Wednesday, September 16, 2009

Real Madrid menang selesa ke atas FC Zurich

Dua jaringan Cristiano Ronaldo melalui sepakan percuma jarak jauh membolehkan Real Madrid menewaskan FC Zurich 5-2 pada perlawanan pembukaan Liga Juara-juara hari ini.
Juara Eropah sembilan kali ini meledakkan tiga gol pada separuh masa pertama dan menambah dua gol lagi dalam tempoh seminit pada pertengahan separuh masa kedua.
Ronaldo membuka jaringan buat Madrid pada minit ke-27 sebelum Raul menambah satu lagi pada minit ke-34 dan melalui Gonzalo Higuain untuk gol ketiga sebelum wisel separuh masa ditiup.

Bagaimanapun Zurich memperoleh dua gol menerusi Xavier Margairaz pada minit ke-64 menerusi sepakan penalti dan kemudiannya menerusi tandukan Silvan Aegerter beberapa minit kemudian.
Madrid mengukuhkan kemenangan melalui Ronaldo pada minit ke-89 dan gol kelima menerusi serangan balas Guti beberapa saat sebelum wisel penamat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails