Thursday, October 8, 2009

Van Der Sar Semakin Hampir Untuk Sertai Skuad Utama.



Edwin van der Sar kembali cergas dari kecederaan yang dialaminya dan telah membuat penampilan sulung bersama skuad simpanan Manchester United yang menentang Everton hari Selasa lalu.

Van der Sar belum bermain bersama United musim ini selepas patah dua tulang pada tangan kirinya ketika perlawanan persahabatan pra-musim menentang Bayern Munich.

Ketika ketiadaannya, Ben Foster menjadi pilihan utama Sir Alex Ferguson untuk mengawal gawang United tetapi penjaga gol antarabangsa England itu gagal memberikan persembahan mantap, jika dilihat pada gol jaringan Kenwyne Jones yang membolehkan Sunderland mendahului 2-1 dalam saingan EPL di Old Trafford hari Sabtu lalu.

Kehadiran semula Van der Sar pastinya dialu-alukan oleh kem United untuk memantapkan semula gawangnya.

Penjaga gol Belanda itu menyertai United dari Fulham pada 2001 dan telah membuat 132 penampilan dalam saingan EPL bersama juara England itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails