Wednesday, October 28, 2009

Man United melangkah ke suku akhir Piala Liga


 Danny Welbeck dirai oleh rakan sepasukannya Wes Brown selepas berjaya menjaringkan gol pada minit ke-6.

Manchester United memperoleh semula sentuhannya selepas tewas kepada Liverpool dengan melangkah ke suku akhir Piala Liga selepas menewaskan Barnsley 2-0, awal pagi tadi.

Selepas skuad Alex Ferguson tewas di Anfield, kekalahan kedua musim ini Ahad lalu, kali ini mereka meledak di Oakwell menerusi gol Danny Welbeck dan Michael Owen.

United bagaimanapun terpaksa bermain 10 orang untuk 17 minit terakhir apabila kaptennya, Gary Neville menerima kad merah daripada pengadil, Chris Foy kerana mengasari Adam Hammill.





Gabriel Obertan dikejar oleh pemain Barnsley, Roberto Colace.


Barnsley atau dikenali sebagai The Tykes di bawah bimbingan bekas penyerang United, Mark Robins, yang menjadi hero United apabila menjaringkan gol kemenangan pada Piala FA pada 1990 menewaskan Nottingham Forest.

Namun, skuad Ferguson kali ini cukup bersemangat untuk bangkit semula dengan Welbeck melakukan jaringan seawal minit keenam permainan menerusi tandukan selepas mendapat hantaran Anderson.

Barnsley turut mendapat peluang menerusi kaptennya, Stephen Foster tetapi tandukannya terkena tiang.


Michael Owen meraikan jaringanya bersama pemain yang baru dibeli Man utd Julai lalu, Gabriel Obertan.

Owen memastikan United menguasai sepenuhnya perlawanan itu menerusi gol pada minit ke-59.

Sementara itu, Tottenham meneruskan kemaraan selepas menewaskan Everton 2-0 di White Hart Lane.

Gol Tottenham menerusi Tom Huddlestone pada minit ke-31 dan Robbie Keane pada minit ke-57.

Aston Villa pula menundukkan Sunderland 3-1 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0.
Portsmouth pula menang selesa 4-0 menewaskan Stoke di Fratton Park.

Kelantan Dan Negeri Sembilan Selangkah Ke Final.


Kelantan memiliki bekalan selesa apabila menundukkan Perlis 2-0 dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.

Kemenangan ini pastinya akan menambah keyakinan skuad Wira Merah yang dibimbing oleh B. Sathianathan terutama mereka akan berhadapan sekali lagi dengan skuad Singa Utara di Kangar dalam perlawanan kedua pada hari Sabtu ini.


Satu lagi pasukan tuan rumah, Negeri Sembilan pula mencatat kemenangan 1-0 ke atas lawannya, Terengganu di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban.

Kemenangan tipis itu bagaimanapun masih belum dianggap selamat memandangkan mereka akan bertandang pula ke Kuala Terengganu hari Sabtu ini, gelanggang yang menyaksikan juara Liga Super 2009, Selangor tersungkur di peringkat suku akhir dengan penentuan sepakan penalti.

Tuesday, October 27, 2009

Taruhan Torres berbaloi buat Liverpool







Pemain Liverpool, Fernando Torres (kiri) mudah mengatasi pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand untuk menjaringkan gol pertama dalam saingan Liga Perdana Englad, Ahad lalu. Liverpool menang 2-0.





Pertaruhan Rafael Benitez menurunkan Fernando Torres yang 80 peratus cergas berbaloi apabila pemain Sepanyol itu menyumbat satu daripada dua gol kemenangan ke atas Manchester United dalam aksi Liga Perdana England, Ahad lalu.Torres yang menanggung kesakitan pada pangkal paha dan memerlukan ubat penahan sakit untuk meredakannya, diturunkan pada saat-saat akhir.
Usaha itu jelas membakar semangat pasukan apabila penyerang Sepanyol itu menewaskan Rio Ferdinand untuk meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-65 sebelum David Ngog menambah derita pelawat ketika permainan hendak tamat.
''Keputusan menurunkan dia (Torres) amat sukar kerana dia tidak berlatih (rehat). Anda boleh melihat aksinya kadang-kala tidak cergas tetapi dengan tahap cergas 80 peratus, dia berjaya melakukan perubahan besar,'' kata Benitez.
Benitez yang sebelum ini tertekan selepas tewas kepada Chelsea dan Sunderland, malah kalah dalam Liga Juara-Juara kepada Fiorentina dan Olympique Lyon berkata, para pemainnya telah menjawab semua kritikan yang dilemparkan.
''Semangat, sikap dan karakter pemain-pemain saya adalah kelainannya. Mereka semua bekerja keras sejak mula dan mereka jugalah yang menjawab semua persoalan itu hari ini.
''Kami telah membuktikan pasukan ini sebenarnya hebat daripada orang lain memikirkannya. Ini berkaitan dengan sedikit tuah.
''Kami perlu menang untuk meningkatkan keyakinan. Saya rasa kemenangan ini akan menjadi pencetus semangat pasukan dan peminat. Harap-harap kami akan dapat menjadikannya pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan ini,'' ujarnya.
Dalam pada itu, Torres juga menekankan betapa pentingnya kemenangan, Ahad lalu.
''Ini adalah kemenangan besar buat kami. Kami membuktikan jika bermain dalam berpasukan dan bekerja kuat, kami boleh menimbulkan ancaman kepada sesiapa jua. Apa yang perlu sekarang ialah mengekalkan rentak sebegitu,'' kata Torres.
Dalam pada itu, pengurus United, Alex Ferguson kecewa apabila pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher tidak diperintah keluar padang selepas menjatuhkan Michael Owen yang hampir mendapat peluang menyamakan kedudukan.
''Akan ada kontroversi yang akan orang perkatakan tentang Carragher yang menjatuhkan Michael Owen. Mungkin keadaan akan menyukarkan jika dia (Carragher) dibuang padang,'' katanya.

Ferguson salahkan pengadil lagi


FERGUSON masih tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan dalam Liga Perdana England setakat ini.


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendakwa yang pasukannya tidak mendapat layanan adil daripada pengadil, Andre Marriner di Anfield.
Nemanja Vidic diperintah keluar padang ekoran kad kuning kedua dan Ferguson juga mempersoalkan beberapa keputusan berat sebelah pengadil itu ketika menyaksikan anak-anak buahnya tewas 0-2 buat kali pertama dalam 12 perlawanan kepada Liverpool kelmarin.
Gol menerusi Fernando Torres dan David Ngog akhirnya menamatkan badi kekalahan The Reds dalam empat perlawanan, sekali gus mengurangkan tekanan di bahu pengurus, Rafael Benitez.
Walaupun mengakui bahawa Liverpool memang layak menang, Ferguson bagaimanapun menegaskan bahawa keputusan Marriner telah banyak dipengaruhi oleh peminat tuan rumah.
"Kami kalah kerana satu atau dua keputusan yang tidak masuk akal. Sepatutnya kami dihadiahkan penalti di atas kesalahan (Jamie) Carragher pada babak pertama," kata Ferguson.
"Dia jelas sekali mengasari Car- rick. Tetapi dia dihukum ketika menjatuhkan Michael Owen di luar kotak penalti.
"Dia adalah pertahanan terbaik mereka, jadi jika dia tiada, maka ia pasti menyukarkan mereka. Peminat mereka pula sangat fanatik dan memberi tekanan ke atas pengadil dalam setiap keputusan.
"Cuba lihat ketika Patrice Evra dilayangkan kad kuning apabila Torres tersepak kakinya sendiri. Suasana di sekeliling telah memaksa pengadil melayangkan kad kuning. Vidic pula memang buat kesalahan tetapi penyokong yang mahu dia dilayangkan kad kuning kedua.
United kekal dua mata di bela- kang Chelsea yang mendahului Liga Perdana England dan Ferguson menegaskan bahawa anak-anak buahnya akan bangkit semula.
"Sebahagian cabaran bagi kami ialah mengubat kekecewaan ini. Musim lepas kami kalah 1-4 kepada Liverpool tetapi kami tetap menang kejuaraan liga," kata Ferguson.

Monday, October 26, 2009

Manchester United Jadi Mangsa Kebangkitan Liverpool.



 Fernando Torres meraikan jaringannya di Anfield semalam.

Fernando Torres membuka laluan buat Liverpool dengan jaringan menakjubkan sebelum penyerang gantian, David Ngog menjaringkan gol pemusnah enam minit pada masa kecederaan untuk membolehkan Liverpool menang 2-0 ke atas Manchester United dalam saingan EPL di Anfield malam tadi.
Kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan yang penuh dramatik itu dengan sepuluh pemain selepas Nemanja Vidic dan Javier Mascherano diarahkan keluar padang pada penghujung babak kedua.

Perlawanan itu menampakkan kesungguhan pasukan tuan rumah untuk kembali mencatat kemenangan selepas beberapa siri kekalahan dalam saingan liga dan Liga Juara Eropah kebelakangan ini.

Babak pertama menyaksikan penguasaan ‘The Reds’ dengan beberapa gerakan dan percubaan berbahaya menerusi Dirk Kuyt, Youssi Benayoun dan Torres.

United pada awalnya dijangka menurunkan Michael Owen dalam kesebelasan utamanya tetapi akhirnya Sir Alex Ferguson memilih untuk menurunkan gandingan Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov di jentera serangan, namun tindakan itu tidak memberikan sebarang impak besar kepada benteng pertahanan tuan rumah.

Torres yang pergerakannya dikawal ketat oleh Vidic, akhirnya berjaya melepaskan diri dengan menyudahkan hantaran cantik Benayoun pada minit ke-65.

Pada ketika United sibuk melancarkan serangan ke kubu lawan pada penghujung perlawanan, nasib malang menimpanya apabila Vidic dilayangkan kad kuning kedua selepas menjatuhkan Kuyt.

Tidak semena-mena, Mascherano juga menerima nasib yang sama apabila menghalang pergerakan Edwin van der Sar beberapa minit kemudian.

Ngog yang dibawa masuk untuk menggantikan Torres, membalas kepercayaan Rafael Benitez dengan menolak masuk gol kedua melepasi Van der Sar menerusi serangan balas pada masa kecederaan.


Pemain-pemain Manchester United kelihatan hampa selepas kekalahan ke atas Liverpool.

Michael Owen telah dijatuhkan oleh Jamie Carragher.

Banyak bola yang dibaling oleh penonton terdapat di atas padang.

Andre Marriner melayangkan kad kuning kepada Jamie Carragher selepas dia menjatuhkan Owen.

KEPUTUSAN PERLAWANAN LAIN:

West Ham United 2-2 Arsenal

Bolton 3-2 Everton

Manchester City 2-2 Fulham

Gerrard sasaran terbaru Real


GERRAD berada dalam senarai teratas Real.

Steven Gerrard dilaporkan menjadi pemain terbaru yang menjadi buruan Real Madrid pada musim depan. Difahamkan bahawa presiden Real, Florentino Perez akan membuat tawaran sehingga £30 juta (RM167 juta) ke atas kapten Liverpool itu.
Sumber memberitahu: "Bukan rahsia lagi bahawa Perez dan pengarah teknikal, Jorge Valdano amat meminati Gerrard.
"Sudah ada satu senarai pemain yang akan dibeli musim depan dan Gerrard adalah yang paling atas."
Situasi ini pastinya membimbangkan peminat The Reds yang dalam misi memenangi gelaran Liga Perdana buat kali pertama sejak 1990.
Ia juga menambah lagi tekanan ke atas pengurus Liverpool, Rafael Benitez yang menyaksikan anak buahnya bergelut dengan prestasi musim ini.
Perez sebelum ini telah pun berjaya memancing bekas perancang The Reds, Xabi Alonso dengan harga £28.8 juta (RM160 juta) musim lepas.
Dia merancang membawa Gerrard ke Bernabeu musim ini selepas berjaya dipilih semula menyandang jawatan presiden kelab gergasi Sepanyol itu.
Begitupun, Gerrard mengumumkan yang dia tidak berminat ke atas sebarang tawaran tersebut dab mahu membantu Liverpool memberi saingan kepada Manchester United dalam perebutan gelaran juara liga.
Namun situasi yang sedang melanda kelab tersebut ketika ini mungkin bakal mempengaruhinya meninggalkan Anfield.

Sunday, October 25, 2009

Masa depan Benitez di tangan United


 Masa depan Benitez kini ibarat 'telur di hujung tanduk' untuk bersama Liverpool


Pengurus Liverpool, Rafael Benitez yakin pertemuan menentang seteru utamanya, Manchester United hari ini merupakan peluang terbaik buat Reds untuk mengakhiri persembahan tidak menentu akhir-akhir ini.
Apa yang pasti, pasukan bimbingan Benitez menanti pertemuan di Anfield itu dengan rekod persembahan paling buruk dalam tempoh 22 tahun dengan mengalami empat kekalahan.
Reds memulakan kempen liga musim ini dengan harapan tinggi untuk mengakhiri penantian 20 tahun untuk menjuarai Liga Perdana England.
Namun, sebaliknya kelab itu ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, United dan prospek menjadi salah sebuah pasukan terbaik merebut gelaran juara mungkin tambah sukar jika tewas.
Perjalanan suram kelab itu pada musim ini memaksa Benitez tidak punya pilihan melainkan berkerja keras bagi meyakinkan peminat setia bahawa dia adalah orang paling tepat untuk membawa pulang trofi kejuaraan ke Anfield.
Terbaru, peminat-peminat Liverpool turut merancang melakukan protes sebelum perlawanan bermula terhadap pemilik Reds dari Amerika Syarikat, George Gillett dan Tom Hicks.
Tindakan yang bakal dilakukan oleh peminat setia kelab itu bakal menyerlahkan lagi tahap bahaya yang dilalui oleh kelab ternama England tersebut.
Adakah perkara itu masih belum memberi sebarang kebimbangan dan kesan buat Benitez jika pasukan bimbingannya itu tumpas kepada United pada pertemuan hari ini.
Bagaimanapun, Benitez bijak mengawasi situasi apabila menyembunyikan kebimbangan itu pada sidang akhbar sebelum bermulanya perlawanan.
Benitez begitu berkobar-kobar dalam usaha mempertahankan kedudukannya pada sidang akhbar tersebut.
"Saya sebenarnya tenang berhubung dengan kedudukan diri saya dengan kelab ini kerana saya tahu bagaimana kami berkerja di atas padang pada setiap hari.
"Pada masa dahulu, kami benar-benar telah melakukan tugas dengan baik dan kami tidak pernah mengubah perkara tersebut begitu banyak.
"Ia merupakan satu persoalan mengenai keyakinan. Kami tahu bahawa pasukan ini perlu melakukan peningkatan. Namun begitu pada masa ini, mencatat kemenangan adalah perkara utama.
"Sebagai pengurus, kamu tahu bilakah masa baik dan sebaliknya buat diri kamu. Pada masa ini, kami tahu bahawa pasukan ini harus melakukan peningkatan.
"Paling penting, kami harus mencatat kemenangan dan ia adalah berkaitan dengan persoalan masa. Saya pasti, sebaik sahaja kami mencatat kemenangan pertama, segalanya akan berubah.
"Pertemuan menentang United mungkin akan menjadi peluang tepat buat kami kerana ia adalah perlawanan penting menentang seteru utama.
"Peminat-peminat pastinya akan berada di belakang pasukan untuk memberi sokongan sejak minit pertama perlawanan bermula sehingga tamat. Kami boleh mengubah segalanya," kata Benitez.

 Malam ini jam 9.55 malam,secara langsung di ASTRO siaran 812

BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN  PERLAWANAN YANG BERLANGSUNG SEMALAM:


Burnley 1-3 Wigan

Chelsea 5-o Blackburn

Tottenham 0-1 Stoke City

Birmingham 2-1 Sunderland

Hull City 0- Portsmouth

Wolverhampton 1-1 Aston Villa

Ferguson yakin badi Owen berakhir di Anfield


 Owen akan menggatikan tempat Wayne Rooney dalam pertemuan menentang Liverpool malam ini.


Alex Ferguson percaya, kesengsaraan yang ditanggung Michael Owen selama ini akan berakhir hari ini sekiranya dia membantu Manchester United mengalahkan bekas pasukannya, Liverpool di Anfield.
Penyerang berusia 29 tahun itu menempa namanya di Liverpool dan menjadi pemain kesayangan Reds apabila menjaringkan 158 gol sebelum menyertai Real Madrid pada 2004 untuk tempoh yang singkat.
Kecederaan bagaimanapun menafikan hasrat Owen untuk mencipta impak sepanjang bersama Newcastle, pasukan yang kemudian tersingkir dari Liga Perdana England.
Dia kemudian mengejutkan banyak pihak apabila dipilih oleh Ferguson untuk menyertai United awal musim lalum pada ketika kebanyakan pasukan menolaknya.
Penyertaan Owen ke United tidak disenangi peminat Liverpool kerana kedua-dua kelab punya sejarah persengketaan, malah perasaan benci itu pasti akan lebih menebal sekiranya Owen membantu United mengalahkan Liverpool
Bekas penyerang England itu menjaringkan gol kemenangan dramatik ketika mengalahkan kelab jiran, Manchester City bulan lalu, dan Ferguson percaya, jika Owen mampu mengulangi aksi yang sama ke atas Liverpool, dia pasti akan menambat hati peminat United.
"Kalau itu berlaku (Owen menjaringkan gol kemenangan ke atas Liverpool) dia pasti tidak akan dilupakan.
"Saya tidak pasti sama ada itu akan meletakkannya dalam buku sejarah tetapi ia sama sekali tidak akan dilupakan.
"Dia baru memulakan karier bersama kami. Dia baru berada di sini selama beberapa bulan dan saya harap dia akan berada di sini untuk tempoh yang lebih panjang.
"Saya tahu dia berupaya melakukannya. Dia membuktikan dia adalah pemain profesional yang hebat, dia kini berada di landasan yang betul dan tiada kekeliruan,'' ujar Ferguson.
Meskipun Owen lebih banyak diturunkan sebagai gantian oleh Ferguson, dia dijangka turun dalam kesebelasan utama di Anfield selepas penyerang, Wayne Rooney diketepikan kerana kecederaan betis.

Kata-kata Ferguson:

"Paul Ince obviously got a bad reception from our fans when he went to Liverpool, and Michael Owen might get that on Sunday.

"I don’t think it’ll bother him."

- Sir Alex Ferguson

Gergasi Merah tumbang




INDRA meraikan jaringannya pada pertemuan Kelantan dengan KL Plus malam tadi. Kelantan menang 2-0.




JUARA treble, Selangor gagal dalam misi menjulang Piala Malaysia musim ini.
Ia gara-gara kekalahan skuad Gergasi Merah itu kepada Terengganu pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Selangor terpaksa akur dengan kehebatan Terengganu apabila tewas 4-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 apabila tamat perlawanan sebenar.
Pada aksi suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, kedua-dua pasukan turut terikat 1-1 untuk kedudukan agre- gat 2-2.
Terengganu bakal membuat perhitungan dengan Negeri Sembilan pada aksi separuh akhir yang dijadualkan pada 27 dan 31 Oktober ini.
Kelantan pula akan bertemu Perlis dalam satu lagi aksi separuh akhir selepas kedua-dua pasukan turut melepasi peringkat suku akhir kedua malam tadi.
Di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Kelantan menewaskan KL Plus 2-0.
Indra Putra Mahayuddin menceriakan penyokong skuad Wira Merah apabila meledak gol pertama menerusi sepakan penalti pada minit ke-13.
Norfarhan Mohamad melengkapkan malam gemilang Kelantan dengan gol kedua tuan rumah pada minit ke-76.
Pada aksi suku akhir pertama Selasa lalu, Kelantan berjaya mengikat KL Plus dengan keputusan seri 1-1 untuk mara dengan agregat 3-1.
Di Stadium Utama Negeri, Kangar, Perlis menewaskan Johor FC 2-0 hasil jaringan Ammar Rohidan pada minit kelapan dan Nizarudin Yusof (48).
Kemenangan itu membolehkan Perlis mara ke separuh akhir dengan agregat 4-1.
Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Negeri Sembilan mencipta kemenangan 3-0 ke atas Kuala Muda Naza, sekali gus mara ke separuh akhir dengan agregat 5-0.



Saturday, October 24, 2009

Rooney Tidak Akan Sertai Kunjungan Ke Anfield - Ferguson.


 Rooney dan Torres tidak dapat beraksi untuk pertembungan diantara kedua-dua kelab mereka malam esok.

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan yang Wayne Rooney akan mengikut jejak Fernando Torres untuk tidak beraksi kerana mengalami kecederaan serius dan tidak akan menyertai kunjungan kelab itu ke Anfield untuk berhadapan dengan seteru ketatnya dalam saingan EPL Ahad ini.


Penyerang United itu telah diketepikan akibat kecederaan rusuk sejak saingan kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine tempoh hari dan dia belum pulih sepenuhnya dari kecederaan itu.
Ferguson masih menaruh harapan yang penyerangnya itu dapat diturunkan namun tahap kecergasannya menjadi penghalang, sama seperti masalah yang dihadapi pemain tengah United, Darren Fletcher.


“Saya tidak dapat memberi gambaran sebenarnya tentang kecederaan mereka, masih banyak lagi proses yang perlu dilalui Rooney dan Fletcher,” kata Ferguson.


Pemain tengah veteran, Ryan Giggs dijangka akan kembali dalam skuad utama selepas persembahan hambar ketika menentang Bolton Wanderers sebelum ini manakala Patrice Evra pula dikatakan sudah pulih dari kecederaan buku lali.


Ferguson juga mengesahkan yang kesemua pemain yang menyertai kunjungan ke Moscow untuk saingan Liga Juara Eropah hari Rabu lalu berada dalam keadaan cergas dan bersedia untuk diturunkan.

'Jangan rasa panik'



BENITEZ (tengah) memberi nasihat kepada barisan pemainnya pada sesi latihan di London baru-baru ini.


Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menggesa anak-anak buahnya supaya tidak panik ketika berdepan dengan Manchester United di Anfield malam esok.
Benitez menegaskan, barisan pemainnya tidak perlu terlalu memikir- kan empat kekalahan yang dialami sebelum ini, sebaliknya tampil dengan mempamerkan watak sebenar mereka.
"Perkara penting yang perlu ada untuk menghadapi perlawanan ini ialah kami harus kekal tenang. Jangan terlalu fikir tentang menang atau kalah kerana ia tidak membantu.
"Apa yang penting ialah kami dapat menampilkan watak sebenar apabila turun menentang pasukan kuat dan yakin pada diri sendiri. Itu yang perlu dilakukan Ahad ini (esok).
"Saya pasti, musim ini pasukan- pasukan kuat akan mengalami lebih banyak kekalahan. Jadi perkara utama, kami kena bekerja keras untuk memperbaiki pasukan," kata Benitez.
Untuk rekod, Liverpool gagal menjulang sebarang trofi kejuaraan sejak mereka merangkul Piala FA pada 2006 dan kali terakhir The Reds menjulang trofi liga ialah pada musim 1989/90.
Namun, Benitez tetap yakin usaha ke arah itu semakin hampir berdasarkan prestasi dalam saingan liga dalam dua musim terakhir.
"Tidak adil menilai kami dengan mudah apabila kami gagal menjulang piala. Kami ke final Liga Juara-Juara dua tahun lalu dan muncul naib juara liga dengan 86 mata musim lalu," jelas Benitez.
Biarpun kapten, Steven Gerrard hampir pasti tidak dapat diturunkan, Fernando Torres dan Glen Johnson bakal kembali memperkuatkan skuad The Reds selepas kecederaan kedua-dua mereka pulih.

Ferdinand sedia kembali pamer sentuhan sebenar


FERDINAND dikritik hebat ekoran prestasi buruk sejak kebelakangan ini.

Tonggak pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand bersedia untuk menangkis segala kritikan yang dilemparkan kepadanya akibat mempamerkan prestasi buruk sejak kebelakangan ini. "Saya seorang yang cukup bersedia untuk menangani segala kritikan itu tetapi individu yang perlu saya ambil perhatian ialah pengurus pasukan saya (Alex Ferguson).
"Orang boleh mengkritik dan membuat komen tetapi setiap kali saya dikritik, saya akan menghentikannya dengan mempamerkan aksi lebih baik. Saya pasti itu akan berlaku sekali lagi," kata Ferdinand.
Ferdinand didakwa mempunyai terlalu banyak minat terhadap bidang luar termasuk menguruskan produksi muzik dan perfileman.
"Pembabitan dalam penerbitan filem merupakan sesuatu yang bagus dalam karier saya tetapi bola sepak tetap menjadi keghairahan utama saya.
"Saya masih berharap dapat beraksi lagi lima atau enam tahun. Saya mahu julang seberapa banyak piala," tegas Ferdinand.

Terry kritik Liverpool




AKSI Terry ketika Chelsea bertemu Liverpool dalam kempen Liga Perdana England di Stamford Bridge awal bulan ini.




Kapten Chelsea, John Terry secara terbuka telah mengkritik Liverpool. Jelas Terry, skuad The Reds itu terlalu bergantung kepada dua tonggak utama- nya, Steven Gerrard dan Fernando Torres sehingga menyebabkan mereka kini sedang bergelut dengan prestasi semasa.
Terry berkata, dia yakin punca utama masalah yang melanda Liverpool adalah disebabkan kurangnya kekuatan keseluruhan dalam pasukan itu.
Dakwanya lagi, Liverpool terlalu bergantung kepada Gerrard dan Torres kerana tanpa kehadiran kedua-dua pemain tersebut, skuad The Reds itu kelihatan cukup lemah.
"Apabila Gerrard dan Torres mengalami kecederaan, nampak kekurangan dalam pasukan mereka. Sebaliknya, kami cukup bertuah kerana sejak kehadiran Roman Abramovich (pemilik Chelsea), kami mempunyai kekuatan yang cukup dalam pasukan.
"Sebagai contoh, Salomon Kalou dapat menjaringkan dua gol ketika menentang Atletico Madrid selepas ketiadaan Didier Drogba.
"Ramai yang mengatakan kami akan berdepan dengan kesukaran tanpa Drogba tetapi kami telah membuktikannya," kata Terry.
Sementara itu, perancang Chelsea, Frank Lampard menganggap Manchester City mampu menjadi sebuah pasukan terbaik suatu hari nanti.
"Empat pasukan besar (Manchester United, Liverpool, Arsenal dan (Chelsea) lebih terancam berbanding sebelum ini kerana kehadiran Manchester City dan wang yang mereka miliki.
"Secara normal, empat pasukan besar ini mudah berada di tangga teratas. Dengan adanya City, saya rasa ia akan menampilkan satu kelainan musim ini," katanya.

Kena menang!


Rafael Benitez

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menerima 'undi percaya' yang amat berat menjelang pertemuan getir menentang Manchester United esok, namun jurulatih dari Sepanyol itu sedar kata-kata manis saja tidak cukup untuk membantu pasukannya. Kali terakhir Skuad Reds merangkul kejuaraan Liga Perdana England ialah pada 1990, tapi kini turun ke Anfield bersama empat kekalahan dan kini menghuni tangga kelapan liga dengan tujuh mata ditinggalkan pendahulu, United.
Satu lagi kekalahan boleh dianggap bakal menamatkan terus harapan pasukan itu untuk mencabar gelaran liga musim ini - sesuatu yang sukar untuk diterima oleh peminat yang membesar dengan melihat dominasi Liverpool sekitar 1970-an dan 1980-an.
Apa yang akan menjadikan keadaan bertambah buruk, Liverpool mungkin beraksi tanpa dua bintang utamanya, ketua pasukan, Steven Gerrard dan penyerang kesayangan, Fernando Torres kerana kecederaan pangkal paha.
Aksi buruk Liverpool akhir-akhir ini meletakkan Benitez sebagai tumpuan sejak mengambil alih kelab itu pada 2004.
Kedudukan Benitez dilihat selamat setakat ini, itupun kerana ia boleh menyebabkan pemilik kelab, George Gillett dan Tom Hicks kerugian 20 juta pound (RM112.6 juta) jika memecatnya kerana bekas pengurus Valencia itu baru menandatangani kontrak lima tahun, tujuh bulan lalu.
Begitupun Gillet dan Hicks menegaskan, mereka bersatu menyokong Benitez, dan berkata: "Kami baru mencapai perjanjian jangka panjang dengan Rafa.
"Keluarga Liverpool gembira dengannya, kami rasa beliau seorang yang bagus untuk memikul tugasnya, Hicks juga mempunyai pendapat yang sama. Kami baru menyambung kontrak."
Gillett turut memberitahu laman web kelab, www.liverpoolfc.tv: "Saya fikir keputusan sekarang mengecewakan semua orang. Jelas sekali ia mengecewakan peminat dan mengecewakan Rafa. Kita semua kecewa tetapi kita kena bersatu pada saat ini."
Liverpool dikejutkan kelab Perancis, Lyon 1-2 di Anfield dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, Rabu lalu pada ketika United pula menundukkan kelab Rusia, CSKA Moscow 1-0 di tempat lawan.
Bagaimanapun tonggak pertahanan United, Rio Ferdinand memberi amaran, keputusan yang dicatat kedua-dua pasukan baru-baru ini tiada kaitan dengan perlawanan esok.
"Saya rasa prestasi sekarang tidak akan mempengaruhi perlawanan hujung minggu ini. Kita semua tahu, kedua-dua pasukan mempunyai sejarah permusuhan, dalam situasi ini prestasi semasa tidak diambil kira.
"Ia bergantung kepada persembahan kami pada hari perlawanan, dan kami kena bersedia berdepan semua itu,'' kata tonggak pertahanan England itu.
United akan jatuh ke tangga kedua liga jika Chelsea berjaya menumpaskan Blackburn awal pagi esok.
Aksi Blues apabila beraksi di luar Stamford Bridge tampak tidak menentu selepas kalah kepada Wigan dan Aston Villa.
Begitupun, kemenangan besar 4-0 ke atas kelab Sepanyol, Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara, Khamis lalu mampu meningkatkan keyakinan skuad Blues itu.

Friday, October 23, 2009

Mampukah Liverpool terus bertahan


Pemain Manchester United, Antonio Valencia (kanan) bijak mencari ruang untuk menjaringkan gol ketika menentang CSKA Moscow Liga Juara-Juara, kelmarin.

Segala-galanya telah bersedia termasuk bola pantai yang telah mencatat jualan luar biasa ketika Manchester United membuat persiapan untuk menyingkirkan Liverpool, Ahad ini daripada saingan memburu kejuaraan Liga Perdana England. Apa yang menarik, hanya beberapa jam Liverpool tewas dalam jaringan kontroversi 0-1 kepada Sunderland, gara-gara bola pantai, beberapa barangan berkaitan bola getah dalam kedai kelab tersebut menjadi rebutan orang ramai, malah tempahan dalam internet turut melambung.
Biarpun, beberapa penyokong Liverpool menyifatkan ia sekadar gurauan tetapi hakikatnya, peluang untuk Liverpool tumbang kali kelima dalam perlawanan liga bukan jenaka.
Jika berlaku, ia akan mempamerkan persembahan paling buruk buat kelab itu selepas separuh dekad yang akan meninggalkan mereka 10 mata di belakang United dan mungkin sembilan mata belakang Chelsea yang akan melayan kunjungan Blackburn, esok.
Dengan jangkaan Arsenal, Manchester City, Tottenham Hotspur, Aston Villa dan Sunderland mengatasi kedudukan Reds, peluang Liverpool untuk mengintai kejuaraan pertama dalam tempoh 20 tahun akan bertambah sukar.
Walaupun penyokong Liverpool begitu setia memberi sokongan kepada pengurus Reds, namun sudah ada sebahagian daripada mereka yang mulai bosan dan mengejek pasukan itu selepas tewas kepada Olympique, kelmarin.
Malah, keadaan juga bertambah berkerut apabila Benitez bertindak mengeluarkan penjaring gol, Yossi Benayoun dan digantikan dengan Andriy Voronn.
Dengan situasi Steven Gerrard yang terpaksa digantikan selepas beraksi selama 25 minit, malah Fernando Torres, Albert Riera dan Glen Johnson yang masih bergelut untuk pulih, Benitez sememangnya dalam situasi benar-benar tertekan,
''Saya tidak dapat bayang keadaan seperti sekarang. Saya langsung tidak tahu pemain manakah yang akan disenaraikan dalam perlawanan menentang Manchester United melainkan kita tunggu keputusan doktor,'' tegasnya.
United pula lain ceritanya, semangat begitu membara selepas menang 1-0 ke atas CSKA Moscow 2-1 dalam Liga Juara-Juara, kelmarin.
Namun, kebimbangan paling nyata buat United ialah kecederaan Wayne Rooney walaupun pasukan itu berupaya mencatat kemenangan tanpa pemain bintang tersebut.
Dalam pada itu, pasukan tangga ketiga, Spurs dijangka mengekalkan prestasi hebatnya untuk kekal dalam empat pasukan teratas apabila melayan Stoke City manakala Arsenal akan berkunjung ke West Ham dan Manchester City menanti kunjungan Fulham.

Valencia semakin menambat hati Ferguson


 Antonio Valencia


Alex Ferguson yakin Antonio Valencia dalam peringkat untuk membuktikan dia akan menjadi pemain utama Manchester United musim ini.
Pemain sayap dari Ecuador itu dibeli dengan harga 17 juta pound dari Wigan bagi menggantikan Cristiano Ronaldo sebelum ini bertungkus lumus untuk membuktikan usaha membelinya berbaloi.
Namun, selepas menjaringkan gol kemenangan United ke atas Bolton sebelum ini, Valencia seolah-olah telah menemui rentak, malah dialah juga menjaringkan gol kemenangan menentang CSKA Moscow dalam kempen Liga Juara-Juara, kelmarin sehingga menambat hati Ferguson.
''Dia adalah penyuntik kemenangan kepada kita sejak akhir-akhir ini. Dia semakin serasi dan keyakinannya semakin tinggi dan dia ada segala-galanya bagi seorang pemain hebat.
''Cuma dia belum lagi membuktikan keupayaan menjaringkan gol sebelum ini. Namun, dia telah membuktikannya dengan dua gol dalam dua perlawanan. Ini membantunya (keyakinan),'' ujar Ferguson.
Kemenangan kelmarin melebarkan rekod bersih United dalam Liga Juara-Juara di tempat lawan kepada 14 perlawanan, menyamai rekod Ajax.
Dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan Kumpulan B, United semakin hampir mengesahkan tempat dalam saingan kalah mati.
Malah, lebih menggembirakan Ferguson, United masih mampu mencatat kemenangan walaupun tanpa menurunkan Wayne Rooney dan Ryan Giggs.
''Dalam separuh masa pertama, saya rasa kami bermain dengan penuh berhati-hati. Ini penting apabila beraksi di tempat lawan. Cuma, kami mula bermain dengan agak agresif pada babak kedua.
''Kami berjaya mencipta beberapa peluang dan sekalipun kali terpaksa menunggu sehingga minit ke-86, ia berbaloi. Kami perlu mempunyai sifat kesabaran yang tinggi untuk mencari kemenangan,'' ujar Ferguson.
Dalam pada itu, Ferguson memandang berat keadaan pemain remaja Brazil, Fabio yang terpaksa diusung keluar padang ketika permainan hampir tamat.
''Budak ini hebat dalam usia baru 18 tahun. Dia sememangnya hebat,'' kata pengurus tersebut.
Sementara itu, jurulatih CSKA, Juande Ramos percaya pasukannya masih mempunyai peluang untuk mara ke saingan kalah mati walaupun setakat ini mengumpul tiga mata sahaja.
''Kami bermain dengan baik dalam tempoh 80 minit tetapi pemain mula letih selepas itu dan hilang tumpuan menyebabkan kami hilang tiga mata,'' kata bekas jurulatih Sevilla, Tottenham dan Real Madrid itu.

Benitez takut hilang jawatan


KARIER Benitez bersama Liverpool ibarat 'telur di hujung tanduk' selepas kekalahan 1-2 pasukannya kepada Lyon pada aksi Liga Juara-Juara, Rabu lalu.


Rafael Benitez mengakui buat kali pertama dalam kariernya yang beliau kini mula berasa bimbang mengenai masa depan- nya bersama Liverpool.
Benitez mendapat sokongan penuh daripada pemilik bersama, George Gillett kelmarin selepas kelab tersebut dilaporkan bakal mengalami kerugian sebanyak £13 juta (RM73 juta) seandainya memecat jurulatih dari Sepanyol itu.
Namun, Benitez sedar kedudukannya masih dalam bahaya selepas Liverpool tewas 1-2 kepada Lyon dalam aksi Liga Juara-Juara, Rabu lalu.
"Kami tahu keputusan perlawanan banyak mempengaruhi suasana bola sepak. Kami hanya perlu mengelakkan diri kami dari bercakap mengenai penjualan kelab ini dan memberi tumpuan kepada bola sepak dari sehari ke sehari," kata Benitez.
"Penjualan dan pertukaran hak milik kelab selalunya perkara penting bagi mana-mana kelab. Bagaimanapun, hubungan saya dengan George Gillett masih baik.
"Saya gembira bersama Liverpool, keluarga saya telah menyesuaikan diri dengan kehidu- pan di sini dan tidak terlintas di fikiran kami bahawa semua ini akan berakhir tidak lama lagi."
Selepas dikritik hebat oleh penyokongnya sendiri Rabu lalu, Liverpool bakal berdepan tugas sukar apabila melayan kunjungan Manchester United di Anfield, Ahad ini.
Sementara itu, individu yang pernah dikaitkan dengan Liverpool, Jurgen Klinsmann mengakui masih berminat untuk membimbing kelab England.
"Kamu tidak boleh menolak seba- rang kemungkinan. Sekali kamu merasai pengalaman dan emosi dalam bola sepak, kamu pastinya mahu terus merasainya," jelas Klinsmann.
"Saya tidak pernah terfikir yang saya akan membimbing Jerman pada Piala Dunia lalu dan juga menjadi jurulatih Bayern Munich tahun lepas."

Perlawanan ‘Play-Off’ Kelayakan Piala Dunia 2010 Peringkat Eropah.



Perancis, Portugal, Russia dan Greece dikelompokkan sebagai pasukan pilihan ketika undian perlawanan ‘play-off’ kelayakan Piala Dunia 2010 peringkat Eropah diadakan semalam.

Keempat-empat pasukan, yang menamatkan saingan kelayakan di tangga kedua kumpulan masing-masing memperolehi keistimewaan itu selepas berada dalam kedudukan empat teratas dalam ranking dunia terbaru yang dikeluarkan FIFA dari lapan pasukan Eropah yang akan bersaing dalam perlawanan ‘play-off’.

Empat lagi pasukan yang turut akan berentap dalam perlawanan ‘play-off’ untuk melayakkan diri ke Afrika Selatan tahun hadapan ialah Ukraine, Republik Ireland, Bosnia-Herzegovina dan Slovenia.

Perancis berada di kedudukan ke-9 dalam ranking dunia, diikuti Portugal (10), Rusia (12) dan Greece (16). Ukraine pula berada di tangga ke-22, Ireland (34), Bosnia-Herzegovina (42) dan Slovenia (49).

Berikut adalah undian perlawanan ‘play-off’ bagi saingan kelayakan Piala Dunia zon Eropah.

Thursday, October 22, 2009

Merah padam warnai Reds di Anfield

 
Kapten Liverpool, Steven Gerrard (kiri) ditenangkan oleh Rafael Benitez selepas dia dikeluarkan ketika perlawanan masih berlangsung di Anfield, kelmarin. Liverpool tewas 1-2 kepada Lyon.
Pertemuan menentang Manchester United, Ahad ini boleh ditakrif sebagai detik penentu kepada karier pengurus Rafael Benitez, apatah lagi keadaan bertambah sukar apabila pasukannya dijangka turun tanpa tiga tonggak utama Steven Gerrard, Fernando Torres dan Glen Johnson. Selepas mengalami kekalahan mengejut 1-2 kepada Lyon di Anfield dalam Liga Juara-Juara Eropah, kelmarin Liverpool tiada lagi pilihan melainkan perlu bangkit untuk kembali ke landasan yang betul.
Kekalahan kepada Lyon meletakkan skuad Reds dalam situasi mesti menang baki tiga perlawanan jika mahu meneruskan cabaran ke peringkat kalah mati.
Walaupun berjaya mendahului menerusi Yossi Benayoun pada babak pertama, namun jaringan Maxime Gonalons dan gol masa kecederaan oleh Cesar Delgado memberikan kekalahan kedua buat Liverpool.
Kini, pada ketika saingan di Eropah tampak semakin getir buat Liverpool, anak-anak buah Benitez itu berdepan laluan berliku dalam liga domestik selepas mengalami empat kekalahan pada awal musim.
Ketiadaan ketua pasukan, Gerrard, Torres dan Johnson dalam pertemuan dengan pendahulu dan penyandang juara, United menambah kesukaran.
“Ia (bangkit) adalah sesuatu yang mesti kami lakukan,’’ ujar Benitez ketika ditanya bagaimana dia mahu menaikkan pasukannya yang sedang merudum itu.
Tegas jurulatih dari Sepanyol itu lagi, apa yang penting ketika ini adalah terus menyiapkan pemain, meningkatkan keyakinan mereka dan sentiasa memandang ke depan.
“Apa yang boleh saya katakan hari ini, dengan berjaya menyempurnakan beberapa peluang, anda mungkin boleh menjadikan keadaan berbeza.
“Kami kena bersiap untuk perlawanan akan datang, itu sudah menjadi kerja kami dan kami kena melakukannya. Sebaik saya menamatkan sidang media ini, kami akan memulakan persiapan.
“Kakitangan dan pemain-pemain saya akan membantu saya bersama semua orang yang mahu melihat Liverpool menang,’’ ujar Benitez.
Tekanan kini semakin hebat buat Benitez yang sejak sekian lama mempunyai pandangan yang bercanggah dengan peminat Liverpool.
Ketika menentang Lyon, keputusannya menggantikan Benayoun dengan Andriy Voronin disambut dengan jeritan tidak puas hati dari tempat duduk penonton.
“Peminat tahu Yossi adalah pemain yang bagus tetapi saya rasa dia agak keletihan, jadi saya mahu menggunakan kaki yang segar untuk menambah kualiti.
“Anda kena faham, Yossi adalah pemain yang bagus dan peminat gembira melihatnya berada di padang, ia adalah detik yang sukar buat saya.
“Sebelum perlawanan, kami kehilangan Glen Johnson, kemudian Steve Gerrard dan Martin Kelly juga cedera. Begitupun, kami mencipta beberapa peluang dan amat malang gagal mencatat kemenangan,’’ ujar Benitez.
Menurut Benitez, dia tidak pasti apakah status kecederaan Gerrard, Torres dan Johnson setakat ini kerana trio berkenaan memerlukan ujian yang lebih terperinci.
Katanya, ketiga-tiga pemain itu juga belum pasti diturunkan dalam pertemuan getir menentang United hujung minggu ini. Gerrard dan Torres juga tidak diturunkan ketika Liverpool kalah 1-0 kepada Sunderland, minggu lalu.
“Saya tidak mahu mengambil risiko. Dia (Gerrard) mahu bermain, menurut doktor dia OK, malah dia juga nampak OK ketika latihan.
“Kadang kala semua ini adalah nasib. Mungkin dia main dan semuanya OK tetapi ada kemungkinan ia menjadi lebih teruk, itu kita tidak tahu,’’ kata Benitez.

Kata-kata Ferguson kepada Benitez:
Sumber:Manutd.com

Fergie: Now you’re four it
Sir Alex Ferguson has warned Rafa Benitez he will have his big guns back to face Liverpool. Wayne Rooney, Patrice Evra, Ryan Giggs and Darren Fletcher missed Manchester United's trip to Moscow. But if under-pressure Kop boss Benitez is hoping they will be absentees for this weekend's Anfield clash, he has another thing coming. United chief Fergie said: "We are hoping we get the main players fit because it's a big game. Evra will be fit for Sunday. He's just had a little problem with his heel. I'm hoping Rooney, Giggs and Fletcher will be fit."

AC Milan Ketepikan Saingan Bintang Real Madrid.



Alexandre Pato menutup kesilapan rakan senegaranya, Dida dengan bergaya apabila membantu AC Milan menundukkan Real Madrid 3-2 di Bernabeu untuk membolehkan mereka kembali ke landasan kemenangan.

Buat seketika, kesilapan Dida pada minit ke-19 kelihatan akan menjadi faktor kekalahan, dengan Raul memanipulasi kesilapan itu untuk meletakkan Real di depan.

Bagaimanapun, Pato mencuri perhatian apabila meledakkan gol kemenangan pada minit ke-88 untuk membantu Milan bangkit kembali dari kekalahan kepada FC Zurich dalam perlawanan Kumpulan C sebelumnya.

Itu adalah gol kedua peribadi Pato dalam perlawanan itu, kerana sebelum itu dia terlebih dahulu memberikan Milan gol pendahuluan pada minit ke-66. Empat minit sebelum itu, Andrea Pirlo menyamakan kedudukan buat Milan bagi menyeimbangkan semula kedudukan.

Royston Drenthe turut mencatat nama sebagai penjaring, menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-76 tetapi jaringan itu belum cukup untuk menyelamatkan Madrid dari ditimpa kekalahan dalam pertembungan antara dua kelab yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak kelab Eropah.

Keputusan itu bermakna, Milan yang memenangi tujuh kali gelaran juara Eropah menyertai Madrid, yang sembilan kali muncul sebagai juara Eropah memungut enam mata dalam saingan Kumpulan C.

Gol Tunggal Valencia Beri Manchester United Kemenangan Bermakna.



Gol tunggal Antonio Valencia pada lewat permainan sudah cukup memberikan Manchester United kemenangan tipis 1-0 ke atas CSKA Moscow di Luzhniki semalam, sekaligus mengekalkan rekod kemenangan 100% mereka dalam saingan Kumpulan B Liga Juara Eropah.
Valencia, yang baru meraikan jaringan pertamanya bersama United minggu lalu, menggandakan jumlah jaringannya itu dengan merembak masuk ketika permainan berbaki lima minit untuk ditamatkan.

Sir Alex Ferguson yang lebih memikirkan pertemuan dengan Liverpool hujung minggu ini, membuat lima pertukaran dari skuad yang menang ke atas Bolton dalam perlawanan terakhir mereka.
Nemanja Vidic kembali memperkuatkan benteng pertahanan United manakala John O’Shea dan Paul Scholes ditugaskan menjana bahagian tengah. Nani dan Fabio pula beregerak di sebelah kiri dan mempamerkan keserasian jitu ketika mereka mengatur serangan.
Kemenangan itu meletakkan United dalam kedudukan selesa untuk melangkah ke pusingan kalah mati dan kini sudah boleh memberi tumpuan kepada perlawanan penting menentang Liverpool dalam saingan EPL hujung minggu ini.

'Pemain Arsenal lurus bendul'


PEMAIN Arsenal, Andrei Arshavin (kanan) berebut bola dengan
pemain Alkmaar, Moussa Dembele pada aksi di Alkmaar kelmarin.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger melabel anak buahnya sebagai 'lurus bendul' selepas mereka dibolosi pada lewat permainan ketika seri 1-1 dengan AZ Alkmaar pada kempen Liga Juara-Juara kelmarin. The Gunners hampir mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Kumpulan H itu hasil jaringan babak pertama Cesc Fabregas.
Begitupun, David Mendes da Silva meledakkan gol penyamaan pada minit ke-93 buat juara Belanda itu yang akan berkunjung ke Emirates untuk pusingan kedua 4 November depan.
"Amat penting untuk menghasilkan mata maksimum berdasarkan persembahan seperti ini," kata Wenger.
"Tetapi kami tidak berjaya melakukannya. Kami agak naif ketika gol penyamaan itu selepas tandukan daripada sepakan percuma. Agak kecewa juga kami offsaid pada minit terakhir permainan dan mereka pula menjaringkannya menerusi set piece.
"Begitupun, kami masih dalam keadaan baik. Kami memiliki dua perlawanan di tempat sendiri dan satu di tempat lawan. Jadi, kami hanya perlu menang satu perlawanan saja untuk layak.
"Dalam Liga Juara-Juara, kamu akan lihat banyak gol dijaringkan pada lima minit terakhir kerana segala-galanya boleh berlaku. Tiada pengecualian.
"Saya rasa satu-satunya cara bagi mereka untuk mendapat gol ialah menerusi sepakan percuma atau pun set piece lain dan itulah yang terjadi."
"Namun, kami sebenarnya patut dihadiahkan sepakan penalti pada babak kedua selepas Carlos Vela dikasari."

Rubin calar rekod Barca


PEMAIN Rubin, Karadeniz meraikan gol jaringannya ketika menentang Barcelona kelmarin. Rubin menang 2-1.

Juara bertahan, Barcelona mengalami kekalahan pertama sejak 10 bulan dalam kempen Eropah apabila tewas mengejut 1-2 kepada Rubin Kazan di tempat sendiri dalam aksi Kumpulan F Liga Juara-Juara kelmarin. Rubin yang juga juara Rusia mengecapi kejayaan paling hebat dalam sejarah negara itu dengan menewaskan juara Eropah itu hasil jaringan kemenangan perancang Turki, Gokdeniz Kara deniz pada minit ke-73.
Ia adalah kekalahan pertama Barca dalam Liga Juara-Juara sejak kali terakhir tewas 2-3 kepada Shakhtar Donetsk 9 Disember lalu.
Barca, Rubin dan Dynamo Kiev kini terikat empat mata sementara Inter Milan pula mengumpul tiga mata selepas seri 2-2 dengan Kiev kelmarin.
"Semua pasukan mampu menewaskan satu sama lain dalam bola sepak," kata Guardiola.
"Saingan kumpulan ini sangat kuat kerana menampilkan empat juara liga negara masing-masing dan kami perlu berjuang bermati-matian sehingga mara ke peringkat seterusnya."
Aleksandr Ryazantsev memberi kelebihan buat Rubin pada minit awal permainan menerusi percubaanya dari jarak jauh.
Penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic bagaimanapun menyamakan kedudukan buat Barca tiga minit selepas rehat sebelum Gokdeniz Kara deniz meledakkan gol kemenangan juara Rusia itu.
"Jika kami mahu mara ke pusingan seterusnya, kami perlu menang di Rusia (ke atas Rubin Kazan)," kata Ibrahimovic.
"Kami mempunyai beberapa peluang terbaik, namun tidak begitu bernasib baik."

Monday, October 19, 2009

Button juara dunia Formula Satu



Pelumba Britain, Jenson Button muncul juara dunia kereta Formula Satu (F1) 2009 biar pun sekadar menduduki tempat kelima pada Grand Prix Brazil, semalam.
Walaupun mempunyai satu lagi pu singan di GP Abu Dhabi selepas ini, namun Button tidak mampu disekat lagi untuk menjadi pelumba ke-10 negaranya pernah mengecapi gelaran ini.
Paling manis kejayaan itu diciptanya dengan memintas satu demi satu pencabar lain selepas terpaksa bermula di petak ke-14.
“We are the champions (Kami adalah juara),” Button kedengaran menyanyi melalui tempat duduk pemandu ketika melintasi garisan penamat.
Pelumba berusia 29 tahun itu turut memberitahu BBC selepas perlumbaan: “Ia satu yang menakjubkan terutama beberapa minggu lalu. Ia satu perlumbaan paling menarik – Saya juara dunia!
“Ketika saya memasuki jentera 21 tahun lalu, saya tidak pernah terfikir untuk jadi juara dunia – tapi kita berjaya lakukan hari ini,” katanya lagi.

KEDUDUKAN PEMANDU:
Pos
Driver
Nationality
Team
Points
1
Jenson Button
British
Brawn-Mercedes
89
2
Sebastian Vettel
German
RBR-Renault
74
3
Rubens Barrichello
Brazilian
Brawn-Mercedes
72
4
Mark Webber
Australian
RBR-Renault
61.5
5
Lewis Hamilton
British
McLaren-Mercedes
49
6
Kimi Räikkönen
Finnish
Ferrari
48
7
Nico Rosberg
German
Williams-Toyota
34.5
8
Jarno Trulli
Italian
Toyota
30.5
9
Fernando Alonso
Spanish
Renault
26
10
Timo Glock
German
Toyota
24
11
Felipe Massa
Brazilian
Ferrari
22
12
Heikki Kovalainen
Finnish
McLaren-Mercedes
22
13
Robert Kubica
Polish
BMW Sauber
17
14
Nick Heidfeld
German
BMW Sauber
15
15
Giancarlo Fisichella
Italian
Ferrari
8
16
Adrian Sutil
German
Force India-Mercedes
5
17
Sebastien Buemi
Swiss
STR-Ferrari
5
18
Sebastien Bourdais
French
STR-Ferrari
2
19
Kazuki Nakajima
Japanese
Williams-Toyota
0
20
Kamui Kobayashi
Japanese
Toyota
0
21
Nelsinho Piquet
Brazilian
Renault
0
22
Vitantonio Liuzzi
Italian
Force India-Mercedes
0
23
Romain Grosjean
French
Renault
0
24
Jaime Alguersuari
Spanish
STR-Ferrari
0
25
Luca Badoer
Italian
Ferrari

Messi calon popular Ballon d’Or


Trofi Ballon d’Or

Bintang Barcelona kelahiran Argentina, Lionel Messi mendahului senarai 30 pemain anugerah Ballon d’Or atau Pemain Terbaik Eropah Tahunan, demikian laporan dikeluarkan majalah bola sepak Perancis, semalam.

Messi jadi pilihan selepas menjaring satu gol ketika final Liga Juara Eropah yang menyaksikan Barcelona menang 2-0 ke atas Manchester United musim lalu dan membantu pasukan negaranya layak ke Piala Dunia 2010.

Pemenang tahun lalu, Cristiano Ronaldo dari Portugal dan kuartet Inggeris, Steven Gerrard, Franck Lampard, Wayne Rooney dan John Terry tersenarai tapi tiada pemain Itali dicalonkan.

Pemain veteran United, Ryan Giggs turut tersenarai seperti mana pemain Barcelona Thierry Henry selepas tiada dalam senarai tahun lalu, ini adalah yang pertama kali sejak 2000.


SENARAI CALON BALLON D' OR:
Andrey Arshavin (Arsenal), Karim Benzema (Real Madrid), Iker Casillas (Real Madrid), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Diego (Juventus), Didier Drogba (Chelsea), Edin Dzeko (Wolfsburg), Samuel Eto'o (Internazionale), Cesc Fàbregas (Arsenal), Fernando Torres (Liverpool), Diego Forlán (Atletico Madrid), Steven Gerrard (Liverpool), Ryan Giggs (Manchester United), Yoann Gourcuff (Bordeaux), Thierry Henry (Barcelona), Zlatan Ibrahimovic (Barcelona), Andrés Iniesta (Barcelona), Júlio César (Internazionale), Kaká (Real Madrid), Frank Lampard (Chelsea), Maicon (Internazionale), Lionel Messi (Barcelona), Luís Fabiano (Seville), Franck Ribéry (Bayern Munich), Wayne Rooney (Manchester United), John Terry (Chelsea), Nemanja Vidic (Manchester United), David Villa (Valencia), Xavi (Barcelona), Yaya Touré (Barcelona)Lionel Messi (Barcelona).

Bekas bintang Liga Inggeris temui peminat bulan depan






 Liga Perdana Inggeris (EPL) akan kembali ke Malaysia, November ini bagi menjayakan kejohanan bola sepak EPL Masters Malaysia 2009.

Nama-nama besar seperti Ian Rush, Dwight Yorke, Andrei Kanchelskis, David May, Viv Anderson, dan Ray Parlour akan bermain atas nama kelab lama masing-masing bagi merebut kejuaraan yang masuk edisi kedua di Malaysia.

“Kami teruja dengan penganjuran acara hebat ini di Stadium Putra. Ia adalah pentas terbaik bagi seluruh isi keluarga menikmati aksi bekas bintang, selain acara sampingan,” kata Pengarah Komersial Kumpulan Footbal Focus, Robert Teasdale.

Bekas pemain Manchester United, May dan Anderson yang hadir sama pada majlis pengumuman itu, menyatakan kegembiraan mereka kembali ke Malaysia untuk kejohanan ini.

“Semua pemain seronok dengan kejohanan yang berlangsung tahun lalu, kebanyakan daripada mereka pertama kali datang ke Malaysia. Saya tidak hairan jika mereka tidak sabar untuk kembali tahun ini,” kata Anderson.

Bagi May pula, keghairahan peminat di Malaysia mendorong pemain-pemain beraksi di sini, sekali gus menghidupkan semula suasana zaman kegemilangan mereka.

Kejohanan bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 22 November depan. Tahun lalu, Liverpool muncul juara selepas menewaskan United dalam perlawanan akhir kejohanan yang julung kali diadakan di Asia.



Bola merah hampakan Reds


Gol kontroversi Darren Bent berjaya melonjakkan dia sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana England bersama penyerang Liverpool, Fernando Torres.

Disebabkan tindakannya, seorang peminat muda Liverpool bakal menikmati ‘kemasyhuran’ segera kerana menyebabkan The Reds mengalami kekalahan 0-1 kepada Sunderland di Stadium of Light, kelmarin. Penyokong tersebut didapati membaling sebiji bola pantai berwarna merah ke dalam kotak penalti Liverpool ketika Sunderland melakukan serangan dan tindakannya itu dapat dilihat dalam laman web sosial, YouTube.
Dia mungkin tidak boleh memikirkan apakah kesan-kesan daripada tindakannya itu. Namun ia memberi kesan besar buat Liverpool.
Percubaan pemain Sunderland, Darren Bent mengenai bola pantai tersebut dan ia sekali gus mengelirukan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina.
Bola tendangan Bent tersebut memesong setelah terkena bola pantai dan menerjah ke jaring melepasi Reina yang terkeliru.
Jaringan tunggal Bent itu memberi tiga mata penuh buat Sunderland, manakala The Reds terpaksa menerima kekalahan yang seolah-olah tidak disengajakan.
Insiden tersebut menjadi provokasi mengejutkan daripada kedua-dua pengurus pasukan.
Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menyatakan kejadian seumpama itu adalah perkara luar biasa yang terjadi, sekali gus menyebabkan pasukan bimbingannya itu kalah kali ketiga untuk persaingan musim ini.
Ditanya adakah gol tersebut harus dibatalkan, Benitez berkata: “Ia merupakan satu aspek teknikal. Ia mungkin satu jaringan, tetapi ia juga satu perkara yang sukar untuk dikatakan. Namun dalam kes ini, saya berpendapat ia seharusnya dikira sebagai jaringan,” kata Benitez.
Sementara itu, pengurus Sunderland, Steve Bruce bercakap kepada pengadil selepas tamat perlawanan mengenai ‘gangguan dari luar’. Namun tidak dapat dipastikan apakah perbualan antara Bruce dan pengadil tersebut.
Bruce berkata: “Saya telah diberitahu mengenai undang-undang perlawanan yang telah dicatatkan sebelum ini bahawa jaringan tersebut seharusnya dibatalkan dan permainan disambung semula dengan lambungan bola oleh pengadil.
“Namun begitu, adakah sesiapa tahu tentang peraturan tersebut?”
Dalam pada itu, Bent yang merupakan penjaring gol kontroversi tersebut tidak mahu mempedulikan siapakah yang betul.
Bagi Bent, dia hanya mahu bergembira apabila jaringan tersebut dikira.
Menerusi jaringan tersebut, Bent telah menghasilkan gol pada setiap perlawanan Sunderland sejak lima pertemuan lalu.
Lebih menarik, jaringan kontroversi itu telah melonjak kedudukannya sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana England bersama penyerang Liverpool, Fernando Torres. Kedua-dua pemain tersebut menghasilkan lapan gol sehingga ini.
Bent yang masih menuntut tempat dalam pasukan England dan kembali beraksi dengan skuad kebangsaan itu berkata: “Ia merupakan satu jaringan yang aneh. Namun begitu, saya akan sentiasa menerimanya,” kata Bent.

Ferguson mula bimbang


BINTANG Manchester United, Dimitar Berbatov (tengah) memerhatikan rembatan unik yang dihasilkannya namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Bolton Wanderers, Jussi Jaaskelainen (kanan) pada pertembungan Liga Perdana England di Old Trafford, Manchester, kelmarin. United menang 2-1.

Manchester United kini mula dilanda kebimbangan apabila Patrice Evra serta Ryan Giggs dipercayai mengalami kecederaan dan bakal terlepas peluang beraksi menjelang perlawanan Liga Juara-Juara dengan CSKA Moscow, Rabu ini. Sehubungan itu pengurus United, Sir Alex Ferguson berharap agar pemain pertahanannya dari Serbia, Nemanja Vidic akan kembali cergas bagi menggalas tugas pada pertengahan minggu ini.
Vidic terlepas beraksi pada pertemuan menentang Bolton kelmarin kerana masih bergelut dengan kecederaan buku lali.
Pertemuan kelmarin menyaksikan United mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bolton di Old Trafford, sekali gus merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana England daripada Chelsea.
Biarpun berharap Vidic kembali beraksi, namun bos United itu menyatakan dia sememangnya mengambil berat terhadap dua pemain yang menjadi sandarannya, Evra dan Giggs.
Kedua-dua pemain tersebut mengalami kecederaan ketika beraksi menentang Bolton.
Prestasi United ketika menentang Bolton bukanlah satu persembahan yang meyakinkan.
Biarpun begitu, Red Devils masih berjaya merampas kedudukan pendahulu liga dan kelab itu sangat berterima kasih kepada Aston Villa kerana berjaya menundukkan Chelsea.
Meskipun Ferguson masih berharap agar benteng pertahanannya dapat memperbaiki kelemahan yang ada, tetapi pengendali dari Scotland itu tetap gembira apabila pasukan kendaliannya kembali berada di puncak liga biarpun pada masa yang sama menerima perkhabaran kecederaan.
Pertahanan United adalah kunci kepada kejayaan kelab itu merangkul kejuaraan liga musim lalu.
Namun Ferguson mengakui bahawa persaingan liga kali ini adalah lebih mencabar. Malah dia turut yakin bahawa pemain-pemainnya boleh melakukan sesuatu yang lebih baik.
"Giggs diragui untuk beraksi pada pertemuan di Moscow kerana bertembung. Kami akan melihat perkembangan Evra esok (hari ini) dan dia juga berada dalam keadaan meragukan.
"Vidic mungkin berada dalam keadaan baik dan secara pasti, dia akan cergas untuk pertemuan menentang Liverpool (Ahad ini).
"Selain itu, saya juga berpendapat bahawa Dimitar Berbatov juga dalam keadaan baik dan pada masa yang sama, kami mahu Wayne Rooney kembali beraksi.
"Rooney dijangka akan bersedia bermain menentang Liverpool," kata Ferguson ketika dia meneliti senarai pemain yang menjadi kepercayaannya.

Sunday, October 18, 2009

MU RAMPAS TAKHTA








Manchester United kembali menguasai Liga Perdana England selepas kemenangan 2-1 ke atas Bolton Wanderers di Old Trafford semalam.
Keputusan itu telah memusnahkan impian Chelsea untuk terus bermegah sebagai pendahulu selepas mereka tewas 1-2 kepada Aston Villa.
Di awal permainan, Chelsea dilihat begitu yakin untuk meraih tiga mata apabila mengejutkan lawan seawal minit ke-15 menerusi Didier Drogba tetapi hasrat mereka itu berkecai apabila Villa bangkit daripada ketinggalan untuk menghasilkan dua gol menerusi Richard Dunne (minit ke-32) dan James Collins pada minit ke-52.
Bagi United, kejayaan memintas Chelsea bertindak sebagai peringatan kepada pencabar mereka agar melupakan hasrat untuk menjuarai Liga Perdana England.
“Kami beraksi sebagai juara dan momentum cemerlang ini tiada siapa mampu menggugat,” kata Pengurus United, Alex Ferguson.
Pada aksi di Old Trafford itu, United mendahului seawal minit kelima menerusi gol sendiri pertahanan Bolton, Zat Knight sebelum Antonio Valencia menjadikan 2-0 pada minit ke-33. Begitupun penyerang Bolton, Matthew Taylor berjaya meloloskan diri pada minit ke-75 untuk menjadikan kedudukan 2-1 dan ia kekal sehingga tamat permainan.
Liverpool pula tewas 0-1 kepada Sunderland sementara Arsenal menang bergaya 3-1 ke atas Birmingham di Emirates.
Perlawanan lain menyaksikan Everton seri 1-1 dengan Wolverhampton, Portsmouth tewas 1-2 kepada Tottenham di tempat sendiri sementara Stoke City menang 2-1 ke atas West Ham.

Thursday, October 15, 2009

Argentina layak ke Piala Dunia


Para pemain dan pegawai Argentina meraikan kejayaan selepas mengalahkan Uruguay 1-0 pada kelayakan Piala Dunia di Montevideo hari ini. Kemenangan itu melayakkan Argentina ke Afrika Selatan tahun depan.

Argentina layak ke Piala Dunia 2010 apabila berjaya menundukkan Uruguay 1-0 pada perlawanan kelayakan terakhir zon Amerika Selatan hari ini.
Gol kemenangan anak buah Maradona itu dijaringkan oleh Mario Bolatti pada minit ke-85.
Selain Argentina, pasukan lain dari zon itu yang sudah melayakkan diri ke Afrika Selatan ialah Brazil, Chile dan Paraguay manakala Uruguay pula terpaksa bersaing di peringkat "play-off".

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2010


Jerman 1 Finland 1                                                                                  



Azerbaijan 1 Rusia 1   


Ukraine 6 Andorra 0

Croatia 2 Kazakhstan 1

Portugal 4 Malta 0


Brazil 0 Venezuela 0


England 3 Belarus 0


Estonia 2 Belgium 0


Italy 3 Cyprus 2


Turkey 2 Armenia 0


Poland 0 Slovakia 1


Bulgaria 6 Georgia 2


Lithuana 2 Serbia 1


Sweden 4 Albania 1


France 3 Austria 1

Ukraine tempah tiket play-off Piala Dunia 2010


Ukraine masih lagi mempunyai peluang untuk ke Piala Dunia 2010 apabila berjaya mengisi slot play-off zon Eropah selepas membelasah Andorra 6-0 dalam perlawanan terakhir kelayakan peringkat kumpulan awal pagi tadi. Pasukan yang berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2006 itu mara untuk ke saingan play-off November depan selepas muncul naib juara Kumpulan Enam di belakang England yang mara secara automatik.

Ujian buat Ferguson


FERGUSON berdepan hukuman berat daripada FA England ekoran kritikannya terhadap pengadil, Alan Wiley.


Tahap kesabaran pengurus Manchester United, Alex Ferguson sekali lagi bakal uji.
Kali ini, dia akan berdepan dengan pengadil yang sering memberikannya kedukaan apabila United menyambung aksi Liga Perdana England minggu ini.
Mark Clattenburg yang sering menimbulkan kemarahan Ferguson akan ditugaskan sebagai pengadil ketika United menentang Bolton Wanderers di Old Trafford Sabtu ini.
Seorang bekas pengadil berkata, pemilihan Clattenburg itu sebagai percubaan untuk mengenakan Ferguson di atas tindakannya menyelar tahap kecergasan pengadil, Alan Wiley sebelum ini.
“Clattenburg akan mengadili perlawanan di Old Trafford? Satu tindakan bijak.
“Saya pasti mereka (Persatuan Bola Sepak England) melakukannya dengan tujuan untuk mengenakan Ferguson berikutan layanan buruknya terhadap Wiley,” kata bekas pengadil antarabangsa itu.
Ferguson yang ketika ini berdepan hukuman atas tindakannya menyerang peribadi Wiley pernah dikenakan penggantungan dua perlawanan dan denda £5,000 (RM27,006) selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepada Clattenburg pada November 2007.
Ferguson juga pernah mengutuk Clattenburg selepas pengadil itu melayangkan tujuh kad kuning kepada pemain United ketika bertemu Tottenham Hotspur pada Februari tahun lalu.
Ekoran tindakan Ferguson itu, United turut didenda £25,000 (RM135,092).
“Kamu sentiasa untuk cuba berada di posisi yang terbaik bagi membuat keputusan. Lupakan tentang isu kecergasan Wiley kerana jika kamu lihat semula keputusan yang dibuat olehnya, ia sentiasa tidak ada cacat cela,” kata Clattenburg.

Selangor intai final


PENYERANG Zaquan Adha Abd. Radzak (kiri) menjadi pertaruhan Negeri Sembilan pada kempen Piala Malaysia.



LAPAN pasukan yang berjaya ke suku akhir Piala Malaysia 2009 sudah diketahui selepas berakhirnya saingan peringkat kumpulan malam kelmarin.
Lima pasukan layak selaku juara kumpulan ialah KL Plus, Negeri Sembilan, Johor FC, Selangor dan Kelantan.
Tiga lagi pasukan muncul pasukan naib juara kumpulan iaitu Perlis, Terengganu dan Kuala Muda Naza (KM Naza).
Kedah selaku juara bertahan dan Perak biarpun turut menjadi naib juara kumpulan masing-masing, gagal ke suku akhir apabila jumlah mata mereka lebih rendah berbanding Perlis, Terengganu dan KM Naza.
Lantas ketiadaan Kedah itu akan membuka ruang kepada naib juara musim lalu, Selangor untuk merampas kejuaraan Piala Malaysia musim ini.
Selangor tewas 2-3 kepada Kedah pada final Piala Malaysia tahun lalu.



Andai berjaya melakukannya, Selangor bakal mencipta sejarah tersendiri untuk menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33 dan akan bergelar juara quadruple (empat piala semusim) selepas menjulang trofi Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih musim ini.
Jurulatih Selangor, K. Devan berkata, dia yakin pasukan bimbingannya itu mampu untuk melangkah ke final pada 7 November depan biarpun mereka bakal berdepan Terengganu di suku akhir pada 20 dan 24 Oktober depan.
"Memang kita pernah tewas 1-2 kepada Terengganu di tempat lawan pada perlawanan Liga Super, tetapi saingan liga dan Piala Malaysia jauh berbeza.
"Apa yang penting, kita perlu mencari kemenangan selesa pada perlawanan pertama di Shah Alam bagi mengelak tekanan beraksi di tempat lawan pada perlawanan kedua," katanya kepada saya semalam.
Related Posts with Thumbnails