Thursday, October 8, 2009

Semangat Brazil masih kental - Fabiano


 Luis Fabiano

Motivasi Brazil tidak lentur dalam dua perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia walaupun telah melayakkan diri untuk saingan tersebut di Afrika Selatan tahun depan.
Brazil yang telah pun layak ketika berbaki tiga lagi perlawanan selepas menang 3-1 ke atas Argentina bulan lepas akan menentang Bolivia di La Paz, Ahad ini sebelum menerima kunjungan Venezuela di tempat sendiri tiga hari kemudian.
"Ia adalah perlawanan yang penting bagi pemain yang mahu kekal selamat (dalam pasukan).
"Saya juga mahu bermain kerana mahu menjadi penjaring terbanyak pada peringkat kelayakan," kata Fabiano.
Dua gol jaringan Fabiano membantu Brazil mencatat kemenangan di Rosario menjadikan jaringan keseluruhan kepada sembilan gol dalam peringkat Kumpulan Amerika Selatan.
Walaupun Brazil merungut sebelum ini tentang beraksi di tempat tinggi di La Paz dengan ketinggian 3,600 meter dari paras laut, tetapi jurulatih mereka, Dunga tidak mengeluh langsung.
"Kami semakin menghampiri ke Piala Dunia dan saya baru sahaja tiba (di dalam pasukan), saya perlu merebut peluang ini. Impian saya ialah untuk pergi ke sana (Afrika Selatan)," kata penyerang simpanan, Diego Tardelli.
Tardelli merupakan penjaring kedua terbanyak dalam Liga Brazil dengan 14 gol, kurang satu daripada rakan sepasukan, Adriano.
Seorang lagi pemain yang sepatutnya mendapat peluang membuktikan kepada Dunga bahawa dia mempunyai nilai tatkala ketiadaan Lucia dan Juan, iaitu Naldo dari Werder Bremen.
Pasukan di tempat ketujuh, Venezuela, yang akan menanti kunjungan Paraguay, terikat dengan peluang tipis ke Piala Dunia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails