Friday, September 11, 2009

Malaysia Bakal Temui Lesotho Dalam Aksi Persahabatan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan untuk skuad Bawah 23 Tahun Kebangsaan pada 11 September ini (Jumaat) menentang Lesotho, yang kini berada di ranking ke-160 dalam senarai FIFA.

Perlawanan itu akan diadakan di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya dan ia dijangka berlangsung pada pukul 9.00 malam.

Perlawanan menentang Lesotho ini diadakan sebagai persediaan skuad kebangsaan yang akan menyertai Sukan SEA 2009 di Laos bulan Disember nanti.

Pasukan Malaysia sebelum ini telah mengadakan beberapa pertemuan persahabatan, antaranya menentang juara kelab dunia, Manchester United, Zimbabwe, Kenya, China, Arab Saudi, kelab Al-Qadishah dan Jordan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails