Tuesday, October 13, 2009

Barca idam gandingan Robinho, Fabregas




Misi juara Eropah, Barcelona untuk mengekang pengaruh Real Madrid di Sepanyol bakal bermula Januari ini.
Menurut laporan media tempatan, Barcelona yang juga juara treble musim lalu kini meletakkan nama Robinho (gambar) dan Cesc Fabregas (gambar) dalam senarai teratas pemain yang akan dibeli pada musim perpindahan Januari nanti.
Perkara itu diakui sendiri Pengarah Sukan Barcelona, Txiki Begiristain yang berkata kelab itu memang berhajat untuk membeli bintang Manchester City dan kapten Arsenal itu.
"Dia (Robinho) seorang pemain yang cukup menarik dan boleh disenaraikan untuk saingan Liga Juara-Juara," katanya.
Begiristain turut menyatakan mereka tidak akan berputus asa untuk memujuk Fabregas, 22, kembali ke Barcelona.
"Dia (Fabregas) seorang pemain yang cukup sesuai dengan profil dimiliki Barcelona. Dia membesar dalam suasana bola sepak di sini.
"Saya yakin suatu hari nanti dia akan mengakhiri kariernya di Nou Camp. Saya cukup pasti dengan masa depan pemain ini," ujarnya.
Sebelum ini, Barcelona hanya megah selepas berjaya mendapatkan khidmat penyerang Inter Milan, Zlatan Ibrahimovic.
Begitupun, mereka terpaksa melepaskan penyerang prolifik dari Cameroon, Samuel Eto'o ke Inter sebagai syarat pertukaran untuk membawa Ibrahimovic ke Nou camp.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails