Saturday, October 10, 2009

Thanhnien Newspaper Cup: Malaysia 1 China 3

Harimau Muda tewas kepada pasukan China 3-1. Harimau Muda bermula baik apabila mempunyai sekurang-kurangnya lima peluang terbaik menjaringkan gol melalui Thamil Arasu pada minit ke-18, Saarvindran minit ke-9 dan 30, Gurusamy minit ke-43 menerusi sepakan percuma dan Gary Steven minit ke-31, namun penyudah yang tumpul menghalang pintu gol China daripada dibolosi.
China berjaya mendahului menerusi satu serangan pantas apabila bola yang dikeluarkan oleh pertahanan disambut baik oleh penyerang China untuk merembat melepasi jangkauan Khairul Izzuwan Shaari dipenjuru kanan gol.
Permainan agak agresif dan rancak pada separuh masa kedua dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. China menambah dua lagi gol sebelum Thamil Arasu menanduk masuk untuk jaringan tunggal Harimau Muda pada minit ke 88.
Harimau Muda menerima tiga tendangan percuma di hadapan kotak penalti China namun peluang tersebut gagal digunakan sebaik mungkin. Harimau Muda akan bertemu Vietnam pada 11 Oktober ini.

MALAYSIA:

Mohamad Fandi B Othman (Mohd Irfan)
Mohd Affize Faisal B Mamat
Ahmad Aminuddin B Shaharuddin (
Wan Zaharulnizam)
Mohd Fadhli Bin Mohd Shas
Gary Stevan Robbat
Saarvindran A/L Devandran
Thamil Arasu Ambumamee
Gurusamy Govandar Kandasamy
Mohd Khairul Izzuwan B Shaari (PG)
Muszaki Bin Abu Bakar
Muhammad Zulhariz B Mohamad Nor (
Mahuli Jasuli)

K.Gurusamy mengambil tendangan percuma yang tertampan pertahanan China.



Thamil Arasu menjaringkan gol untuk Harimau Muda menentang China.




Kesebelasan Utama Harimau Muda.


Tamat perlawanan - Harimau Muda tewas kepada pasukan China 3-1. Permainan agak agresif dan rancak pada separuh masa kedua dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. China menambah dua gol lagi sebelum Thamil Arasu menanduk masuk untuk jaringan tunggal pada minit ke 88. Harimau Muda menerima 3 Tendangan percuma depan kotak penalti namun gagal digunakan sebaik mungkin. Mahuli Jasuli masuk menggantikan Zulhariz, Mohd Irfan menggantikan Mohd Fandi dan Wan Zaharulnizam menggantikan Mohd Aminuddin.
Harimau Muda akan bertemu Vietnam pada 11hb.

Tamat separuh masa pertama - China mendahului 1-0.Harimau Muda mempunyaisekurang-kurangnya 5 peluang terbaik menjaringkan gol melalui Thamil Arasu minit ke18, Saarvindran minit ke9 dan 30, Gurusamy minit ke43(freekick) dan Gary Steven minit ke31, Namun penyudah yang tumpul menghalang gol China daripada ditembusi, China membalas melalui beberapa gerakan pantas dan menjaringkan gol apabila bola yang dikeluarkan oleh pertahanan disambut baik oleh penyerang China untuk merembat melepasi jangkauan Khairul Izzuwan Shaari dipenjuru kanan gol.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails