Friday, October 2, 2009

Ryan Giggs jadi kebanggaan Ferguson


GIGGS (tengah) menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan
sepasukannya selepas menjaringkan satu gol di Old Trafford kelmarin.



Alex Ferguson sekali lagi memuji prestasi luar biasa yang dipamerkan bintang veterannya, Ryan Giggs pada kempen Liga Juara-Juara.
Pengurus Manchester United itu turut meramalkan, penjaring gol kemenangan mereka, Michael Carrick akan terus beraksi cemerlang buat The Red Devils.
Giggs menjaringkan gol ke-150 buat United dan kemudian membuka peluang buat jaringan hebat Carrick ketika The Red Devils bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas juara Liga Jerman, Wolfsburg.
"Memang sukar dipercayai apabila melihat aksi Ryan. Dia telah menerima banyak pujian daripada pelbagai pihak dan dia memang layak menerimanya kerana dia seorang pemain yang hebat," ujar Ferguson.
"Amat menakjubkan bagaimana dia mampu meneruskan aksi luar biasanya seperti mana ketika zaman mudanya.
"Ia seperti dia baru saja memulakan kariernya di kelab ini. Kamu boleh beri pujian sebanyak mana yang kamu mahu ke atasnya kerana ia tidak akan menjejaskannya langsung.
"Dia seperti pemain yang masih muda dan sedang menikmati zaman kehebatannya dalam bola sepak.
"Bagi Carrick pula, menjaringkan gol seperti itu sesuatu yang bagus buat dirinya. Dia jelas sekali gembira. Tetapi saya rasa bulan Oktober ini kita akan terus melihat dia beraksi cemer- lang bersama kami."
Ferguson juga gembira dengan persembahan pasukannya terutama semangat juang yang ditunjukkan untuk bangkit dari- pada ketinggalan 0-1 kepada kelab Jerman itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails