat pengurus Manchester United, Alex Ferguson.
Kontrak Guardiola akan tamat hujung musim ini, sekali gus menimbulkan spekulasi tentang masa depannya bersama kelab Catalan itu.
Terdapat khabar angin di Sepanyol yang mengatakan bahawa Guardiola mungkin meninggalkan Nou Camp seawal April tahun depan untuk bekerja bersama Ferguson di Old Trafford sebelum dia mengambilalih tugas sepenuhnya apabila Ferguson bersara.
Khabar angin itu mungkin satu usaha Guardiola untuk menyambung kontrak baru di Barca tetapi difahamkan bahawa jurulatih berusia 38 tahun itu memiliki cita-cita tinggi untuk menguruskan kelab di England dan amat meminati kelab Chelsea.
Dia juga dikatakan mengagumi kuasa yang dimiliki pengurus seperti Ferguson ke atas semua perkara berhubung kelab tersebut dalam Liga Perdana England.
Sebaliknya, di Sepanyol, Guardiola perlu bekerjasama dengan sekretariat teknikal Barca; diketuai oleh Txiki Begiristain yang bertanggungjawab ke atas pembelian pemain dan strategi pasukan.
Presiden Barcelona, Joan Laporta berhasrat untuk mengikat Guardiola dengan kontrak baru sebelum dia terpaksa meletak jawatan pada musim panas depan.
Kontrak selama dua tahun telah pun disarankan, namun mungkin ada syarat lain dalam kontrak yang membenarkan bekas perancang Sepanyol itu meninggalkan Nou Camp jika tidak berpuas hati dengan pengganti Laporta nanti.

Sylvinho sudah lupakan Hughes


Sylvinho menyeru rakan sepasukan Manchester City agar dapat melupakan pemergian Mark Hughes dan memberikan sokongan kepada Roberto Mancini selain memberi tumpuan kepada saingan liga.

Tonggak pertahanan Manchester City, Sylvinho menyeru rakan sepasukan agar melupakan pemergian bekas pengurus mereka, Mark Hughes. Hughes dipecat Sabtu lalu selepas pasukan itu menundukkan Sunderland 4-3, meskipun tersebut kemenangan berjaya melonjakkan City ke tangga keenam liga.
Pada masa yang sama, kelab Liga Perdana England itu mengumumkan Roberto Mancini sebagai pengurus mereka yang baru.
Ramai yang menganggap layanan yang diberikan kepada Hughes terlalu kejam tetapi Sylvinho meminta semua rakan-rakan di kelab supaya memberi sokongan kepada Mancini apabila bekas pengurus Inter Milan dari Itali itu membimbing mereka untuk perlawanan pertama menentang Stoke City, esok.
“Kadang kala perkara seperti ini boleh berlaku apabila anda bercakap tentang bola sepak di peringkat sekarang, dan sebagai pemain, anda kena menyesuaikan diri dengan cepat.
“Walau apa pun yang berlaku, kami kena cuba melakukan yang terbaik. Kami tidak boleh terlalu memikirkan tentang Mark Hughes, biarpun beliau seorang pengurus yang baik dan telah berusaha yang terbaik untuk kelabnya.
“Bola sepak berubah dengan cepat, dan kita semakin kesuntukan masa,’’ ujar Sylvinho dalam laman web rasmi City semalam.
Kata pemain antarabangsa Brazil itu lagi, sebagai seorang pemain profesional dia dan rakan-rakan sepasukan harus bekerja keras untuk jurulatih yang baru, apatah lagi mereka mempunyai tugas penting dalam masa terdekat ini.
Benteng pertahanan City melepaskan tiga gol dalam setiap tiga perlawanan terakhir mereka, justeru bahagian pertahanan dijangka menjadi tumpuan utama Mancini sebaik memulakan tugas barunya.
Bagaimanapun Sylvinho percaya, Mancini tidak hanya memberi penekanan kepada posisi pertahanan, malah akan menggunakan kepakaran taktikal yang menyeluruh.
“Beliau tidak hanya tertumpu kepada benteng pertahanan semata-mata, beliau seorang yang bijak dalam mengatur taktikal perlawanan kerana itulah yang biasa digunakan dalam Liga Itali.
“Beliau akan berusaha untuk menyelamatkan pasukan dan memastikan kita berada pada posisi yang sepatutnya. Saya rasa, kehadirannya mampu membawa kesan positif kepada kami,’’ ujar Sylvinho lagi.
Dengan pasaran perpindahan pemain bakal dibuka tidak lama lagi, dan pemain seperti Kolo Toure bakal terlibat dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika, manakala Nedum Onuoha dan Joleon Lescott cedera, sudah timbul spekulasi bahawa Mancini akan membeli beberapa pemain pertahanan baru, Januari nanti.
Pemilik City, jutawan Abu Dhabi, Sheikh Mansour sebelum ini sudah pun membelanjakan kira-kira 200 juta pound (RM1.09 bilion) untuk membawa masuk pemain ke kelab Eastland itu.

Thursday, December 24, 2009

Albert Scanlon meninggal dunia


SCANLON, pemain United yang terselamat tragedi 1958 meninggal dunia kelmarin.

Bekas pemain Manchester United, Albert Scanlon, salah seorang yang terselamat dalam nahas udara Munich akhirnya meninggal dunia pada usia 74 tahun kelmarin. Scanlon, salah seorang anggota 'Busby Babes' yang mendapat gelaran itu kerana mereka berlatih menerusi sistem pemain belia sehingga ke skuad utama di bawah pengurus Matt Busby telah membuat kemunculan sulung buat United pada 1954 ketika berusia 19 tahun.
Dia sebelum ini memang berada di dalam keadaan yang kurang sihat.
Lapan daripada rakan sepasukannya dan tiga pegawai pasukan telah terkorban apabila pesawat yang dinaiki mereka terhempas akibat ribut salji di lapangan terbang Munich pada 1958 ketika bertandang untuk perlawanan Piala Eropah.
Dalam nahas itu, Scanlon telah patah kaki dan retak tengkorak tetapi dia pulih semula dan kembali beraksi pada musim 1958/59.
"Manchester United dengan dukacitanya memaklumkan kematian bekas pemain kami, Albert Scanlon. Semua di kelab ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Scanlon dan rakan-rakannya," kata kenyataan kelab itu pada laman web rasminya semalam.

Sunday, December 20, 2009

Change of manager at City

 http://www.premierleague.com/javaImages/3c/91/0,,12306%7E7967036,00.jpg


MANCHESTER CITY have appointed Roberto Mancini as manager after sacking Mark Hughes.

The former Inter Milan coach has been handed a three-and-a-half year contract to replace Hughes.
Italian tactician Mancini, 45, won three Serie A titles with Inter during his four-year spell in charge at the San Siro before Jose Mourinho replaced him at the helm last year.
Hughes waved goodbye to the Eastlands faithful after his side's 4-3 win over Sunderland.


http://img.thesun.co.uk/multimedia/archive/00951/HUGHES_951942a.jpg
His side have lost just twice in the Premier League this season but chairman Khaldoon Al Mubarak has grown tired of their inconsistent form.
Al Mubarak said: "Roberto is a hugely experienced manager with a proven track record of winning trophies and championships.
"His experience and track record speak for themselves.
"What is absolutely clear is that Roberto believes in Manchester City's potential to achieve at the highest level and importantly in his own ability to make this happen.
"My hope is that our incredible fans will join us in welcoming Roberto to the football club."
Brian Kidd will assist Mancini but Mark Bowen, Eddie Niedzwiecki, Kevin Hitchcock and Glyn Hodges have all left with immediate effect.
Hughes led City to just 29 points from a possible 51 in the present campaign, despite spending over £100million on the likes of Carlos Tevez, Emmanuel Adebayor and Gareth Barry last summer.
They are currently four points off a Champions League place and a massive 11 points behind leaders Chelsea.
In a statement on City's official website, Al Mubarak explained why the club decided to sack Hughes.

He said: "Prior to the current season beginning, with significant investment in players and infrastructure in place, the consensus between the board and coaching staff was that appropriate agreed targets should be set for the 2009/2010 season.
"The targets were agreed as a result of the player acquisition strategy of the club being radically accelerated in the summer as a result of very favourable conditions for any buying club.
"It was also based on the fact that the infrastructure of the club had been overhauled completely at great cost in order to create the best possible environment for the team.
"This is a particularly difficult announcement given the personal investment over the past 15 months on all sides and we would like to put on record our respect for and thanks to Mark Hughes and we wish him the best in his future career."

Evra ada hajat sekat Beckham

David Beckham
 Beckham ketika di United

Patrice Evra sudah tidak sabar berdepan bekas hero Old Trafford, David Beckham selepas Manchester United diundi bertemu AC Milan di pusingan kedua kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.
Beckham yang juga pemain tengah England yang mula menjulang namanya di United, dijadual beraksi secara pinjaman untuk Milan Januari ini.
Bekham pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama United pada tahun 1999 sebelum beralih ke Real Madrid empat tahun kemudian.
''Saya menghargai jasanya sepanjang bersama United dan saya pasti dia (Beckham) teruja untuk beraksi semula di Old Trafford.
''Selamat pulang tetapi ingat, saya akan pastikan dia tidak akan berdepan dengan laluan mudah. Saya sukakan David sebab dia seorang baik dan lelaki yang hebat.
''Dia (Beckham) seorang profesional dan sebab itu Milan mahukannya. Saya juga percaya ramai rakan-rakan lamanya di sini tidak sabar berjumpa dengannya.
''Bagi saya berjumpa David bukan sebab utama kerana bukan dia sahaja yang hebat dalam Milan tetapi pasukan itu sendiri,'' kata Evra yang dipetik dalam laman web rasmi kelab itu, semalam.
Menjelang pertemuan itu nanti, Evra juga mahu melupakan memori perit ketika United tewas dengan agregat 5-3 kepada Milan pada separuh akhir 2007.
''Saya masih ingat keadaan ketika itu terlalu sedih. Kami menang 3-2 di tempat sendiri tetapi tidak beraksi dengan baik dalam perlawanan seterusnya. Pada perlawanan itu saya tidak turun kerana digantung perlawanan dan hanya menyaksikannya menerusi televisyen.
''Sungguh sedih apabila melihat pasukan anda kalah 3-0. Tetapi kekalahan itu memberikan pengalaman berguna buat kami sehinggalah menewaskan Chelsea menerusi penalti di Moscow pada tahun berikutnya,'' ujar Evra.
Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson berkata, beliau tidak sabar untuk menewaskan Milan selepas ini.
''Kita telah bertemu Milan banyak kali dalam suku akhir dan separuh akhir sebelum ini dan pertemuan selepas tentunya hebat bagi dua kelab ternama ini.
Tambah Ferguson, kenangan pahit ketika tewas kepada Barcelona musim lalu menjadi penyuntik semangat untuk United cemerlang musim ini.
''Kami kalah di perlawanan akhir. Ia ada kali pertama saya tewas dalam Kejohanan Eropah. Kami banyak melakukan kesilapan ketika itu dan saya percaya para pemain kini bersungguh-sungguh untuk ke babak akhir,'' katanya.
Dalam pada itu, penjaga gol, Edwin van der Sar dan pilihan pertama barisan pertahanan kesemuanya terpaksa diketepikan ekoran kecederaan.

Liverpool merana di tangan kelab tercorot


http://img.thesun.co.uk/multimedia/archive/00951/POMPEY_951843a.jpg

Reputasi Liverpool sebagai gergasi bola sepak England sudah berakhir.
Semalam, skuad kendalian Rafael Benitez itu terus dihimpit malang apabila tewas kepada pasukan tercorot, Portsmouth 0-2 pada aksi Liga Perdana England.
Kekalahan itu merupakan kekalahan ketujuh yang dialami The Reds daripada 18 perlawanan, sekali gus menyukarkan peluang mereka untuk muncul juara liga musim ini.
Pada aksi di Fratton Park semalam, pertahanan Perancis Nadir Belhadj meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-33.
Derita Liverpool berterusan pada minit ke-45 apabila bintang tengahnya, Javier Mascherano diperintah keluar padang selepas mengasari pertahanan Portsmouth, Tal Ben Haim.
Babak kedua bersambung, Liverpool yang diperkuatkan dengan kehadiran Fernando Torres dan Steven Gerrard cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun Frederic Piquionne memastikan Portsmouth meraih tiga mata penting dengan gol kedua pada minit ke-82.
Bagi Liverpool, kekalahan itu meletakkan mereka hanya mengutip 27 mata sementara Portsmouth kekal di tangga tercorot dengan 14 mata.
Satu lagi pasukan gergasi, Manchester United turut mengalami nasib yang sama apabila tewas 0-3 kepada Fulham sementara Manchester City mencatat kemenangan tipis 4-3 ke atas Sunderland.

Thursday, December 17, 2009

Bola sepak menang emas


PEMAIN bola sepak negara meraikan kemenangan mendapat pingat emas setelah mengalahkan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam di Stadium National Laos, hari ini.

Skuad bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila menang emas pertama selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu.
Jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul Idlan Talaha memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA XXV.
Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di Temasya Kuala Lumpur 1989.

Keputusan Liga Perdana England

Berikut keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana England yang berlangsung awal pagi ini.

Burnley 1 - Arsenal 1

Chelsea 2 - Portsmouth 1

Liverpool 2- Wigan Athletic 1

Tottenham Hostpur 3 - Manchester City 0

Barcelona Buat Perhitungan Dengan Estudiantes Di Final.




Lionel Messi dan Pedro Rodriguez berkongsi aksi cemerlang pada ketika Barcelona bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menewaskan Atlante 3-1 dan melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Kelab Dunia sekaligus mengekalkan mereka di landasan untuk memahat kejuaraan keenam mereka bagi tahun 2009.

Messi bergelut dengan kecederaan buku lali ketika perlawanan itu dan hanya dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-53 namun segera membuat impak dengan menjaringkan gol seminit kemudian untuk membolehkan Barca mendahului 2-1.


Dua belas minit kemudian, Pedro mencatat rekod sebagai penjaring apabila dia menjaringkan gol ketiga Barca, menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol di enam kejohanan berbeza dalam satu musim di mana dia turut menjaringkan gol dalam Liga Primera Sepanyol, Liga Juara Eropah, Copa del Rey, Piala Super Sepanyol dan Piala Super Eropah.

Barca menang kesemua lima kejohanan itu dan mereka kini berada di landasan terbaik untuk menambah koleksi kejayaan mereka dengan merangkul pula kejuaraan kelab dunia ini setelah menewaskan Atlante.

Kelab Mexico itu membuat kejutan awal apabila mereka mendahului ketika perlawanan hanya bermula empat minit menerusi Guillermo Rojas tetapi Serio Busquets menyamakan kedudukan buat Barca pada minit ke-35 dan tambahan dua gol pada babak kedua menerusi Messi dan Pedro untuk membolehkan barisan bimbingan Pep Guardiola melangkah ke final untuk bertemu dengan Estudientes hari Sabtu nanti.

Saturday, December 12, 2009

Chelsea perlu bangkit


JOE COLE harapkan kebangkitan rakan-rakan sepasukannya pada pertemuan menentang Everton malam ini.

Tiada krisis melanda Chelsea sejak kehadiran Carlo Ancelotti awal musim ini. Namun, apa yang berlaku sejak dua minggu kebelakangan ini perlu diatasi segera bermula dengan aksi bertemu Everton malam ini.
Selepas menang 3-0 ke atas Arsenal, Chelsea mula mempamerkan aksi hambar apabila tewas 1-2 kepada Manchester City Sabtu lalu dan sekadar seri 2-2 dengan APOEL Nicosia, Selasa lalu.
Chelsea kini hanya dibezakan dua mata dengan pasukan di tangga kedua, Manchester United.
Bagi pemain tengah Chelsea, Joe Cole, dia melihat pertemuan dengan Everton malam ini sebagai satu perlawanan yang penting untuk pasukannya itu.
"Kami perlu bangkit kembali minggu ini dan mendapatkan semula rentak kemenangan. Harap kami dapat melakukannya ketika berdepan Everton.
"Lima perlawanan selepas ini cukup penting kerana kami mahu terus kekal di tangga teratas sehingga Januari depan," kata Cole.



Chelsea bakal turun tanpa pemain tengah, Michael Essien setelah pemain Ghana itu mengalami kecederaan hamstring ketika bertemu Nicosia dan terpaksa berehat empat minggu.
Everton pula bertandang ke London dengan penuh bersemangat selepas mereka mempamerkan aksi dramatik ketika mengikat Tottenham 2-2 minggu lalu setelah ketinggalan dua gol.

Everton Mahu Pikat Donovan Secara Pinjaman.



Ketua eksekutif Everton, Robert Elstone mengesahkan yang kelab itu telah berbincang untuk mendapatkan khidmat penyerang Amerika Syarikat, Landon Donovan secara pinjaman pada bulan Januari nanti.

Kelab EPL itu amat berharap dapat memikat Donovan dari LA Galaxy dalam satu situasi yang kelab itu gelar sebagai ‘kontrak jangka pendek’, sama seperti yang dilakukan oleh AC Milan yang mendapatkan khidmat David Beckham.

Musim liga Amerika (MLS) hampir tamat dan keputusan berpindah ke saingan EPL sekurang-kurangnya akan membolehkan pemain itu mengekalkan kecergasannya sambil menguji tahap permainannya di saingan lebih mencabar sebagai persiapan menghadapi pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan pada Jun tahun depan.

Everton begitu yakin akan dapat membawa Donovan ke Merseyside pada 2 Januari, yang bermakna pemain itu akan dapat bermain dalam pertemuan menentang Arsenal pada 9 Januari.

Pemain yang menerima anugerah selaku Pemain Paling Bernilai MLS 2009 itu pernah beraksi bersama Bayern Munich dan Bayer Leverkusen tetapi gagal mempamerkan persembahan memberangsangkan dalam saingan Bundesliga.

Jika dia bersetuju bermain bersama Everton, dia akan beraksi bersama rakan senegaranya, Tim Howard dan menjadi pemain Amerika Syarikat terbaru yang menyertai kelab itu mengikut jejak Joe-Max Moore dan Brian McBride.

Friday, December 11, 2009

Malaysia ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA


Para pemain negara meraikan kejayaan selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Thailand pada temasya Sukan SEA ke-25 di Vientiane, Laos hari ini. Malaysia menang 2-1 dan layak ke separuh akhir.

Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA ke-25 selepas berjaya menumbangkan Thailand 2-1 pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Utama di sini sebentar tadi. Dengan kemenangan itu, Malaysia yang menduduki tangga kedua dalam Kumpulan A akan bertemu tuan rumah Laos, selaku juara Kumpulan B manakala Vietnam akan ditentang oleh Singapura.



Manchester City Kehilangan Bellamy Dan Weiss Angkara Selsema Burung.



Manchester City kini berhadapan dengan masalah serius selsema burung yang dikhuatiri akan menjangkit ke seluruh pemain pasukan itu.

Penyerang Craig Bellamy sudahpun menjalani diagnosis kerana disyaki dihinggapi selsema burung. Kini, Vladimir Weiss, yang dibawa masuk selaku pemain gantian sebelum menjaringkan gol ketika menentang Arsenal dalam saingan Piala Carling minggu lalu, telah dihantar pulang selepas disahkan menghidapi H1N1.

Beberapa kakitangan kelab itu turut menunjukkan symptom yang sama manakala beberapa pemain pula dilaporkan berada dalam keadaan kurang selesa.

Penolong pengurus, Mark Bowen berkata, “Ada sedikit masalah dalam kem kami. Setiap hari ada pemain-pemain datang dalam keadaan selsema, batuk dan kesejukan tetapi kami ada doktor yang memantau kesihatan pemain-pemain itu.”

Bellamy bakal terlepas aksi penting menentang Bolton Wanderers esok dan pengurus City, Mark Hughes berharap yang beliau tidak akan kehilangan lagi pemain berprofil tinggi dalam skuadnya.

Wayne Bridge sudahpun terkeluar dari skuad itu untuk tempoh empat hingga enam minggu selepas mengalami kecederaan ketika menentang Chelsea. Hughes mempunyai pilihan sama ada menggunakan khidmat Joleon Lescott di barisan pertahanan dan menggandingkan Kolo Toure dengan Nedum Onuoha, atau menurunkan pemain veteran Brazil, Sylvinho untuk membuat penampilan pertama dalam saingan EPL sejak berpindah dari Barcelona musim panas lalu.

Thursday, December 10, 2009

Misi Hidup Mati Bagi Malaysia





Skuad bola sepak Malaysia akan berdepan dengan cabaran sebenar apabila mereka bertemu juara bertahan Thailand pada perlawanan pusingan akhir Kumpulan A di Stadium Chao Anu Vong di sini Jumaat ini.

Jurulatih kebangsaan K.Rajagobal berkata kemenangan 4-0 ke atas Kemboja semalam menaikkan semula semangat anak buahnya setelah kalah 1-3 kepada Vietnam tiga hari lepas.

"Kemenangan ini memberi kelegaan kepada anak buah saya. Sekarang, saya mahu mereka melupakan Vietnam atau Kemboja kerana Thailand merupakan cabaran sebenar bagi kami," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini.

Beliau berkata Malaysia perlu mengawal ketat Adul Lahsoh, Kiatprawutsawaeo, Suttinun Phukhom (ketua pasukan) dan dua penyerang Thailand Sompong Saleb dan Anawin Jujeen, yang merupakan tulang belakang dan penyerang berbahaya pasukan itu.

"Kalau kami dapat kunci pergerakan pantas penyerang mereka, maka mereka akan menghadapi masalah untuk membolosi pintu gol Malaysia," katanya.

Malaysia perlu mengalahkan Thailand bagi menjamin mendapat tiket untuk mara ke separuh akhir memandangkan Thailand menjadi pendahulu dalam kumpulan berkenaan setelah mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan, manakala Vietnam menduduki tempat kedua dengan jumlah mata yang sama, tetapi terkebelakang daripada segi jumlah jaringan gol.

Malaysia menduduki tempat ketiga dengan enam mata daripada tiga perlawanan, manakala Kemboja menduduki tangga keempat dengan tiga mata, yang dikumpul daripada tiga perlawanan, sementara Timor Leste, yang kalah semua perlawanan, menduduki tempat paling bawah.

Hanya dua pasukan yang menduduki tangga teratas akan mara ke peringkat separuh akhir.

Mengulas perlawanan Malaysia-Kemboja pada Selasa, Rajagobal memuji S.Kunanlal, K.Gurusamy dan Safiq Rahim yang telah bekerja keras bagi menghasilkan gol.

"Saya nampak seluruh pasukan ini begitu bersemangat. Mereka tahu tugas yang dipikul dan berjaya melaksanakannya dengan cemerlang," kata jurulatih itu.

Gol Malaysia dijaringkan Abdul Manaf Mamat (minit ke-34), Norshahrul Idlan Talaha (minit ke-76), S.Kunanlal (minit ke-81) dan Shafiq Rahim (minit ke-84).

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek percaya skuad Malaysia boleh menewaskan Thailand walaupun di atas kertas, pasukan lawan mereka itu kelihatan agak sukar ditandingi.

"Saya percaya skuad ini mampu membuat sesuatu keajaiban ke atas Thailand, tetapi mereka perlu tenang dan tidak mengikut perasaan serta tidak terlalu menghormati lawan," katanya.

Keputusan Perlawanan Liga Juara - juara Eropah

Inter Milan 2-0 Rubin Kazan

Dynamo Kyiev 1-2 Barcelona

Sttugart 3-1 Unirea Urziceni

Sevilla 1-0 Rangers

Olympiacos 1-0 Arsenal

Standard de Liege 1-1 AZ Alkmaar

Pasukan Yang Telah Layak Ke Peringkat Seterusnya 

Bordeaux

Bayern Munchen


Manchester United


CSKA Moskva


Real Madrid


Ac Milan


Chelsea


FC Porto


Fiorentina


Lyon


Barcelona


Inter Milan


Sttugart


Sevilla

Arsenal 


Olympiacos

Malaysia raih pingat pertama


Datuk Dr. Ramlan Aziz (dua dari kanan) mengetuai perarakan masuk kontinjen Malaysia ke Stadium Utama sambil Yeo Ken Nee membawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan rasmi Sukan SEA XXV di Vientiane, semalam.

Temasya Sukan SEA XXV Laos dibuka secara rasmi dalam satu majlis pembukaan penuh warna warni di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional Laos, semalam. Ia dirasmikan Timbalan Presiden Republik Laos, Somsawat Lengsawat sekali gus menandakan kesungguhan dan komitmen tinggi negara itu untuk menganjurkan temasya dwi-tahunan tersebut buat kali pertama dalam sejarah.
Ketika Laos mempamerkan keupayaan mereka sebagai tuan rumah, Malaysia pula berjaya meraih pingat pertama semalam menerusi acara taekwondo.
Lee Jeng Yen memberi keceriaan kepada kontinjen negara pada hari perasmian dengan meraih gangsa menerusi acara yang baru diperkenalkan iaitu poomsae.
"Gangsa mungkin satu pencapaian yang sederhana tetapi mengetahui saya adalah penyumbang pingat pertama kontinjen Malaysia di Laos sesuatu yang menggembirakan, apatah lagi saya tidak meletakkan harapan yang tinggi ketika tiba di sini.
"Pembangunan acara poomsae di Malaysia tidak sebaik negara-negara Asia Tenggara yang lain, kami ketinggalan empat tahun, jadi saya harap kejayaan meraih pingat Sukan SEA akan membuka jalan kepada pembangunan sukan ini," kata Jeng Yen.
Upacara perasmian semalam bermula dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian tradisional rakyat Loas.
Ini disusuli perarakan masuk kesemua 10 kontinjen negara bertanding, didahului Brunei, Kemboja, Indonesia dan Malaysia menjadi kontinjen keempat yang memasuki stadium.
Atlet terjun, Yeo Keen Nee diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang kontinjen negara.
Ketua Kontinjen ke Sukan SEA XXV, Datuk Dr. Ramlan Aziz mengetuai perbarisan 85 atlet dan 50 pegawai kontinjen Malaysia memasuki stadium.
Atlet dan pegawai lelaki kontinjen negara memakai baju Melayu berwarna keemasan serta bersongkok manakala atlet serta pegawai wanita memakai baju kurung warna keemasan.
Upacara menaikkan bendera kejohanan dijalankan sejurus Somsawat membacakan pengisyhtiharan perasmian Sukan SEA, diikuti upacara menyalakan obor kejohanan.
Ia disusuli dengan persembahan kesenian dan kebudayaan yang bertemakan lagu rakyat Loas.
Pertunjukan bunga api selama lima minit mengakhiri majlis perasmian di stadium baru dengan kapasiti 20,000 penonton.
Serentak dengan perasmian tersebut, maka bermulalah perjuangan atlet negara untuk memburu 30 hingga 35 emas yang disasarkan pada temasya kali ini.
Sasaran itu bakal dipikul oleh 370 atlet dalam 21 acara.
Renang, terjun, memanah dan olahraga dijangka menjadi penyumbang emas utama selain harapan yang sama dalam acara badminton, snuker & biliard, tinju, berbasikal, bola sepak, golf, judo, karate, silat, petanque, sepak takraw, menembak, ping-pong, tenis, bola tampar, angkat berat dan wushu.
Atlet kita merupakan antara 4,200 atlet dari 10 negara Asean yang merebut 398 pingat emas dalam semua acara.
Tuan rumah, Laos, menyenaraikan kontinjen terbesar iaitu 661 atlet diikuti Thailand (637) dan Vietnam seramai 600 atlet.
Malaysia pada temasya sama dua tahun lalu di Korat, Thailand membawa pulang 68 pingat emas

Ancelotti naik angin





Carlo Ancelotti melepaskan kemarahan terhadap anak buahnya selepas menyaksikan Chelsea dikejutkan kelab kerdil dari Cyprus, Apoel Nicosia dalam aksi Liga Juara-Juara kelmarin.
Pengurus The Blues itu melabel aksi pemainnya itu sebagai yang terburuk pernah dipamerkan sejak di bawah kendaliannya apabila kesilapan John Obi Mikel membuka peluang Apoel Nicosia menyamakan kedudukan 2-2 pada lewat permainan.
“Ia adalah aksi terburuk pernah saya lihat sejak saya tiba di kelab ini. Pada babak kedua, kami hilang tumpuan, hilang arah, bermain terlalu lembab dan perlahan,” kata Ancelotti.
“Sebab itu saya tidak gembira. Kami bermain selama 90 minit tanpa arah dan konsentrasi. Keputusan perlawanan tidak penting tetapi pemain perlu mempamerkan kualiti.
“Kami ada peluang untuk mencatat kemenangan, tetapi pemain tidak beraksi dengan baik. Apoel memang layak seri dengan kami.”
Pengurus The Blues itu juga bimbang dengan kecederaan hamstring yang menimpa Michael Essien, sekali gus memaksanya diketepikan pada pertemuan dengan Averton dalam Liga Perdana England Sabtu ini.
Satu-satunya pemain Chelsea yang terlepas daripada kemarahan Ancelotti itu ialah penyerang berusia 18 tahun, Gael Kakuta.
Tambah Ancelotti: “Kakuta satu-satunya pemain yang bermain dengan baik malam ini. Dia membuktikan bakatnya dan saya rasa dia akan menjadi pemain tonggak Chelsea pada masa hadapan.”

Hatrik Owen Bantu Kemenangan Manchester United.



Michael Owen mencatatkan jaringan hatrik untuk membantu Manchester United mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Wolfsburg di Volkswagon Arena semalam, di sebalik deretan kecederaan yang membelenggu juara England itu.

Ukuran kejayaan United itu dilihat pada ianya hanya kemenangan ketiga dalam sepuluh aksi menentang kelab Jerman di Eropah. Kenyataannya, mereka dapat mencatat kejayaan itu tanpa kehadiran beberapa pemain utama yang terpaksa direhatkan.

Ini adalah jaringan hatrik Owen yang pertama sejak dia berpindah ke Old Trafford musim panas lalu, juga hatrik pertamanya sejak 2005, dengan persembahan yang kembali membuka mata pengkritik yang mengkritiknya sebelum ini.

Keputusan itu mengesahkan kedudukan United selaku pasukan pilihan dalam saingan kalah mati nanti, yang tidak menjamin mereka akan mendapat lawan yang mudah tetapi sekurang-kurangnya memastikan Old Trafford akan menjadi tuan rumah dalam perlawanan kedua saingan kalah mati.

Owen yang diturunkan dalam kesebelasan utama United memulakan malam cemerlangnya dengan menjaringkan gol pertama seminit sebelum rehat namun Edin Dzeko menggegar jaring United pada minit ke-56 untuk menyamakan kedudukan buat Wolfsburg.

Namun Owen bertindak lagi dengan meledakkan dua jaringan lagi pada minit ke-83 dan 90 untuk memastikan United membawa pulang tiga mata dari perlawanan itu.









Marseille Jadi Mangsa, Real Madrid Catat Kemenangan Bergaya.




Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kelima dan keenamnya dalam saingan kumpulan Liga Juara Eropah untuk Real Madrid pada ketika inspirasinya membantu gergasi Sepanyol itu mencatat kemenangan 3-1 ke atas FC Zurich untuk mengesahkan kedudukan mereka selaku juara Kumpulan C.

Keputusan itu melayakkan Madrid ke kelompok 16 pasukan terbaik dan persembahan baik Ronaldo membolehkan mereka ke saingan kalah mati dengan bergaya.

Ronaldo melakukan sepakan percuma mengkagumkan pada minit ke-4 untuk meletakkan Madrid di depan sebelum Lucho Gonzalez menyemakan kedudukan buat Marseille tujuh minit kemudian.

Raul Albiol kembali meletakkan Madrid di depan pada minit ke-60 dan Ronaldo sekali lagi menemui sentuhan pemusnah dengan menjaringkan gol ketiga pada minit ke-80. Marseille turut terlepas peluang untuk menambah jaringan apabila Gonzalez gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-69.

Monday, December 7, 2009

Keputusan Pengadil Penyebab Kekecohan, Kata K. Rajagobal


Zaquan Adha Abdul Razak (kiri) cuba bersemuka dengan pengadil, Kim Jong Hyeok (dua dari kiri) selepas dilayangkan kad merah pada pertembungan sengit Sukan SEA XXV antara Malaysia dan Vietnam yang menyaksikan negara kalah 1-3 di Stadium Utama, Vientiane, semalam.

 Keputusan pengadil perlawanan yang tidak tepat adalah punca berlakunya kekecohan yang melibatkan pemain Malaysia dan barisan pengadil selepas tamat perlawanan bola sepak di antara pasukan Malaysia dan Vietnam, kata jurulatih kebangsaan K. Rajagobal.

Beliau berkata anak buahnya menerima keputusan perlawanan yang menyaksikan skuad negara tewas 1-3, tetapi merasakan banyak keputusan pengadil Kim Jong Hyeok dari Korea Selatan merugikan Malaysia.

"Malaysia banyak melakukan serangan tetapi bila sahaja pemain saya tiba di depan pintu gol lawan, dalam perebutan, pasti pengadil membuat keputusan yang merugikan kami menyebabkan pemain tertekan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Vietnam yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Laos, di sini Ahad.

Beliau meminta Jawatankuasa Pertandingan untuk melihat semula rakaman video perlawanan itu sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap pasukannya.

"Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak mungkin dikenakan gantung satu perlawanan selepas dilayang kad merah dan tindakan lain, saya tidak pasti. Tetapi sebelum meninggalkan padang, saya sudah mohon maaf kepada barisan pengadil," katanya.

"Pemain saya masih muda dan terlalu emosional. Sebab itu mereka gagal mengawal kemarahan dan kecewa dengan sikap pengadil," tambahnya.

Kekecohan berlaku sejurus selepas penyerang gantian, Mohamad Zaquan Adha dilayangkan kad kuning kedua, sekaligus kad merah, menyebabkan pemain itu berdepan dengan Kim Jong Hyeok kerana tidak berpuas hati.

Mohamad Zaquan Adha sebelum itu menerima kad kuning pertama selepas dipersalahkan kerana menjatuhkan pemain lawan.

Belumpun sempat pemain Malaysia itu keluar padang kerana dilayangkan kad merah, pengadil terus meniup wisel tamat perlawanan.

Pemain-pemain Malaysia kemudian mengerumuni pengadil dan berlaku tolak menolak menyebabkan pihak keselamatan Laos bergegas ke tengah padang, dan Rajagobal kemudian berjaya menenangkan pemainnya walaupun terdapat beberapa pemain yang masih emosional membaling botol air minuman ke tengah padang.

Perlawanan ini turut disaksikan oleh Chef-de-Mision Malaysia ke Sukan SEA Vientiane, Datuk Dr Ramlan Abd Aziz dan ketua pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong.

Sementara itu, Malaysia berada di tangga ketiga Kumpulan A selepas mengumpul tiga mata, hasil kemenangan membelasah Timor Leste 11-0 pada Rabu lepas.

Vietnam kini menduduki tangga teratas dengan mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan sementara Thailand di kedudukan kedua dengan empat mata daripada dua perlawanan.

Malaysia Muncul Kontinjen Keempat Terbesar Sukan Sea Laos

Malaysia menampilkan 469 atlet dan pegawai pada Sukan SEA ke-25 di sini, menjadikan kontinjen keempat terbesar menyertai temasya sukan dwitahunan yang bermula secara rasmi pada 9 Dis ini.

Menurut perangkaan penganjur sukan itu, Malaysia akan menghantar 348 atlet dan 121 pegawai ke sukan itu yang pertama kali dihoskan oleh Laos.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam 21 jenis sukan di sini kecuali acara timang bulu ayam, tenis ringan, gusti dan muay thai.

Acara sukan yang disertai oleh Malaysia kali ini ialah renang, terjun, memanah, olahraga, badminton, snuker & biliard, tinju, berbasikal, bola sepak, golf, judo, karate, silat, petanque, sepak takraw, menembak, ping-pong, tenis, bola tampar, angkat berat dan wushu.

Juara bertahan Sukan SEA 2007, Thailand, yang berazam mengekalkan gelaran, akan membariskan kontinjen seramai 842 peserta, iaitu kontinjen terbesar pada temasya tersebut dengan 550 atlet dan 292 pegawai.

Tuan rumah Laos menghantar kontinjen kedua terbesar dengan 743 peserta termasuk 482 atlet, diikuti Vietnam (671), Malaysia (469), Indonesia (465), Filipina (413), Myanmar (400), Singapura (392), Kemboja (204), Brunei Darussalam (79) dan Timor Leste seramai 77 peserta.

Kontinjen paling kecil di Vientiane ialah Brunei dan Timor Leste yang masing-masing menampilkan 30 dan 37 atlet sahaja.

Brunei akan bertanding dalam enam jenis sukan manakala Timor Leste pula dalam tujuh sahaja. Sejumlah 370 pingat emas, 370 perak dan 539 pingat gangsa menjadi buruan sepanjang temasya sembilan hari itu.

Berdasarkan jumlah penyertaan menyeluruh seramai 4,869 atlet dari 11 negara ASEAN, olahraga menjadi acara paling popular dengan penyertaan 288 atlet diikuti bola sepak (280), menembak (169), sepak takraw (167), renang (140), karate (130), berbasikal (116), memanah (114), badminton (114) dan 101 atlet dalam sukan judo.

Dalam pada itu, kurang daripada 100 atlet menyertai dalam setiap jenis sukan lain.

Sukan tidak popular di kalangan 11 negara peserta tetapi popular dengan negara Indo-China ialah timang bulu ayam iaitu penyertaan paling rendah di kalangan 25 jenis sukan yang dipertandingkan di sini.

Acara tersebut mencatatkan 22 peserta dari Kemboja, Thailand, Vietnam dan Laos.

Ferguson bingung isu kecederaan


Darron Gibson (tengah) meraikan kejayaan menjaringkan gol bersama-sama Wayne Rooney (kiri) dan Antonio Valencia pada pertemuan dengan West Ham United di Boleyn Ground, Upton Park, London, kelmarin.

Sir Alex Ferguson mengakui dia agak tertekan untuk menyenaraikan empat pemain pertahanan menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Wolfsburg selepas Wes Brown dan Gary Neville terpaksa dibawa keluar ketika Manchester United menang 4-0 bertemu West Ham. Gol menerusi Paul Scholes, Darron Gibson, Antonio Valencia dan Wayne Rooney melengkapkan kemenangan selesa mereka kelmarin, di mana mereka hanya kurang dua mata di belakang pendahulu liga, Chelsea yang tewas kepada Manchester City.
Bagaimanapun kemenangan tersebut berjaya diraih Ferguson walaupun terpaksa melakukan pertukaran di saat-saat akhir apabila Nemenja Vidic tidak menyertai kunjungan ke Upton Park selepas mengalami demam selesema.
Ia memaksa Ferguson menggandingkan Neville dan Brown di bahagian pertahanan tengah, sementara pemain tengah, Darren Fletcher diturunkan ke bahagian pertahanan kanan.
Bagaimanapun dia terpaksa melakukan pertukaran lagi apabila Neville dikeluarkan pada minit ke-34 ekoran mengalami kecederaan pangkal paha yang akan menyebabkan bekas pemain pertahanan England itu tidak dapat beraksi selama beberapa minggu.
Pemain tengah, Michael Carrick telah dimasukkan dari bangku simpanan untuk berganding dengan Brown dan dia sekarang ini hampir pasti meneruskan tugas tersebut menjelang pertemuan dengan Wolfsburg.
Ferguson juga berharap Vidic dapat sembuh untuk bergandingan dengan Carrick sementara pertahanan muda, Ritchie De Laet juga bersedia untuk diturunkan.
"Ia memeningkan kepala saya, kehilangan Vidic kerana demam selesema, kami meletakkan Gary Neville di bahagian pertahanan tengah dan dia hanya dapat beraksi selepas 30 minit.
"Michael Carrick beraksi dengan baik dan selepas itu Wes Brown terpaksa dikeluarkan di minit-minit akhir perlawanan. Saya berharap kami mempunyai empat pertahanan untuk perlawanan Rabu ini. Vidic pasti akan sembuh dan saya akan menggandingkan Michael Carrick dan Nemanja sekali lagi.
"Kami meletakkan Michael di bangku simpanan sebagai langkah berjaga-jaga jika sesuatu perkara berlaku kerana dia mempunyai ketinggian, ketenangan dan berpengalaman.
"Pilihan kami seterusnya ialah menurunkan De Laet tetapi ia agak sukar buatnya kerana tidak beraksi di tempat sendiri dan saya rasa pemain berpengalaman lebih diutamakan.
"Saya memang mahu menurunkannya dalam kesebelasan utama tetapi saya perlu berhati-hati agar tidak membuat kesilapan dan saya gembira dapat melakukannya," kata Ferguson.
Jaringan Scholes pada separuh masa pertama melonjak penguasaan United dan hadir selepas pemain tengah berusia 35 tahun itu memberi petanda bahawa dia akan bersara pada penghujung musim.
Ferguson percaya Scholes beraksi dengan baik dalam masa yang sama memberi ikutan yang baik buat Gibson dan pemain muda lain United.
"Paul Scholes merupakan pemain yang hebat dan dia memainkan peranan dengan baik. Dia memberi sesuatu yang berguna buat kami.
"Darron dan Anderson merupakan pemain muda, kedua-duanya berusia 21 tahun dan akan menjadi pemain yang hebat.
"Bagaimanapun mereka harus menerima Paul Scholes, pemain yang beraksi selama 15 tahun pada peringkat tertinggi merupakan satu contoh yang baik buat mereka," kata Ferguson.
Pengurus West Ham, Gianfranco Zola mengakui pasukannya tidak beraksi dengan baik walaupun ia bukan berpunca sepenuhnya dari Rob Green yang kurang sihat menyebabkan penjaga gol itu muntah di kawasan penalti ketika separuh masa kedua.
"Cara mereka menjaringkan gol memang sangat hebat terutama sekali, dua gol awal.
"Kami cuba untuk memperbaiki bahagian pertahanan sepanjang minggu dan kami berjaya. Gol kedua memang sangat menarik dan sejak dari itu kami cuba mengimbangi perlawanan, kami menerima hukuman di atas serangan balas.
"Pendekatan kami bergerak dengan baik tetapi ia begitu adil untuk mengatakan kami tidak memberi ancaman yang cukup kuat buat mereka. Jangan lupa bahawa mereka adalah penyandang juara dan merupakan pasukan yang hebat.
"Rob Green tidak beberapa sihat pada permulaan separuh masa kedua dan selepas itu dia muntah berdekatan pintu gol. Kami mengambil keputusan untuk mengeluarkannya selepas gol keempat.
"Kami berdepan dengan masalah kecederaan tetapi saya tidak mempunyai banyak pilihan untuk menguatkan pasukan menjelang bulan Januari. Mungkin saya terpaksa turun sendiri beraksi," katanya.

Akhirnya Aquilani dapat peluang beraksi

http://images.icnetwork.co.uk/upl/liverpoolecho/aug2009/1/8/image-2-for-gallery-new-liverpool-fc-signing-alberto-aquilani-is-introduced-by-liverpool-fc-manager-rafael-benitez-159851200.jpg

Rafael Benitez memberi petunjuk yang jelas bahawa dia akan memberi peluang kepada pemain tengah, Alberto Aquilani yang telah menunggu lama untuk beraksi dalam kesebelasan utama minggu depan selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Blackburn kelmarin.
Pemain antarabangsa Itali, yang dibeli pada harga 20 juta pound (RM112 juta) dari kelab Roma memulakan musim mengecewakan di Anfield kerana masalah kecederaan.
Aquilani sering kali memanaskan bangku simpanan dan dalam perlawanan yang memerlukan seorang pemain yang berkualiti di Ewood Park perkara yang sama sekali lagi berlaku ke atasnya.
Benitez mengakui pemain tengah itu akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah menentang Fiorentina di Anfield Rabu ini, perlawanan terakhir buat Liverpool dalam kejohanan yang menyaksikan mereka sudah tersingkir musim ini.
Pengurus Liverpool itu juga yakin penyerang Sepanyol, Fernando Torres, yang tidak beraksi dalam perlawanan kelima kerana masih lagi bergelut dengan kecederaan pangkal paha, juga boleh beraksi menentang Fiorentina.
"Saya berharap Torres mampu beraksi dan mungkin Aquilani akan diturunkan dalam kesebelasan utama.
"Saya tidak terfikir untuk menurunkan Aquilani menentang Blackburn.
"Bagaimanapun ini adalah perlawanan yang sukar dan keras sudah tentunya tidak sesuai untuk Aquilani.
"Dia masih lagi belum mampu menyesuaikan diri dan kurang cergas. Bagaimanapun dia semakin hampir untuk cergas sepenuhnya dan ia agak berbeza jika dia turun di Anfield di hadapan penyokong sendiri. Sudah tentu akan lebih mudah buatnya," kata Benitez.
Benitez mengakui pasukannya kehilangan mata berharga walaupun mereka berjaya mencatat keputusan seri menentang Blackburn
Keputusan seri tidak akan meyakinkan pengkritik kelab tersebut untuk melihat Liverpool menyerlah musim ini dan kekal berada di antara empat kelab terbaik.
"Kami mempunyai peluang dan anda seharusnya menggunakan peluang tersebut," kata Benitez, yang menolak untuk mengkritik peluang menjaringkan gol yang dimiliki David Ngog.
Sementara itu Sam Allardyce berkata, dia gembira usaha yang ditunjukkan pasukannya di laman sendiri.
Ia merupakan perlawanan pertama pengurus Blackburn itu selepas menjalani pembedahan kecil di bahagian jantungnya, memaksanya terlepas empat perlawanan sebelum ini.
Allardyce menolak arahan doktornya supaya berada di kawasan bilik pemerhati di bahagian atas stadium untuk mengelak tekanan di bangku simpanan.
"Saya sepatutnya gembira dengan pungutan satu mata tetapi kami mampu untuk melakukan lebih dari itu.
"Mungkin kami akan mencatat kemenangan pada hari berikutnya.
"Selepas kami melalui perlawanan selama 120 minit menentang Chelsea pada pertengahan minggu (ketika mereka mengalahkan pendahulu Liga Perdana England menerusi sepakan penalti untuk mara ke separuh akhir Piala Liga) ia memberi pulangan yang baik buat kami," kata Allardyce.

Sunday, December 6, 2009

Chelsea kecundang di tangan Manchester City


Pemain Manchester City, Carlos Tevez meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol ke atas Chelsea pada perlawanan Liga Perdana Englang di Stadium Manchester, England hari ini. City berjaya menewaskan pendahulu liga, Chelsea 2-1.

Manchester City menamatkan badi tujuh kali seri dalam Liga Perdana England apabila bermain cemerlang untuk menewaskan pendahulu liga Chelsea 2-1 pada perlawanan penuh aksi di hadapan jumlah penonton luar biasa di Eastland, awal pagi ini.
Chelsea mendahului melalui gol sendiri oleh Emmanuel Adebayor tetapi pemain Togo itu berjaya menyamakan kedudukan pada lewat separuh masa pertama.
Carlos Tevez meletakkan City di hdapan melalui sepakan percuma pada minit ke 56 dan Shay Given berjaya menyelamatkan penalti oleh Frank Lampard lapan minit sebelum tamat permainan.
Ini adalah kekalahan ketiga Chelsea musim ini mengurangkan lagi jurang perbezaan mata dengan Manchester United kepada dua mata selepas saingannya itu menang 4-0 ke atas West Ham United.

KEPUTUSAN LAIN:

Arsenal 2 Stoke 0

Aston Villa 3 Hull 0

Blackburn 0 Liverpool 0

Portsmouth 2 Burnley 0

West Ham 0 Manchester United 4

Wigan 2 Birmingham 3

Wolverhampton 2 Bolton 1

Jabulani terbaik, tepat

http://image3.examiner.com/images/blog/EXID413/images/jabulani-ball.jpg


Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memperkenal bola rasmi Piala Dunia tahun depan kelmarin, dengan mengklasifikasikan ia adalah bola bulat terbaik dan paling tepat.
Menurut pembuatnya, Adidas, bonggol yang berbentuk aerodinamik pada bola tersebut membolehkan ia melayang dengan lebih stabil dan mencengkam pada semua keadaan cuaca.
Presiden FIFA, Sepp Blatter dan pemain terkemuka memuji bola yang diberi nama 'Jabulani' itu yang membawa maksud 'meraikan' dalam bahasa Zulu, salah satu bahasa rasmi negara tuan rumah itu.
"Bagi saya, hubungan dengan bola adalah sangat penting dan bola ini memang hebat," kata pemain Brazil, Kaka.
Bola tersebut mempunyai 11 warna, mewakili 11 pemain dalam satu pasukan dan jumlah bahasa yang dipertuturkan di Afrika Selatan, negara Afrika pertama yang menjadi tuan rumah kejohanan sukan yang mendapat jumlah penonton paling ramai di dunia.

Capello mampu tersenyum


PEMAIN England, David Beckham (kiri) memberikan reaksi ketika aktres Afrika Selatan, Charlize Theron (tengah) menunjukkan undian Piala Dunia 2010 sambil diperhatikan oleh Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke di Pusat Konvensyen Antarabangsa Cape Town (CTICC), Cape Town, kelmarin.

Reaksi pertama Fabio Capello mengenai undian pasukannya dalam Piala Dunia menunjukkan keceriaan selepas diundi untuk berdepan pasukan Amerika Syarikat, Algeria dan Slovenia dalam Kumpulan C tahun depan. "Boleh tahan," katanya sambil mengukir senyuman selepas undian pusingan pertama yang dilihat memberi kelebihan buat pasukannya.
Namun senyuman itu tidak terlalu lama dan pengurus dari Itali itu kembali dengan muka serius, di mana corak yang keras itu berjaya membantu pasukan England dari sebuah pasukan yang gagal melayakkan diri ke Euro 2008 kepada pasukan pilihan di Piala Dunia dalam tempoh kurang dari dua tahun.
Tidak cepat berpuas hati adalah satu seni yang digunakan Capello sebelum undian tersebut selesai dengan mengingatkan pemainnya bahawa sejarah Piala Dunia memberi contoh bahawa pasukan pilihan mampu tersekat di pusingan pertama.
Sebagi pemain, Capello berada dalam sebahagian skuad Itali yang tiba di Piala Dunia 1974 sebagai sebuah pasukan pilihan, bagaimanapun pulang awal selepas gagal melepasi pusingan pertama ketika berada dalam satu kumpulan dengan Argentina, Haiti dan Poland.
"Ada kumpulan yang lebih sukar berbanding kami tetapi saya masih ingat ketika menjadi pemain di Jerman pada 1974, kadangkala anda fikir kumpulan itu mudah tetapi sebenarnya tidak.
"Itu yang akan saya beritahu kepada pemain kerana permainan psikologi yang mereka perlu berdepan di Piala Dunia adalah berbeza dengan permainan lain. Saya tahu berdasarkan pengalaman saya sebagai pemain apabila anda bermain di sini tekanannya dan mentalitinya berbeza," kata Capello.
England mengalahkan Amerika Syarikat dalam perlawanan persahabatan Mei 2008 tetapi setahun selepas itu Amerika Syarikat mempamerkan permainan yang jauh lebih berkualiti menundukkan Sepanyol untuk mara ke saingan akhir Piala Konfederasi.
Capello menyaksikan perlawanan tersebut dan sedar perlawanan pembukaan di Rustenburg pada 12 Jun tahun depan akan menguji aksi awal pasukannya di kejohanan tersebut.
"Amerika Syarikat memiliki kekuatan fizikal dan secara teknikal mereka memang bagus. Saya menyaksikan perlawanan mereka menentang Sepanyol ketika itu mereka menang dan ia bukan perlawanan yang mudah," katanya.
England juga mempunyai pengalaman terdahulu bertemu Slovenia, yang menyebabkan pemain Capello berdepan dengan beberapa masalah sebelum tewas 2-1 di Wembley September lalu dan membuktikan kemampuan menewaskan Rusia dalam perlawanan playoff untuk merebut tempat terakhir ke Piala Dunia.
"Mereka mempunyai taktikal yang bagus, menggunakan banyak hantaran dan cita-cita tinggi. Kami sedar ia juga bukan satu perlawanan yang mudah," kata Capello.
Dalam pada itu, Ketua Pasukan England, John Terry percaya kemampuan sebenar pasukannya akan dilihat pada perlawanan pertama.
"Kami biasa dengan dua pasukan, Amerika Syarikat dan Slovenia dan tahu pemain mereka dengan baik.
"Kami berharap ia dapat membatu kami membuat persiapan yang lebih baik untuk perlawanan tersebut," katanya.

Saturday, December 5, 2009

Naib juara 2006, tuan rumah sekumpulan



Perancis, juara 1998 dan naib juara 2006, diundi sekumpulan, A dengan tuan rumah Afrika Selatan dalam undian bagi pusingan akhir bola sepak Piala Dunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Cape Town di sini, semalam.
Afrika Selatan akan menghadapi Mexico dalam perlawanan pembukaan di stadium Soccer City di Johannesburg pada 11 Jun dalam kejohanan 32 negara yang diakhiri dengan perlawanan akhir pada 11 Julai di stadium yang sama.
Bekas pemenang Piala Dunia, Uruguay menjadi anggota keempat Kumpulan A.
Kumpulan yang tampak paling getir ialah G yang menampilkan juara lima kali, Brazil dengan Portugal, Ivory Coast dan Korea Utara.
Penyandang juara, Itali pula berdepan Paraguay, New Zealand dan Slovakia dalam Kumpulan F.

Undian kumpulan pusingan akhir bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan 2010

Group A: South Africa, Mexico, Uruguay, France
Group B: Argentina, Nigeria, Korea Republic, Greece
Group C: England, USA, Algeria, Slovenia
Group D: Germany, Australia, Serbia, Ghana,
Group E: Netherlands, Denmark, Japan, Cameroon
Group F: Italy, Paraguay, New Zealand, Slovakia
Group G: Brazil, Korea DPR, Côte d'Ivoire, Portugal
Group H: Spain, Switzerland, Honduras, Chile

Sila klik di Sini untuk mengetahui jadual perlawanan Piala Dunia 2010

Ronaldo enggan jumpa United

 
Ronaldo

Cristiano Ronaldo mengakui, dia tidak mahu bertembung dengan Manchester United dalam saingan Liga Juara- Juara musim ini. Bintang Real Madrid itu tidak mahu berdepan dengan pengurus Alex Ferguson dan bekas rakan- rakan sepasukannya yang masih dianggapnya sebagai kawan.
Begitupun, dua kelab gergasi Eropah itu mungkin akan bertemu sesama sendiri seawal pusi- ngan kalah mati Februari depan.
Namun, semua itu bergantung kepada keputusan yang akan dicatat mereka pada aksi terakhir peringkat kumpulan minggu depan.
"Saya tidak mahu bermain menentang Manchester. Ia akan menjadi perasaan yang agak pelik jika saya menentang mereka. Ferguson telah banyak membantu dalam karier saya.
"Saya berada di sana selama enam tahun dan dia mengajar saya banyak perkara. Saya masih mengekalkan hubungan baik dengannya.
"Dia seorang kawan yang baik. Saya masih memiliki rakan yang sama.
"Kadangkala saya masih bercakap dengan (Wayne) Rooney, (Nemanja) Vidic, (Rio) Ferdinand, Nani, (Patrice) Evra dan Anderson," kata Ronaldo.
Ronaldo mendedahkan bahawa matlamat utamanya kini ialah untuk dikenang sebagai pemain legenda.
"Jika saya masih mampu bermain sehingga usia 40 tahun, saya akan tetap bermain. Tetapi saya mahu menjadi pemain legenda yang diingati dalam sejarah," jelasnya.

United tampil barisan terkuat


GIBSON menampilkan aksi cemerlang ketika menentang Spurs, Selasa lalu.

Alex Ferguson bakal menurunkan semula barisan terkuatnya apabila Manchester United bertandang ke West Ham malam ini. Ia bagi memastikan skuad The Red Devils itu terus kekal mengekori rapat pendahulu Liga Perdana England, Chelsea.
Ferguson telah membariskan pemain muda ketika United menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 pada suku akhir Piala Liga, Selasa lalu.
Namun, pada pertemuan menentang West Ham, Ferguson pasti akan menurunkan barisan utamanya.
Anderson atau Michael Carrick mungkin tercicir seandainya Ferguson mahu menurunkan Darren Gibson malam ini untuk bersama-sama Wayne Rooney, Ryan Giggs, Darren Fletcher dan Paul Scholes.
Selasa lalu, Gibson muncul wira United apabila meledak kedua-dua gol buat pasukannya.
Bagi kapten United, Gary Neville, dia yakin aksi mantap barisan muda United ketika menewaskan Spurs membuktikan mereka memiliki satu lagi generasi emas yang bakal membarisi kesebelasan utama United.
"Saya tidak menganggap mereka pemain muda. Mereka semua beraksi dengan skuad kebangsaan masing- masing dan mereka telah membukti- kan pemilihan mereka tepat.
"Sukar sebenarnya untuk melangkah jauh dalam Piala Liga tetapi kami sekali lagi mencecah saingan separuh akhir dan akan mencuba untuk melakukan lebih baik musim ini," kata Neville.
Sementara itu, West Ham yang bermula hambar musim ini berjaya mengeluarkan diri dari zon penyingki- ran setelah memenang dua daripada empat aksi terakhir.

Anak-anak buah Gianfranco Zola itu juga memiliki pemain-pemain muda yang hebat dan ia meyakinkan pemain senior West Ham, Zavon Hines agar mereka tidak gentar dengan reputasi pemain yang dimiliki United.
"Saya memandang positif pertemuan ini dan tidak kira siapa lawan kita. Apabila bertemu Arsenal, kami berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-2 dan kami kini bersedia menentang sesiapa saja.
"Setiap kali beraksi, saya berasa gembira kerana bermain untuk West Ham sesuatu yang besar buat saya dan setiap kali turun, saya dapat lebih keyakinan," kata Hines.

Bos Chelsea tetap hormati kemampuan Manchester City

Carlo Ancelotti menganggap pertemuan dengan Manchester City sentiasa menjadi keutamaan Chelsea.
Justeru, pertembungan di Eastlands awal pagi esok jelas memberikan tekanan cukup tinggi buat pengurus skuad The Blues itu.
Ancelotti dikritik hebat ekoran strateginya ketika Chelsea tewas kepada Blackburn pada suku akhir Piala Liga, Rabu lalu.
Ini kerana tiga pertukaran yang dibuatnya pada rehat separuh masa pertama menyebabkan Chelsea terpaksa beraksi 10 pemain sehingga waktu tambahan selepas Salomon Kalou cedera pada babak kedua.
Kini, Ancelotti mahu memberi fokus kepada pertemuan dengan City seterusnya mengintai peluang mengekalkan penguasaan lima mata Chelsea di tangga teratas liga.
"Minggu ini, keutamaan kami adalah aksi menentang Manchester City," jelas Ancelotti.
Biarpun tanpa kelibat Kalou yang terpaksa diketepikan dua minggu, Chelsea bakal diperkuat kembali oleh John Terry, Frank Lampard, Petr Cech dan Didier Drogba untuk berdepan City.
Biarpun City semakin tercicir setelah mereka mencatat tujuh keputusan seri berturut-turut, Lampard tetap percaya lawan mereka itu mempunyai kemampuan untuk mencabar kedudukan teratas liga.
"Mereka (City) memiliki barisan pemain untuk menjamin kedudukan ke Liga Juara-Juara. Mereka sebuah pasukan yang baik dan seri dalam tujuh perlawanan pasti membuat mereka lebih bersemangat ketika berdepan kami.
"Saya telah melihat mereka bermain ketika menentang United dan mereka dilihat layak untuk menang. Barisan serangan mereka hebat," kata Lampard.

Friday, December 4, 2009

Villeneuve sertai Lotus F1 Racing?


Villeneuve

Promoter Grand Prix (GP) Kanada kini berusaha membantu bekas juara dunia, Jacques Villeneuve untuk kembali beraksi dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim depan. Villeneuve tidak lagi mewakili mana-mana pasukan F1 sejak digugurkan daripada BMW Sauber pada 2006.
Kini, nama pemandu kelahiran Kanada berusia 38 tahun itu dikaitkan dengan pendatang baru F1 dari Malaysia, Lotus F1 Racing.
Francois Dumontier, pemilik syarikat Kumpulan Octane Racing yang juga promoter baru GP Kanada mengakui, pihaknya kini berusaha keras untuk membawa Villeneuve bersaing dalam perlumbaan F1.
"Saya tidak boleh menafikan jika Jacques kembali beraksi dalam F1, ia akan membantu menaikkan nama GP Kanada. Semua rakyat Kanada sayangkan Jacques.
"Kami lihat dia cukup popular apabila bersaing dalam perlumbaan NASCAR. Saya akan menjadi peminat utama jika Jacques menyertai pasukan Lotus.
"Jika kami boleh membantunya, kami sedia melakukan apa sahaja," kata Dumontier.
Sebelum ini, Villeneuve yang juga bekas juara dunia F1 musim 1997 dilihat mula menjalani program lati- han fizikal di Austria sebagai persediaan untuk kembali ke perlumbaan F1.
Menurut laman web RueFrontenac.com, Villeneuve kini dibimbing oleh Erwin Gollner, doktor yang cukup terkenal di kalangan pemandu-pemandu F1 untuk membina kekuatan fizikal.

England harus dihormati - Gerrard

http://www1.pictures.gi.zimbio.com/England+v+Ukraine+FIFA2010+World+Cup+Qualifier+-D51ABWvqr9l.jpg

"Jangan pandang rendah keupayaan kami."
Demikian amaran yang dilontarkan Steven Gerrard kepada barisan pencabar England yang akan beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Kapten Liverpool itu memberitahu, semua pasukan termasuk Brazil dan Sepanyol seharusnya bimbang dengan keupayaan skuad kebangsaan England bimbingan Fabio Capello.
"Adalah menjadi satu kelebihan buat kami untuk diundi sebagai pasukan pilihan. Saya tidak rasa kami patut takut kepada sesiapa sahaja," kata Gerrard.
"Kami pastinya menghormati sesiapa sahaja yang akan menentang kami tetapi bagi saya, sudah tiba masanya pasukan lain mula bimbang tentang kami.
"Kami akan turun ke sana dengan penuh keyakinan, kami adalah satu pasukan yang bagus. Masih banyak lagi yang perlu kami pelajari tetapi dengan cara kami bermain, kami mampu menyaingi semua pasukan lain."
Gerrard menambah: "Saya rasa prestasi England telah banyak meningkat sejak di bawah Capello kerana saya akan beraksi di sana tanpa rasa takut.
"Dia membuatkan pasukan ini beraksi tanpa rasa takut, tanpa bebanan yang tinggi di bahu kami.
"Brazil dan Sepanyol telah menewaskan kami tahun ini tetapi itu adalah perlawanan persahabatan. Pada Piala Dunia lagi saya yakin kami mampu mengubah keputusan pertemuan itu nanti."

Chelsea tersilap buat percaturan



REAKSI barisan pemain Chelsea ketika penentuan sepakan penalti menentang Blackburn Rovers di Ewood Park semalam. Blackburn menang 4-3.


Paul Robinson muncul wira Blackburn Rovers apabila menjadi penghalang kepada Chelsea untuk mara ke separuh akhir Piala Liga. Robinson berjaya menyelamatkan sepakan penalti Gael Kakuta, sekali gus memberi kemenangan 4-3 Blackburn ke atas Chelsea pada aksi suku akhir Piala Liga awal pagi semalam.
Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada aksi yang berlangsung di Ewood Park.
Nikola Kalinic, Brett Emerton dan Benni McCarthy masing-masing meledak satu gol buat Blackburn.
Skuad The Blues pula memperoleh gol menerusi jaringan Didier Drogba, Salomon Kalou dan Paulo Ferreira.
Pada aksi di gelanggang lawan itu, pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti melakukan lapan perubahan dalam barisan pemainnya yang menewaskan Arsenal 3-0, Ahad lalu dan jelas sekali ia memakan diri.
Ancelotti mengarahkan Kakuta, 18, mengambil sepakan penalti kelima Chelsea, namun sepakannya itu terus ke dakapan Robinson.
"Saya ambil risiko dengan menurunkan semua pemain muda pada babak pertama kerana saya ingat ia memberi kebaikan kepada kami.
"Kakuta dan Jeffrey Bruma bermain dengan baik dan mereka ada masa depan yang cerah dalam pasukan kerana mereka memiliki kualiti yang bagus.
"Ia satu perlawanan yang berguna bagi pemain muda ini dan saya gembira dengan kemampuan mereka," kata Ancelotti.

Wednesday, December 2, 2009

'Jabulani' nama bola Piala Dunia 2010








Bola rasmi Piala Dunia 2010 didakwa oleh pembuatnya sebagai bola yang paling bulat pernah dihasilkan menerusi lapan panel acuan khas. Ia akan dilancarkan secara rasmi oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter pada majlis undian Piala Dunia 2010 di Cape Town, Jumaat ini.
Bagaimanapun, imej bola tersebut telah dipaparkan secara eksklusif oleh akhbar SunSport semalam.
Bola tersebut diberi nama 'Jabulani' yang bermaksud untuk meraikan dalam bahasa Zulu dan reka bentuknya berdasarkan ciri-ciri Afrika Sela- tan.
Sebelas warna berbeza digunakan bagi menggambarkan 11 pemain setiap pasukan, 11 bahasa rasmi Afrika Selatan dan 11 suku kaum di negara itu.

Messi singkir Ronaldo


MESSI dipilih sebagai Pemain Terbaik Eropah 2009 selepas membantu Barcelona meraih tiga gelaran musim lalu.


Penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi ditabalkan selaku Pemain Terbaik Eropah 2009.
Pemilihan Messi dianggap tepat kerana dia telah mengharungi musim penuh cemerlang bersama Barcelona, sekali gus melayakkannya meraih trofi Bola Emas.












Untuk rekod, Messi muncul pemain keenam Barcelona yang meraih anugerah itu setelah kali terakhir dimenangi Ronaldinho pada 2005.
Messi berjaya menyingkirkan pemenang tahun lalu yang juga bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang sekadar menduduki tempat kedua.
Rakan sepasukan Messi di Barcelona, Xavi Hernandez pula di tempat ketiga dalam undian yang dijalankan majalah France Foot- ball itu.
Diangkat sebagai bakal pengganti legenda Argentina, Diego Maradona, Messi telah menjulang tiga piala bersama Barcelona musim lalu iaitu Liga Juara-Juara, Liga Sepanyol dan Piala Raja Sepanyol.
Messi meraih 473 mata berbanding Ronaldo yang hanya mengumpul 233 mata, diikuti Xavi (170).
"Secara jujurnya, saya tahu yang saya pilihan utama kerana Barcelona telah mencatat kegemilangan pada tahun 2009 ini.
"Tetapi saya tidak menjangka akan menang dengan margin yang cukup besar ini. Anugerah Bola Emas ini cukup penting buat saya.
"Semua pemain yang memenanginya adalah pemain yang hebat dan terdapat juga pemain-pemain hebat yang tidak pernah memenanginya," kata Messi.
Messi, 22, menjadi pemain Argentina pertama memenangi anugerah berprestij tersebut.
Barcelona mempunyai tiga pemain pada senarai lima calon terakhir dengan Andres Iniesta menduduki tempat keempat manakala Samuel Eto'o yang kini bersama Inter Milan di tempat kelima.
Pemenang anugerah tersebut dipilih berdasarkan undian tahunan daripada wartawan-wartawan sukan bagi senarai 30 pemain yang dicalonkan.

Papers: Toure to United?


Toure seeks transfer from Barcelona
Barcelona star Yaya Toure wants a move to Manchester United or Chelsea after being left out against Real Madrid. The Ivory Coast midfielder, the brother of Manchester City's Kolo, only appeared as a second-half sub on Sunday night for Barcelona in El Clasico. The 26-year-old has failed to command a regular place in Pep Guardiola's Champions League winners this season. His agent Dimitri Seluk said: "We're not happy with this. He is not playing. It is very strange not to be having minutes. If a team like Chelsea or Manchester United would come to us, we are obviously open to talking. Yaya won't just sit and wait. He is 26 years old and is nominated for the Golden Ball award. It is ridiculous for a player like this not to be playing. I don't know what will happen, but I can say once thing for sure: my player won't be remaining on the bench. This is 100 per cent for sure.”
Neil McLeman, The Mirror

In other Barcelona-related news, Lionel Messi has picked up this year’s Ballon d’Or award, pipping ex-Red Cristiano Ronaldo to the honour. Wayne Rooney came in eighth (the highest-placed English-based player), Ryan Giggs 14th and  Nemanja Vidic joint 16th. Despite Rooney’s high finish, he’s missed out on the BBC’s Sports Personality of the Year shortlist, as reported by The Mirror. Ryan Giggs is in there, though.

Elsewhere, there’s a lot of speculation surrounding Sir Alex’s team selection tonight, although The Sun claims the club’s youngsters have received a great vote of confidence from the manager after he indicated he’d stick with them, despite defeat in last week’s Champions League tie.

The Times have revealed how much Premier League clubs pay to agents, with United among the lowest payers to players’ agents. Neighbours Manchester City top the list, having ppaid out more than £13million in one year.

Ihsan : MANUTD.COM
Related Posts with Thumbnails