Sunday, January 17, 2010

Liverpool terus suram,Chelsea berpesta gol, Man. United ekori rapat


Chelsea v Sunderland
 Ashley Cole diasak pertahanan Sunderland sebelum  berjaya menjaringkan gol ketiga untuk Chelsea.

Chelsea berpesta gol dalam persaingan bola sepak Liga Perdana England dengan membelasah Sunderland 7-2 di Stamford Bridge, kelmarin manakala Manchester United mencatat kemenangan selesa menewaskan Burnley 3-0 di Old Trafford untuk terus mengekori peneraju liga itu.
Chelsea menerajui liga dengan memungut 48 mata, melebihi satu daripada United yang bermain lebih satu perlawanan.
Arsenal yang mengunjungi Bolton Wanderers, hari ini, di tempat ketiga dengan 42 mata manakala Tottenham Hotspur keempat dengan 38 mata selepas seri tanpa jaringan di tempat sendiri dengan Hull City.

Chelsea memanfaatkan kesempatan Sunderland yang dibelenggu kecederaan pemainnya dengan mendahului 4-0 menerusi gol Nicolas Anelka, Florent Malouda, Ashley Cole dan Frank Lampard.
Michael Ballack turut menjaringkan gol di samping masing-masing satu daripada Anelka dan Lampard melengkapkan pesta jaringan itu.

PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney (kiri) berjaya memperdaya benteng pertahanan Burnley untuk menjaringkan gol kedua pasukannya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, semalam. Burnley tewas 3-0

Manchester United menebus kekalahan kepada Burnley di Turf Moor, Ogos lalu menerusi gol babak kedua daripada Dimitar Berbatov, Wayne Rooney dan Mame Biram Diouf.

DI Stadium Britania:

Hasrat Liverpool menukar musim yang suram dalam Liga Perdana England tidak menjadi selepas sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Stoke City.

Jaringan pada babak kedua daripada Sotirios Kyrgiakos sedikit melegakan tekanan ke atas Liverpool dan pengurusnya yang semakin panas dengan kritikan, Rafael Benitez.
Namun, kedudukan itu tidak lama, apabila Stoke memperoleh gol penyamaan pada minit ke-90.

Keputusan Perlawanan Lain:

Manchester United 3-O Burnley

Everton 2-0 Manchester City

Wolverhampton Wanderers 0-2 Wigan Athetics

Totteham Hostpurs 0-0 Hull City

Saturday, January 16, 2010

Manchester United miliki tonik terbaik

 http://www.topnews.in/sports/files/Alex-Ferguson35.jpg

Pengurus Alex Ferguson menganggap 'kehangatan matahari' ketika menjalani latihan di Asia Barat baru-baru ini akan menyema- rakkan semula kehebatan Manchester United dalam perebutan gelaran Liga Perdana England.
Misi United untuk mengejar pendahulu liga, Chelsea terbantut seketika apabila mereka mengalami dua kekalahan dan satu seri dalam enam aksi terakhir.
Cuaca sejuk yang melanda Eropah khususnya di Britain, memaksa United menjalani latihan di Qatar selama empat hari menjelang pertemuan dengan Burnley di Old Trafford malam ini.
The Red Devils pulang ke Britain semalam dan Ferguson menjelaskan bahawa sesi latihan dalam cuaca panas telah menjadi tonik terbaik bagi para pemainnya mengharungi pusingan kedua saingan liga musim ini.
"Dengan keadaan cuaca yang sangat bagus ketika ini di Qatar, ia satu peluang terbaik untuk mencuba kemudahan di sana," kata Ferguson.
"Kami telah menjalani sesi latihan yang hebat di sana yang mana mungkin tidak dapat dilakukan dengan keadaan cuaca di Britain ketika ini.
"Ia adalah suatu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan dan kompleks sukan mereka tidak diragui lagi adalah yang terbaik pernah saya lihat.
"Bukan itu saja, segala operasi di sana juga diuruskan dengan baik dan ia menjadi- kan lawatan kami di sana berjalan lancar dan tenang."

Arsenal penghalang Chelsea -Terry

http://images.mirror.co.uk/upl/m4/jul2009/5/2/john-terry-pic-getty-699355158.jpg


John Terry (gambar) mengakui Arsenal adalah penghalang utama kepada misi Chelsea merampas semula gelaran juara Liga Perdana England musim ini.
Arsenal kini ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga itu - hanya enam minggu selepas kekalahan 0-3 mereka di tangan Chelsea di Emirates, November tahun lalu.
Sejak itu, prestasi Chelsea pula semakin merosot dengan anak-anak buah Carlo Ancelotti itu hanya menang tiga daripada enam perlawanan terakhir.
Begitupun, ketika Manchester United juga kehilangan mata, Arsenal pula menunjukkan kebangkitan dengan mencatat lima kejayaan dalam tujuh aksi terakhir dan seri dalam dua lagi perlawanan.
"Kami kini tidak boleh lagi kehilangan mata. Mujurlah pasukan lain di belakang kami juga kehilangan mata tetapi Arsenal kembali semula mengejar kami.
"Selepas kami mengalahkan mereka 3-0 pada November lalu, saya ingat mereka sudah terkeluar daripada persaingan.
"Kini kami perlu memberi tumpuan kepada diri kami sendiri. Diharapkan kemenangan ke atas Watford dua minggu lalu memberi kami suntikan baru," kata Terry.
Terry juga kagum dengan cara Ancelotti menerapkan semangat berpasukan yang kental di Stamford Bridge musim ini.
"Ini kali pertama sejak saya bermain dalam bola sepak, seorang pengurus membawa semua pemainnya keluar.
"Ia sama seperti mengukuhkan lagi ikatan dalam pasukan. Kami telah bersama selama 24 jam sehari dan ada kehidupan sendiri tetapi semua pemain gembira," tambahnya lagi.

Hiddink sedia ambil alih tempat Benitez

 http://cendaku.files.wordpress.com/2009/03/hiddink.jpg

Guus Hiddink mula melobi dirinya sebagai pengganti kepada pengurus Liverpool, Rafael Benitez.
Bagaimanapun, Hiddink terlebih dahulu akan meminta kebenaran daripada pemilik Chelsea, Roman Abra- movich sebelum membuat langkah selanjutnya.
Hiddink dilapor akan meninggalkan tugasnya sebagai jurulatih skuad kebangsaan Rusia dan memberitahu beberapa rakan karibnya bahawa beliau berminat dengan cabaran yang menanti di Anfield.
"Saya perlu berbincang dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Rusia sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan saya.
"Tetapi memang benar saya lebih suka jika dapat menguruskan sebuah kelab di England sekali lagi.
"Saya juga menghargai segala sokongan yang saya terima daripada Roman Abra- movich, jadi saya akan berjumpa dengannya terlebih dahulu," kata Hiddink.
Musim lepas, pengendali kelahiran Belanda itu berjaya membawa pembaharuan kepada Chelsea selepas membimbing skuad The Blues selama empat bulan sebagai pengurus sementara.
Walaupun Hiddink, 63, masih belum sah akan meninggalkan Rusia, namun sumber mendedahkan bahawa beliau amat terdesak untuk mendapat peluang kedua dalam kancah Liga Perdana England.
Nama Hiddink mula disebut-sebut ketika Benitez menerima tamparan hebat ekoran prestasi tidak menentu Liverpool musim ini.
Benitez mungkin dapat bertahan sehingga hujung musim ini meskipun Liverpool tersingkir pada kempen Piala FA selepas tewas mengejut 1-2 kepada Reading kelmarin.
Kekalahan di tempat sendiri itu mencetuskan kemarahan peminat fanatik Liverpool yang mendesak Benitez melepaskan jawatannya.

Torres rayu Liverpool beli pemain berkualiti


FERNANDO Torres mahu pemilik kelab bola sepak Liverpool membeli pemain yang berkualiti jika mahu terus bersaing dalam Liga Perdana England.

Penyerang Liverpool, Fernando Torres menggesa pemilik kelab itu agar membawa masuk lebih ramai lagi pemain berkualiti ke Anfield dalam usaha membantu mengukuhkan pasukan yang kini bergelut dengan prestasi merudum. Pemain tersebut merayu kepada pemilik THe Reds, warga Amerika Syarikat itu, Tom Hicks dan George Gillett selepas kekalahan memalukan di tangan kelab divisyen dua, Reading pada perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA, kelmarin.
Torres yang kini terpaksa direhatkan selama enam minggu ekoran kecederaan lutut ketika beraksi pada perlawanan menentang Reading manakala kapten, Steven Gerrard serta seorang lagi rakan sepasukan, Yossi Benayoun turut dibelenggu kecederaan.
''Kini terpulang kepada pemilik kelab. Mereka perlu membawa masuk pemain agar peristiwa memalukan ini tidak akan berulang lagi.
''Jika kami mahu bersaing dengan Manchester United dan Chelsea kami perlu melakukan sesuatu untuk menguatkan skuad. Kami memerlukan lebih ramai pemain kelas pertama dan kami juga tidak boleh melepaskan pemain terbaik meninggalkan kelab.
''Ia sangat mengecewakan. Kami telah menamatkan dengan menduduki tangga kedua musim lalu dan musim ini sepatutnya menjadi satu titik tolak kepada pasukan untuk melakukan sesuatu yang hebat.
''Manchester United telah menjual Carlos Tevez dan Christiano Ronaldo sementara Chelsea tidak menandatangani mana-mana pemain pun tetapi ia tidak menjejaskan mereka,'' kata pemain kelahiran Sepanyol itu kepada media Britain, semalam.
Liverpool kini menduduki tangga ketujuh dalam Liga Perdana England dengan 33 mata daripada 20 perlawanan dan mereka tertinggal 12 mata di belakang pendahulu Chelsea manakala lima mata di belakang Manchester City yang berada di tempat keempat - tempat terakhir untuk layak ke Liga Juara-Juara.
Liverpool kini memulakan kempen mereka untuk memburu kejuaraan Liga Europa menentang kelab dari Romania, Unirea Urziceni pada 18 Februari ini setelah gagal dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
''Pada awalnya Liga Europa bukanlah sasaran kami untuk menang musim ini tetapi ia kini telah menjadi realiti. Sekarang kami perlu memenanginya,'' ujar Torres.
Katanya, The Reds tidak mempunyai pilihan selain memastikan Liga Europa menjadi milik mereka dan sekiranya ia tidak berlaku, musim ini adalah yang terburuk terpaksa dilalui Liverpool.
''Kami perlu meningkatkan mutu permainan, pikul tanggungjawab dan pastikan kedudukan empat tempat teratas, memandangkan untuk memburu kejuaraan liga tidak mungkin dapat digapai. Apa yang boleh dilakukan ialah perbaiki situasi buruk ini,'' tegasnya.

Friday, January 15, 2010

Campbell mahu ikut jejak Maldini


CAMPBELL kembali membarisi skuad Arsenal sehingga

hujung musim ini.


Sol Campbell percaya dia mampu mengikut jejak Paolo Maldini dengan beraksi dalam arena bola sepak sehingga usia 40 tahun.
Campbell, 35, menerima kontrak selama enam bulan bersama Arsenal sehingga hujung musim ini dan dia berharap akan terus kekal di Emirates.
Campbell mahu membukti- kan yang dia masih mampu beraksi pada peringkat tertinggi dan menjadikan Maldini sebagai inspirasinya kerana pertahanan AC Milan itu terus bermain sebelum bersara pada usia 41 tahun.
"Impian saya ialah untuk terus di sini selepas hujung musim, siapa tahu? Usaha keras ialah untuk berada di sini tetapi usaha sebenar bermula sekarang.
"Jika Arsenal terus melatih saya seperti ini, maka saya rasa saya mampu memberi sumbangan sehingga dua, tiga tahun lagi.
"Pemain seperti Franco Baresi dan Paolo Maldini adalah sumber inspirasi saya. Jika kamu pandai jaga diri dan ada keazaman, bagi saya itulah perkara yang penting.
"David James bermain buat England sehingga usia 40 tahun dan dia juga satu inspirasi bagi saya. Tetapi paling penting saya harus menghadapinya satu langkah demi satu langkah."
Campbell bersetuju dengan kontrak enam bulan bersama Arsenal dengan pendapatan sekitar £40,000 (RM217,668) seminggu.
Dia turut menolak tawaran daripada Hull City dan Newcastle United sebelum menyertai kelab lamanya itu.

Sunday, January 10, 2010

Kerajaan Togo panggil pulang pasukan bola sepaknya

http://fabbikouassi.files.wordpress.com/2009/03/gilbert_houngbo_101132921.jpg

Perdana Menteri Togo berkata, pasukan kebangsaan negara itu mesti kembali ke Togo dan tidak perlu menyertai bola Piala Bangsa-bangsa Afrika selepas pasukan itu diserang menyebabkan tiga terbunuh dan lapan cedera.
Gilbert Houngbo berkata, para pemain masih berada di negara itu dalam keadaan terkejut dan mereka berada dalam keadaan tidak selamat.
Katanya, pesawat khas kerajaan Togo akan berlepas ke Angola untuk membawa pulang para pemain tersebut ke Lome.

Kuku ibu jari Ribery terpaksa dicabut: Van Gaal

Pemain perancang yang dilanda kecederaan, Franck Ribery bakal terlepas saingan Bundesliga yang kembali bersambung minggu depan akibat jangkitan bakteria yang menyebabkan kuku ibu jari kakinya terpaksa dicabut, menurut jurulatihnya, Louis van Gaal.

“Ia amat mengecewakan dia tidak dapat berlatih bersama pasukan,” kata Van Gaal dalam laman web kelab (www.fcbayern.t-home.de) ketika rehat pertengahan musim di Dubai.

“Minggu ini amat penting untuk kerjasama pasukan tetapi nampaknya dia terpaksa diturunkan ketika saingan semakin sengit. Selepas ini, ia cukup berat buat Ribery, buat saya dan juga pemain lain.” Van Gaal berkata Ribery terpaksa berlatih dengan hanya memakai stokin pada Jumaat tetapi tidak bersama ahli pasukan lain.
Dia tidak akan diturunkan menentang Hoffenheim Jumaat depan ketika Bundesliga memulakan baki saingan musim ini. Ribery sebelum ini sudah berehat tiga bulan selepas mengalami kecederaan ligamen lutut. Jangkitan di ibu jari kakinya pula timbul ketika latihan terakhir pasukan di Munich sebelum berangkat ke Timur Tengah.

Fabregas bukan untuk dijual


FABREGAS mempunyai kontrak bersama Arsenal sehingga tahun 2015.


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sekali lagi bertegas untuk tidak menjual bintangnya, Cesc Fabregas.
Sebelum ini, timbul spekulasi yang mengatakan Wenger bersedia untuk melepaskan Fabregas pada penghujung musim ini.
Begitupun, Wenger menafikan spekulasi tersebut dan mengesahkan bahawa kapten skuad The Gunners itu tidak akan berhijrah.
"Kami tidak pernah berhasrat untuk menjualnya kerana dia mempunyai kontrak yang panjang bersama kami sehingga tahun 2015," jelas Wenger.
Dua kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat perancang Arsenal dalam usaha memantapkan pasukan masing-masing.
"Spekulasi ini datang dari Sepanyol dan bukan dari sini. Kami tetap dengan pendirian kami sebelum ini.
"Jika suatu hari nanti kami mahu menjual pemain dan kedua-dua kelab itu berminat, mereka boleh menghubungi kami.
"Mereka tidak perlu membuat kenyataan dalam akhbar. Buat masa ini, kami belum bersedia menjual mana-mana pemain kami," tegas Wenger.

Rosicky penyelamat Arsenal


PEMAIN Arsenal, William Gallas (kiri) mencabar penjaga gol Everton, Tim Howard dalam perlawanan Liga Perdana England di Stadium Emirates, London semalam. Keduaa-dua pasukan seri 2-2.

Jaringan Tomas Rosicky pada minit terakhir permainan menyelamatkan Arsenal daripada tumpas di gelanggang sendiri apabila berjaya mengikat Everton 2-2 dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana England semalam. Arsenal membelasah Everton 6-1 di Goodison Park ketika kedua-dua pasukan bertemu buat kali pertama musim ini, Ogos lalu, namun semalam, mereka dipaksa bangkit daripada ketinggalan dua kali di Stadium Emirates.
Pemain tengah Everton, Leon Osman mengejutkan tuan rumah dengan membuka jaringan pasukan pelawat menerusi tandukan pada minit ke-12.
Semalam, Everton memberi peluang kepada penyerang Los Angeles Galaxy, Landon Donovan untuk membuat kemunculan pertamanya selepas dipinjamkan 10 minggu.
Bintang Amerika Syarikat itu mengambil sepakan sudut yang kemudian ditanduk Osman untuk gol pembukaan.
Arsenal bagaimanapun tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan 1-1. Pemain Brazil, Denilson melepaskan rembatan rendah yang terkena kaki Osman sebelum menewaskan penjaga gol, Tim Howard pada minit ke-28.
Pasukan tuan rumah kemudian bermula garang sebaik babak kedua bermula dan mendominasi saingan awal, namun permulaan yang baik belum menjamin keputusan yang baik.
Kesilapan yang dilakukan benteng pertahanan mereka dihukum sepenuhnya oleh Everton untuk menghasilkan gol kedua, 10 minit sebelum tamat permainan.
Jaringan berpunca menerusi gerakan solo pemain tengah, Steven Pienaar yang kemudian melambung bola menewaskan penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia.
Ketika kemenangan hampir terbayang di mata pemain-pemain Everton, Arsenal yang tidak pernah mengaku kalah akhirnya berjaya mencari gol penyamaan menerusi rembatan cantik Rosicky yang menewaskan Howard.
Arsenal kini mengekori pendahulu, Chelsea dengan tiga mata di belakang selepas mengumpul 43 mata daripada 20 perlawanan.
Terdahulu, lima lagi perlawanan yang dijadual berlangsung semalam terpaksa ditunda akibat salji tebal.
Perlawanan tersebut melibatkan pertemuan Hull City menentang Chelsea, Burnley-Stoke, Fulham- Portsmouth, Sunderland- Bolton dan Wigan bertemu Aston Villa.

Saturday, January 9, 2010

Beberapa perlawanan EPL ditunda akibat cuaca salji

 Keadaan cuaca yang bersalji di Britain menyebabkan beberapa perlawanan Liga Perdana England hujung minggu ini ditunda.
Perlawanan antara Hull City menentang pendahulu Liga Chelsea hari ini dan Liverpool bertemu Tottenham telah ditunda akibat cuaca teruk.
Terlebih dahulu perlawanan di antara Portsmouth bertemu Fulham, serta Burnley menentang Stoke City dan Sunderland melawan Bolton Wanderers juga terpaksa ditunda.

Berikut adalah jadual baru perlawanan:

Hull City v Chelsea (Saturday 9th January,2010, 12:45pm)
Burnley v Stoke City (Saturday 9th January 2010, 3pm)
Sunderland v Bolton Wanderers (Saturday 9th January 2010, 3pm)
Fulham v Portsmouth (Saturday 9th January 2010, 3pm)
Liverpool v Tottenham Hotspur (Sunday 10th January 2010, 4pm)

Ferguson Sudah Sedia Untuk Turunkan Diouf.

http://www.manutd.ro/spaw2/uploads/images/mame%20biram%20diouf.jpg

Manchester United sudah bersedia untuk menurunkan Mame Biram Diouf dalam saingan Piala Carling selepas pemain muda Senegal itu mendapat permit kerja dan pelepasan tugasan antarabangsa.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson agak teruja dengan prestasi pemain berusia 22 tahun itu yang begitu cepat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Old Trafford dan akan menyerahkan kepada pemain baru United itu jersi bernombor 32 yang sebelum ini pernah digunakan oleh Carlos Tevez.

“Dia dapat menyesuakan diri dengan cepat dalam sesi latihan kami dan nampak meyakinkan,” kata Ferguson. “Dia pantas, sangat bagus di udara dan penyerang yang mempunyai kawalan bola yang baik”.

“Secara keseluruhan, dia merupakan pemain penyerang tengah yang bagus dan dia akan bermain pada separuh musim berikutnya,” tambah Ferguson.

Diouf diikat dari kelab Norway, Molde pada musim panas lalu namun hanya sebagai pemain pinjaman sehingga berakhirnya musim ini.

Friday, January 8, 2010

Vidic Tidak Mungkin Berpindah Ke Real Madrid.



Kemurungan mungkin membelenggu karier Nemanja Vidic kebelakangan ini namun ejennya menegaskan yang khabar angin perpindahan pemain itu ke Real Madrid bulan Januari ini tidak berasas sama sekali.

Vidic adalah antara watak utama yang membantu United memenangi tiga kejuaraan EPL namun khabar angin bertiup kencang selepas dia hanya dimasukkan di penghujung perlawanan ketika menentang Leeds di mana United tersingkir dari saingan Piala FA selepas tewas 0-1 hari Ahad lalu.

Adalah dipercayai Real Madrid sudah lama mengidam khidmat pemain antarabangsa Serbia itu, yang merupakan antara pemain pertahanan yang menyerlah dalam saingan EPL selepas berpindah dari Spartak Moscow dengan nilai 7 juta pound pada Januari 2006.

Khabar yang mengatakan Vidic kurang gembira di England sering dipaparkan di dada akhbar namun ejennya, Paolo Fabbri menafikan sebarang keinginan pemain itu untuk meninggalkan Old Trafford.

Lagipun, perpindahan pemain itu ke Real Madrid tidak mungin terjadi pada Januari ini pada ketika United sedang sibuk memburu kejuaraan liga domestik dan saingan di peringkat Eropah.

Thursday, January 7, 2010

Fernandes beli West Ham


Datuk Seri Tony Fernandes

Dua tokoh korporat tempatan, Datuk Seri Tony Fernandes dan Datuk Kamaruddin Meranum kini di peringkat akhir untuk membeli kelab bola sepak Liga Perdana England, West Ham United. Sumber memberitahu, pembelian kelab yang dibimbing oleh Gianfranco Zola itu akan dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu akan datang.
Katanya, menerusi pembelian tersebut, Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd. (AirAsia) dan Kamaruddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, akan memegang 51 peratus saham kelab tersebut.
''Pemilikan kelab West Ham oleh kedua-dua tokoh korporat itu adalah pelaburan peribadi dan ia tidak melibatkan kepentingan syarikat AirAsia,'' kata sumber tersebut.
Fernandes merupakan penyokong setia West Ham.
Beliau juga adalah Ketua Pasukan Lotus F1 Racing manakala Kamaruddin merupakan Pengarah pasukan yang akan beraksi dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.
Tambah sumber tersebut, pemilikan kelab England itu turut membuktikan kemampuan rakyat Malaysia membeli sebuah kelab yang beraksi dalam liga bola sepak terkemuka di dunia.
''Pemilikan West Ham oleh kedua-dua tokoh korporat itu kena pada masanya kerana ketika ini para pemain bola sepak negara sedang mencari kelab untuk berlatih di Eropah.
''Atas semangat 1Malaysia, saya percaya mereka tiada halangan untuk memberi kebenaran jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu menempatkan para pemain negara di West Ham,'' kata sumber tersebut..
West Ham United berpusat di Upton Park, timur London, menduduki tangga keempat tercorot Liga Perdana England dengan mengumpul 18 mata dari 20 perlawanan, di depan, Bolton, Hull dan Portsmouth.
Antara pemain utama West termasuk Scott Parker, pemain kebangsaan England, Matthew Upson, penjaga gol Robert Green serta Kieron Dyer.
Musim lalu, West Ham menduduki tempat kesembilan dan kedudukan terbaik kelab itu dalam Liga Perdana ialah di tangga kelima pada 1998-99.

Mancini mahu rentap ego MU


MANCINI


Roberto Mancini berjanji untuk menurunkan sebuah banting besar di Old Trafford yang memaparkan rekod kekurangan kejayaan dicapai oleh Manchester City.
Pengendali baru City itu yakin tugasnya akan lebih mudah setelah United kini tidak lagi dibarisi Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.
Perhitungan antara dua kelab berjiran itu berlarutan setiap tahun dan mereka kempunan untuk bertemu pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga di Eastlands yang dibatalkan awal pagi tadi akibat cuaca buruk.
Banting yang terdapat di Old Trafford merekodkan jumlah tahun sejak City kali terakhir menjulang trofi yang kini sudah mencecah antara 33 dan 34 tahun.
Namun pengendali dari Itali itu berkata, ini merupakan tahun terakhir United boleh memaparkan banting tersebut kerana mereka akan disingkirkan pada saingan Piala Liga itu nanti.
"Apabila kami bertandang ke Old Trafford nanti, kami akan menurunkan terus banting tersebut. Ini tahun terakhir ia digantung di situ, saya akan pastikan," jelas Mancini.
Tambah Mancini, United kini tidak sama lagi seperti ketika mereka memiliki Ronaldo dan Tevez.
"Tevez dan Ronaldo merupakan dua pemain utama. Normal jika sesebuah pasukan itu merasai kehilangan dua pemain seperti itu," katanya.
Mancini berkata, dia yakin United pasti menyesal kerana tidak mahu mengambil Tevez secara kekal setelah dua musim menggunakan pemain itu secara pinjaman.
"Bagi saya, Tevez salah seorang daripada 10 pemain terbaik di Eropah dan salah seorang terbaik di dunia. Sudah tentu kita perlu keluarkan sedikit wang untuk mendapatkan pemain seperti ini," jelas Mancini.

Veron tolak kembali ke EPL

Pemain tengah Argentina, Juan Sebastian Veron menolak tawaran bernilai 7 juta pound (RM37.9 juta) dari kelab Liga Perdana England, Manchester City untuk kelab Argentina, Estudiantes.
Wakil Veron, Miguel Pires berkata, perancang utama Argentina itu tidak menerima tawaran pengurus City, Roberto Mancini untuk mendapat khidmatnya.
Mancini dan Veron pernah bergandingan ketika bermain bersama kelab Itali, Lazio dan Sampdoria. Mancini kemudiannya menjadi jurulatih Veron di Inter Milan.
Pires dalam satu temu bual menerusi radio kelmarin berkata, City telah mengemukakan tawaran sebanyak 7 juta pound kepada Estudiantes dan menawarkan jumlah yang sama kepada pemain berpengalaman itu.
"Kami menerima faks yang menawarkan tujuh 7 juta pound kepada Sebastian Veron dan jumlah yang sama juga diberikan kepada Estudiantes.
"Bagaimanapun, Sebastian tidak memberi sebarang reaksi dengan tawaran tersebut, begitu juga timbalan presiden kelab," kata Pires kepada stesen radio La Red.
Dalam pada itu, agensi berita DYN memetik Veron sebagai berkata: "Ia bukan soal wang.,"
Sebaliknya, Veron selesa untuk terus bersama Estudiantes.
Veron membantu Estudiantes memenangi kejuaraan Copa Libertadores tahun lalu, dan antara pemain yang paling konsisten dalam skuad kebangsaan Argentina di bawah kendalian Diego Maradona.
Dia turut dipilih sebagai Pemain Terbaik Estudiantes pada perlawanan akhir Piala Kelab Duniayang berlangsung di Abu Dhabi, bulan lalu.
Perlawanan akhir itu bagaimanapun dimenangi Barcelona dengan keputusan 2-1 selepas permainan berlanjutan hingga ke masa tambahan.
Gol kemenangan Barcelona disumbangkan oleh pemain sensasi dunia dari Argentina, Lionel Messi.
Veron yang kini berusia 34 tahun berpindah ke Manchester United pada 2001 dan kemudiannya beraksi bersama Chelsea.
Namun, dia tidak begitu menonjol ketika beraksi bersama dua gergasi bola sepak England itu.
City membelanjakan sejumlah wang yang besar sejak beberapa musim lalu untuk mendapatkan pemain terkemuka dunia seperti Robinho, Carlos Tevez, Kolo Toure dan Emmanuel Adebayor.

Kelab EPL juga tangguh bayar gaji pemain

Masalah kewangan turut melanda kelab-kelab utama di dunia antaranya kelab dalam Liga Perdana England, Portsmouth yang gagal membayar gaji pemain bulan Disember, yang tertangguh buat kali ketiga. Walaupun kenyataan Isnin lalu menyebut para pemain akan menerima gaji bulan Disember, sebanyak 1.8 juta pound (RM98 juta), pegawai Portsmouth memberitahu Persatuan Bolasepak Profesional England (PFA), penangguhan terpaksa dilakukan sekali lagi.
Ketua Eksekutif PFA, Gordon Taylor berkata, pasukan yang berada di tangga tercorot Liga Perdana itu berharap dapat membayar gaji pemain mereka secepat mungkin.
"Kami menjangkakan gaji pemain akan dibayar hari ini (kelmarin) tetapi ia tidak berlaku. Kami telah diberitahu kelab tersebut supaya dapat membayar gaji mereka esok (semalam)," katanya.
Portsmouth memberitahu PFA bahawa penangguhan pembayaran tersebut terpaksa dibuat kerana mereka masih belum menyiapkan kertas kerja selepas satu rundingan pinjaman jangka pendek yang dikatakan mampu untuk melunaskan pembayaran gaji pemain.
Selain masalah gaji, EPL telah memberitahu Portsmouth bahawa kelab itu tidak boleh mendaftar semula Jamie O'Hara sebagai pemain pinjaman, kecuali mereka membelinya dan ia dikatakan tidak akan berlaku ketika pasaran perpindahan pemain dibuka bulan ini.
Pemain tengah Tottenham itu bakal menamatkan tempoh perpindahan 15 Januari ini, tetapi Spurs telah menyatakan mereka senang melihat dia kekal di Pompey.
"Jika pendaftaran pemain itu masih tertangguh Portsmouth tidak akan dapat mendaftarkannya semula," kata wakil dari EPL.
Peguam yang dilantik untuk menyusun kembali hutang mereka, Danile Azougy berkata, kelab tersebut berada dalam keadaan tidak terurus.
"Pertama sekali, kami berharap dapat membayar gaji pemain seperti yang dijanjikan. Bagaimanapun, tiada siapa yang mengetahui keadaan kucar-kacir di kelab ini," katanya.

Saturday, January 2, 2010

Carrick tidak sabar jumpa Leeds


Pemain Manchester United, Michael Carrick (kiri) mahu mengangkat kelabnya ke tahap yang lebih baik musim ini apabila berdepan Leeds pada perlawanan Piala FA esok.

Michael Carrick menyatakan dia tidak sabar menanti pertembungan Manchester United dengan Leeds pada perlawanan Piala FA di gelanggang sendiri, esok dan merasakan pasukan bimbingan Alex Ferguson itu mempunyai tahap prestasi baik ketika ini. United yang melangkah ke tahun baru dengan ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Liga Perdana England, Chelsea bakal menghadapi peringkat kalah mati Liga Juara-Juara juga aksi separuh akhir Piala Liga menentang Manchester City, minggu depan.
Meskipun United sudah berjaya mencatat pencapaian baik dalam dua kempen tersebut, pemain tengah England, Carrick merasakan United masih belum mencapai tahap terbaik mereka.
Sehingga kini, kelab terkemuka England itu sudah mengalami lima kekalahan di peringkat liga dan dibelenggu masalah kecederaan pemain pertahanan.
Namun permasalahan di bahagian pertahanan dapat diselesaikan apabila gandingan Wes Brown dan Nemanja Vidic sudah mula menunjukkan prestasi mantap.
Ferguson berhasrat menggunakan barisan pemain mudanya untuk bertemu City di persaingan Piala Liga, tetapi dia sebaliknya mahu memilih pemain terbaik untuk menghadapi pendahulu Liga Satu, Leeds.
Leeds pernah berada di divisyen tiga bola sepak England selama tiga tahun, tetapi kini telah menunjukkan perkembangan baik apabila menjadi pesaing utama untuk memburu kejuaraan Liga Satu.
Pertemuan kali ini antara United dengan kelab Yorkshire itu merupakan pertembungan pertama kedua-dua pasukan, setelah Leeds diturunkan daripada persaingan Liga Perdana England pada 2004.
Ia bakal menjadi pertembungan yang sangat dinantikan oleh peminat pasukan pelawat dan kelab tersebut bakal membawa 9,000 peminat setia mereka ke Old Trafford, esok.
Carrick melihat pertembungan dramatik tersebut sebagai satu perkara positif untuknya dalam menghadapi persaingan musim ini.
"Merasai persaingan sengit yang dinantikan adalah salah satu sebab kenapa anda bermain bola sepak.
"Para esaing seolah-olah suka untuk menambah kehangatan persaingan. Ia bakal menjadi satu pertembungan hebat buat peminat, malah ia juga bakal menjadi satu pertembungan bagus untuk pemain-pemain.
"Tidak kira di mana anda beraksi atau apa sahaja suasananya, sama ada ia berpihak kepada pasukan anda atau sebaliknya, ia akan melahirkan rasa teruja untuk beraksi.
"Besiktas merupakan pasukan musuh yang sangat dinantikan oleh kami pada awal musim ini (persaingan Liga Juara-Juara), namun kami berjaya melayan kelab tersebut dengan satu pertembungan menarik.
"Begitu juga dengan Leeds. Kelab itu akan membawa ramai penyokong setia mereka ke sini dan kami sedia menanti kehadiran mereka. Ia bakal menjadi satu pertembungan yang menggegarkan," kata Carrick.

Benayoun tekad julang Piala FA




Pemain tengah Liverpool, Yossi Benayoun (gambar) percaya dia telah membuktikan kemampuan sebenarnya selepas dikritik hebat ekoran prestasi hambar sebelum ini.



Kini, pemain kelahiran Israel itu mahu Liverpool membalas kembali segala pengorbanannya dengan menjuarai Piala FA musim ini.
Benayoun merupakan antara tonggak utama West Ham ketika tewas menerusi sepakan penalti kepada Liverpool pada final Piala FA 2006.
Bagi menebus kembali kekecewaannya itu, Benayoun yang kini menjadi tonggak Liverpool berharap dapat menjulang Piala FA bersama skuad The Reds.
"Ia adalah suatu perlawanan yang menarik dan ketika itu Liverpool membawa pulang Piala FA," kata Benayoun ketika mengimbas aksi final Piala FA 2006.
"Saya berharap Liverpool akan sekali lagi menjulang Piala FA. Sebagai pemain Liverpool, saya mempunyai keyakinan yang tinggi dan berharap kami dapat menjulang piala tersebut."
Liverpool dijadualkan menentang Reading pada pusingan ketiga Piala FA esok.
"Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi tidak akan ada masalah jika kami mempamerkan kualiti sebenar kami," tambah Benayoun.

Mancini yakin ubah nasib Man. City

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini berharap kejayaan yang dikecapinya di Itali dapat diterjemahkan kepada kelab barunya, apabila memulakan kempen Pusingan Ketiga Piala FA menentang Middlesbrough hari ini.
Dia baru sahaja membimbing kelab Eastlands itu memenangi dua perlawanan awal di dalam kempen Liga Perdana England selepas menggantikan Mark Hughes yang dipecat.
Mancini ternyata mempunyai rekod cemerlang di dalam pertandingan kalah mati di Itali dengan memenangi Piala Itali, enam kali sebagai pemain dan empat kali selaku pengurus di tiga kelab berbeza iaitu Lazio, Fiorentina dan Inter Milan.
Dia juga berjaya memenangi kejuaraan liga bagi tiga tahun berturut-turut di antara musim 2003/04 hingga 2005/06 bersama Inter Milan.
Menurutnya, beliau yakin hasil pengalamannya sebelum ini mampu memberikan kejayaan pertama semenjak tahun 1976 kepada pemilik Man.City, Sheikh Mansour, jutawan dari Abu Dhabi.
''Kami cukup teruja dengan Piala FA dan saya tahu di England, ia merupakan satu pertandingan yang cukup penting."
''Di Itali, kebanyakan pasukan tidak memberi perhatian serius kepada persaingan piala kalah mati kecuali jika sudah melangkah ke peringkat separuh akhir, namun di sini ia ternyata berbeza.
''Adalah menjadi sesuatu yang hebat jika saya dapat membawa kejayaan kepada Man. City, sepertimana pengalaman saya memenangi Piala Itali sebelum ini," katanya.
Namun, tegasnya bagi mencapai misi itu, skuadnya perlu terlebih dahulu memenangi perlawanan menentang Middlesbrough.
Man. City kini berdepan dengan masalah kecederaan pemain yang cukup serius dan mereka bakal kehilangan beberapa tonggak penting Joleon Lescott, Wayne Bridge, Nedum Onuoha, Roque Santa Cruz dan Stephen Ireland apabila membuat kunjungan ke Riverside.
Sementara itu, Kolo Toure dan Emmanuel Adebayor akan mewakili negara masing-masing di kejohanan Piala Negara Afrika.
Bagaimanapun, Mancini enggan mengalah dengan situasi tersebut walaupun ia mungkin akan memberi kesan yang kurang baik untuk menghadapi pusingan awal Piala FA.
''Kami memang tidak memiliki skuad yang besar jadi beberapa orang pemain muda di dalam skuad ini yang telah berlatih bersama skuad utama mungkin akan diberi peluang beraksi," katanya.

Friday, January 1, 2010

Chelsea terima tekanan hebat United, Arsenal

- Manchester United semakin menghampiri pendahulu liga, Chelsea dengan hanya dua mata lagi setelah menumbangkan Wigan, 5-1, sementara Arsenal pula turut sama mengejar kedudukan setelah membelasah Portmouth, 4-1, kelmarin.
Liga Perdana England terakhir dekad ini itu menyaksikan United dan Arsenal, dua pasukan yang dilihat mencapai pelbagai kejayaan sejak sepuluh tahun itu, disebut-sebut antara pasukan yang akan mengecapi kejayaan lagi.
Juara bertahan United kini berada di kedudukan kedua adalah pasukan yang terlampau hebat buat Wigan dan jaringan gol di Old Trafford telah memberikan kelebihan yang besar.
Wayne Rooney membuka jaringan pada minit ke-28 selepas memanfaatkan tendangan silang Rafael da Silva untuk gol ke tujuh dalam tujuh perlawanannya.
Malah pada minit ke-32, maruah Wigan berkecai apabila Micheal Carrick pula memberikan jaringan gol, hasil sepakan silang Antonio Valencia.
Pemain pertahanan Brazil, Rafael turut menambah gol ketika separuh masa apabila dia merobek pertahanan pasukan pelawat yang lemah.
Dimitar Berbatov pula membuat penyudah yang meyakinkan pada minit ke-50 sebelum pemain tengah Wigan, Valencia menjaringkan gol kelima pada minit ke-75.
"Kita mampu melakukan lebih lagi tetapi saya tetap gembira dengan lima jaringan dan perkara utama adalah persembahan yang baik.
"Kunci utama kita adalah mendapat kembali barisan pertahanan. Penyertaan Nemanja Vidic dan Wes Brown memberikan kita perbezaan yang menakjubkan kepada pasukan, keseimbangan dan kawalan kita.
"Jika kesemua daripada mereka kembali, anda akan melihat permainan yang lebih baik," kata Ferguson.
Arsenal yang kini berada di tangga ketiga pula semakin membara untuk menjadi pasukan kedua terbaik setelah menewaskan Portsmouth bagi kemenangan kelima daripada enam perlawanan liga.
Pasukan Arsene Wenger itu berada di belakang Chelsea dengan 11 mata di belakang bulan lalu tetapi kini, mereka menghampiri dengan empat mata berbaki satu perlawanan. Ini semua kerana jaringan Eduardo, Samir Nasri, Aaron Ramsey dan Alex Song di Fratton Park.
"Semua orang menasihati kami supaya mendapatkan penyerang tetapi kami tetap menjaringkan gol dan kami percaya, permainan berpasukan menyebabkan kami menjaringkan gol.
"Ia adalah perlawanan yang begitu sengit tetapi kami semua kelihatan seperti pasukan yang telah bersedia.
"Kami sedang menuju ke arah itu, komitmen dan bakat juga telah ada. Kami akan bersaing dan pasukan ini telah bersedia untuk segala-galanya," kata Wenger kepada Sky Sport.
The Gunners yang hadir tanpa kapten pasukan, Cesc Fabregas telah membenam Portsmouth yang kekal di tangga bawah dan hanya ada empat mata menyelamatkan pasukan itu ke tahun baru.
Ada khabar angin menyatakan Jabatan Kastam dan Percukaian Diraja telah mengeluarkan perintah yang boleh membuatkan Portsmouth berdepan kebankrapan dan itu menyebabkan pasukan sukar membuat persediaan dan keadaan itu dianggap sukar buat pengurus, Avram Grant.
Pada perlawanan itu, Eduardo mendapat peluang sepakan percuma dan membuat jaringan pada minit ke-28 yang melepasi penjaga gol, Asmir Begovic dan Hermann Hreidarsson yang berada berhampiran.
Minit ke-42 pula Nasri meletakkan Arsenal sebagai pasukan yang mendominasi apabila pemain tengah Perancis itu mendapat bola daripada Ramsey dan melepasi Begovic untuk jaringan pertama sejak Mac lalu.
Ramsey turut mendapatkan kelebihan pada minit ke-69 dan membuat jaringan dari sudut penalti dengan tendangan kencang.
Portsmouth turut mendapat peluang pada minit ke-74 apabila Nadir Belhadj berjaya memberikan jaringan namun kekecewaan berterusan apabila Song menjaringkan gol keempat pada minit ke-81, hasil tendangan silang Nasri.

Beckham enggan rai gol aksi temui United



Bintang pinjaman AC Milan, David Beckham (gambar) tidak akan meraikan jaringannya jika dia meledak gol ketika berdepan dengan Manchester United dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara. Beckham mengakui, dia sangat gembira apabila kelab sementaranya itu diundi bertemu bekas kelab lamanya, United pada pusi- ngan kalah mati kempen Liga Juara-Juara.
Untuk rekod, Beckham telah beraksi dalam 394 perlawanan buat United dengan menyumbang 85 gol sebelum meninggalkan Old Trafford dan menyertai Real Madrid pada 2003.
Ini adalah kali pertama dia akan turun menentang anak-anak buah Alex Ferguson itu selepas perpindahannya ke Madrid.
"Sekiranya saya menjaringkan gol, saya tidak akan meraikannya.
"Saya lebih suka kalau dapat sumbangkan gol tetapi sudah pasti saya tidak akan meraikannya.
"Saya tahu kadangkala apabila tiba saat perlawanan yang genting, kamu tidak akan memikirkannya, jadi kita tidak tahu apa yang akan berlaku.
"Namun, saya ingin memberi- tahu kamu bahawa saya tidak akan meraikannya."
Perancang berusia 34 tahun itu menyertai Milan secara pinjaman daripada LA Galaxy dalam usaha- nya merebut tempat dalam skuad kebangsaan England ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Rooney mahu lakukan lebih banyak jaringan

http://www.oleole.com/media/main/images/member_photos/group1/subgrp251/pl200910manchesterun_289315.jpg
 Aksi Wayne Rooney kettka bertemu Birmingham City Ogos lalu.


Penyerang Manchester United, Wayne Rooney percaya dia bakal mengatasi jaringan terbaik keseluruhan semusim selepas memberi inspirasi kepada skuad kendalian Sir Alex Ferguson untuk membenam Wigan 5-0.
Pada perlawanan itu, Rooney berjaya memberikan mata lebih buat United dan kini kelab itu di posisi selesa dalam Liga Perdana England apabila hampir dua mata dengan pendahulu liga, Chelsea.
Rooney berjaya memecah kebuntuan tuan rumah dengan kesudahan yang menarik iaitu rekod jaringan ke-15 baginya musim ini dan bintang England itu percaya dia boleh mengulangi keseluruhan musim 2006 dan 2007 apabila dia berjaya menghasilkan 23 jaringan buat United.
"Saya berharap begitu. Jika saya tidak menjaringkan lapan gol di antara sekarang dan akhir musim, pasti ada sesuatu yang tak kena.
"Kami berada dalam perlawanan dengan mengetahui yang kami ada tujuh lagi gol di belakang Chelsea dan kami mahu mendekatkan jarak itu. Jadi menjaringkan lima gol sudah mendekatkan kami dan kami senang melakukannya.
"Lima gol menentang mana-mana pasukan adalah suatu perkara yang jarang berlaku ketika ini, oleh itu kami sangat gembira," katanya
United yang diketuai Rooney dilihat terlalu mudah menjinakkan pelawat dan sebelum separuh masa berlalu, mereka telah mengikat, 3-0 selepas Wigan dilihat kecewa dengan pertahanan mereka yang terdesak.
Selepas jaringan pembukaan oleh Rooney, ia disusuli gol daripada Michael Carrick, empat minit kemudian dan jelas sekali, dalam perlawanan itu, hanya ada satu sahaja juara.
Namun terdapat persoalan kepada Wigan yang dilihat mengaku kalah lebih awal dan pada gol separuh masa pertama oleh Rafael Da Silva, jelas menyatakan pasukan itu sudah dimalukan.
Ini ditambah lagi dengan jaringan oleh Dimitar Berbatov dan bekas pemain Wigan, Antonio Valencia, yang membuatkan Ferguson bertambah seronok.
Jurulatih berketurunan Scotland itu begitu memuji Rooney yang dikatakan pemain terbaik di padang, yang telah menghuru-harakan barisan pertahanan Wigan dan memberi kelebihan untuk penyerang United.
"Saya setuju mengatakan, 45 minit pertama adalah yang terbaik musim ini. Gerakan daripada kita begitu hebat dan kami turut mencipta banyak peluang.
"Kami juga bersetuju bahawa Wayne berjaya bermain dengan menakjubkan. Ahad lalu, kami menentang Hull City dan sekarang di sini, Wayne begitu hebat.
"Tenaga yang ditunjukkan, keinginan untuk menang adalah mengagumkan. Begitu juga, seluruh pemain yang bermain baik.
"Saya juga rasa, separuh musim ini adalah tentang kepentingan pengalaman dan kami berjaya melakukannya.
"Kami mendapat skuad terbaik dan tenaga yang hebat. Mari berharap yang kita mampu melakukannya," kata Ferguson.
Bagi pengurus Wigan, Martinez, dia terpaksa menahan kekecewaan terhadap pemain-pemainnya kerana melakukan persembahan yang tidak dapat diterima.
"Anda datang ke tempat seperti Old Trafford, cukuplah dengan bermain dengan baik.
"Anda harus menjadi sempurna dengan apa yang dilakukan. Harus benar-benar kukuh dan anda harus mengawal bola dan pantas.
"Kami lakukan itu dengan cara lain. Mereka bermain seolah-olah secara individu, kami pula tidak kelihatan seperti pasukan dan jika anda mahu menjatuhkan kami, kamu akan kena seteruk-teruknya. Terlalu banyak kali ia terjadi musim ini dan ia tidak boleh diterima. Kami harus memperbetulkan keadaan," kata Martinez.

Ferguson sambut hari jadi ke-68 penuh bermakna


Wayne Rooney meraikan jaringan ketika menentang Wigan di Old Trafford semalam. United menang 5-0.


Pengurus Alex Ferguson mengakui, beliau meraikan hari ulang tahunnya ke-68 dengan gembira selepas menyaksikan Wayne Rooney menjadi inspirasi kepada kemenangan 5-0 Manchester United ke atas Wigan awal pagi semalam.
Hasil kemenangan besar di Old Trafford itu menyaksikan United kembali mengekori pendahulu Liga Perdana England, Chelsea dengan perbezaan dua mata.
"Saya meraikan hari jadi saya dengan gembira, ia suatu persembahan yang hebat dan saya sangat berpuas hati," kata Ferguson yang genap berusia 68 tahun semalam.
"Saya rasa sepanjang 45 minit babak pertama, kami mempamerkan aksi terbaik musim ini.
"Semua pergerakan berjalan lancar dan tempo permainan juga amat menakjubkan."
Rooney membuka tirai jaringan United dengan meledakkan gol pertama sebelum Michael Carrick dan Rafael Da Silva menjadikan kedudukan 3-0 sebelum tamat babak pertama.
Dimitar Berbatov dan bekas pemain Wigan, Antonio Valencia turut menemui sentuhan apabila menambah dua lagi gol pada babak kedua.

FERGUSON cukup gembira dengan kejayaan United membenam Wigan 5-0 di Old Trafford semalam.


"Rooney beraksi dengan hebat malam ini. Dia menunjukkan kekua- tannya dalam perlawanan dan juga keinginannya untuk menang," tambah Ferguson
"Tetapi pada malam ini, semua pemain bermain dengan bagus. Perbezaan jaringan mungkin menjadi penentu pada hujung musim ini, siapa tahu.
"Saya rasa pada separuh kedua musim ini adalah masa di mana pengalaman akan memainkan pera- nan penting dan kami memiliki- nya.
"Kami memiliki skuad yang hebat dan kekuatan untuk melakukannya. Diharapkan kami mampu mengula- nginya lagi."
Related Posts with Thumbnails