Saturday, September 5, 2009

Sepanyol hampir pasti ke Piala Dunia


PEMAIN Sepanyol gigih menjalani latihan menjelang perlawanan penting dengan Belgium esok.

Sepanyol kini semakin hampir menempah tiket ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Andai menang ke atas Belgium di La Coruna dalam kempen kelayakan Piala Dunia pagi esok, juara Eropah itu hampir pasti mengesahkan tiket ke Afrika Selatan.

Dengan baki empat lagi perlawanan, Sepanyol kini selesa mendahului enam mata di hada- pan pasukan di tangga kedua, Bosnia Herze- govina dalam Kumpulan 5.

"Saya rasa kami semakin hampir untuk layak dan apa yang pentingnya ialah kami mendahului kumpulan," kata pertahanan Villarreal, Joan Capdevila.

Jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque menerima suntikan baru dengan kehadiran semula perancang berpengalaman, Marcos Senna, 33, selepas berehat selama lima bulan.

Del Bosque memberitahu, Senna memberi keseimbangan dalam pasukannya dan pemain kelahiran Brazil itu juga gembira apabila dipanggil semula menyarung jersi kebangsaan.

"Sudah lama saya berehat dan saya rindu untuk beraksi semula dengan rakan- rakan sepasukan saya," kata Senna.

"Apabila kamu berada di luar padang, kamu akan berasa sangat kecewa kerana tidak berpeluang untuk beraksi dengan pasukan.

"Perlawanan menentang Belgium esok cukup penting bagi kami dan semua tahu ia akan sukar kerana ini adalah peluang terakhir buat pasukan lawan (untuk layak) jika mereka menewaskan kami. Tetapi kami juga perlukan kemenangan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails