Friday, October 2, 2009

Skuad Harimau Muda sedia amuk Thailand




MALAYSIA sudah bersedia menghadapi Kejohanan Bola Sepak Jemputan Pra-Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos.
Sekalipun bakal membuat perhitu- ngan dengan pasukan pilihan, Thailand, skuad Harimau Muda yang diberi kepercayaan menggalas cabaran Malaysia, sedia mencipta kejutan pada aksi sulung mereka petang ini.
"Persiapan yang kita lakukan menjelang perlawanan pertama ini ialah untuk memastikan para pemain dapat mengekalkan corak permainan baik selepas pulang dari Slovakia.
"Saya mahu para pemain menanam sikap serius setiap kali turun beraksi dalam sesatu perlawanan," kata jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Laos semalam.
Kim Swee menambah, beliau mahu anak-anak buahnya mempamerkan tahap keyakinan tinggi dalam setiap perlawanan selepas mereka mengharungi lima aksi persahabatan sepanjang 18 hari berada di Slovakia bulan lalu.



Jelas Kim Swee, biarpun Malaysia hanya tewas tipis 0-1 kepada Thailand pada separuh akhir Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) AFF 2009 di Vietnam pada Ogos lalu, beliau menjangkakan skuad lawan kali ini pasti lebih kuat.
"Saya lihat daripada senarai pemain mereka, ada beberapa pemain yang lebih umur turut disenaraikan dalam skuad B-18 Thailand ini.
"Tetapi kita juga menggabungkan 10 pemain B-18 dan 10 pemain B-20. Setiap perlawanan, lima pertukaran dibenarkan. Jadi saya akan gunakan semua pemain yang dibawa," ujarnya.
Sepuluh pemain B-20 negara ialah K. Gurusamy, Ahmad Shakir Md. Ali, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Faizal Muhammad, Zamir Selamat, Affize Faisal Mamat, Muszaki Abu Bakar, Ahmad Aminuddin Shaharudin dan Zulhariz Mohamad Nor.
Manakala 10 lagi pemain B-18 terdiri daripada Fandi Othman, Gary Steven Robat, A. Thamil Arasu, Mohamad Fadhli Shas, Mohd. Irfan Fazail, Khairul Izuan Rosli, Wan Zack Haikal Wan Nor, D. Saarvindran, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Khairul Izzuwan Shaari.
Malaysia akan bertemu Vietnam pada aksi kedua Ahad ini sebelum menamatkan saingan bertemu tuan rumah, Laos pada Selasa depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails