Tuesday, September 8, 2009

Algeria masih pertahan kedudukan


Pemain Algeria, Yazid Mansouri (dua dari kiri) dan Kamel Fethi Ghilas meraikan kejayaan menewaskan Zambia dalam kelayakan Piala Dunia di Stadium Tachaker, Blida, kelmarin.

Rafik Saifi menjaringkan gol pada separuh masa pertama buat Algeria menewaskan Zambia 1-0 untuk berada dalam kedudukan teratas dalam Kumpulan C bagi memastikan tempat mereka pada Piala Dunia tahun depan.

Bekas penyerang Lorient itu berlari ke arah bola hantaran silang Karim Matmour pada minit ke-59 dan membuat sepakan voli melepasi penjaga gol Zambia, Kennedy Mweene.

Ia merupakan gol ke-18 Saifi dalam penampilan ke-52 antarabangsanya.

Algeria berjaya mengutip 10 mata daripada empat perlawanan, tiga mata mendahului Mesir.

Zambia dengan empat mata dan Rwanda, ditempat terakhir dengan satu mata.

Hanya pasukan yang berada di kedudukan teratas setiap lima benua sahaja yang layak untuk beraksi pada Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan.

Peluang terbaik Zambia hadir pada separuh masa pertama apabila penyerang Maritzburg United, Noah Chivuta membuat sepakan pada minit ke-10.

Algeria menghadapi kesukaran untuk melepasi kawasan tengah Zambia dan mencipta peluang menjaringkan gol sehingga Karim Ziani berjaya mencari ruang pada minit ke-53 tetapi rembatannya tersasar jauh.

Zambia hampir menjaringkan gol keduanya pada minit-minit terakhir perlawanan apabila Chivuta dan pemain Utrecht FC, Jacob Mulenga masing-masing menimbulkan masalah, tetapi Algeria berjaya bertahan untuk memastikan kemenangan berharga di Stadium Mustapha Tchaker

Algeria tidak layak beraksi dalam Piala Dunia sejak tahun 1986, tetapi kini dilihat mempunyai peluang besar untuk beraksi pada Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails