Monday, September 14, 2009

Tinggal 2 Perlawanan Persahabatan


Harimau Muda bakal menghadapi cabaran lebih sengit apabila dijadualkan menentang Banska Bystraca pada 15 September dan pasukan Kebangsaan U19 Slovakia pada 16 September. Baska Bystraca adalah antara pasukan terkuat dalam liga U19 Slovakia. Manakala pasukan seniornya berada di tempat ketiga liga tempatan.

Pertemuan menentang Slovakia tentunya menjadi igauan jurulatih Ong Kim Swee, apabila pasukan bawah 16 kebangsaan yang baru diambil alihnya tewas 0-6 kepada Slovakia U16 pada tahun 2007. 6 daripada mereka masih berada dalam skuad Harimau Muda iaitu Wan Zack Haikal, Thamil Arasu, Mohd Fadhli Shas, Khairul Izuan Rosli, Khairul Izuwan (GK) dan Mohd Irfan.

Mohd Irfan Fazail, pemain dari skuad bawah U16 2007, kembali ke Slovakia untuk menentang Slovakia U19 pada 16 September.

Apa yang pasti mutu bolasepak di Slovakia semakin meningkat naik. Slovakia hampir pasti layak ke Piala Dunia apabila hanya memerlukan 1 mata daripada 2 perlawanan menentang Slovania dan Poland. Hampir semua pemain Slovakia bermain di luar negara dan dikumpulkan untuk kejohanan antarabangsa sebagaimana negara-negara kuasa bolsepak dunia. Pemain sayap Manchester City, Vladimir Weiss dan Stanislav Sestak tentunya menjadi perhatian media di Afrika Selatan nanti.

Kejohanan liga tempatan nampak teratur dan mencabar. Perlawanan peringkat umur (bermula bawah 12 thn) diadakan pada setiap hari Sabtu. Apa yang dapat kami perhatikan, pemain-pemain peringkat ini sudah menunjukkan tactical awarenes yang baik, disamping kemahiran yang ada pada mereka. Kemudahan sukan pula lengkap dan terjaga rapi di setiap daerah, lengkap dengan padang bola, gelanggang tenis dan kolam renang, tidak hairanlah sukan menjadi sebati dengan kehidupan masyarakat mereka.

Kesedaran daripada masyarakat dan bantuan daripada kerajaan menjadi penjana utama kepada kemajuan sukan sesebuah negara. 'Gendang yang dipalu' tidak akan kemana jika hanya bermusim atau sekali sekala kedengaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails