Wednesday, October 7, 2009

Owen mahu tambat hati Capello




MICHAEL OWEN




Michael Owen berikrar mahu menarik semula perhatian Fabio Capello dengan menjaringkan seberapa banyak gol untuk Manchester United. Penyerang United itu kembali turun berlatih semalam selepas terlepas aksi bertemu Sunderland, Sabtu lalu akibat kecederaan di bahagian pangkal paha.
Owen, 29, tidak disenaraikan dalam skuad England kendalian Capello bagi menghadapi dua perlawanan kelayakan Piala Dunia bertemu Ukraine, Sabtu ini dan Belarus minggu depan.
Namun, dia tetap yakin dapat kembali berada dalam skuad England pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
"Saya masih mempunyai enam atau tujuh bulan untuk mempamerkan aksi terbaik bersama United. Harap Capello akan menyaksikannya," kata Owen.
Sementara itu, pertahanan United, Gary Neville dapat merasakan karier- nya bersama England semakin hampir tertutup.
Tempatnya sebagai pertahanan kanan kini menjadi rebutan rakan sepasukannya, Wes Brown dan juga pemain Liverpool, Glen Johson.
"Masanya mungkin sudah tiba buat Glen Johnson atau Wes Brown. Prestasi mereka sangat baik dan saya rasa mereka adalah pilihan dalam skuad utama," kata Neville.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails