Sunday, October 11, 2009

Mungkinkah ada sinar?

Memerhatikan cara permainan dan semangat yang ditunjukan oleh pemain malaysia sewaktu menentang MU tempoh hari menunjukan bola sepak kita sebenarnya ada sinar untuk bangkit. Namun adakah ianya hanya sekadar mimpi indah ? Tapi setelah bangun dari tidur , mimpi itu akan hilang ?




Pelawanan persahabatan seterusnya walaupun hanya sekadar seri , namun menentang pasukan yang lebih baik menunjukan ada peningkatan pemainan pasukan malaysia , namun seperti kata pepatah Ingatkan cerah hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Begitu lah nasib pasukan malaysia sebelum ini.

Apa yang dirancang, Berjuta Peruntukan telah di keluarkan . Namun hasilnya tetap sama , hampa dan kecewa yang teramat. Perlawanan persahabatan bukanlah segalanya kerana matlamat pasukan yang menentang bukanlah untuk memenangi perlawanan tapi lebih kepada mencorak pasukan mereka .

Seperti yang aku pelajari , untuk membentuk keserasian dan mencari pasukan yang baik , pasukan perlu mencari pasukan yang berkemampuan rendah supaya perancangan dapat di lakukan dengan mudah di samping mendapatkan rentak pelawanan , kesunguhan pasukan lawan juga menjadi daya penentu keserasian dan kecekapan pemain untuk menangani keadaan lawan yang sebegitu. Dan untuk menentu kehebatan sebenar pasukan, Baru perlu menentang pasukan yang lebih hebat terutamanya ketika mendekati sesuatu temasya atau saingan keranan momentum perlawanan itu dapat di bawa .

Oleh itu , faktor naik turunya pasukan bukan lah ditetapkan pada perlawanan persahabatan , tapi pada kejohanan yang mereka sertai. Mungkin ramai kata, Kalah menang adat perlawanan . Tapi sampai bila malaysia ingin jadi pasukan pengalah ? Sebagai penyokong kami dah BOSAN...

Para pemain dan pihak FAM inginkan sokongan penonton dan rakyat , tapi apa pula sumbangan mereka pada Negara dan Penyokong Setia ? Hanya memberi ketewasan dan kekalahan ? Jika pemain dan FAM yang dipertangungjawab untuk membawa nama negara tidak boleh nak berkorban kenapa mereka suruh rakyat dan penyokong berkorban ? Adakah dengan jeritan kami boleh mengubah segalanya ?

Ya ...Kami telah menjerit sehingga hilang suara , terpaksa membayar duit tiket dan sebagainya , tapi apa yang kami dapat ???

Penyokong menjerit bagai nak rak , namun pemain tetap lembik ..semangat mereka terlalu lemah untuk menghadapi tekanan pihak lawan , Adakah mereka boleh di gelar PROFISONAL ? mereka bersemangat di peringkat awal , tapi lemah di akhir2 pelawanan . Bila mendahului mereka mula lupa diri dan hilang tumpuan. Sedangkan dalam bola sepak dunia pada saat-saat akhir itu lah penentu menang atau kalahnya pasukan . Sepatutnya di hujung2 perlawanan la mereka patutnya lebih bersemanggat dan bukan hanya di awal-awal perlawanan.

Pada pemain Malaysia , apa guna ada gelaran "pemain malaysia" jika hanya datang perlawanan sekadar cukupkan syarat atau hanya sekadar jadi pemeriah majlis . Rakyat pun tak kan pandang anda , anda rasa anda dah cukup hebat mewakili malaysia tapi sebenarnya anda hanyalah "SAMPAH" yang merosakan nama malaysia dan tak berguna bagi kami, Gaji yang di bayar Peruntukan yang di beri tak bermakna langsung .

Pada FAM , Buanglah politik yang merugikan ..Sayangilah negara dan bola sepak malaysia lebih dari anda sayang  jawatan dan pangkat anda .

Moga malaysia berjaya di temasya sukan sea nanti ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails