Wednesday, September 16, 2009

Manchester United menang tipis ke atas Besiktas

Tandukan Paul Scholes pada lewat permainan memberikan kemenangan kepada Manchester United 1-0 ke atas Besiktas pada perlawanan pembukaan Liga Juara-juara bagi Kumpulan B di sini.

Pasukan pelawat menguasai permainan tetapi sukar untuk mencipta jaringan sehinggalah Scholes menandu masuk bola tampanan penjaga gol Besiktas Hakan Arikan pada minit ke-77.

Michael Carrick hampir menyumbat gol pertama United apabila meledakkan sepakan pada minit ke-12 tetapi diselamatkan oleh Hakan. Kawalan ketat pemain pertahanan pasukan Turki itu menyukarkan United mencipta peluang.

Gol Scholes itu memberikan United kemenangan yang sepatutnya mereka miliki berdasarkan beberapa peluang baik yang dimiliki mereka sepanjang perlawanan itu.

Malah pemain gantian, Michael Owen hampir mencatat nama sebagai penjaring apabila percubaan dari jarak dekat pada penghujung perlawanan sedikit tersasar dari pintu gol lawan.
Ia adalah permulaan baik buat United dalam saingan Liga Juara Eropah selepas persembahan buruk sewaktu perlawanan akhir menentang Barcelona di Rome bulan Mei yang lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails