Saturday, October 3, 2009

Lampard selar pengkritik Chelsea


LAMPARD anggap Chelsea masih berada pada prestasi terbaik setakat ini.  

Perancang Chelsea, Frank Lampard menepis segala kritikan yang dilemparkan terhadap skuad The Blues.
Sebaliknya, Lampard menegaskan bahawa Chelsea masih berada pada prestasi terbaik.
Minggu lalu, Chelsea tewas buat kali pertama musim ini kepada Wigan sebelum turut mempamerkan aksi longlai ketika menang tipis 1-0 ke atas Apoel Nico- sia pada aksi Liga Juara-Juara, Rabu lalu.
"Kami baru tewas sekali. Saya tak faham apa yang mereka (pengkritik) maksudkan barisan pemain Chelsea tidak serasi. Kami memang tidak beraksi baik ketika tewas kepada Wigan.
"Ketika bertemu Nicosia, ia bukan satu perlawanan yang mudah tetapi kami masih menang 1-0.
"Jadi apabila kamu beraksi tidak baik, kamu kena menang perlawanan seterusnya. Itu yang telah berjaya kami lakukan," jelas Lampard.
Untuk rekod, Chelsea menang sembilan daripada 10 perlawanan musim ini tetapi pengurus mereka, Carlo Ancelotti bakal berdepan caba- ran cukup getir malam esok apabila menanti kunjungan Liverpool di Stamford Bridge.
Musim lalu, skuad bimbi- ngan Rafael Benitez itu telah menamatkan rekod 86 perlawanan tanpa kalah Chelsea di tempat sendiri dengan kemenangan 1-0.
Bagaimanapun, dengan kekalahan 0-2 yang dialami Liverpool ke atas Fiorentina pada aksi Liga Perdana England Selasa lalu, Lampard yakin peluang kedua-dua pasukan pasti seimbang malam esok.
"Ini merupakan perlawanan yang cukup besar. Liver- pool baru tewas dalam saingan Liga Juara-Juara dan kami juga tidak beraksi baik di Cyprus lalu," kata Lampard.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails