Sunday, February 27, 2011

Kuyt, Suarez sedia gegar




SUAREZ semakin mendapat tempat di hati peminat Liverpool.

LONDON - Dirk Kuyt dan Luis Suarez kini sudah bersedia untuk mengatur strategi merobek pertahanan West Ham United pada aksi Liga Perdana England malam ini. Suarez yang dibeli dengan harga £22.8 juta (RM112 juta) dari Ajax Amsterdam Januari lalu, tidak dibenarkan beraksi ketika Liverpool menang 1-0 ke atas Sparta Prague awal pagi kelmarin.
Namun penyerang Uruguay itu mula popular di Anfield dan Kuyt yang menjaringkan gol kemenangan buat Liverpool layak ke pusingan ketiga Liga Europa, memainkan peranan penting untuk membantunya menyesuaikan diri di luar dan di atas padang dalam kelab tersebut.
"Saya boleh membantu dia (Suarez). Dia boleh bercakap bahawa Belanda. Kadang kala lebih bagus apabila kami bercakap bahawa yang sama kerana pertahanan lawan tidak faham percakapan kamu," kata Kuyt.
"Setakat ini saya rasa gandingan kami cukup bagus dan ia memerlukan masa untuk menjadi semakin bagus. Perkara pertama yang saya beritahu kelab ini ketika mendapatkannya ialah kami telah membeli seorang pemain berkelas dunia.
"Dia menyesuaikan diri dengan cepat. Setiap hari dia memberi tumpuan sepenuhnya dalam latihan. Dia mahu menjadi tonggak penting dalam kelab ini dan dia telah pun menunjukkan potensi sebenarnya."
Dengan Chelsea dan Tottenham tidak beraksi pada minggu ini, kemenangan ke atas West Ham malam ini bakal menyaksikan Liverpool menambah lagi tekanan ke atas perebutan slot terakhir Liga Juara-Juara musim depan."



Related Posts with Thumbnails