Thursday, October 8, 2009

Singkirkan Ferguson


FERGUSON mendakwa Alan Wiley tidak cergas ketika

mengadili aksi antara United dan Sunderland Sabtu lalu.


Pengurus Manchester United, Alex Ferguson kini berdepan tekanan memuncak daripada pelbagai pihak yang mahu dia disingkirkan terus daripada arena bola sepak.
Sebelum ini, Persatuan Pengadil telah pun meminta Persatuan Bola Sepak (FA) England mengenakan hukuman berat terhadap Ferguson yang mendakwa Alan Wiley sebagai seorang pengadil yang tidak cergas.
Setiausaha Persatuan Pengadil Kebangsaan Prospect, Alan Leighton berkata, tindakan menggantung Ferguson daripada berada di bangku simpanan atau pun mengenakan denda berat tidak akan memberi apa-apa kesan kepada pengendali kelahiran Scotland itu.
Justeru Leighton mahu FA England menggantung terus Ferguson daripada terbabit dalam bola sepak.
"Saya tidak pasti berapa pendapatan Ferguson tetapi denda wang tunai atau penggantungan daripada bangku simpanan pasti akan dipandang remeh olehnya.
"Jadi saya rasa ada yang sedar ini adalah tuduhan serius yang perlu dinilai dengan betul.
"Perlu ada satu bentuk hukuman yang boleh menghentikan individu daripada terus melakukan tuduhan-tuduhan sebegini," kata Leighton.
Ferguson telah mendakwa Wiley sebagai tidak cergas ketika mengadili pertemuan antara United dan Sunderland pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford, Sabtu lalu yang berkesudahan kedua-dua pasukan seri 2-2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails