Sunday, November 29, 2009

Keputusan Perlawanan Liga Perdana Inggeris

Blackburn Rovers 0-0 Stoke City


Fulham 1-1 Bolton Wanderers

Manchester City 1-1 Hull City


Portsmouth 1-4 Manchester United


Wigan Athletics 1-0 Sunderland


West Ham United 5-3 Burnley

Friday, November 27, 2009

Ronaldo beri amaran




RONALDO
diturunkan
selama 20 minit ketika Real
menentang
FC Zurich pada aksi Liga
Juara-Juara
di Santiago
Bernebeu awal pagi semalam.




Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo melontarkan amaran awal kepada Barcelona menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Sepanyol Ahad ini. Awal pagi semalam, Ronaldo membantu Real mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas FC Zurich dalam aksi Liga Juara-Juara.
Pemain termahal dunia itu beraksi buat kali pertama selama 20 minit selepas berehat sejak 30 September lalu ekoran kecederaan buku lali.
"Sangat bagus untuk kembali beraksi semula selepas mengalami kecederaan selama 55 hari," kata Ronaldo.
"Kecederaan yang dialami amat mengecewakan tetapi inilah bola sepak. Namun, motivasi saya masih lagi tinggi dan saya mahu mengembalikan semula prestasi terbaik saya seperti sebelum ini.
"Kami kini mendahului liga dan sekiranya kami menang, kami akan mengatasi mereka (Barcelona) dengan empat mata. Ia akan menjadi pertemuan yang menarik."
Pada aksi di Santiago Bernabeu semalam, jaringan pada minit ke-21 daripada pemain Argentina, Gonzalo Higuain berjaya menjamin kemenangan Real yang kini mendahului AC Milan dengan keebihan dua mata dalam saingan Kumpulan C.
Real kini hanya memerlukan satu mata sahaja lagi pada aksi terakhir dengan Marseille bulan depan untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.
"Kemenangan ini mencerahkan lagi peluang kami untuk layak ke pusingan seterusnya dan ia turut memberi keyakinan kepada kami bagi pertemuan dengan Barcelona hujung minggu ini," kata Higuain.

Pengurusan Liverpool Beri Jaminan Yang Jawatan Benitez Masih Selamat.


Jawatan pengurus Liverpool, Rafael Benitez masih dikira selamat ekoran sokongan terbuka yang dinyatakan oleh Pengarah Urusan kelab itu, Christian Purslow agar beliau dikekalkan walaupun kelab itu dilanda bencana terkeluar dari saingan Liga Juara Eropah buat pertama kali sejak musim 2002/03.

Liverpool menewaskan Debrecen 1-0 hasil jaringan tunggal David Ngog tetapi keputusan perlawanan di Stadium Ferenc Puskas, Budapest langsung tidak relevan buat Liverpool berikutan Fiorentina turut menang 1-0 ke atas Olympique Lyon yang langsung menutup laluan Liverpool ke pusingan seterusnya.

Bagaimanapun, Purslow merasakan yang Benitez tidak akan berhadapan dengan kemungkinan dipecat, di sebalik kegagalan pasukannya yang hanya mencatat dua kemenangan dari sebelas perlawanan terakhir.

Benitez mengakui yang kegagalan Liverpool itu adalah akibat kesilapan sendiri sehingga juara 2005 itu terkeluar dari kejohanan elit Eropah.

Kenyataannya itu merujuk kepada gol saat akhir dalam dua perlawanan ketika menentang Lyon, satu darinya menyebabkan Liverpool tewas di Anfield manakala satu lagi menyebabkan mereka seri di Perancis, punca utama yang mendorong penyingkiran mereka.

Benitez kini mengalihkan fokusnya kepada pelawanan menentang seteru setempat, Everton hari Ahad ini dan gembira dengan kehadiran semula Steven Gerrard dan Fabio Aurelio

Thursday, November 26, 2009

Keputusan Perlawanan Liga Juara-juara Eropah

Manchester United 0-1 Besiktas


Porto 0-1 Chelsea


CSKA Moskva 2-1 Wolfsburg


Bordeaux 2-0 Juventus


Bayern 1-0 Maccabi Haifa


Real Madrid 1-0 Zurich


Milan 1-1 Marseile


APOEL 1-1 Atletico Madrid

The Reds terima kegagalan


BENITEZ kini menukar fokusnya dalam kempen Liga Perdana England.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menerima kegagalan skuad The Reds pada saingan Liga Juara-Juara dengan hati terbuka. Jelas Benitez, kegagalan itu berpunca daripada kesilapan mereka sendiri sehingga menyebabkan juara edisi 2005 itu tersingkir daripada saingan kalah mati.
Awal pagi semalam, Liverpool menewaskan Debrecen 1-0 hasil jaringan tunggal David Ngog, namun kemenangan itu dianggap sudah tidak bermakna lagi apabila Fiorentina menundukkan Lyon 1-0.
Kemenangan Fiorentina itu menyaksikan mereka mengikut jejak Lyon yang terlebih dahulu mengesahkan slot ke saingan kalah mati.
"Prestasi kami begitu baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Mungkin atas sebab itulah semua pihak menganggap kami akan mudah melayakkan diri dalam semua pertandingan.
"Kami sememangnya kecewa, kami tahu kami perlu menang ke atas Debrecen dan kami telah melakukannya tetapi kita tidak boleh ubah apa yang berlaku di Fiorentina. Sekurang-kurangnya kami dah buat kerja kami," kata Benitez.
Benitez kini menukar fokusnya untuk aksi bertemu Everton dalam kempen Liga Perdana England Ahad ini dan dia ternyata gembira dengan sumbangan Steven Gerrard dan Fabio Aurelio pada perlawanan awal pagi semalam.
"Kami perlu positif dan fikirkan untuk pertandingan yang lain. Perlawanan seterusnya bertemu Everton dan kemudian kami akan beraksi dalam Piala UEFA (Liga Europa).
"Kami juga sudah mendapat khidmat Gerrard yang pulih sepenuhnya. Aurelio juga telah kembali," jelas Benitez.

Barcelona rampas kedudukan teratas


PEMAIN-pemain Barcelona meraikan gol kedua pasukan itu ketika menentang Inter Milan di Stadium Nou Camp, kelmarin.

Barcelona merampas penguasaan kumpulan bola sepak Liga Juara-Juara, semalam selepas dua gol babak pertama oleh Gerard Pique dan Pedro Rodriguez menjamin kemenangan 2-0 ke atas Inter Milan. Pique membuat voli daripada sepakan sudut menjangkau penjaga gol Julio Cesar selepas 10 minit dan Pedro merembat pula pada minit ke-26 untuk juara Eropah itu menang mudah biarpun penyerang utama Lionel Messi dan Zlatan Ibrahimovic diletakkan di bangku simpanan.
Juara bertahan yang terancam disingkirkan daripada saingan jika kalah kepada Inter dan satu kemenangan buat Rubin Kazan ke atas Dynamo Kiev bakal mengakibatkan kelab Catalan itu terlepas dua tempat teratas Kumpulan F.
Namun, kelab Rusia itu seri 0-0 dengan Dynamo dan Barcelona kini mengetuai kumpulan dengan lapan mata dan baki satu perlawanan.
Inter dan Rubin masing-masing memiliki enam mata dan Dynamo Kiev mempunyai lima, bererti setiap pasukan masih mampu mara.
Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola berkata, mengetahui keputusan dari Rusia terlebih dulu memudahkan tugasnya.
"Satu kemenangan seperti ini membantu kami... untuk muncul yang teratas. Kami bermain satu perlawanan yang baik, yang hebat buat kami,'' katanya.
Samuel Eto'o memberikan sedikit kesan di padang sekembalinya kali pertama sejak dihantar ke Inter sebagai sebahagian pertukaran musim panas buat Ibrahimovic.
Penyerang Cameroon itu menerima sambutan yang besar daripada penonton Camp Nou tetapi hanya membuat sedikit sentuhan dan cuma mengancam ketika menyepak liar satu peluang pada minit ke-69.
Barcelona sementara itu, mara biarpun meninggalkan Ibrahimovic dan Messi yang cedera di bangku simpanan menjelang pertembungan tetangga Liga Sepanyol menentang Real Madrid hujung minggu ini.
"Hanya Barca yang bermain dan mereka bermain baik. Inter hanya tidak mempunyai penyamaan untuk menyaingi," kata jurulatih Inter, Jose Mourinho menerusi seorang penterjemah.

Monday, November 23, 2009

Pembahagian Kumpulan Pilihan Untuk Kelayakan EURO 2012 Diumum.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8WhPg0b1tl32oH-3HBov2Kmtr94wZuukBG3_7-6jsM_b-qZftnTFz4BIkrOYXrBVMEm-CQbvz-lbqAIEyDfomyFUi7gjqpJIb51twMCeVG5a5DIEh_wiaySE7OITlpvmXgjkauiLhJHfR/s400/euro2012.jpg

Pembahagian negara pilihan dan bukan pilihan bagi saingan kelayakan EURO 2012 diumum oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), dengan Croatia menerima kejutan diletakkan dalam kumpulan pasukan pilihan pertama.

Juara EURO 2008, Sepanyol dan finalisnya, Jerman turut berada dalam Pot 1 yang turut dibarisi beberapa nama terkenal, namun pemilihan Croatia agak mengejutkan di sebalik kegagalannya layak ke Piala Dunia mahupun ke saingan play-off selepas menamatkan saingan kumpulan sekadar di tangga ketiga di belakang England dan Ukraine.

Pasukan yang tewas di saingan play-off, Rusia turut termasuk dalam kumpulan elit itu manakala pasukan yang layak ke Afrika Selatan seperti Greece, Switzerland, Serbia, Denmark dan Slovakia hanya berada dalam kumpulan pilihan kedua.

Republik Ireland dan Bosnia-Herzegovina tidak bernasib baik apabila diletakkan dalam kumpulan pilihan ketiga manakala Republik Czech, Romania, Sweden dan Turki diletakkan dalam kumpulan kedua walaupun gagal ke saingan play-off.

Sebagai tuan rumah bersama bagi kejohanan EURO 2012 ini, Ukraine dan Poland tidak perlu bersaing dalam pusingan kelayakan.

Kriteria yang digunakan oleh UEFA untuk membuat pengasingan ini adalah prestasi semasa pusingan akhir Piala Dunia 2006, saingan kelayakan dan pusingan akhir EURO 2008 dan saingan kelayakan Piala Dunia 2010.


Berikut adalah pembahagian kumpulan pilihan bagi saingan kelayakan EURO 2012.


Pot One: Spain, Germany, Holland, Italy, England, Croatia, Portugal, France, Russia.

Pot Two: Greece, Czech Republic, Sweden, Switzerland, Serbia, Turkey, Denmark, Slovakia, Romania.

Pot Three: Israel, Bulgaria, Finland, Norway, Republic of Ireland, Scotland, Northern Ireland, Austria, Bosnia-Herzegovina.

Pot Four: Slovenia, Latvia, Hungary, Lithuania, Belarus, Belgium, Wales, FYR Macedonia, Cyprus.

Pot Five: Montenegro, Albania, Estonia, Georgia, Moldova, Iceland, Armenia, Kazakhstan, Liechtenstein.

Pot Six: Azerbaijan, Luxembourg, Malta, Faroe Islands, Andorra, San Marino.

Cantona kecam Domenech, Henry

http://fourthandfifty.files.wordpress.com/2009/05/cantona_350x475_376671a.jpg

Bekas pemain kebangsaan Perancis, Eric Cantona melancarkan serangan menyengat ke atas jurulatih kebangsaan negaranya, Raymond Domenech kelmarin selepas kejayaan Perancis melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 dengan penuh kontroversi.

“Saya fikir Domenech ialah jurulatih terburuk pernah membimbing Perancis sejak Louis XVI,” kata Cantona yang menggambarkan jurulatih itu seperti Raja Perancis yang dikenakan hukuman bunuh dalam revolusi 1762.

“Jika perkara ini diserahkan kepada saya, saya akan menjadikan jurulatih Bordeaux, Laurent Blanc mengetuai pasukan Perancis,” kata bekas bintang Manchester United itu lagi.
“Beliau menyambung musim ini bersama Bordeaux, menjuarai liga bersamanya dan menjulang Piala Dunia! Bukan saya seorang berfikir sebegitu,” kata Cantona yang kini memegang jawatan jurulatih pasukan bola sepak pantai Perancis dan turut mengkritik sifat yang ditunjukkan Thierry Henry yang ‘menggunakan tangan’ untuk mencari laluan ke Piala Dunia 2010.

“Secara jujur, apa yang paling mengejutkan bukan kes terkena tangan itu. Yang mengejutkan adalah selepas perlawanan tamat, di depan kamera televisyen, pemain ini (Henry) berjalan dan duduk di sebelah pemain Ireland dan menenangkan pemain itu, sekalipun tiga minit sebelum itu, dia memalukan mereka.

“Jika saya berbangsa Ireland, dia tidak akan dapat bertahan walaupun hanya tiga saat.”

Spurs belasah Wigan 9-1


JERMAIN Defoe (tiga dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu Tottenham membelasah Wigan Athletic 9-1 di White Hart Lane, London semalam. Defoe menjaringkan lima gol dalam perlawanan itu.

Jermain Defoe meledakkan lima gol, termasuk hatrik dalam tempoh tujuh minit ketika membantu Tottenham membelasah Wigan 9-1 pada perlawanan bola sepak Liga Perdana England semalam. Spurs hanya mendahului 1-0 pada babak pertama, namun gol pembukaan Peter Crouch pada minit kesembilan bagaikan membakar semangat Spurs di White Hart Lane.
Sejurus separuh masa kedua bermula, Defoe mengetuai amukan Spurs dengan menyumbat tiga gol dalam tempoh tujuh minit - pada minit ke-51, 54 dan 58, sebelum menambah dua lagi gol pada minit ke-69 dan 87.
Aaron Lennon turut memahat nama sebagai penjaring pada minit ke-64, manakala penjaga gol Wigan, Chris Kirkland yang tertekan menyumbat gol ke gawang sendiri pada minit ke-88. Niko Kranjcar melengkapkan kemenangan besar Spurs pada minit ke-90.
Kemenangan tersebut membolehkan Spurs menyamai rekod Manchester United yang turut menjaringkan sembilan gol dalam satu perlawanan ketika membelasah Ipswich 9-0 pada Mac, 1995.
Malah, jaringan besar Defoe turut membolehkan penyerang antarabangsa England itu menyamai rekod Alan Shearer dan Andy Cole yang menyumbat lima gol dalam satu perlawanan.
Shearer melakukannya ketika membantu Newcastle United menundukkan Sheffield Wednesday pada September, 1999, manakala Cole pula melakukannya pada pertemuan United menentang Ipswich.
Walaupun Paul Scharner berjaya menjaringkan gol sagu hati Wigan pada minit ke-57, namun ia tidak cukup untuk menghalang pasukan itu pulang bersama keaiban.
Kemenangan ini turut membolehkan Spurs melonjak ke tangga keempat liga di belakang Chelsea , Manchester United dan Arsenal menerusi 25 mata.
Sementara itu dalam satu lagi perlawanan, Bolton mensia-siakan kelebihan beraksi di tempat sendiri apabila tumpas 0-2 kepada Blackburn.
David Dunn membuka jaringan pasukan pelawa pada minit ke-32, dan kesilapan tonggak pertahanan Bolton, Samuel Ricketts menghukum tuan rumah apabila dia menjaringkan gol sendiri pada minit ke-73.

Fergie percaya United mampu jadi juara

http://newsarse.com/wp-content/uploads/2009/04/alex-ferguson.jpg

Sir Alex Ferguson percaya Manchester United mampu menerajui persaingan gelaran bola sepak Liga Perdana England jika mereka mencecah Tahun Baru dengan terus merapati pendahulunya, Chelsea.
Gol daripada Darren Fletcher, Michael Carrick dan Antonio Valencia melengkapkan satu kemenangan 3-0 buat pasukan Ferguson ke atas Everton yang mengekalkan mereka lima mata daripada pasukan Carlo Ancelotti.
Pengurus United itu meluahkan rasa puas dengan prestasi pasukannya selepas mengecam pemainnya kerana gagal memanfaatkan kebanyakan peluang mereka di depan gol dalam perlawanan terbaru.
Dia bertegas bahawa jika mereka mampu mengurangkan jarak dengan Chelsea bagi lima minggu berikutnya, mereka mampu menguatkan cabaran gelaran ketika babak kedua kempen.
"Itulah makna permainan buat kami. Saya sentiasa katakan dan saya memegangnya, jika kami ke Tahun Baru dan kami dalam satu mata atau satu mata di depan atau setara, maka kami berpeluang besar dalam babak kedua musim," katanya.
Tambahnya: "Saya akan mengambilnya sebelum permainan. Saya fikir prestasi terkawal. Kami menunjukkan kesabaran yang baik dalam babak pertama yang anda perlu untuk mengatasi pasukan seperti Everton.
"Apabila anda mendapat 2-0, kami tidak mengasak ke depan untuk menewaskan mereka. Kami telah melakukannya dan saya gembira."
United menuju kejayaan dengan satu jaringan cemerlang daripada Fletcher yang membuat voli melepasi Tim Howard dari hujung kotak penalti Everton.
Kata Ferguson: "Kami mendapat gol pada masa yang tepat dan satu gol hebat oleh Darren Fletcher, satu gol yang anda tidak harapkannya untuk dijaringkan. Ia satu penyudahan yang bermutu dan dia meningkat sepanjang masa."
Jaringan Valencia ialah yang keempat baginya di kelab itu sejak perpindahan musim panas dari Wigan dan pengurus United itu percaya pemain antarabangsa Ecuador itu pantas meningkat dengan ancaman golnya.
"Dia seorang pemain yang meningkat. Anda lihat tahap prestasi setiap tahun bagi beberapa tahun telah meningkat dan meningkat dan dia seorang yang luar biasa. Ia satu gol yang kami tidak harapkannya, tetapi kami akan mengambilnya.
"Setiap orang bercakap tentang kekurangan gol dari tengah tetapi mujurlah kami mendapat dua pemain tengah yang menjaringkan gol hari ini," katanya.
David Moyes mengakui pasukannya, ada di antaranya yang didakwa kurang baik, tewas dengan wajar walaupun dia berasa Everton menderita akibat beberapa keputusan pengadilan.
"Pada separuh masa, saya bercakap dengan pegawai keempat, saya menyebut kepadanya banyak keputusan yang salah dikenakan," kata Moyes.
"Saya berasa jika saya katakan perkara yang salah, mungkin saya akan mendapat segelintir keputusan yang mendatangi saya. Saya beritahunya begitu.
"Manchester United menguasai permainan, saya tidak merungut. Kami mungkin bermain baik ketika 1-0, bahkan pada 2-0, kami berpeluang. Kami tidak melakukan secukupnya.
"Saya berasa kami tidak memanfaatkan peluang dalam babak pertama dengan formasi, namun dalam cara yang sama, kami tidak mampu mengekang mereka. Ia tidak berjalan seperti dirancang," katanya.

Pertahanan Arsenal longgar


KAPTEN Arsenal, Cesh Fabregas (kanan) bersaing dengan pemain Sunderland, Kieran Richardson pada aksi liga kelmarin. Arsenal tewas 0-1.


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger enggan menyalahkan ketiadaan Robin van Persie sebagai punca kekalahan 0-1 anak buahnya kepada Sunderland pada aksi Liga Perdana England kelmarin.
Sebaliknya, Wenger secara sinis menyindir barisan pertahanannya yang dianggap cukup longgar dan kurang bermaya.
Pada aksi di Stadium of Light itu, Sunderland bijak menggunakan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri untuk menewaskan Arsenal 1-0 hasil jaringan Darren Bent.
"Saya tidak mahu fokus pada seorang individu. Kekalahan itu berpunca daripada kesilapan besar barisan pertahanan kami. Beberapa pemain bukan berada dalam keadaan terbaik.
"Namun, kami juga perlu menyalahkan diri sendiri kerana tidak menjaringkan gol dan situasi ini cukup membimbangkan kerana telah membuktikan jentera serangan pasukan ini agak tumpul," kata Wenger.
Dengan kekalahan itu, Arsenal kini jatuh ke tangga ketiga liga dengan 25 mata, iaitu lapan mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.
Wenger menambah, Sunderland bukannya sebuah pasukan yang kuat, tetapi mereka berjaya menggunakan setiap peluang yang ada untuk menjaringkan gol.
"Kami langsung tidak terancam dengan serangan Sunderland dan cuma melihat peluang yang mereka lakukan. Secara keseluruhannya, kami lebih banyak mendapat bola dan mereka pula cuba memusnahkan. Mereka cuba untuk menyekatkan kami," katanya.

Real rampas takhta


Messi (kiri) mengelak daripada terkena tendangan pemain Athletic, Fernando Amoribieta di Bilbao kelmarin.


Persaingan dua kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona tidak pernah berhenti.
Kelmarin, Real berjaya memintas seteru utamanya itu untuk menghuni kedudukan teratas Liga Sepanyol selepas menang 1-0 ke atas Racing Santander.
Barcelona pula yang turut selaku juara bertahan musim ini tercicir ke tangga kedua selepas hanya berkongsi keputusan seri 1-1 dengan Athletic Bilbao.
Pada aksi di Santiago Bernebau kelmarin, bintang Argentina, Gonzalo Higuain muncul wira Real selepas dia menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-22.
Kemenangan itu meletakkan Real dengan 28 mata, iaitu satu mata di hadapan Barcelona.
Terdahulu, Daniel Alves meletakkan Barcelona di hadapan pada minit ke-53 sebelum Gaizka Toquero menyamakan kedudukan untuk Athletic Bilbao pada minit ke-63.
Begitupun, kebimbangan jurulatih Barcelona, Pep Guardiola kini bukanlah mengenai kedudukan pasukannya, tetapi masalah kecederaan yang dialami Lionel Messi.
Messi digantikan oleh Bojan Krkic pada minit ke-75 pada aksi di San Mames itu selepas dia mengalami kecederaan di bahagian otot paha kiri.
"Kami terpaksa mengeluarkan Messi kerana dia mengalami kesakitan. Kami akan melakukan ujian ke atasnya esok (hari ini), namun laporan awal mendapati tidak berada dalam keadaan baik," kata Guardiola.
Penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic juga terlepas perlawanan kelmarin ekoran kecederaan paha manakala Eric Abidal dan Yaya Toure kelihatan lemah selepas dijangkiti virus.

Zidane percaya Henry tidak menipu


Zinedine Zidane (kiri) percaya Thierry Henry tidak melakukan penipuan walaupun bola yang terkena tangan membantu negaranya mara ke Piala Dunia untuk mengatasi Ireland.
Pemenang Piala Dunia, Zinedine Zidane berkata, bekas rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Perancis, Thierry Henry tidak melakukan penipuan walaupun bola yang terkena tangan membantu negaranya mara ke Piala Dunia mengatasi Ireland. Zidane, yang memenangi Piala Dunia pada 1998 dan juara Eropah 2000 bersama Henry berkata, ketua pasukan itu melakukan kesilapan yang besar di dalam padang tetapi bukan menipu.
Henry menampan bola untuk memberi ruang kepada William Gallas menjaringkan gol penyamaan 1-1 seterus membantu Perancis mara ke kejohanan tersebut tahun depan.
"Bola yang mengenai tangan Thierry Henry adalah perkara biasa dalam perlawanan.
"Saya menyokong Henry. Saya tidak rasa dia menipu. Dia mengakui bola terkena tangannya. Saya kenal dia hampir 10 atau 12 tahun dan saya tahu dia tidak menipu.
"Saya hanya berkata dia membuat keputusan yang lemah seperti mana yang saya lakukan, semua orang melakukan kesilapan," kata Zidane kepada televisyen Canal Plus.
Ireland membuat rayuan kepada Persekutuan Bola Sepak Perancis supaya mengadakan perlawanan ulangan tetapi ditolak.
Semasa tekanan semakin memuncak di atas ucapan minta maaf Henry, Zidane mengakui Henry telah melakukan keputusan yang betul.
"Pada saya, dia sudah bersedia untuk beraksi dalam perlawanan ulangan, ia berbunyi seperti ucapan meminta maaf," katanya.
Zidane yang bersara selepas dilayangkan kad merah kerana insiden tandukan yang dilakukan pada perlawanan akhir Piala Dunia 2006 tewas kepada Itali, memahami kemarahan penyokong Ireland tetapi berkata insiden tersebut sangat biasa di atas padang.
Dia juga mencadangkan karier Henry tidak akan terjejas dengan insiden tersebut kerana ucapan maaf yang diberikan sama seperti Diego Maradona ketika membantu Argentina menang ke atas England pada Piala Dunia 1986.
"Dia telah melaluinya. Perkara yang sukar buat semu orang yang perlu dilalui. Ia tidak akan menghantuinya. Ia sebahagian dari perlawanan.

Keputusan Perlawanan Epl 22 November 2009

Bolton 0-2 Blackburn Rovers

Totteham 9-1 Wigan Athletic

Stoke City 1-0 Porstmouth

Manchester United juara Epl Masters 2009

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRs7mioWykD4iQb4lNB3HjqKCnjn8GY7F-ZMs82D4uIogt5xeUFQOZATLE_kfx40AENsvSmdUmVU5XBN2z9_V9Ovr0AYjlwvgEGSYrpRV6C8WiXq9EqomOVOCLu_9JLK4_03lRJu6f_ig/s320/masterfootball09.jpg
Walaupun tewas 4-3 kepada Liverpool pada perlawanan sebelumnya namun skuad master United bankit di perlawanan akhir dengan kemenangan menerusi sepakan penalti 5-4 selepas mereka terikat seri 3-3.

Sunday, November 22, 2009

Keinginan Ireland berkubur


Wartawan Ireland yang bertugas di akhbar Sunday world irish, geraldine comiskey menunjukkan poster bintang perancis, thierry henry yang meminta maaf kepada rakyat ireland di barcelona, kelmarin.

Harapan Ireland untuk perlawanan semula kelayakan Piala Dunia menentang Perancis berakhir apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) menolak permintaan untuk dilangsungkan semula. Menurut FIFA, rayuan Persatuan Bola Ireland (FAI) yang ditolak, juga tekanan daripada penggubal undang-undang dan tokoh bola sepak di kedua-dua negara tidak akan mengubah keputusan pengadil yang menegaskan jaringan tersebut adalah muktamad, walaupun bola terlebih dahulu terkena tangan ketua pasukan Perancis, Thierry Henry.
"Keputusan perlawanan tidak boleh diubah dan perlawanan semula tidak boleh dilangsungkan.
"Seperti mana yang jelas disebut dalam peraturan permainan, ketika perlawanan, keputusan dibuat oleh pengadil dan keputusan adalah muktamad,'' kata FIFA.
FAI di Dublin membalas petisyen kepada rakan sejawat di Perancis dengan meminta FIFA mengubah fikiran tetapi kelmarin FFF berkata, keputusan badan bola sepak dunia itu adalah muktamad.
"Keputusan perlawanan tidak boleh diubah dan tiada perlawanan semula. Kami memahami kekecewaan dan kepedihan pemain Ireland, pemimpin bola sepak dan penyokong mereka,'' kata FFF.
Kenyataan FIFA itu dilihat sebagai kata-kata terakhir terhadap perdebatan yang mencengkam dunia boleh sepak sejak dua hari lalu, selepas peminat dan pemimpin politik di kedua-dua negara meminta perlawanan semula diadakan.
Keputusan Ireland untuk merayu secara terus kepada FFF dibuat selepas Henry sendiri berkata, perlawanan semula mungkin merupakan keputusan paling adil.
Henry menggunakan tangan kiri untuk menahan bola daripada melepasinya sebelum menolaknya kepada William Gallas yang menanduk untuk jaringan penyamaan perlawanan.
Ketika bola terkena tangan Henry, kesalahan itu tidak dihukum oleh pengadil dari Sweden Martin Hansson yang kemudiannya dibantah oleh pemain Ireland ketika berbaki 17 minit menuju ke penentuan penalti.
Seri 1-1 di Stade de France membawa Perancis layak ke Piala Dunia tahun depan dengan agregat 2-1.
Henry meraikan jaringan gol tersebut tetapi sugul selepas perlawanan apabila mengaku memegang bola.
Ketua pasukan Perancis itu berkata, pengadil bertindak salah kerana tidak menghentikan perlawanan kerana kesalahan yang dilakukannya, namun dia menunggu sehingga arahan FIFA untuk kemungkinan perlawanan semula.
"Sudah tentu keputusan paling adil mungkin perlawanan semula tetapi ia bukan di bawah kawalan saya. Saya rasa malu kerana menang dengan cara sedemikian dan rasa simpati dengan rakyat Ireland, yang mungkin berhak ke Afrika Selatan.
"Hanya sedikit sahaja yang dapat saya lakukan selain daripada mengakui bahawa bola terkena tangan saya sehingga membawa kepada gol penyamaan dan saya simpati dengan Ireland,'' kata Henry dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada media Britain.

Jaringan Benayoun selamatkan Liverpool


PEMAIN tengah Liverpool, Javier Mascherano (kiri) diasak penyerang Manchester City, Stephen Ireland pada aksi di Anfield semalam. Liverpool dan City seri 2-2.

Yossi Benayoun muncul penyelamat Liverpool. Jaringan penyamaan Benayoun ketika permainan berbaki 13 minit membolehkan Liverpool mengikat Manchester City 2-2 pada aksi Liga Perdana England di Anfield malam tadi. Keputusan seri itu menyaksikan Liverpool kini hanya merekodkan satu kemenangan dalam 10 perlawanan terakhir yang diharungi mereka.
Untuk rekod, kemenangan tunggal Liverpool dalam 10 perlawanan itu adalah ketika mereka menewaskan Manchester United 2-0 di Anfield pada 25 Oktober lalu.
Sebelum ini, kemenangan terakhir yang dicatatkan oleh skuad kendalian Rafael Benitez itu ialah pada 26 September lalu ketika menewaskan Hull City 6-1.
Bagi City pula, ia merupakan keputusan seri keenam dicatat dalam saingan liga dan semakin memudarkan harapan mereka untuk terus mencabar Chelsea dan United di kedudukan teratas.
Pada aksi semalam, Liverpool terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-50 menerusi jaringan Martin Skrtel.
Namun, kemasukan Carlos Tevez pada minit ke-61 telah menghidupkan jentera serangan City dan mereka akhirnya berjaya menyamakan kedudukan minit ke-69 menerusi tandukan cantik Emmanuel Adebayor.
City membuatkan Liverpool tertekan seketika apabila mereka berjaya memperoleh gol kedua pada minit ke-76 menerusi penyudah kemas Ste- phen Ireland.
Namun, harapan City untuk pulang dengan tiga mata penuh tidak kesampaian apabila Benayoun berjaya menyamakan kedudukan seminit kemudian untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

KEPUTUSAN PERLAWANAN LAIN:

Sunderland 1-0 Arsenal

Manchester United 3-0 Everton

Burnley 1-1 Aston Villa

Hull City 3-3 West Ham United

Birmingham City 1-0 Fulham

Saturday, November 21, 2009

Fergie tak kisah kelebihan Chelsea

http://static.guim.co.uk/sys-images/Football/Pix/pictures/2009/1/9/1231523963019/Alex-Ferguson-001.jpg
 FERGUSON

Setiap kali ditanya, Sir Alex Ferguson tidak mahu langsung memperkatakan kelebihan yang dimiliki Chelsea ketika ini sebaliknya lebih senang menegaskan bahawa pasukannya cukup wibawa untuk mengejar.
Manchester United kini ketinggalan lima mata berbanding Chelsea selepas tumpas 0-1 kepada skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu dua minggu lalu.
Jaringan tunggal John Terry pada perlawanan di Stamford Bridge menghadiahkan kekalahan ketiga sekali gus menyingkirkan United ke tangga ketiga liga di belakang Chelsea dan Arsenal.
Namun rehat lebih seminggu kerana aksi kelayakan Piala Dunia dan perlawanan persahabatan antarabangsa membolehkan Ferguson punya banyak masa mempersiapkan pasukannya untuk bangkit daripada kekecewaan itu.
Menentang Everton di Old Trafford awal pagi esok merupakan peluang terbaik Ferguson memulakan usaha kembali memburu kejuaraan liga.
"Perbezaan mata tidak perlu diperbesarkan. Perjalanan Liga Perdana ini masih panjang. Jadi sesiapa sahaja boleh mengejar dari belakang, berada di depan atau alami kekalahan juga.
"Ia satu cabaran tetapi saya fikir jika kami melangkah ke tahun baru dengan ketinggalan satu mata, kami punya peluang berdasarkan pengalaman yang ada," tegasnya.
Tempoh rehat lebih seminggu bagaimanapun tidak cukup untuk memulihkan kecederaan yang dialami John O'Shea dan Jonny Evans yang dijangka tidak diturunkan menentang Everton.
Namun Park Ji-Sung dan Nemanja Vidic kembali berada dalam kesebelasan utama Ferguson manakala Rio Ferdinand, Fabio dan Gary Neville belum dapat diturunkan.

Liverpool mampu benam Man. City


GERRARD akan kembali mengetuai jentera tengah Liverpool malam ini.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez optimis skuad kendaliannya mampu bangkit bagi mengharungi baki saingan Liga Perdana England musim ini. Hari ini, skuad The Reds itu akan melayan kunjungan Manchester City di Anfield.
Pastinya, Benitez mengharapkan anak-anak buahnya mencipta kemenangan di gelanggang sendiri bagi mengelakkan satu lagi tragedi.
Setakat ini, Liverpool telah mengalami lima kekalahan selepas mengharungi 12 perlawanan liga, sekali gus menyaksikan mereka ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Chelsea.



"Kami menghadapi sedikit masalah dan membuat beberapa kesilapan tetapi semua itu tidak pernah melunturkan semangat kami.
"Mungkin kami boleh bermula daripada sekarang. Menang menentang City akan memberi semangat kepada setiap pemain.
"Saya yakin seratus peratus segala-galanya akan berbeza jika kami mampu menewaskan City," kata Benitez.
Salah satu faktor kemerosotan prestasi Liverpool ialah disebabkan ketiadaan kapten Steven Gerrard yang hanya beraksi 70 minit bersama The Reds sejak dia mengalami kecederaan pangkal paha pada 10 Oktober lalu.
Gerrard hanya dimasukkan sebagai pemain gantian ketika Liverpool seri 2-2 dengan Birmingham City pada 9 November lalu.
"Selepas perlawanan dengan Birmingham, saya terpaksa berehat dua atau tiga hari untuk kembali pulih tetapi sebelum itu, saya terpaksa berehat agak lama.
"Tetapi kini semuanya sudah pulih seperti sediakala dan saya sudah bersedia mengharungi perlawanan minggu ini," kata Gerrard.

Scholes harap Ferguson kekal lama



Tonggak Manchester United, Paul Scholes menggesa pengurusnya, Alex Ferguson (gambar) menangguhkan sebarang hasrat untuk bersara. Baru-baru ini, Ferguson telah menyambut ulang tahun ke-23 sebagai pengurus United dan beliau dijangka berundur pada penghujung musim ini atau musim depan.
Namun, Scholes yang sudah berada di bawah pengurusan Ferguson sejak 15 tahun lalu percaya bahawa pengurus itu masih mampu untuk menambah koleksi kejuaraan bersama United.
Setakat ini, Ferguson yang bakal genap 68 tahun pada 31 Disember depan telah meraih 11 trofi Liga Perdana England, dua trofi Liga Juara-Juara dan lima trofi Piala FA.
"Rekod peribadinya telah menceritakan segala-galanya. Tempoh 23 tahun cukup lama tetapi saya harap beliau (Ferguson) akan terus berada di sini dan meraih beberapa lagi kejua- raan.
"Pasukan lain pastinya tidak mendapat kejayaan seumpama ini apabila mempunyai seorang pengurus dalam tempoh jangka panjang.
"Ketika saya beraksi untuk England, jurulatih berubah dari semasa ke semasa dan kadangkala ia langsung tidak membantu.
"Jadi saya rasa bertuah dapat bermain di bawah seorang pengurus yang cukup hebat," kata Scholes.
Dalam pada itu, Ferguson tetap akan berada di bangku simpanan United ketika mereka melayan Everton pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford awal pagi esok.
Ini kerana, Persatuan Bola Sepak (FA) England mengesahkan hukuman penggantungan dua perlawanan terhadap Ferguson hanya akan bermula ketika United bertemu Portsmouth pada Sabtu depan.
Bagi pemain pertahanan Everton, Tony Hibbert, dia tetap memandang positif pertemuan menentang United apabila bakal berdepan bekas rakan sepasukannya, Wayne Rooney.
"Apabila kamu ke Old Trafford, kamu akan dilayan sebagai musuh. Semua penyokong mereka akan berdiri teguh di bela- kang pemain United.
"Tetapi kamu tidak harus mengambil serius tentang perkara itu, sebaliknya terus bermain seperti biasa," kata Hibbert.

Prestasi Malaysia menurun


AKSI antara Malaysia dan Uzbekistan pada saingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu lalu.





Malaysia turun dua anak tangga untuk menduduki tempat ke-152 dunia dalam ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam.
Ia merupakan kali pertama ranking skuad kebangsaan mengalami penurunan setelah mempamerkan peningka- tan sejak diambil alih K. Rajagobal pada 20 April lalu.
Setelah berada di tangga ke-163 pada Mei lalu, Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan dengan menduduki tangga ke-159 (Jun), ke-157 (Julai), ke-152 (Ogos dan September) dan ke-150 (Oktober).
Kedudukan terbaru itu adalah ekoran dua kekalahan berturut-turut skuad kebangsaan kepada Uzbekistan pada aksi kelayakan Piala Asia 2011 pada 14 dan 18 November lalu.
Lesotho yang dibelasah skuad kebangsaan 5-0 pada 11 September lalu kini merampas kedudukan ke-150 yang dimiliki Malaysia sebelum ini.
Sepanyol kembali merampas kedudukan No. 1 dalam ranking terbaru itu dengan mengetepikan Brazil yang sebelum ini berada di tangga teratas sejak Julai lalu.
Sepanyol yang berada di tangga kedua sebelum ini menewaskan Argentina dan Austria pada aksi persaha- batan minggu lalu yang memberikan mereka kemena- ngan kelapan berturut-turut.
Brazil, biarpun menang 1-0 ke atas England dan 2-0 ke atas Oman gagal mempertahankan kedudukan tangga teratas disebabkan sistem kiraan mata FIFA berdasarkan reputasi pasukan lawan yang ditentang mereka itu.

Tiada perlawanan semula

Persekutuan Bola Sepak Antara- bangsa (FIFA) mengesahkan bahawa aksi playoff kedua Piala Dunia 2010 antara Perancis dan Republik Ireland tidak akan diadakan semula. Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Ireland (FAI) telah mengemukakan rayuan kepada FIFA agar diadakan semula perlawanan play- off tersebut.
Rayuan itu dibuat kerana FAI tidak berpuas hati dengan jaringan yang dilakukan pemain pertahanan Perancis, Williams Gallas pada masa tambahan di Stade de France, Khamis lalu.

PENJAGA gol Ireland, Shay Given meluru ke arah Hansson selepas tidak berpuas hati dengan jaringan Gallas.


Sebelum jaringan Gallas itu, kapten Peran- cis, Thierry Henry terlebih dahulu dengan se- ngaja menampan bola dalam kotak penalti tetapi pengadil Martin Hansson tetap mene- ruskan permainan.
"Bagi menjawab rayuan yang telah dikemukakan FAI, FIFA membuat keputusan bahawa perlawanan playoff antara Perancis dan Republik Ireland tidak akan diadakan semula.
"Sepeti yang sudah termaktub dalam Undang-Undang Perlawanan, ketika perlawanan berlangsung, setiap keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad," jelas kenya- taan FIFA semalam.

THIERRY HENRY jelas menampan boa dengan tangan sebelum melorongkannya kepada William Gallas untuk gol kemenangan Perancis.


Jurulatih Republik Ireland, Giovanni Trapattoni ketika bercakap pada sidang media selepas tamat perlawanan tersebut berkata, amat mustahil untuk diadakan semula aksi antara kedua-dua pasukan.
"Saya tahu amat mustahil untuk diadakan semula perlawanan ini. Apabila pengadil sudah membuat keputusan, semuanya sudah jelas," katanya.
Selepas tewas 0-1 pada aksi playoff pertama, Republik Ireland berjaya menyamakan agre- gat 1-1 selepas Robbie Keane meledak gol pada aksi playoff kedua di Stade de France, Khamis lalu seterusnya mengheret perlawanan sehing- ga masa tambahan.
Jaringan kemenangan Gallas pada masa tambahan membolehkan Perancis melayakkan diri ke Afrika Selatan dengan kemenangan secara agregat 2-1.

Thursday, November 19, 2009

Perancis, Portugal mara ke Piala Dunia 2010



Perancis dan Portugal berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2010 selepas menang dalam perlawanan playoff awal pagi tadi.
Jaringan pada masa tambahan oleh William Gallas berjaya membantu Perancis menang dengan agregat 2-1, manakala Portugal pula layak selepas menang 1-0 di tempat lawan (agregat 2-0)
Turut mengiringi kedua-dua pasukan tersebut ialah Greece yang menumpaskan Ukraine 1-0 di gelanggang lawan (agregat 1-0), sementara Slovenia juga mara menerusi peraturan gol di tempat lawan (agregat 2-2).
Algeria pula merupakan pasukan terakhir mara dari zon Afrika dan Uruguay melengkapkan 32 negara yang akan beraksi di Afrika Selatan tahun depan.

Jepun benam Hong Kong

http://images.the-afc.com/images/common/articleimage/newscenter/AC2011LogoNewscenter.jpg

Jepun mencatat kemenangan selesa 4-0 ke atas Hong Kong, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kumpulan kelayakan Piala Asia 2011, semalam.
Jepun sebelum ini gagal merebut tempat ketiga perlawanan playoff untuk ke kejohanan tersebut di Korea Selatan, dua tahun lalu.
“Saya berasa gembira untuk mengakhiri tahun ini dengan mencatat kemenangan. Kami seharusnya menjaring lebih banyak gol berdasarkan peluang-peluang yang dimiliki,” kata jurulatih Jepun, Takeshi Okada kepada pemberita.

Singapura tumpaskan Thailand



http://www.thaikickoff.com/images/sub_1229323427/Thailand_national_football_team_logo.jpg                   vshttp://www.brandsoftheworld.com/brands/0014/7736/brand.gifhttp://www.brandsoftheworld.com/brands/0014/7736/brand.gifhttp://www.brandsoftheworld.com/brands/0014/7736/brand.gifhttp://www.brandsoftheworld.com/brands/0014/7736/brand.gif

Singapura melonjak ke tangga kedua kumpulan bagi persaingan kelayakan Piala Asia selepas mencatat kemenangan tipis, 1-0 ke atas Thailand, semalam.
Kegagalan mencatat kemenangan ke atas Singapura menyebabkan bekas ketua pasukan England, Bryan Robson mengalami kekalahan pertamanya sebagai jurulatih antarabangsa.
Gol kemenangan Singapura tersebut dijelmakan pada minit ke-38 menerusi tandukan Aleksandar Duric

Wednesday, November 18, 2009

Malaysia tewas lagi

Malaysia tewas 1-3 kepada Uzbekistan dalam saingan bola sepak Kelayakan Piala Asia 2011 kumpulan C yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, petang tadi.
Kumpulan C
DateHomevsAwayVenue
Nov 18 2009 (Rabu)
Malaysia1-3
Uzbekistan
Stadium Nasional, Bukit Jalil, KL (17:30)
Nov 14 2009 (Sabtu)
Uzbekistan
Djeparov Server (m-46'), Geynrikh Alexander (m-57',65')
3-1
Malaysia
Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak (m-68')
JAR Stadium, Tashkent

Raikkonen tidak berlumba dalam F1 musim depan

Kimi Raikkonen tidak menyertai perlumbaan Formula 1 musim depan selepas gagal kembali dan mendapat tempat dalam pasukan McLaren, menurut laporan media Finland, hari ini.

“Pilihan dalam F1 adalah dengan pasukan McLaren atau tidak bersama dengan pasukan lain,” kata akhbar harian Turun Sanomat yang memetik pengurusnya, Steve Robertson, lewat semalam.

“Kimi dan McLaren gagal mencapai persetujuan, jadi, beliau tidak akan memandu di peringkat F1, sekurang-kurangnya untuk tahun depan,” katanya lagi.

http://www.f1fanatic.co.uk/wp-content/uploads/2006/06/kimiraikkonen_mclaren-mercedes_silverstone_2005_1024.jpg
 Kimi Raikonen semasa berada di pasukan Mclaren

Pelumba dari Finland itu yang memenangi kejuaraan dunia bersama Ferrari pada 2007, meninggalkan pasukan itu bagi memberi laluan kepada Fernando Alonso.

Beliau turut menarik minat beberapa pasukan lain tetapi hanya bercadang untuk kembali ke pasukan lamanya, McLaren.

Raikkonen sebelum ini berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk beralih ke perlumbaan rali pada 2010 jika perbincangan dalam sukan F1 tidak mendapat kata sepakat.
Syarikat penyiaran Finland, YLE TV hari ini, berkata Raikkonen sudah mengadakan perbincangan dengan Citroen untuk memandu bagi pasukan itu dalam kejuaraan rali musim depan.

Bagaimanapun, ia tidak memberikan maklumat lanjut dan sumber maklumat itu

Jadual Perlawanan Play-Off Eropah Saingan Kelayakan Piala Dunia.


Button setuju sertai McLaren



BUTTON jadi taruhan terbaru McLaren pada musim depan.



Juara dunia, Jenson Button dilaporkan sudah bersetuju untuk menyertai pasukan McLaren.
Akhbar Guardian melaporkan, pemandu Brawn GP dari Britain itu bersetuju untuk menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama McLaren bermula tahun depan dengan bayaran mencecah £6 juta (RM34 juta) setahun.
Sekiranya laporan tersebut menjadi kenyataan, Button akan menerima bayaran dua kali ganda berban- ding gaji yang diterimanya bersama pasukan Brawn GP tahun ini.
Kelmarin, Ketua Pegawai Ekseku- tif Brawn GP, Nick Fry mengesahkan bahawa mereka masih berminat untuk terus mendapatkan khidmat Button meskipun pasukan tersebut telah diambil alih oleh Mercedes- Benz.
Begitupun Fry mengakui, pihaknya tidak akan membayar gaji seperti yang diminta pemandu berusia 29 tahun itu.
"Kami telah berbincang dengan Button dan kami telah menawarkan gaji yang munasabah tetapi kami masih gagal mencapai persetujuan," kata Fry.
"Saya harap, Button akan terus bersama kami tahun depan kerana kami telah bekerjasama untuk tempoh yang lama dan berdepan dengan pelbagai suka dan duka bersama sebelum ini.
"Namun, kita bekerja mengikut peruntukan yang disediakan dan jika kami mengeluarkan belanja yang lebih di satu bahagian, kami tidak akan dapat menggunakannya untuk baha- gian yang lain."

Foster sedia berhijrah ke Spurs



Tottenham Hotspur menyatakan kesediaan untuk mengeluarkan dana berjumlah £6 juta (RM34 juta) bagi mendapatkan khidmat penjaga gol England, Ben Foster (gambar). Terdahulu, penjaga gol simpanan Manchester United itu mengakui, dia perlu meninggalkan Old Traf- ford selepas hanya menjadi pilihan ketiga pengurusnya, Alex Ferguson.
Secara kebetulan, pengurus Spurs, Harry Redknapp sedang mencari penjaga gol baru selepas Carlo Cudicini mengalami kecederaan serius akibat kemalangan motosikal minggu lalu.
Foster bimbang tidak akan berada dalam skuad England pada kempen Piala Dunia 2010 melainkan dia mendapat peluang beraksi secara kerap dalam saingan Liga Perdana England.
Kini dia pastinya tidak sabar mengambil kesempatan untuk beraksi di White Hart Lane dengan menya- rung jersi Spurs.
Redknapp perlu membawa masuk seorang penjaga gol baru bagi memberi saingan kepada penjaga gol sedia ada, Heurelho Gomes dari Brazil.

Monday, November 16, 2009

Kecederaan Paksa Van Persie Berehat Panjang.




Arsenal menerima kejutan sebaik mendapat berita yang penyerangnya, Robin van Persie bakal direhatkan selama beberapa bulan dari skuad utamanya selepas mengalami kecederaan serius pada ligamen kakinya ketika bermain dalam tugasan antarabangsa bersama Belanda.

Pemain Belanda itu hanya sempat beraksi selama 15 minit ketika negaranya mencatat keputusan seri 0-0 dengan juara dunia, Itali selepas dijatuhkan oleh pemain pertahanan Juventus, Giorgio Chiellini ketika sedang mengejar bola.

Selepas dijatuhkan, Van Persie kelihatan mengerang kesakitan dan terpaksa diusung keluar menggunakan pengusung oleh anggota perubatan.

Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk berkata, “Pemeriksaan pertama menunjukkan dia mengalami kecederaan buku lali yang serius. Kami sedang menunggu keputusan ujian x-ray dari pihak hospital. Ia sesuatu yang malang buat Robin dan tidak bagus buat Belanda atau kelabnya.”

Jika berita itu disahkan, kecederaan itu akan memaksa Van Persie berehat selama tiga bulan dan bakal merencatkan cabaran Arsenal dalam saingan EPL.

Van Persie yang telah menjaringkan sejumlah tujuh gol liga setakat ini juga sudah pasti terlepas aksi getir menentang pendahulu liga, Chelsea pada minggu hadapan.

Amaran awal Sepanyol


ALONSO menghampakan Argentina dengan dua gol jaringannya kelmarin.


Dua gol jaringan Xabi Alonso untuk membantu Sepanyol menewaskan Argentina 2-1 pada perlawanan persahaba- tan antarabangsa kelmarin bertindak sebagai amaran menjelang pusingan akhir Piala Dunia 2010.
Setakat ini, juara Eropah itu telah menang semua 10 perlawanan yang mereka harungi selain sudah mengesahkan tiket ke pusingan akhir di Afrika Selatan tahun depan.
Alonso menjaringkan gol pembukaan Sepanyol pada minit ke-16 perlawanan.
Pada separuh masa kedua, skuad bimbi- ngan Vicente del Bosque itu hilang tumpuan dan ia dipergunakan sepenuhnya oleh Argentina untuk melakukan beberapa sera- ngan berbahaya.
Hasilnya, Lionel Messi berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-61 selepas pengadil men- dapati Raul Albiol mengasari Maxi Rodri- guez.
Bagaimanapun, Alonso menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-86,
"Kami kurang menyerlah pada separuh masa pertama tetapi kembali bangkit pada separuh masa kedua.
Secara keseluruhan saya berpuas hati," kata jurulatih Argentina, Diego Maradona.
Penjaga gol Sepanyol yang juga ketua pasukan, Iker Casillas membuat penampi- lan antarabangsa ke-100 pada perlawanan tersebut.
"Bukan mudah untuk mencatat kemena- ngan ke atas Argentina," katanya.
Sepanyol dan Argentina telah bertemu sebanyak 12 kali dengan rekod seimbang apabila masing-masing mencatatkan kemenangan sebanyak lima kali serta seri dua kali.

Sunday, November 15, 2009

Malaysia gagal ke Piala Dunia

Skuad hoki kebangsaan gagal melayakkan diri ke kejohanan Piala Dunia 2010 apabila tewas 2-1 kepada New Zealand pada perlawanan akhir pusingan kelayakan di sini, hari ini. New Zealand yang tidak pernah kalah di sepanjang perlawanan pusingan kelayakan, bangkit daripada ketinggalan untuk mengalahkan Malaysia pada saat-saat akhir perlawanan.

Keputusan playoff kelayakan Piala Dunia zon Eropah

Berikut keputusan playoff kelayakan Piala Dunia 2010 zon Eropah yang berlangsung hari ini.
Di Moscow: Rusia tewaskan Slovenia 2-1

Di Athens: Greece seri tanpa jaringan dengan Ukraine

Di Dublin: Ireland tewas kepada Perancis 0-1

Di Lisbon: Portugal tewaskan Bosnia Herzegovina 1-0

Skuad negara gagal benam Uzbekistan


ZAQUAN meledak gol tunggal Malaysia ketika menentang Uzbekistan di Tashkent malam tadi. Malaysia tewas 1-3.


SKUAD bola sepak negara gagal membuat kejutan apabila tewas 1-3 kepada Uzbekistan pada aksi kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium JAR, Tashkent, Uzbekistan malam tadi.
Biarpun berjaya mengikat tuan rumah tanpa jaringan pada separuh masa pertama, skuad kendalian K. Rajagobal itu dibolosi tiga gol dalam tempoh 20 minit pertama sebaik babak kedua bermula.
Djeparov Server meledak gol pertama Uzbekistan pada minit ke-46 sebelum pemain gantian, Geynrikh Alexander menambah dua lagi gol pada minit ke-57 dan 65.
Ketinggalan 0-3, skuad negara tidak mudah berputus asa dan berjaya juga memperoleh gol pertama menerusi Zaquan Adha Radzak pada minit ke-68.
Namun, usaha anak-anak buah Rajagobal untuk menambah jaringan tidak berhasil, malah tugas itu semakin rumit setelah pemain pertahanan, Nasriq Baharom dibuang padang pada minit ke-85 selepas menerima kad kuning kedua.
Pada perlawanan malam tadi, Rajagobal mempertaruhkan Farizal Marlias, Nasriq, Norhafiz Zamani Misbah, Aidil Zafuan Radzak, Sabre Mat Abu, Ahmad Fakri Saarani, Safiq Rahim, Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Amri Yahyah dan Zaquan dalam kesebelasan utama.
Tiga pertukaran dilakukan Rajagobal dengan memasukkan Norshahrul Idlan Talaha, S. Kunanlan dan Syed Adney Syed Hussein bagi menggantikan Amar pada minit ke-60, Fakri (73) dan Farizal (80).
Setelah tewas dua perlawanan, skuad negara bakal meneruskan baki perlawanan Kumpulan C menentang Uzbekistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Rabu ini (5.30 petang) dan menentang UAE di Dubai pada 6 Januari depan.
Kumpulan C kini didahului Uzbekistan dengan enam mata diikuti UAE (3) dan Malaysia (0) selepas masing-masing beraksi dua perlawanan.

Saturday, November 14, 2009

Tugas sukar Malaysia


ZAQUAN akan mengetuai jentera serangan skuad negara.





SKUAD bola sepak kebangsaan bimbingan K. Rajagobal perlu mencipta kejutan ketika bertemu Uzbekistan di Stadium JAR, Tashkent hari ini jika mahu melangkah ke pusingan akhir Piala Asia 2011, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.
Setelah tewas 0-5 kepada Emiri- yah Arab Bersatu (UAE) pada aksi sulung kelayakan bagi Kumpulan C di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 21 Januari lalu, Malaysia berdepan tugas sukar untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata di Tashkent.
Biarpun Uzbekistan kini menghuni tangga ke-80 dunia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berbanding Malaysia yang berada di kedudukan ke-150 dunia, kebangkitan skuad kebangsaan sejak dibimbing Rajagobal pada April lalu terus ditagih.
Ini kerana, hampir semua pemain yang beraksi ketika Malaysia dibela- sah UAE kira-kira 10 bulan lalu ketika di bawah kendalian bekas juru- latih, B. Sathianathan sudah tiada lagi dalam skuad kali ini kecuali be- berapa pemain sahaja.
Rajagobal hanya membawa 18 pemain ke Tashkent, menggugurkan beberapa pemain yang cedera seperti Bunyamin Umar, Amirulhadi Zainal, Mazlizam Mohamad, Asraruddin Putra Omar dan Farderin Kadir.
Gawang Malaysia pasti akan dikawal Farizal Marlias sambil barisan pertahanan digalas Norhafiz Zamani Misbah, Aidil Zafuan Radzak, Mat Sabre Abu dan Azmi Muslim.
Bahagian tengah bakal dikemudi Safiq Rahim dan Amar Rohidan, S. Kunanlan dan Baddrol Bakhtiar pula bergerak dari sebelah sayap mana- kala Amri Yahyah bakal membantu Zaquan Adha Radzak untuk memecah pertahanan Uzbekistan.
Turut dibawa ke Tashkent ialah Syed Adney Syed Hussein, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Nasriq Baharom, Ahmad Fakri Saarani, Norshahrul Idlan Talaha dan Razali Umar Kandasamy.
Semua pemain skuad kebangsaan kali ini berusia 23 tahun ke bawah kecuali Norhafiz dan Amri.
Saingan Kumpulan C hanya meli- batkan tiga pasukan dengan India telah pun layak secara automatik ke pusingan akhir menerusi slot selaku juara Piala Cabaran AFC 2008.
Baki perlawanan Kumpulan C bakal menyaksikan Malaysia bertemu Uzbekistan di Kuala Lumpur (Rabu ini), UAE bertemu Malaysia di Dubai (6 Januari 2010) dan Uzbekistan bertemu UAE di Tashkent (3 Mac 2010).

Malaysia mahu roboh 'Tembok Besar China'


AKSI skuad negara pada perlawanan menentang Scotland kelmarin. Malaysia menang 3-2.






ANDAI rekod pertemuan diambil kira, skuad hoki negara sepatutnya tidak berdepan masalah untuk menewaskan China pada aksi terakhir Kelayakan Piala Dunia 2010 di Invercargill, New Zealand hari ini.
Berdasarkan rekod 32 pertemuan, skuad negara telah mencatat 21 kemena- ngan, kalah enam kali dan seri lima.
Namun sejak 2008, China mula muncul antara gergasi baru hoki Asia dan berdasarkan dua pertemuan terakhir, pasu- kan ranking ke-13 dunia itu telah berjaya mencatat kemenangan ke atas Malaysia yang berada pada ranking ke-16 dunia.
Justeru, pertemuan bagi merebut slot terakhir final kelayakan hari ini pastinya penting bagi skuad negara, bukan saja dari segi statistik, namun juga demi maruah negara.
Malaysia memulakan kempen kelayakan ini dengan seri 2-2 dengan Austria, namun mula berjaya mencari rentak dengan menang 2-1 ke atas Wales dan 3-2 ke atas Scotland sebelum tumpas 2-4 kepada New Zealand.
China pula menang semua tiga perla- wanan dan hanya kalah sekali iaitu kepada tuan rumah, New Zealand yang sudah pun layak ke final kelayakan.
"Ya, peluang untuk kita menang agak tipis berdasarkan prestasi dalam kempen kelayakan ini, namun tidak mengapa kerana kita masih ada peluang untuk beraksi pada final," kata Beng Hai semalam.
"Pemain kita sudah mula biasa sedikit dengan angin kuat di sini dan saya percaya kita mampu menewaskan China untuk menempah pertemuan sekali lagi dengan New Zealand."
Beng Hai pastinya menagih sentuhan penyerang muda, Faizal Shaari yang berjaya meledakkan tiga gol dan rakan gandingannya, Tengku Ahmad Tajuddin yang menyumbang dua gol setakat ini.
Faizal, 18, pernah menyumbang lapan gol pada kempen Piala Dunia Remaja dan turut memiliki kepakaran dalam pukulan sudut penalti, namun tidak menggalas peranan tersebut dalam skuad senior negara.
Sementara itu, antara penyumbang gol skuad negara adalah Azlan Misron (dua gol) dan pakar flick, Mohd. Amin Rahim (dua).
Hanya kemenangan ke atas China hari ini sahaja yang bakal memastikan misi skuad negara tidak berkubur, sekali gus mencerahkan semula peluang beraksi pada Piala Dunia di New Delhi tahun depan.

Misi peribadi Rooney


ROONEY (depan, kiri) menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukannya

semalam menjelang aksi persahabatan menentang Brazil di Doha awal pagi esok.


Penyerang England, Wayne Rooney mahu menjaringkan gol ketika menentang Brazil pada aksi persahaba- tan di Doha, Qatar awal pagi esok.
Ia sebagai hadiah sempena kelahiran anak sulungnya yang dinamakan Kai Wayne pada 2 November lalu.
Namun, Rooney tidak berhasrat untuk meraikan jaringan tersebut sama seperti pemain-pemain lain yang melakukan gaya membuai bayi.
"Saya rasa saya agak keras untuk menggayakannya," kata Rooney ringkas sambil memberitahu, dia belum pernah menukar lampin anaknya itu.
England mahu menjadikan pertemuan dengan Brazil itu sebagai kayu pengukur kemampuan mereka bersaing dengan pasukan terbaik dunia.
Steven Gerrard dan Frank Lampard pasti tidak akan diturunkan tetapi Rooney begitu bersemangat untuk turun buat kali pertama menentang juara dunia lima kali itu.
"Saya rasa cukup baik. Saya bakal ber- main menentang salah satu pasukan terbaik dunia. Menyarung jersi England bertemu Brazil dan bergelar bapa, tiada apa lebih baik daripada itu.
"Menentang Brazil sesuatu yang saya sering mahukan. Sebagai peminat, saya membesar dengan menonton aksi pemain seperti Romario dan Ronaldo," kata Rooney.
Gerrard dan Lampard telah berlepas pulang ke England kelmarin selepas mengalami kecederaan ketika sesi latihan.
Turut tidak turun beraksi awal pagi esok ialah David James, Glen Johnson, Rio Ferdinand, Ashley Cole, Theo Walcott, Aaron Lennon, David Beckham dan Emile Heskey.

Friday, November 13, 2009

AFC Cup Qualifier 2009 : Malaysia vs Uzbekistan

VS  

Skuad Kebangsaan bimbingan K. Rajagopal akan menentang Uzbekistan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 di Tashkent, Uzbekistan pada hari Sabtu (14 November 2009).

Selepas itu, mereka akan sekali lagi menentang Uzbekistan pada hari Rabu (18 November 2009)di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada pukul 5.30 ptg. Tiket Berharga RM 5 Untuk Kanak-kanak RM 10 Bagi Dewasa.



SENARAI 18 PEMAIN KE TASHKENT, UZBEKISTAN untuk match 14 Nov ini:

1- FARIZAL MARLIAS
2- SYED ADNEY SYED HUSSEIN
3- NORHAFIZ ZAMANI MISBAH
4- AIDIL ZAFUAN ABD RAZAK
5- SABREE MAT ABU
6- MUSLIM AHMAD
7- AZMI MUSLIM
8- S.KUNALAN
9- BADDROL BAKHTIAR
10-AMAR ROHIDAN
11.SAFIQ RAHIM
12.AMRI YAHYAH
13.ZAQUAN ADHA ABD RAZAK
14-AHMAD FAKHRI SAARANI
15.RAZALI UMAR KANDASAMY
16.NOR SHAHRUL IDLAN TALAHA
17.NASRIQ BAHAROM
18-MAHALI JASULI

Barisan Awal Skuad Pusingan Kelayakkan Piala Asia AFC 2011:

Penjaga Gol
Syed Adney Syed Hussien (MyTeam)^
Mohd Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu)*
Mohd Farizal Marlias (Perlis)*

Pertahanan
Mohd Sabree Abu (Kedah)^
Mohd Asraruddin Putra (Selangor)#
Mohd Azmi Muslim (MyTeam)^
Mohd Faizal (Harimau Muda)^
Nurhafiz Zamani (PLUS FC)#
Nasriq Baharom (Selangor)#
Mazlizam Mohamad (Perlis)*

Pertengahan
Baddrol Bakthiar (Kedah)^
Mohd Amirulhadi (Selangor)#
Mohd Bunyamin Omar (MyTeam)^
Mahali Jasuli (Harimau Muda)^
Mohd Muslim Ahmad (Harimau Muda)^
K. Gurusamy (Harimau Muda)^
Safiq Rahim (PLUS FC)#
Mohd Amri Yahyah (Selangor)#
Mohd Syazwan Zainon (Perlis)*
Amar Rohidan (Perlis)*

Penyerang
Farderin Kadir (Kuala Muda NAZA)#
Norshahrul Idlan (MyTeam)^
Ahmad Shakir (Harimau Muda)^
Razali Umar Kandasamy (Perak)^
Abdul Manaf Mamat (Terengganu)*
Ahmad Fakri Saarani (Perlis)*


* Menyertai pada 2 November 2009
# Menyertai pada 26 Oktober 2009
^ Menyertai pada 19 Oktober 2009

Ferguson digantung empat perlawanan

http://www.melrosejewelers.co.uk/rolex-watch-blog/wp-content/uploads/2009/08/sir-alex-ferguson.jpg

Sir Alex Ferguson digantung empat perlawanan - namun dua daripada hukuman itu ditangguhkan pelaksanaannya sehingga ke penghujung musim 2010/2011 - kerana kelantangan pengurus Manchester United itu mengkritik pengadil, Alan Wiley.
Ferguson mengaku salah terhadap tuduhan berkelakuan tidak wajar dan melabelkan Wiley sebagai 'tidak cergas' selepas pasukannya seri 2-2 dengan Sunderland di Old Trafford pada 3 Oktober lalu.
Selain digantung, Ferguson turut didenda 20,000 pound (RM112,000) dan diberi amaran agar tidak mengulangi 'ulasan yang wajar dan sama sekali tidak sesuai' terhadap Wiley.
Selepas pasukannya seri 2-2 dengan Sunderland pada 3 Oktober lalu, Ferguson berkata, Wiley tidak cukup cergas untuk mengadili perlawanan dengan Sunderland.
Ferguson meminta maaf kepada Wiley selepas itu namun, FA tetap menjatuhi hukuman melarang pengurus United itu berada di kerusi pemain simpanan untuk dua perlawanan domestik dan dua lagi penggantungan ditangguhkan sehingga akhir musim 2010-11.
Ferguson turut diberi amaran supaya tidak mengulangi salah laku sedemikian lagi.
Pengerusi panel disiplin FA, Peter Griffiths, berkata, dia mengambil kira pencapaian Ferguson yang memenangi 11 kejuaraan Liga Perdana England sepanjang 17 musim di Old Trafford, lain-lain trofi serta Liga Juara-Juara.
"Suruhanjaya ini mempertimbangkan pengakuan Ferguson terhadap kata-kata yang dilemparkannya, yang bukan sahaja tidak wajar, tetapi juga kasar dan tidak patut sama sekali. Dia tidak sepatutnya berkata sedemikian,'' kata Griffiths
Ferguson menuduh Wiley 'tidak cukup cergas untuk menepati standard perlawanan' dan 'hanya berjalan ketika gol kedua dijaringkan hingga memerlukan rehat'.
Penangguhan dua hukuman sehingga akhir musim 2010/2011 itu juga akan terbatal jika pengurus kelahiran Scotland berusia 67 tahun itu melakukan kesalahan yang sama dalam tempoh sehingga akhir musim itu.
Related Posts with Thumbnails