Sunday, October 4, 2009

Man Utd hampir diaibkan Sunderland



 Anton Ferdinand


Gol sendiri oleh pemain pertahanan,  menyelamatkan Manchester United daripada diaibkan Sunderland pada saingan Liga Perdana Inggeris yang berkesudahan seri 2-2, di Stadium Old Trafford, awal pagi tadi.

Ferdinand yang cuba menguis keluar bola tendangan deras pertahanan United, Patrice Evra bagaimanapun menerjah jaring sendiri ketika dua minit permainan berbaki.

Sunderland mengejutkan Unted seawal minit ke-7 menerusi Darren Bent dengan tendangan kaki kanan mengelirukan penjaga gawang, Ben Foster.
 
Kemudian giliran pemain antarabangsa Bulgaria, Dimitar Berbatov menyamakan kedudukan pada minit ke-51, menerusi tendangan lipat ala akrobatik.

Selang lapan minit, Kenwyne Jones pula menanduk masuk untuk memastikan Sunderland di depan semula.

Ketika hampir permaian tamat, United yang semakin gusar dengan corak permainan bertahan Sunderland, terus melancarkan serangan bertubi-tubi.
 
Bagaimanapun kesilapan Ferdinand memaksa Sunderland pulang dengan satu mata saja.

United kini mempunyai 19 mata daripada lapan perlawanan, berkedudukan sama dengan Chelsea di tangga teratas liga.

Chelsea akan bertemu pasukan di tempat keempat Liverpool, hari ini.

Sunderland kini di tangga ke-13.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails