Wednesday, September 30, 2009

Messi terbaik di dunia, Capello

Fabio Capello - England (PA)
Pengurus England, Fabio Capello meletakkan Lionel Messi sebagai pemain terbaik dunia dan merasakan beliau akan memenangi Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA.
Bekas jurulatih Milan, Juventus dan Roma itu berkata Argentina mempunyai pemain terbaik dunia dan pasukan itu perlu ada dalam Piala Dunia. “Bukan sahaja Messi dan Cristiano Ronaldo, tetapi Kaka, Zlatan Ibrahimovic, Wayne Rooney, dan Steven Gerrard,” katanya.
“Kami bercakap mengenai pemain terbaik, tetapi bagi saya Messi adalah yang terbaik. Dia pemain yang tidak boleh dijangkakan dengan imaginasi yang hebat,” tambah Capello.
Keputusan untuk pemain terbaik dunia akan diputuskan pada bulan hadapan dan Messi dijangka akan memenanginya berikutan persembahannya yang hebat dalam LA Liga dan Piala Juara

Pemain Sedia Ada Sudah Memadai, Arsenal Tidak Perlukan Pemain Baru



Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sekali mempertahankan pendiriannya untuk tidak membeli pemain baru kerana merasakan barisan pemain muda yang dimilikinya sudah cukup berkualiti untuk menghadapi saingan liga musim ini.

Hari Isnin lalu ‘The Gunners’ diumumkan mempunyai dana kewangan sebanyak 313.3 juta pound, jumlah terbesar yang direkodkan oleh kelab bola sepak British.

Bagaimanapun, di sebalik potensi jumlah kewangan untuk pembelian pemain yang mencecah 80 juta pound diperuntukkan untuk Wenger, warga Perancis itu menegaskan yang beliau gembira dengan barisan pemain yang ada sekarang.

Wenger membina reputasi Arsenal dengan barisan pemain muda pada ketika kelab lain lebih menumpukan perhatian kepada pemain ternama dan pengurus Arsenal itu, yang kini merupakan pengurus paling lama dalam sejarah kelab itu, berkata yang beliau hanya akan menyertai pasaran pemain jika keadaan memerlukan.

Tuesday, September 29, 2009

Jadual Perlawanan Piala Malaysia dan Jadual Perlawanan Liga Juara Eropah.





Tun M lawat suite 1MF1T di Singapura


Dr. Mahathir Mohamad (dua dari kiri) mendengar penerangan Mike Gascoyne mengenai jentera 1MF1T sambil diperhatikan oleh Kamarudin Meranun (kiri), Tony Fernandes (dua dari kanan) dan SM Nasarudin SM Nasimuddin ketika perlumbaan GP Singapura, di Litar Marina Bay, kelmarin.

Pasukan Formula Satu (F1) negara, 1MF1T menerima kunjungan peminat nombor satu pasukan itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berlangsungnya Grand Prix (GP) Singapura di Litar Marina Bay, kelmarin. Dr. Mahathir yang merealisasikan pembinaan Litar Antarabangsa Sepang dan membawa perlumbaan F1 ke Malaysia 10 tahun lalu meluangkan masa kira-kira setengah jam di Suite Kelab Paddock 1MF1T bagi mendengar penerangan mengenai jentera Lotus F1 daripada Ketua Pegawai Teknikal 1MF1T, Mike Gascoyne.
Sebelum itu, bos pasukan 1MF1T, Datuk Seri Tony Fernandes bersama-sama pengarah-pengarah pasukan, Datuk Kamarudin Meranun, SM Nasarudin SM Nasimuddin and Zahri Ismail telah membawa Dr. Mahathir melawat para pemandu F1 sebelum perlumbaan itu berlangsung.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
"Kehadiran Tun (Dr. Mahathir), negarawan yang telah membuka peluang untuk Malaysia mengenali dengan lebih dekat perlumbaan ini memberi satu perangsang kepada pasukan yang kini dalam peringkat permulaan.
"Sebab keghairahan beliaulah kini kita berjaya mewujudkan pasukan F1 sendiri. Usaha itu kini mendapat ganjaran diadun pula dengan semangat kebanggaan Malaysia serta dijana dengan harapan dan aspirasi negara.
"Pasukan F1 1Malaysia menggambarkan kerjasama berpasukan untuk memberi peluang kepada belia dalam menerajui kejuruteraan F1 pada masa akan datang," kata Fernandes.
1MF1T merupakan projek yang dibiayai swasta dan dimiliki bersama oleh Kumpulan Tune, Kumpulan Naza dan Litespeed UK.
Pasukan itu akan bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi Petronas bagi membantu merealisasikan aspirasi mewujudkan kelas modal insan berintensifkan pengetahuan dan teknologi tinggi bagi negara.

Ramai mohon kerja dengan pasukan 1MF1T

KEGHAIRAHAN orang ramai terhadap Pasukan Formula Satu 1Malaysia (1MF1T) kini mulai membahang jika dilihat kepada maklum balas yang diterima terhadap tawaran untuk bekerja dengan pasukan F1 negara yang pertama itu.
"Dalam masa hanya beberapa jam selepas 225 jawatan kosong dalam pasukan itu diiklankan, pasu- kan ini telah menerima lebih 6,000 permohonan menerusi e-mel," kata ketua pasukan Datuk Seri Tony Fernandes.
"Ia adalah tanda sokongan yang cukup besar, dan e-mel pasukan dibanjiri oleh pemohon warga tempa- tan yang menawarkan kemahiran masing-masing buat 1MF1T ini," katanya semalam.
Fernandes yang juga peneraju syarikat penerba- ngan AirAsia berkata, beliau menjangka jumlah pe- mohon akan meningkat apabila iklan yang sama dibuka di Singapura dan Jakarta dalam masa terdekat.
Katanya, kemahiran dalam bidang kejuruteraan teknikal adalah aspek yang amat diperlukan pasukan itu, termasuk aspek aerodinamik, reka bentuk komposit, eletronik, reka bentuk kotak gear, hidraulik serta penyelidikan dan pembangunan.
Fernandes berkata, beliau yakin 1MF1T akan memulakan kempen mereka dalam F1 dengan menyer- tai perlumbaan pembukaan musim depan di Bahrain pada 14 Mac.
"Percayalah, tunggulah sehingga Februari," kata- nya.
Beliau menambah, kereta pasukan itu akan diuji pada awal Februari di Litar Antarabangsa Sepang, yang turut menjadi pangkalan pasukan itu, dan juga gelanggang Grand Prix Malaysia.

Cita-cita besar Liverpool


TORRES sekali lagi menjadi taruhan The Reds untuk menggempur kubu Fiorentina di Florence awal pagi esok.





Juara Eropah lima kali, Liverpool turun dengan misi untuk mencipta kemenangan ke atas Fiorentina dalam saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara awal pagi esok meskipun hanya menang 1-0 ke atas Debrecen di Anfield pada aksi pembukaan sebelum ini. Skuad Rafael Benitez akan bertandang ke Florence dengan suntikan semangat yang tinggi selepas membelasah Hull City 6-1 dalam kempen Liga Perdana England, Sabtu lalu.
Menjelang pertemuan dengan Chelsea hujung minggu ini, The Reds pastinya mahu meneruskan momentum cemerlang itu dengan harapan meraih kejayaan di Itali pagi nanti.
"Sebagai sebuah pasukan, kami kini dalam keadaan yang baik," kata Torres yang meledakkan hatrik ketika mengalahkan Hull.
"Kami masih belum berada pada tahap terbaik kami tetapi semuanya akan berlaku tidak lama lagi," janjinya kepada peminat The Reds.
Liverpool mempamerkan kebangkitan menakjubkan ketika menjuarai trofi ini pada 2005 di Istanbul dengan mengalahkan AC Milan, namun mereka masih lagi kehausan kejayaan liga domestik sejak 1990.
Fiorentina pula kini di tangga keempat Serie A, dua mata di belakang pendahulu, Sampdoria.
Kelab Itali itu kini sekali lagi mengharapkan prestasi terbaik daripada penyerang Romania, Adrian Mutu untuk menembusi kubu Liverpool pagi esok.

Memo Terry kepada rakan


TERRY kecewa dengan aksi rakan-rakan sepasukannya pada pertemuan dengan Wigan, Sabtu lalu.

John Terry memberi teguran keras kepada rakan sepasukannya di Chelsea kerana tidak memiliki semangat juang dan keinginan untuk menang ketika tewas 1-3 kepada Wigan, Sabtu lalu. Kapten The Blues itu berkata: "Sekuarng-kurangnya apa yang kami mahukan dari- pada setiap pemain ialah kerja keras dan berjuang. Ini semua tidak kami tunjukkan pada perlawanan itu.
"Kami tidak menanduk dengan kemas dan kami juga tidak bertahan dengan baik. Dan ia masih belum cukup bagus bagi kami.
"Kamu boleh turun beraksi di mana sahaja dengan aksi yang hambar. Tetapi apabila kamu turun di tempat seperti ini, kamu perlu menyaingi usaha keras pasukan lawan.
"Kami, satu pasukan tidak melakukannya. Itulah yang sangat mengecewakan."
Kedudukan The Blues sebagai pendahulu Liga Perdana England kini dirampas oleh Manchester United.
"Semua pasukan handalan lain mencatat kemenangan, jadi ia lebih mengecewakan apabila kami melepaskan tiga mata begitu saja."
Kekalahan itu juga pastinya menambah tekanan Chelsea menjelang aksi penting dengan Liverpool di Stamford Bridge, Ahad ini.

Kejutan pemain Asia



GANDINGAN Bopanna (atas) dan Qureshi berjaya melakar kejutan apabila mengalahkan pilihan keempat, Aspelin dan Hanley semalam.


PEMAIN India, Rohan Bopanna dan pemain Pakis- tan, Aisam-UI-Haq Qureshi membuktikan bahawa warga Asia mampu meningkat dalam sukan tenis antarabangsa apabila beregu lelaki itu melakukan kejutan dengan menumpaskan pasangan pilihan keempat, Simon Aspelin ( Sweden) dan Paul Hanley dari Australia pada Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia Proton di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.
Beregu India-Pakistan itu mendominasi permainan daripada awal hingga ke akhir dengan kemena- ngan 6-3, 6-4.
Mereka mengambil masa sejam untuk menamatkan saingan.
Pada pusingan kedua esok, Rohan dan Aisam akan berdepan sama ada pasangan Karol Beck (Solvakia) dan Jordan Kerr (Australia), atau Igor Kunitsyn (Rusia) dan Jaroslav Levinsky (Czech Republic).
Dalam satu lagi perlawanan, pasangan Stephen Huss (Australia) dan Scott Lipsky (Amerika Syari- kat) menumpaskan Christopher Rochus (Belgium) dan Martin Vassallo Arguello (Argentina) 6-4, 6-3.
Dalam tiga perlawanan bagi acara perseorangan, dua pemain wild card, Taylor Dent dari Amerika Syarikat mengalahkan Andrey Golubev (Kazakhs- tan) 4-6, 6-3, 7-6 (4), dan Marcos Baghdatis dari Cyprus menang ke atas Lu Yen-Hsun (Taiwan) 4-6, 6-3, 7-6(5).
Satu lagi perlawanan menyaksikan Brendan Evans menundukkan Michael Yani 6-3, 6-4, kedua-duanya dari Amerika Syarikat.

Monday, September 28, 2009

Dua pemain AS layak ke pusingan utama


EVANS membalas pukulan lawannya dari Korea, Woong Sun Jun pada pusingan kelayakan Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia Proton di Stadium Putra semalam.

DUA pemain Amerika Syarikat, Brendan Evans dan Michael Yani serta pemain Kazakhstan, Mikhail Kukushkin dan Rohan Bopanna dari India layak ke undian utama Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia Proton selepas melepasi pusingan kelayakan di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam. Pada perlawanan kelayakan pusingan kedua itu, Evans, pemain yang menduduki ranking ke-118 dunia dipaksa bekerja keras oleh pemain Korea Selatan, Jun Woong-Sun sebelum menang 4-6, 6-4, 6-3 dalam saingan selama dua jam itu.
"Perlawanan tiga set itu sangat sukar kerana Woong-Sun seorang pemain yang hebat dan berbakat.
"Kami pernah bertemu beberapa kali pada saingan peringkat remaja dan saya pernah mengalahkannya," kata Evans.
Pemain berusia 23 tahun itu berkata beliau tidak mempunyai sebarang sasaran tetapi berharap untuk layak ke pusingan kedua kejohanan ini.
"Jika dilihat, semua lawan dalam undian utama hebat-hebat belaka. Oleh itu, saya hanya mahu bermain seperti biasa tanpa tekanan," kata Evans.
Sebelum ini, Evans menundukkan pemain negara, Mohammed Faizal Othman 6-0, 6-0 pada perlawanan kelayakan pusingan pertama.
Dalam pusingan pertama undian utama hari ini, Evans akan bertemu dengan rakan senegara, Yani yang menundukkan seorang lagi pemain Amerika Syarikat, Scott Lipsky 4-6, 6-3, 6-3 dalam satu lagi perlawanan kelayakan pusingan kedua semalam.
Sementara itu, Kukushkin layak ke undian utama selepas menundukkan pemain Pakistan, Aisam-UI-Haq Qureshi 7-6 (tie break 7-3), 6-2.
Bopanna pula menundukkan pemain Poland, Mariusz Fyrstenberg 7-5, 6-1 menjadikan beliau satu-satunya pemain Asia yang layak ke undian utama kejohanan.
Tumpuan utama pada pusingan pertama hari ini adalah aksi antara pemain No. 13 dunia (pilihan kelima) Gael Monfils dari Perancis dengan Denis Istomin dari Uzbekistan (pilihan keenam), Tomas Berdych dari Republik Czech dengan Igor Kunitsyn dari Rusia.
David Ferrer dari Sepanyol akan menentang Mikhail Youzhny dari Rusia sementara Lleyton Hewitt dari Australia akan menentang Joachim Johansson dari Sweden.
Sementara itu, empat pilihan utama kejohanan mendapat bye dalam pusingan pertama iaitu pemain No. 8 dunia, Nikolay Davydenko (Rusia), pemain No. 9 dunia, Fernando Verdasco (Sepanyol), pemain No. 11 dunia, Robin Soderling (Sweden) serta pemain No. 12 dunia, Fernando Gonzales (Chile).

Inspirasi Ibrahimovic


IBRAHIMOVIC (kanan) berebut bola dengan pemain Malaga pada aksi Liga Sepanyol di Stadium La Rosaleda kelmarin.

Barcelona terus memberi tekanan kepada Real Madrid dalam pemburuan kejuaraan Liga Sepanyol musim ini. Juara bertahan itu kini mengumpul 15 mata untuk berada di belakang Real selepas Zlatan Ibrahimovic menemui sentuhannya dalam lima perlawanan berturut-turut ketika Barca menewaskan Malaga 2-0 kelmarin.
Ibrahimovic duduk di bangku simpanan selepas cedera di buku lalinya, namun dia masuk menggantikan Thierry Henry pada minit ke-28 dan hanya memerlukan masa 11 minit untuk menjaringkan gol pembukaan.
Penyerang Sweden itu kini muncul satu-satunya pemain yang meledak gol dalam setiap perlawanan dengan lima gol setakat ini, satu gol di belakang penyerang Valencia, David Villa.
Satu lagi gol Barca dijaringkan oleh pemain pertahanan Gerard Pique.
"Dia (Ibrahimovic) adalah pemain tonggak pasukan ini dan kami boleh bermain dengan lebih baik jika perlu," kata bintang Brazil, Daniel Alves.
"Dia mampu membantu kami dengan jaringannya dan juga dengan kualiti yang dimilikinya."
Jurulatih Barca, Pep Guardiola pula berkata: "Ia satu perlawanan yang sangat agresif dan memerlukan usaha yang keras daripada pemain.
"Real Madrid mungkin memiliki kelebihan dari segi kewangan, tapi kami memiliki pemain yang mampu menjadi perbezaan dalam perlawanan."
Sementara itu, Cristiano Ronaldo gagal menjaringkan gol ketika Real menang 3-0 ke atas Tenerife, namun kelab The Galacticos itu masih mendahului Barca dalam liga menerusi perbezaan gol.

'Chelsea belum cukup hebat'


PENYERANG Chelsea, Didier Drogba (kiri) bersaing dengan pertahanan Wigan, Emmerson Boyce di Stadium DW kelmarin. Chelsea tewas 1-3.


Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti akhirnya terpaksa mengakui kelemahan yang ada pada skuad kendaliannya musim ini.
Malah, pengurus dari Itali itu juga secara terbuka mendedahkan skuad The Blues masih belum cukup hebat selepas dimalukan 1-3 oleh Wigan dalam aksi Liga Perdana England kelmarin.
Kekalahan itu turut mencalar rekod bersih Ancelotti dalam enam perlawanan selepas tiba di Stamford Bridge awal musim ini.
"Kami tidak bermain dengan baik, ia satu aksi yang hambar. Saya tidak tahu kenapa kami gagal bermain dengan baik," kata Ancelotti.
"Tapi perkara sebegini boleh berlaku biarpun banyak kemenangan dicipta. Kami kena terima kekalahan ini dan perbaiki beberapa kelemahan pada aksi selepas ini.
"Wigan beraksi lebih baik daripada kami. Mereka sangat teratur dan bermain dengan corak menghiburkan. Saya sangat terkejut. Ini memang keputusan yang adil.
"Kami bermain baik pada 10 minit awal, tapi apabila ketinggalan satu gol, ia menjadi lebih rumit."
Terdahulu, Titus Bramble membuka jaringan buat Fulham sebelum Dider Drogba menyamakan kedudukannya pada babak kedua.
Namun, selepas Petr Cech diarahkan keluar padang, penyerang Colombia, Hugo Rodallega menyempurnakan penalti tersebut sebelum Paul Scharner menambah gol ketiga Wigan pada minit kecederaan.

Torres dapat semangat


TORRES (kanan) meraikan jaringannya bersama Yossi
Benayoun di Anfield.


Selepas sekian lama berdiam diri, pengurus Liverpool, Rafael Benitez akhirnya bersuara.
Menurut Benitez, barisan pencabar dalam Liga Perdana England kini perlu berhati-hati ketika berdepan skuad The Reds itu ekoran kebangkitan luar biasa yang dipamerkan pemain bintangnya, Fernando Torres.
Kelmarin, Torres kembali menemui sentuhan pemusnahnya apabila meledakkan hatrik ketika Liverpool membelasah Hull City 6-1 di Anfield.
Torres kini menjaringkan lima gol dalam dua perlawanan terakhir, namun menariknya Benitez memberitahu penyerang Sepanyol itu masih belum mencapai prestasi terbaiknya.
"Dalam tiga perlawanan terakhir dia bermain dengan bagus, menunjukkan peningkatan dari segi mentaliti, kerajinan dan pergerakan," kata Benitez.
"Dia kini mula menunjukkan keupayaan sebenarnya, tapi saya rasa dia masih boleh melakukannya dengan lebih baik lagi.
"Paling utama ialah mentalitinya. Dia berusaha untuk belajar dan prestasinya akan meningkat. Tapi berapa banyak peningkatan sebenarnya terpulang kepada dirinya."
Torres, 25, menyertai The Reds dua musim lalu dan Benitez gembira melihat pelaburan yang dibuat ke atas pemain itu.
"Jika kamu lihat jumlah perpindahan £20 juta (RM111.3 juta) ketika kami membeli Torres, ia satu jumlah yang besar bagi kami," kata Benitez.
"Kami memutuskan untuk membawanya bukan hanya disebabkan kualiti yang ada pada pemain itu, tapi juga potensi dan masa depannya yang cerah." -

Sunday, September 27, 2009

Liverpool belasah Hull

Fernando Torres of Liverpool scores the opening goal Liverpool menunjukkan persediaan mereka untuk berkunjung ke Stamford Bridge minggu depan dengan membelasah Hull City 6-1 dengan penyerang sensasi mereka Fernando Torres berjaya menghasilkan hatrik.
Torres memerlukan hanya 11 minit untuk membocorkan gawang Hull dengan gerakan menarik beliau namun kesilapan pertahanan Liverpool membenarkan Geovanni menjaringkan jaringan penyamaan 3 minit kemudian.
Bagaimanapun, penyerang kebangsaan Sepanyol itu bangkit untuk menghasilkan gol kedua bagi memastikan Liverpool dihadapan pada separuh masa pertama. Dua minit babak kedua bermula melengkapkan Torres dengan jaringan hatrik pertama beliau musim ini dengan gerakan yang cukup menarik bagi meletakkan Liverpool mendahului 3-1.
Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard terus menghadiahkan jaringan buat Liverpool dengan jaringan jarak jauh yang menarik sebelum Ryan Babel menyumbat dua gol pada tiga minit sebelum tamat perlawanan.
Kemenangan ini merupakan kemenangan ke 6 berturut – turut Liverpool dalam musim ini selepas tewas kali terakhir dengan Aston Villa di Anfield.

Rekod Chelsea lebur ditangan Wigan

Didier Drogba of Chelsea gets tackled by Emmerson Boyce of Wigan AthleticRekod 100% Chelsea di bawah kendalian Carlo Ancelotti akhirnya lebur di tangan Wigan yang berjaya memastikan kemenangan bergaya 3-1.
Wigan yang tidak pernah mencatatkan kemenangan ke atas Big Four selama 34 perlawanan mengejutkan pasukan teratas liga itu yang kini telah dipintas oleh United. Ianya gara – gara kesilapan Peter Cech yang menghadiahkan sepakan penalti kepada kelab bimbingan Roberto Martinez itu dan turut dibuang padang akibat kekasaran beliau.
Jaringan penalti itu meletakkan Wigan mendahului Chelsea 2-1 tetapi ketiadaan Cech yang digantikan Hilario menambah keperitan lagi yang gagal menghalang asakan Wigan pada minit akhir perlawanan bagi memastikan kemenangan 3-1 mereka.
“Kami tidak bermain dengan baik. Ianya persembahan yang buruk. Saya tidak tahu kenapa kami tidak bermain dengan baik. Tetapi ini boleh terjadi selepas banyak kemenangan diraih. Kami perlu menerima kekalahan ini dan bersedia untuk menghadapi perlawanan seterusnya. Mereka bermain dengan baik. Saya terkejut. Ini ialah keputusan yang sebenar,” kata Ancelotti.

Hasrat van der Sar tak jejas MU



Edwin van der Sar menetapkan bulan Disember sebagai penentu kepada kariernya di Manchester United.
Buat musim ketiga, penjaga gol berusia 38 tahun itu menanti sehingga bermulanya musim sejuk untuk menentukan masa depannya.
Dua tahun lepas, dia telah membuat keputusan yang positif untuk terus menabur bakti dengan United tetapi kali ini, dia diramalkan membuat keputusan sebaliknya memandangkan prestasinya sudah tidak konsisten.
Pengurus United, Alex Fergu- son mengesahkan, situasi ini tidak akan berubah meskipun pemain Belanda itu masih belum menjelaskan lagi hajatnya.
"Dalam kes Edwin, selalunya dia akan membuat keputusan sekitar hujung bulan Disember dan keputusannya tidak akan berubah buat musim ini juga," kata Ferguson.
"Akan tiba masanya dia akan membuat keputusan tersebut dan dia tidak pernah membuatnya ketika saingan liga masih rancak."
Van der Sar terpaksa berehat panjang musim ini selepas dua jarinya patah ketika aksi pramusim menentang Bayern Munich, Julai lalu.
Difahamkan, bekas penjaga gol Fulham itu akan terlepas aksi selama dua bulan, namun Ferguson mengesahkan bahawa van der Sar akan berehat selama tiga minggu lagi, sekali gus bakal menyaksikan dia mungkin diturunkan pada aksi berdepan Bolton pada 17 Okto- ber depan.

KEPUTUSAN LIGA PERDANA ENGLAND



Portsmouth 0 Everton 1

Birmingham 1 Bolton 2

Blackburn 2 Aston Villa 1

Liverpool 6 Hull City 1

Stoke 0 Manchester United 2

Tottenham 5 Burnley 0

Wigan 3 Chelsea 1

Saturday, September 26, 2009

Ronaldo, Messi fenomena baru



Saingan Liga Sepanyol musim ini baru saja memasuki minggu keempat, namun persaingan dua Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sudah mula membuatkan peminat tidak senang duduk.
Bintang Real Madrid dan Barcelona itu masing-masing telah meledak lima gol dalam empat perlawanan, sekali gus membantu pasukan mereka berkongsi kedudukan teratas Liga Sepa- nyol.
"Saya hanya mahukan kemenangan, bukannya anugerah penjaring terbanyak," kata Ronaldo selepas menjaringkan satu gol cantik pada minit kedua ketika Real menewaskan Villar- real 2-0, Rabu lalu.
Messi pula yang menyumbat dua gol ketika kejayaan 4-1 ke atas Racing Santander berkata: "Saya bertuah kerana dapat beraksi bersama rakan sepasu- kan yang bermain dengan hebat."
Persaingan di antara dua pemain sensasi ini mula memberi keterujaan kepada peminat dan juga media di Sepanyol.
Ronaldo, 24, seorang pemain yang pantas dan juga bertenaga, merupakan pemenang anugerah Bola Emas pada 2008.
Messi, 22, pula seorang pemain yang memiliki deria tajam serta lincah, merupakan pilihan untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia 2009.
Begitupun, kedua-dua pemain bintang itu gagal menyinar bersama skuad kebangsaan masing-masing yang kini dalam situasi bahaya tersingkir daripada kempen Kelayakan Piala Dunia 2010.
Juara dunia dua kali, Argentina kini jatuh ke tangga kelima Kelayakan Amerika Selatan, satu tangga di bawah slot automatik berikutan empat kekalahan dalam lima perlawanan terakhir.
Portugal pula berdepan risiko yang sama dalam kumpulan kelayakan Eropah yang kini didominasi Denmark dan Sweden.
Jadi, mungkinkah Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan nanti bakal menyaksikan tiadanya kelibat Ronaldo dan Messi, dua individu yang dianggap sebagai pemain terbaik dunia?

'Saya masih sayang United'


RONALDO terbukti hebat bersama Real Madrid.
"Saya masih sayangkan kelab Manchester United". Demikian kenyataan terbaru bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Pemain sayap Portugal itu berpindah dari Old Trafford ke Real Madrid pada musim panas lalu dengan rekod £80 juta (RM444 juta)
Walaupun perpindahan tersebut berjaya merealisasikan impiannya, Ronaldo mengakui, dia masih lagi ada rasa sayang terhadap bekas kelabnya itu.
"Saya akan cuba menyaksikan perlawanan United di tele- visyen selagi mana saya mampu," kata Ronaldo.
"Saya masih ada keinginan untuk mengetahui apa yang berlaku di Old Trafford dan walau- pun saya di Real, saya sentiasa gembira apabila tahu United menang."
Ronaldo tidak memerlukan banyak masa untuk mempamerkan kehebatannya di kelab baru- nya itu apabila muncul pemain Real Madrid pertama berjaya meledakkan gol pada penampi- lan sulung dalam empat perla- wanan liga kelab tersebut.
Dia juga mengakui ada pemain yang mampu mengganti tempatnya di England.
"Saya lihat Nani sudah kerap diturunkan berbanding musim lepas. Ia bagus buat dirinya dan akan banyak membantu dalam meningkatkan permainannya.
"Kini dia ada banyak peluang untuk bermain dan dia mampu membuktikan kepada peminat bahawa dia juga seorang pemain yang hebat," kata Ronaldo.

Ferguson beri amaran awal


PEMAIN United berjaya bangkit dengan permainan terbaik sejak kebelakangan ini.

"Kami belum mencapai tahap terbaik." Demikian peringatan pengurus Manchester United, Alex Ferguson kepada semua pencabarnya dalam saingan Liga Perdana England musim ini.
United akan berkunjung ke Stoke hari ini dengan reputasi selaku pasukan tangga kedua liga, iaitu kedudukan yang pastinya memberi kegembiraan kepada mana-mana pengurus lain.
Begitupun, Ferguson mengakui beliau masih lagi merasai kekalahan kepada Burnley, Ogos lalu meskipun pasukannya berjaya bangkit dengan enam kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan selepas itu.
Setakat ini, masih tiada bukti kukuh menunjukkan United merasai kehilangan Cristiano Ronaldo dan Ferguson bertegas, anak- anak buahnya akan mencapai tahap sebenar Oktober depan.
"Kami mengalami permulaan yang hambar, tidak diragui lagi mengenainya. Namun prestasi pasukan kami semakin baik," kata Ferguson.
"Persembahan terbaik kami ialah di White Hart Lane (menang 3-1 ke atas Tottenham). Saya gembira dengan prestasi sekarang. Kami memiliki skuad yang bagus dan masalah saya ialah siapa yang patut diturunkan.
"Biasanya pada bulan Oktober, kami akan menjadi lebih konsisten dan harapnya ia akan berulang sekali lagi.
"Skuad ini adalah satu skuad yang kuat dan satu-satunya masalah bagi saya ialah memilih siapa yang akan diturunkan pada setiap perlawanan."

Chelsea cari kemenangan ketujuh



Dengan memiliki kelebihan tiga mata sebagai pendahulu Liga Perdana England, Chelsea kini memburu kemenangan ketujuh berturut-turut. Kali ini, skuad kendalian Carlo Ancelotti (gambar) itu akan menjadi pasukan pelawat kepada Wigan.
Namun, berdasarkan pencapaian musim lepas, skuad The Blues itu memiliki kemampuan utnuk mencatat 12 kemenangan berturut-turut dalam liga.
Ancelotti juga berjaya memberi impak besar pada tugasan sulungnya dalam bola sepak England dan kemenangan pada kempen Liga Juara-Juara dan Piala Liga Rabu lalu membuktikan kewibawaannya sebagai pengurus terbaik dunia.
Chelsea merehatkan ramai pemain tonggaknya ketika kejayaan 1-0 ke atas Queens Park Rangers Rabu lalu, namun hari ini, Ancelotti pastinya menurunkan kesebelasan terbaiknya di Wigan.
“Jika kamu lihat saiz skuad kami, ramai pemain muda yang tidak dapat bermain setiap minggu, jadi perlawanan dengan QPR amat penting buat mereka untuk mendapat rentak,” kata pembantu Ancelotti, Ray Wilkins.
“Semuanya terpulang kepada pemain muda untuk merebut tempat dalam skuad utama dan mereka melakukannya dengan baik sekali dalam latihan dan juga liga simpanan.
“Kami mahu memenangi semua kejohanan yang disertai. Setiap pasukan yang turun menentang Chelsea mahukan kemenangan dalam kejohanan yang disertai.”

Pulis risau kelibat Owen



Tony Pulis amat mengagumi Michael Owen, malah cuba mendapatkan khidmat bekas penyerang England itu ke Stoke City ketika musim liga berehat.
Bagaimanapun usaha pengurus Stoke itu gagal, sebaliknya Owen dipancing Manchester United, dan penyandang juara Liga Perdana England itu bakal berkunjung ke Stadium Britannia hari ini bersama pemain yang paling diingini dan digeruni oleh Pulis itu.
Owen menjaringkan gol kemenangan United minggu lalu dalam perlawanan dramatik dengan kelab tetangga, Manchester City, selain mempamer aksi meyakinkan ketika membantu United mengalahkan Wolves 1-0 dalam saingan Piala Liga, Rabu lalu.
Pengurus United, Sir Alex Ferguson pada mulanya bersedia untuk menurunkan gandingan Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov dalam kesebelasan utama menentang Stoke.
Begitupun prestasi memberangsangkan yang dipamer Owen dan peranan penting yang mampu dimainkan bekas bintang penyerang Liverpool itu membuatkan dia dalam keadaan serba salah.
"Saya harap jaringan terakhirnya itu bukanlah permulaan kepada pesta jaringan Owen. Kalau dia mula menjaringkan gol, maka dia pasti mendapat tempat dalam perancangan Fabio Capello (pengurus England).
"Saya tidak fikir Owen akan diturunkan dalam kesebelasan utama Manchester United, mungkin Ferguson memilih untuk menurunkan Rooney dan Berbatov, tetapi itu tidak bermakna ia perkara mudah,'' kata Pulis.
Owen, 30, masih perlu bekerja keras untuk meyakinkan Capello bagi mendapat tempat dalam skuad England ke Piala Dunia 2010 dan dia boleh berbuat demikian jika terus menunjukkan impak besar di Old Trafford.
Walaupun tidak menjaringkan gol dalam pertemuan menentang Wolves, namun bekas pemain Real Madrid itu melakukan gerakan cantik dan turut mencipta gerakan untuk gol tunggal yang disempurnakan Danny Welbeck.
"Pengalaman bermain di samping Michael Owen adalah sesuatu yang amat hebat kerana Michael Owen adalah Michael Owen.
"Anda boleh belajar daripada pergerakannya kerana dia memang sukar dipercayai. Ketika saya baru dapat tahu dia berada di sudut, dia sudah dapat mengagak ke mana saya akan pergi, jadi saya cuma perlu menyudahkan peluang dengan baik,'' ujar Welbeck.
Bagi Welbeck dan rakan-rakan seangkatan, biarpun mempamer aksi memberangsangkan mereka hanya boleh mengutip pengalaman dalam Piala Liga dan belum berpeluang beraksi dalam Liga Perdana.
Kekalahan kepada Burnley pada awal musim menyebabkan Ferguson kurang berminat untuk melakukan eksperimen, apatah lagi berkunjung ke Stoke.
Bagaimanapun posisi yang hampir pasti menyaksikan rombakan adalah penjaga gol, di mana Ben Foster, yang gugup ketika berdepan City, hujung minggu lalu mungkin diketepikan.
Pada ketika Edwin van der Sar mengalami kecederaan jangka panjang, posisi itu mungkin diberi kepada Tomasz Kuszczak, pemain Poland yang beraksi baik dalam saingan Piala Liga.
Bagi Stoke, persiapan mereka tidak berjalan lancar apabila dijangka hilang dua penyerang utama, James Beattie yang bergelut dengan kecederaan buku lali, manakala Ricardo Fuller cedera pangkal paha.

Friday, September 25, 2009

Jaringan superstar menghimpit Barca


Kaka memeluk Cristiano Ronaldo, selepas berjaya menjaringkan penalti untuk menang ke atas Villarreal di Stadium Madrigal Sepanyol, kelmarin.

Jaringan pemain superstar, Cristiano Ronaldo dan Kaka memberikan Real Madrid kemenangan 2-0 ke atas Villareal yang bermain dengan 10 pemain pada aksi Liga Sepanyol kelmarin. Barcelona, yang menang 4-1 ke atas Racing Santander sehari sebelum itu, menerajui liga selepas empat perlawanan menerusi perbezaan jaringan di depan Madrid yang terikat 12 mata. Sevilla ketiga, mengatasi Athletic Bilbao kedua-duanya terikat sembilan mata.
Dalam lain-lain perlawanan, Atletico Madrid 2 Almeria 2, Espanyol 2 Malaga 1, Xerez 0 Deportivo La Coruna 3, Valladolid 1 Osasuna 2, Tenerife 1 Athletic Bilbao 0 dan Getafe 3 Valencia 1.
Hanya pada minit kedua Ronaldo memulakan gerakan dari sebelah kiri, melepasi dua pemain pertahanan dan merembat rendah di penjuru gawang yang gagal diselamatkan penjaga gol, Diego Lopez.
Tidak lama kemudian, pertahanan tengah, Villarreal Gonzalo Rodriguez menerima kad kuning kerana terjahan keras ke atas Ronaldo, yang membawa kepada sepakan bebas namun terkena benteng pemain.
Rodriguez dilayangkan kad kuning kedua dan diarah meninggalkan padang pada minit ke-35 kerana terjahan merbahaya yang terkena dada Kaka.
Walaupun kurang seorang pemain, Villarreal memulakan babak kedua dengan beberapa serangan agresif.
Namun, hantaran silang Kaka terkena tangan pertahanan Villarreal, Angel Lopez di dalam kawasan penalti dan sepakan penalti disempurnakan oleh Kaka pada minit ke-73.
Pemain baru kesembilan Madrid, pemain pertahanan Ezequiel Garay, yang menyertai kelab itu setahun lalu tetapi dipinjamkan semusim kepada Racing Santander, cedera ketika memanaskan badan dan terpaksa diganti oleh Fernando Gago.
Bagi Valencia pula, hantaran lintang dari Joaquin Sanchez tepat kepada David Villa yang mendada bola sebelum merembat deras untuk jaringan pada minit ke-23.
Manuel del Moral membalas untuk Getafe seminit kemudian apabila dia tiba tepat pada masanya untuk menyambar bola silang, Jaime Gavilan.
Pertahanan Valencia dari Perancis, Jeremy Mathieu gagal mengeluarkan bola sepakan sudut Pedro Leon dan Del Moral melonjak tinggi menanduk masuk walaupun penjaga Miguel Moya berjaya menyentuh bola pada minit ke-39.
Pedro Leon menggandakan kelebihan pada minit ke-70 hasil sepakan bebas yang gagal diselamatkan penjaga gol Valencia Oscar Ustari.
Selepas dijatuhkan di kawasan penalti oleh Fernando Soriano, sepakan penalti yang dilakukan oleh pemain Atletico, Diego Forlan tersasar pada minit ke-19 perlawanan di Stadium Vicente Calderon.
Pemain tengah, Pablo Piatti meletakan Almeria di depan pada minit ke-27 namun dua minit kemudian sepakan Maxi Rodriguez yang melantun kerana terkena pemain pertahanan, pantas disambar oleh pemain tengah Cleber Santana untuk kedudukan 1-1.
Forlan berjaya merampas bola dari Jose Flores dari kawasan tengah untuk menjaringkan gol pada minit ke-56 tetapi ia disamakan oleh Piatti untuk Almeria pada minit ke-80.
Di Espanyol, sepakan sudut Fernando Fernandez terkena pemain pertahanan Espanyol, Juan Forlin dan bola melepasi penjaga gol, Idriss Kameni ke gawang sendiri pada minit ke-29.
Penyerang, Ben Sahar menanduk hantaran silang Ferran Corominas untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-56 tetapi Ivan Alonso kembali meletakan Espanyol di depan pada minit ke-81.
Sepakan bebas pemain tengah Juca memulakan jaringan Deportivo pada minit ke-28, jaringan sendiri pemain pertahanan Leandro Gioda pada minit ke-72 menjadikan kedudukan 2-0 dan Ivan “Riki” Sanchez menyempurnakan gerakan Xerez pada minit ke-79.
Percubaan jarak jauh penyerang Osasuna, Walter Pandiani mengejutkan penjaga gol Valladolid, Jacobo Sanz pada minit ke-27.
Walaupun Luis Prieto dilayangkan kad merah kerana mengkasari Carlos Aranda empat minit sebelum rehat, Valladolid menyamakan kedudukan pada minit k-49 apabila sepakan Diego Costa terkena pemain pertahanan Jose Romero.

Eto'o, Milito julang Inter



Penyerang baru Inter Milan, Samuel Eto'o dan Diego Milito menjaringkan gol pada lima minit pertama ketika menang 3-1 ke atas Napoli pada aksi Serie A kelmarin.
Dengan kekalahan Sampdoria 2-0 di Fiorentina, juara bertahan Inter melonjak ke tangga teratas liga.
Inter mendahului dengan 13 mata, Juventus dan Sampdoria masing-masing 12 mata, manakala Fiorentina dan Parma 10 mata.
Pendatang baru, Parma mengalahkan Lazio yang beraksi dengan 10 pemain 2-1 hasil jaringan Valeri Bojinov dan Nicola Amoruso, manakala AC Milan kalah 0-1 di Udinese menerusi jaringan tunggal Antonio Di Natale.
Dengan dua kekalahan, Milan ketinggalan enam mata kepada Inter.
"Kekalahan ini tidak mencetuskan mood yang bagus namun, saya memberi jaminan suasana di dalam bilik persalinan Milan adalah baik.
"Jaringan pasukan lawan meletakan kami di dalam tekanan di sepanjang perlawanan dan kami berdepan masalah mencari sasaran,'' kata jurulatih baru, Leonardo.
Di San Siro, Eto'o pantas melakukan tindakan susulan bola yang tidak dikawal di depan pintu gol pada minit kedua dan Milito mendapat bola hantaran Maicon untuk menjaringkan gol tiga minit kemudian walaupun dia ofsaid.
Lucio menjadikan kedudukan 3-0 menerusi tandukan pada minit ke-32 untuk jaringan pertamanya bersama Inter sejak berpindah dari Bayern Munich.
Ezequiel Lavezzi membalas satu gol untuk Napoli pada minit ke-30.
Pengurus Inter, Jose Mourinho digantung dari perlawanan kerana mengherdik pengadil pada perlawanan hujung minggu lalu.
Dengan Adrian Mutu diletakkan di bangku simpanan, penggantinya Stevan Jovetic meletakan Fiorentina di depan pada minit ke-25.
Pertahanan Sampdoria langsung tidak mengawal Jovetic untuk pemain itu menanduk hantaran silang Marco Marchionni.
Penyerang Fiorentina, Alberto Gilardino kemudiannya menanduk bola hantaran Juan Manuel Vargas untuk gol pada minit ke-66.
Di Udinese, tandukan pemain pertahanan Alessandro Nesta yang terkena palang merupakan percubaan gol terbaik Milan pada minit ke-34.
Di Natale menjaringkan gol pada minit ke-50 dan Milan terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Mathieu Flamini dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-84.
Selepas disenarai pemain simpanan dalam dua perlawanan, Ronaldinho masuk menggantikan Alexandre Pato di babak kedua.
Francesco Totti menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-87 untuk AS Roma seri 3-3 dengan Palermo.

Jaring Gol Dalam Empat Perlawanan, Ronaldo Catat Sejarah Di Real Madrid.



Cristiano Ronaldo sudahpun mencatat sejarah di Real Madrid apabila menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam empat perlawanan pertama buat kelab itu.

Bekas pemain sayap Manchester United yang menyertai gergasi Sepanyol itu dengan rekod dunia sebanyak 80 juta pound, menjaringkan gol pertama yang menakjubkan ketika Real menewaskan barisan sepuluh pemain Villareal 2-0 di Estadio El Madrigal semalam.

Pada minit kedua perlawanan itu, Ronaldo secara solo mengelecek beberapa pertahanan Villareal sebelum meledakkan rembatan rendah dari luar kotak penalti untuk gol liganya yang kelima dari empat perlawanan.

Kaka melengkapkan kemenangan dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-73 untuk memahat kemenangan keempat dari empat perlawanan sekaligus memungut 12 mata sama seperti pendahulu liga, Barcelona.

Bellamy Dilepaskan Dari Dakwaan Menyerang Penyokong Manchester United.


Penyerang Manchester City, Craig Bellamy terlepas dari hukuman pihak polis atas kesalahan menumbuk seorang penyokong Manchester United yang berlari memasuki padang di Old Trafford ketika pertemuan antara dua kelab jiran tetangga itu hari Sabtu lalu.

Pihak polis menggugurkan dakwaan ke atas penyerang City itu selepas tiada aduan dibuat selepas perlawanan itu.

Jurucakap pihak polis berkata, “Kami tidak menerima sebarang aduan mengenai insiden itu dan oleh itu pihak kami tidak menjalankan sebarang siasatan.”

Penyokong United, Jake Joseph Clarke, 21, dari Chorley, Lancashire dibebaskan sebelum didakwa di Mahkamah Trafford atas kesalahan memasuki padang tanpa kebenaran.

Dia berlari dari tempat duduk penyokong United lalu memasuki padang ketika pemain City mahu memulakan semula perlawanan selepas jaringan dramatik Michael Owen pada lewat permainan memberikan United kemenangan 4-3 ke atas City.

Thursday, September 24, 2009

Welbeck selamatkan United



Dilahirkan di Longsight, pemain antarabangsa skuad bawah 21 England, Danny Welbeck membantu barisan sepuluh pemain Manchester United melangkah ke pusingan seterusnya dengan menewaskan Wolverhampton Wanderers 1-0 dalam saingan Piala Carling di Old Trafford semalam.

Dengan bergaya, Welbeck menyudahkan hantaran Michael Owen pada minit ke-66 untuk membolehkan juara bertahan itu melengkapkan senarai 16 pasukan yang akan bertarung di pusingan keempat kejohanan itu.

Seperti yang dijangka, Alex Ferguson melakukan perubahan dalam kesebelasan utama dari skuad yang menang 4-3 ke atas Manchester City dalam saingan EPL hari Sabtu lalu.

Masih memberi peluang kepada Michael Carrick dan Nani, kedua-duanya terlepas peluang dalam aksi minggu lalu, ditambah kehadiran Owen dan Thomas Kuszczak yang ingin membuktikan sesuatu, United turut dibarisi beberapa pemain muda.

Dengan meletakkan Frederico Macheda dan Welbeck di depan, tidak seperti kebiasaan menyebabkan Owen lebih banyak bertindak selaku watak pembantu.

Di sebalik kehilangan Fabio da Silva yang diarahkan keluar padang pada minit ke-30, Welbeck tidak mempersiakan kepercayaan Ferguson dengan meledakkan gol kemenangan United.


Berikut adalah keputusan penuh Piala Carling semalam.

Blues lepasi QPR

Salomon KalouPemain tengah Chelsea, Joe Cole yang kembali pulih dari kecederaan lama beliau membantu kelabnya menewaskan QPR 1-0 dalam saingan Piala Liga awal pagi tadi.
Carlo Ancelotti menyifatkan Cole sebagai pemain terbaik di mana ia merupakan perlawanan pertama beliau sejak bulan Januari lalu. Beliau membantu Salomon Kalou untuk menghasilkan jaringan tunggal sekali gus melayakkan pendahulu Liga Perdana itu ke pusingan berikutnya.
Joe Cole yang mengalami kecederaan selama lapan bulan kembali bermain untuk Chelsea dan menjadi pemangkin kepada kejayaan pasukannya itu. “Saya kembali sekarang tetapi saya tidak pergi untuk diri saya. Apa yang boleh saya lakukan ialah bekerja keras dalam latihan. Jika kamu lihat skuad yang kami miliki, ramai yang tidak bermain dalam minggu – minggu,” kata Cole.
Selain itu, Paulo Ferreira turut kembali beraksi untuk Chelsea di mana beliau turut mengalami masalah kecederaan sebelum ini. Kemenangan ini merupakan kemenangan ke lapan Chelsea dalam lapan perlawanan musim ini.

Barcelona pamer watak sang juara


IBRAHIMOVIC ledak
satu gol ketika Barca menewaskan Racing Santander kelmarin.

Barcelona terus mempamerkan watak sang juara pada kempen awal Liga Sepanyol musim ini. Terbaru, juara bertahan itu menjadikan Racing Santander sebagai mangsa seterusnya apabila menang besar 4-1 kelmarin.
Kemenangan itu hadir hanya beberapa hari selepas Barca membelasah Atletico Madrid 5-2 Sabtu lalu.
Pada aksi kelmarin, Barca berjaya menjaringkan tiga gol dalam masa tujuh minit pada separuh masa pertama menerusi Zlatan Ibrahimovic, Lionel Messi dan Gerard Pique bermula pada minit ke-20.
Messi menjadikan kedudukan 4-0 pada awal babak kedua sebelum Oscar Serrano menjaringkan gol sagu hati tuan rumah pada minit ke-72.
Barcelona kini memiliki 12 mata maksimum daripada empat perlawanan.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan kelmarin, Sevilla menamatkan permulaan hebat Real Mallorca apabila mencatat kemenangan 2-0 di Sanchez Pizjuan.
Sebastien Squillaci menanduk masuk gol pertama Sevilla pada minit ke-17 sebelum Diego Perotti menjaringkan gol kedua pada minit ke-25 untuk memberikan kemenangan ketiga Sevilla selepas empat perlawanan.

Eto'o tuntut bayaran RM15.4j



Penyerang Cameroon, Samuel Eto'o (gambar) memulakan proses tindakan undang-undang terhadap Barcelona untuk menuntut 3 juta euro (RM15.4 juta) yang didakwa patut menjadi miliknya hasil daripada urusan perpindahannya ke Inter Milan. Ejen pemain itu, Jose Maria Mesalles telah menfailkan tuntutan tersebut dan sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan, kes itu akan dibawa ke mahkamah.
Perjanjian pertukaran pada Julai lalu membolehkan Zlatan Ibrahimovic berhijrah ke Barcelona dengan harga 46 juta euro (RM236 juta) manakala Eto'o yang bernilai 20 juta euro (RM103 juta) berpindah Itali dengan menyertai Inter.
Eto'o berpegang kepada peraturan Kesatuan Pemain Sepanyol (AFE) yang menyatakan pemain berhak mendapat 15 peratus daripada bayaran perpindahan.

Liverpool Lepasi Halangan Leeds United.



David Ngog meledakkan gol tunggal, cukup untuk memberikan Liverpool kemenangan yang diperlukan apabila menyingkirkan Leeds United 1-0 dalam saingan pusingan ketiga Piala Carling di Elland Road semalam.

Gergasi EPL itu bagaimanapun menghadapi tentangan sengit dari pendahulu League One itu namun gol Ngog pada minit ke-65 memadamkan impian pasukan tuan rumah untuk mara ke pusingan seterusnya.

Leeds mencipta beberapa peluang baik untuk memecah benteng lawan namun mereka dikecewakan oleh ketumpulan jentera serangan.

Jamie Carragher mengambil alih tugas ketua pasukan dan Javier Mascherano pula ditugaskan menjana bahagian tengah manakala Steven Gerrard, Fernando Torres dan Glen Johnson sekadar memanaskan bangku simpanan.

Bagaimanapun tindakan Rafael Benitez itu tidak menjejaskan kemaraan Liverpool ke pusingan seterusnya dengan Ngog mengambil giliran mencuri tumpuan selaku penjaring gol kemenangan perlawanan itu.


Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Piala Carling semalam.

Wednesday, September 23, 2009

United pertaruh tenaga muda


OWEN bakal mengetuai jentera serangan United pada pertemuan Piala Liga menentang Wolves awal pagi esok.







Juara bertahan, Manchester United memulakan kempen Piala Liga 2009/10 dengan menentang Wolves pada pusingan ketiga awal pagi esok. Secara tradisinya, pengurus United, Alex Ferguson akan memberi peluang kepada pemain-pemain mudanya beraksi pada kempen tersebut.
Ferguson dijangka bakal meletakkan Darron Gibson dan Michael Carrick yang jarang diturunkan dalam kesebelasan musim ini mengetuai jentera tengah.
Gary Neville yang baru pulih daripada kecederaan pangkal paha pula bakal membentuk benteng pertahanan bersama Richie De Laet, Jonny Evans dan Fabio.
Bagi jentera serangan, Michael Owen yang menjaringkan gol kemenangan United ketika menewaskan Manchester City 4-3 Ahad lalu bakal digandingkan sama ada dengan Danny Welbeck atau Federico Macheda.
Seorang lagi pemain muda United, Zoran Tosic juga bakal diberi peluang menunjukkan kemampuannya.
Ferguson berkata, prestasi menggalakkan di kalangan pemain-pemain mudanya ketika ini menyebabkan dia tidak perlu membeli ramai pemain baru pada musim perpindahan kali ini.
"Kami memiliki barisan yang telah menang Piala Liga musim lalu dan saya yakin mereka mampu beraksi lebih baik dan bertambah matang.
"Pemain-pemain muda seperti Nani, Anderson, Fabio dan Rafael da Silva serta Jonny Evans telah menunjukkan peningkatan.
"Saya berpuas hati dengan skuad yang saya ada ini dan dengan dua pemain baru saja dibawa masuk, tiada alasan untuk saya ubah sesuatu. Apa yang diperlukan hanyalah prestasi konsisten," kata Ferguson.

Sila klik di sini untuk melayari laman web Piala Carling/Liga

City kemuka aduan


 Hughes semasa di Manchester United

Manchester City akan mengemukakan aduan kepada Persatuan Bola Sepak (FA) England berhubung tingkah laku pengadil keempat, Alan Wiley sewaktu pertemuan menentang Manchester United di Old Trafford Ahad lalu.
City berang dengan tindakan Wiley yang menghalau pengurus Mark Hughes ketika mempersoalkan tambahan masa yang diberikan oleh pengadil perlawanan, Martin Atkinson.
"Papan masa diangkat untuk tambahan masa empat minit dan pada masa yang sama, (penyerang City) Craig Bellamy menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan 3-3.
"Selepas tambahan masa empat minit itu, perlawanan masih diteruskan dan ia membuatkan saya tidak berasa selesa.
"Saya mahukan penjelasan dan pengadil keempat (Wiley) mengatakan bahawa ia ditambah kerana kami meraikan jaringan ketiga itu tetapi ia hanya berlaku selama 45 saat," kata Hughes.
Kemarahan Hughes memuncak apabila Wiley dilihat bermesra bersama pengurus United, Alex Ferguson selepas Michael Owen menjaringkan gol keempat United pada masa kecederaan (minit ke-96).
Dalam pada itu, Hughes mungkin lupa bahawa dia merupakan sebahagian daripada pemain skuad United yang menjuarai liga selepas dua jaringan lewat Steve Bruce membolehkan United menewaskan Sheffield Wednesday 2-1 di Old Trafford pada April 1993.
Jaringan kemenangan Bruce itu turut dilakukan ketika tambahan masa selama tujuh minit diberikan pengadil.
Sheffield terlebih dahulu di hadapan menerusi sepakan penalti John Sheridan tetapi dua jaringan Bruce membolehkan United muncul juara liga selepas 26 tahun.

Hughes Dakwa Perbuatan Bellamy Untuk Pertahan Diri.


Pengurus Manchester City, Mark Hughes lantang mempertahankan perbuatan Craig Bellamy dalam pertembungan menentang seteru setempat, Manchester United hari Sabtu lalu dengan mendakwa penyerang City itu menjadi mangsa dalam insiden kontroversi dengan penonton di Old Trafford.

Pihak FA dan pihak polis Manchester telah mengadakan siasatan ke atas insiden itu di mana Bellamy dikatakan menumbuk muka penyokong Manchester United yang memasuki padang sebaik Michael Owen menjaringkan gol kemenangan United pada masa kecederaan.

Jika Bellamy didapati bersalah atas tuduhan itu bermakna dia akan digantung sebanyak tiga perlawanan tetapi Hughes telah bersedia untuk mempertahankan penyerangnya itu jika pihak FA mahukan penjelasan.

“Lelaki itu kelihatan agresif menuju ke arahnya dan Craig hanya mahu mengeluarkannya dari padang. Craig hanya menolak lelaki menggunakan tangannya untuk mengeluarkannya. Kita tidak dapat mengagak apa yang berlaku sebenarnya pada situasi itu,” kata Hughes.

Di sebalik keputusan pengadil, Mark Atkinson untuk memberi masa tambahan selama empat minit, Owen menjaringkan gol kemenangan United pada minit ke-6 masa tambahan untuk memberikan kemenangan 4-3 kepada United.

Kemasukan Michael Carrick sebagai pemain gantian dan masa yang terbuang semasa pemain-pemain City meraikan jaringan penyamaan oleh Bellamy berkemungkinan menyebabkan masa kecederaan perlawanan itu dipanjangkan.

Ujian sebenar buat Pellegrini




Pellegrini




Manuel Pellegrini akan kembali ke Villarreal awal pagi esok. Bagaimanapun, Pellegrini bukan akan membimbing semula Villarreal, sebaliknya dia bakal mengetuai skuad Real Madrid apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi Liga Sepanyol.
Pengendali dari Chile itu telah menghabiskan lima musim bersama Villarreal sebelum ini.
Namun kali ini, dia hanya mahu fokus terhadap tugasnya untuk terus memastikan Real terus kekal berada di tangga teratas Liga Sepanyol.
Biarpun berjaya membelasah Xerez 5-0 Ahad lalu, ia tidak menunjukkan prestasi sebenar Real dan para penyokong Real telah mengejek pasukan itu terutamanya Fernando Gago.
"Penyokong melihat, merasai dan memberi ekspresi dengan bertepuk tangan dan bersorak.
"Mungkin ini giliran Gago tetapi dia tidak akan menerima kesannya kerana dia seorang yang cukup bagus untuk mengubah keadaan," kata Pellagrini.
Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo kini menjadi nadi kejayaan Real buat masa ini apabila dia sudah menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan liga, sekali gus mendahului senarai penjaring terbanyak.

Tuesday, September 22, 2009

Hughes tak puas hati keputusan Atkinson




HUGHES















Pengurus Manchester City, Mark Hughes tidak berpuas hati dengan pengadil Martin Atkinson selepas pasukannya tewas 3-4 kepada Manchester United malam kelmarin.
Hughes cukup bengang dengan pegawai perlawanan itu kerana membenarkan masa kecederaan berlarutan selama tujuh minit sehingga membolehkan Michael Owen menjaringkan gol kemenangan United.
"Pengadil keempat cuba memberikan penjelasan kepada saya kerana saya telah mempersoalkan jumlah masa kecederaan yang diberi ketika perlawanan belum berakhir lagi.
"Tetapi penjelasannya tidak memuaskan hati saya. Dia cuba beritahu yang tambahan masa lagi seminit itu disebabkan sambutan gol ketiga kami.
"Kami sebenarnya menjaringkan gol tepat pada minit ke-90 dan masa kecederaan empat minit sudah diangkat. Kami merekodkan masa kami meraikan gol, hanya 45 saat. Jadi di situ mereka sudah silap.
"United hanya menjaringkan gol keempat mereka selepas 95 minit dan 26 saat. Jadi jelas pengadil terlalu memberi tambahan masa dan dia sebenarnya menjadikan masa perlawanan adalah 97 minit," kata Hughes.
Hughes menegaskan, dia bukan mempersoalkan integriti pengadil kerana dia hanya mahu tahu mengapa tambahan masa selama tujuh minit itu diberikan.
"Jika dia (pengadil) dapat memberikan saya alasan yang kukuh, saya tiada masalah tetapi saya tak nampak daripada mana dia boleh beri tambahan masa itu," ujarnya.
Hughes cukup terkilan dengan kekalahan sulung City itu untuk musim ini kerana menganggap pasukannya telah berjaya menunjukkan kualiti dan watak sebenar pada perlawanan tersebut.
"Pada ketika kami menyangka akan mendapat ganjaran daripada segala usaha kami, akhirnya kami pulang dengan sesuatu yang sukar diterima," jelasnya.
Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson ringkas berkata: "Empat minit masa kecederaan diberi dan kemudian City menjaringkan gol. Saya rasa dari situ datangnya tambahan masa itu."

Martin Atkinson

Kami berhak menang - Ferguson



Manchester United berjaya membenam keangkuhan Manchester City selepas mencatat kemenangan 4-3 di Old Trafford malam kelmarin.
Bagaimanapun, pengurus United, Alex Ferguson (gambar) terpaksa berdepan perlawanan kelab berjiran itu dengan cukup mendebarkan.
"Kadangkala kamu akan mendapat jiran yang bising dan kamu terpaksa terus tinggal bersama-sama mereka.
"Kamu tidak dapat melakukan semuanya jika mereka terus mahu bising tetapi apa yang kamu boleh lakukan, seperti yang kami tunjuk hari ini (kelmarin) ialah teruskan dengan hidup kamu.
"Pemain kami tahu tanggungjawab masing-masing dan mereka mempamerkan permainan bertenaga. Itulah jawapan kepada segala persoalan ini.
"Setiap kali kami menjaringkan gol, kami melakukan kesilapan. Namun, kesilapan tersebut telah menjadikan pertemuan setempat ini paling menarik setakat ini," kata Ferguson.
Ditanya manakah lebih digemarinya sama ada menang pertemuan setempat itu dengan jaringan 6-0 atau menang menerusi pertemuan yang menarik, Ferguson berkata, dia lebih suka jika United mengatasi City dengan 6-0.
"Kami telah beraksi cukup baik pada separuh masa kedua. Bagi saya, itu adalah kekuatan sebenar permainan United," katanya.
Pada aksi kelmarin, United mendahului seawal minit kedua menerusi Wayne Rooney sebelum Gareth Barry menyamakan kedudukan pada minit ke-16.
Gol kedua United menyusul hasil tandukan Darren Fletcher pada minit ke-49 tetapi Craig Bellamy menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.
Fletcher menanduk gol ketiga United pada minit ke-80 dan Bellamy sekali lagi mengikat kedudukan menjadi 3-3 pada minit ke-90.
Michael Owen muncul wira apabila meledak gol kemenangan United pada minit terakhir masa kecederaan.
"Kami melakukan tiga kesilapan paling teruk yang jarang berlaku pada pasukan kami tetapi akhirnya Owen menjaringkan gol kemenangan yang cukup menarik. Kami berhak menang perlawanan ini," jelas Ferguson.

'Jangan hanya kritik'


RAJAGOBAL (kanan) giat memperkemas skuadnya bagi menghadapi Sukan SEA di Laos, hujung tahun ini.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta pengkritik sukan dalam negara agar memberikan ruang dan semangat kepada jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menjelang Sukan SEA di Laos hujung tahun ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, ia adalah perlu walaupun pengkritik-pengkritik mempunyai hak dan pandangan tersendiri mengenai kedudukan bola sepak kebangsaan di peringkat antarabangsa.
"Sekali-sekala pujian juga perlu diberikan kepada skuad kebangsaan kerana Rajagobal baru mengambil alih tugas selaku jurulatih kebangsaan pada April lepas manakala pemain-pemain pula terdiri daripada mereka yang muda," katanya baru-baru ini.
Azzuddin berkata, para pengkritik perlu melupakan prestasi masa lampau kerana kini sudah terdapat tanda-tanda kebangkitan yang dipamerkan oleh skuad bawah 23 tahun kebangsaan.
"Ada kritik yang mengatakan bahawa keputusan ketika pasukan negara menentang Kenya (0-0), China (0-0), Manchester United (kalah 2-3 dan 0-2), Arab Saudi (kalah 1-2) dan Jordan (0-0) adalah kerana lawan tidak menurunkan skuad utama.
"Namun pada pandangan saya, yang penting jurang perbezaan gol dalam setiap perlawanan semakin kecil, terutama jika dilihat pada kekalahan tipis kepada Arab Saudi yang menampilkan kesebelasan utama yang berada dalam persiapan terakhir bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2010," katanya.
Bagaimanapun, Azzuddin berkata, beliau tidak boleh memberikan jaminan bahawa skuad bawah 23 tahun kebangsaan itu akan pulang dengan pingat emas dari Laos, namun jika gagal, percubaan akan terus diusahakan dengan gigihnya pada edisi seterusnya.
"Jika gagal, kena tengok kembali apa yang tidak kena, namun FAM berharap skuad yang ada kini berada di landasan yang betul pada kali ini," katanya.
Walaupun ramai pihak meletakkan harapan tinggi untuk skuad bawah 23 tahun kebangsaan ini untuk memenangi pingat emas, FAM sebaliknya tidak tergesa-gesa meletakkan sebarang sasaran pingat.
Malah timbalan presidennya, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad dilaporkan berkata, sasaran hanya akan diletakkan setelah undian untuk menentukan kumpulan dilakukan pada November ini.
Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas pada Sukan SEA adalah 20 tahun lepas iaitu bagi edisi 1989 ketika temasya itu berlangsung di Kuala Lumpur.

Monday, September 21, 2009

Owen musnahkan impian City



Michael Owen mencuri kemenangan buat United dalam perlawanan yang penuh aksi menentang Manchester City yang berkesudahan 4-3.
Pada saat masa kecederaan telah pun tamat, hantaran terakhir Giggs kepada Owen yang sudah pasti merupakan serangan terakhir sebelum wisel tamat perlawanan ditiup berjaya disudahkan dengan baik oleh bekas pemain Newcastle itu.
United mendahului tiga kali dalam perlawanan ini namun serangan balas City berjaya menyamakan kedudukan semula atas bantuan kesilapan United. Carlos Tevez bermain menentang kelab lamanya itu dan kerja keras yang dipamerkan beliau menunjukkan kehebatan beliau di Old Trafford dahulu.
Ben Foster mengulangi kesilapan yang akhirnya memberikan jaringan penyamaan kepada City dan ianya hampir – hampir membantu meletakkan City dihadapan. Sementara Bellamy melakukan kejutan dengan dua jaringan yang sebenar – benarnya merupakan serangan balas yang sungguh menakjubkan.
Namun kealpaan barisan pertahanan City membiarkan Owen di saat perlawaan hampir tamat memusnahkan impian meengekalkan rekod tanpa kalah. “Apa yang boleh anda cakap? Kami berikan 3 gol kepada mereka. Kami sepatutnya menang 6-0, 7-0 jika kami bertahan dengan lebih baik. Kami sepatutnya menang dengan jaringan yang besar tetapi membuat kesilapan merupakan pemusnah kejayaan. Kami biasanya yang terbaik dalam pertemuan seperti ini,” kata Ferguson yang mengkritik pertahanannya.

Chelsea kekal di persada liga

Wilson Palacios of Tottenham Hotspur battles for the ball with Nicolas Anelka of ChelseaChelsea mengekalkan kedudukan teratas liga dengan kemenangan mudah menentang Tottenham di Stamford Bridge 3-0.
Ashley Cole meletakkan The Blues untuk kemenagan yang selesa pada babak pertama dengan tandukannya sebelum Michael Ballack menjadikannya dua pada minit ke 57. Didier Drogba pula mengesahkan kemenangan keenam Chelsea dalam enam perlawanan liga untuk meninggalkan United 3 mata dihadapan.
Ianya menjadi semakin sukar bagi Spurs yang ketiadaan pertahanan utama, Ledley King danSebastien Bassong akibat kecederaan yang sudah cukup memeningkan Harry Redknapp di bahagian pertahanan kelabnya. Bagaimanapun Chelsea terpaksa menerima berita buruk berikutan Drogba yang cedera teruk 7 minit sebelum tamat perlawanan.
“Semua pemain melakukan tugas dengan sangat bagus. Perlawanan adalah mudah di babak kedua. Jika kamu tidak melakukan tugas dengan baik menentang Spurs, kamu tidak boleh menang 3-0. Kami perlu mengekalkan momentum kemenangan dan bersedia untuk perlawanan berikutnya menentang QPR dalam saingan Piala Liga,” ulas Ancelotti.

Barca lanjut kontrak Messi


Bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi kelmarin menandatangani perjanjian baru selama dua tahun dengan juara Liga Sepanyol yang juga penyandang trofi Liga Juara-Juara, Barcelona. Catalan dalam laman web rasminya berkata, persetujuan daripada perjanjian itu bakal menyaksikan pemain lincah Argentina itu akan terus bersama kelab tersebut sehingga 2016.
Klausa pembayaran daripada perjanjian untuk pemain berusia 22 tahun itu telah meningkat daripada 150 juta euro (RM768,209 juta) kepada satu jumlah yang mengejutkan iaitu sebanyak 250 juta euro (RM1.28 bilion).
"Saya suka untuk menamatkan kerjaya bola sepak di sini iaitu di Barcelona. Saya rasa seolah-olah bermain dengan sebuah skuad yang menggerunkan, kuat dan bersatu," kata Messi dalam laman web rasmi kelab tersebut.
Meskipun kelab terkemuka Sepanyol itu tidak mahu mendedahkan secara terperinci gaji yang diperoleh Messi, namun akhbar tempatan melaporkan bintang Argentina itu pada masa ini menerima pembayaran antara tujuh atau lapan juta euro (RM35.85 atau RM40.97 juta) setahun.
Akhbar sukan, Marca baru-baru ini mendakwa bahawa pendapatan tahunan Messi melonjak sekitar 10 hingga 12.5 juta euro (RM51.21 hingga RM64.02 juta) setahun menerusi perjanjian baru tersebut.
Messi yang telah berada di Barcelona sejak berusia 13 tahun adalah salah seorang pemain yang menjadi buruan setiap kelab ternama.
Tahun lalu, dia berjaya membantu Barcelona memenangi tiga trofi dan mencita jaringan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara ketika menundukkan Manchester United.

Sunday, September 20, 2009

United tidak sekuat mana


Memang mereka nampak hebat ketika menentang Tottenham tetapi hakikatnya United jauh daripada tahap terbaik MARK HUGHES, Pengurus Manchester City

Pengurus Manchester City, Mark Hughes (gambar) menyifatkan jirannya yang akan ditentang hari ini, Manchester United tidaklah sehebat musim lalu. Katanya, ketiadaan pengganti Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez membuatkan pasukan bimbingan Alex Ferguson itu tampak goyah dan berada di bawah tahap sebenar musim ini.
"Anda tidak boleh kehilangan pemain berkualiti seperti itu apatah lagi tidak pula mencari pengganti mereka.
"Selepas menyaksikan beberapa perlawanan United, saya merasakan mereka tidak bermain sebaik seperti musim lalu.
"Memang mereka nampak hebat ketika menentang Tottenham tetapi hakikatnya United jauh daripada tahap terbaik," katanya sebagai membalas kenyataan Ferguson, kelmarin.
Perang dingin antara kedua-dua pengurus makin hebat menjelang perlawanan United-City di Old Trafford hari ini.
Ditambah pula kemungkinan besar Tevez diturunkan sekali gus menghangatkan lagi suasana berikutan hubungan dingin dengan Ferguson.
Malah, bagi menyemarakkan lagi api kemarahan penyokong United kepada Tevez, Ferguson memberi amaran bahawa pemain dari Argentina itu bakal berdepan situasi sukar jika diturunkan.
"Dia (Tevez) langsung tidak menyebabkan saya rasa tertekan kerana Emmanuel (Adebayor) sebenarnya yang lebih saya bimbangkan.
"Tapi saya ingatkan dia, emosi penyokong kami sudah berbeza sekarang. Dia pasti akan terkejut dengan sambutan yang bakal diterimanya nanti," tegas Ferguson.
United dijangka turun tanpa kelibat tonggak pertahanan, Rio Ferdinand yang cedera manakala City tanpa Adebayor yang digantung tiga perlawanan oleh FA England kerana berkelakuan melampau ketika menentang Arsenal Sabtu lalu.

Man. United tak takut Tevez




Carlos Tevez bakal menerima sambutan sebagai musuh oleh penyokong-penyokong Manchester United andai dia beraksi di Old Trafford.
Demikian amaran yang dilontarkan pengurus United, Alex Ferguson menjelang pertemuan antara United dan City pada aksi Liga Perdana England malam ini.
Bagaimanapun, Tevez masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan lutut dan belum pasti beraksi menentang bekas rakan sepasukannya dalam kunjungan sulungnya ke Old Trafford selepas berhijrah ke City musim ini.
Bagi Ferguson, dia langsung tidak menghiraukan sama ada Tevez beraksi atau tidak kerana dia menganggap Emmanuel Adebayor merupakan pemain terbaik City.
"Dia (Tevez) akan menerima kejutan daripada penyokong United. Suasana cukup berbeza ketika ini, mereka cukup emosi," kata Ferguson.
Ferguson turut membayangkan City hanya akan mula menjadi pasukan pilihan setiap kali pertemuan setempat di Manchester setelah dia bersara nanti.
United bakal turun tanpa Rio Ferdinand yang mengalami kecederaan pangkal paha dan Paul Scholes yang digantung perlawanan.
Sementara itu, pengurus City, Mark Hughes berkata, dia telah berbincang dengan pakar undang-undang kelab itu dan menyatakan mereka akan mencabar sebarang hukuman penggantungan terhadap Adebayor berhubung insiden cara dia meraikan gol ketika bertemu Arsenal minggu lalu.
Adebayor dikenakan penggantungan tiga perlawanan selepas menghentak muka penyerang Arsenal, Robin van Persie pada aksi tersebut.
"Saya rasa adalah penting untuk tidak melibatkan emosi ketika perlawanan dan itu sebahagian yang berlaku pada perlawanan besar," jelas Hughes.

Berang Dikeluarkan, Ferguson Kurang Senang Dengan Sikap Rooney.



Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson kurang senang dengan sikap panas baran Wayne Rooney setelah pemain itu digantikan ketika perlawanan menentang Besiktas dalam saingan Liga Juara Eropah yang dimenangi oleh United 1-0 di Istanbul hari Selasa lalu.

Rooney, yang bermain sebagai penyerang tunggal sepanjang sejam perlawanan, menghantuk kepalanya sebelum melemparkan kasutnya setelah meninggalkan padang.


“Dia memang tak menjangka akan dikeluarkan. Dia adalah pemain yang amat bertenaga jadi dia ingin bermain sepanjang masa,” kata Ferguson.

“Dia telah bermain selama sejam sebagai penyerang tunggal dan itulah sebabnya dia dikeluarkan. Ia adalah sebahagian dari strategi kami mengeluarkannya.”

Diberi tugasan berat dalam dua perlawanan antarabangsa bersama England, dan menerima cabaran sengit ketika menentang Tottenham Hotspur, di mana dia menjadi sebahagian pasukan yang terpaksa bermain dengan sepuluh pemain, Rooney seharusnya memerlukan rehat, terutama kerana United akan bertemu Manchester City dalam saingan EPL hari ini.

Bagaimanapun, Rooney jelas sekali tidak berpuas hati dan menunjukkan kemarahannya sebaik dia dikeluarkan untuk digantikan sehingga diejek oleh penyokong Besiktas. Keadaan sedikit tegang apabila kata-kata kesat dilemparkan menyebabkan pengawal keselamatan stadium terpaksa mengawal keadaan.

United Mahu Ajar City



ADEBAYOR tidak dapat mengetuai jentera serangan City malam esok kerana menjalani hukuman penggantungan perlawanan.











Sejak beberapa musim lalu, Manchester United sering dilihat mampu memberi pengajaran berguna kepada beberapa pesaing baru yang cuba mencabar mereka.
Malam esok, jika mereka berjaya melakukannya sekali lagi ia pasti menjadi satu kepuasan cukup bermakna kerana lawan mereka kali ini ialah jiran setempat, Manchester City.

Kekayaan City yang kini dibarisi pemain-pemain bintang bakal menjadikan pertemuan di Old Trafford itu sesuatu yang ditunggu-tunggu berbanding musim-musim sebelum ini.Namun, para pemain United bersedia memusnahkan reputasi angkuh City itu berdasarkan keyakinan diri yang dimiliki mereka.
"Mereka (City) mahu menunjukkan kepada semua yang mereka adalah raja di Manchester ini tetapi mereka sebenarnya belum mencapai status itu. Kami akan pastikan itu tidak akan berlaku," kata pemain pertahanan United, Patrice Evra.
Pertemuan setempat itu pasti menjadi penanda aras buat pengurus City, Mark Hughes sama ada pasukannya itu benar-benar mampu untuk memecah dominasi empat pasukan terhebat di England.
Bagaimanapun, City bakal turun tanpa Emmanuel Adebayor yang digantung tiga perlawanan, Robinho dan Roque Santa Cruz yang mengalami kecederaan serta Carlos Tevez yang masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan lutut.
Related Posts with Thumbnails