Monday, September 14, 2009

Ibrahimovic Bantu Kemenangan Barcelona Ke Atas Getafe.

Zlatan Ibrahimovic dan Lionel Messi masing-masing menjaringkan gol pada babak kedua untuk membolehkan Barcelona mencatatkan kemenangan kedua dari dua perlawanan ke atas Getafe 2-0 di Coliseum Alfonso Perez semalam.
Ibrahimovic yang menjaringkan satu gol sewaktu kemenangan 3-0 Barca ke atas Sporting Gijon dalam perlawanan pertama, membalas harga yang dibayar ke atasnya dengan menjaringkan gol pertama Barca pada minit ke-65.
Bekas penyerang Inter Milan itu kemudiannya mencipta gerakan buat Messi menjaringkan gol kedua Barca untuk membolehkan juara tiga piala musim lalu itu mengepalai liga setakat ini.
Pengurus Barca, Pep Guardiola memilih untuk merehatkan beberapa pemain utama sebagai persiapan untuk berhadapan dengan Inter Milan dalam saingan Liga Juara Eropah minggu depan namun kesebelasan utama yang diturunkannya tetap mampu mempamerkan aksi menarik sepanjang perlawanan.
Thierry Henry, Messi, Dani Alves dan Andres Iniesta berada di bangku simpanan sewaktu perlawanan dimulakan dan kemasukan Messi, Alves dan Iniesta pada babak kedua menambah bisa bahagian serangan Barca.
Getafe cuba memberi tentangan namun mereka terpaksa menerima hakikat kekalahan pertama setelah menang perlawanan pertama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails