Wednesday, September 16, 2009

Jaringan Anelka beri kemenangan kepada Chelsea

Jaringan Nicolas Anelka pada separuh masa kedua membolehkan Chelsea mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Porto pada perlawanan pembukaan Kumpulan D, Liga Juara-juara berlangsung di Stamford Bridge.
Chelsea yang kehilangan Didier Drogba dan Jose Bosingwa kerana digantung selepas mengkritik pengadil pada perlawana separuh akhir kedua menentang Barcelona musim lalu, kehilangan rentak permainan pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, mereka kembali mengawal permainan selepas Anelka menjaringkan gol tiga minit selepas waktu rehat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails