Monday, October 5, 2009

Pra Sukan SEA: Harimau Muda 3 Vietnam u23 1


3-1

Ahmad Shakir Ali 20' 47' 55'

SENARAI PEMAIN HARIMAU MUDA:

22 Zamir Selamat (PG)
2 Mahali Jasuli
3 Muslim Ahmad (KP)
4 Fadhli Shas
5 Fandi Othman (20 Affize Faizal Mamat 53')
16 Wan Zack Haikal Wan Nor (14 Muszaki Abu Bakar 87')
17 Irfan Fazail
18 Khairul Izuan Rosli (7 Ahmad Aminuddin Shaharuddin 67')
19 Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
11 Gary Steven Robbat (10 Kandasmy Gurusamy 59')
12 Ahmad Shakir Ali (13 Saarvindran Devandran 84')

Vientiene, 4 Okt.-Harimau Muda membuktikan mereka bakal menjadi pasukan yang digeruni apabila menundukkan Vietnam 3-1 melalui tigal gol jaringan Ahmad Shakir. Setelah kekeringan jaringan pada perlawanan semalam, hari ini Ahmad Shakir meledakkan 3 gol iaitu pada minit ke-20,ke-47 dan menjadikan hatrik pada minit ke-55.

Disamping jaringan tersebut, Harimau Muda mempunyai sekurang-kurangnya 3 peluang keemasan, pada seperuh masa pertama Khairul Izuan Rosli hanya perlu menewaskan penjaga gol dalam kedudukan satu lawan satu. Begitu juga pada separuh masa kedua apabila beliau ingin mencuba sendiri bola yang patutnya diumpan kepada rakan yang mempunyai peluang terbuka didepan gol. Ahmad Shakir juga perlu menyalahkan diri sendiri ketikan gagal memanfaatkan peluang hasil hantaran silang Wan Zaharulnizam dari sebelah kiri, tendangan mudahnya dapat dikuis keluar oleh penjaga gol.

Disebalik corak permainan yang agresif dan disiplin permainan yang tinggi, jurulatih Ong Kim Swee agak gusar dengan ketumpulan barisan pemain bawah 18 tahunnya yang digabungkan dengan Harimau Muda.
"Disamping permainan cemerlang Ahmad Shakir, kita masih kekurangan penyerang berbisa, masalah timbul apabila penyerang utama seperti Thamil Arasu mengalami kecederaan. Setiap pemain harus bijak dan matang memanfaatkan peluang."


Kesebelasan utama yang diturunkan
(Duduk dari kiri Mohd Fandi, Gary Steven, Wan Zaharulnizam, Wan Zack Haikal dan Moh Irfan.
Berdiri dari kiri Khairul Izuan Rosli, Mahali Jasuli, Mohd Fadhli, Ahmad Shakir, Mohd Muslim dan Mohd Zamer).


Ahmad Shakir melakukan percubaan ke arah gol Vietnam.


Melepasi kepungan para pemain Vietnam.
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails