Thursday, July 2, 2009

Valencia permata baru MU



pemain antarabangsa Ecuador, Antonio Valencia (depan) akan membaca cabaran Manchester United dalam musim baru Liga Perdana England.

Manchester United telah menandatangani kontrak selama empat tahun dengan pemain Wigan, Antonio Valencia.

Yuran pemain dari Ecuador itu dikatakan mencecah 16 juta pound.

''Menyertai Manchester United ibarat mimpi menjadi kenyataan. Saya telah melalui pengalaman seronok di Wigan dan sekarang saya bersedia untuk memikul cabaran lebih besar di kelab terhebat.

''Bermain di hadapan 76,000 penyokong bersama Wayne Rooney, Rio Ferdinand dan Ryan Giggs akan menjadi pengalaman berharga. saya tidak sabar mahu beraksi,'' kata pemain berusia 23 tahun itu yang dipetik dalam laman web www.manutd.com.

Dalam pada itu, pengurus United, Alex Ferguson meminati Valencia, yang membantu mengembalikan kedudukan Wigan dalam liga.

''Antonio adalah pemain yang kami mahukan dan telah menghabiskan dua tahun di Wigan. Saya percaya dia berkemampuan membantu pasukan ini,'' kata Ferguson.

Valencia dikatakan akan mengambil posisi bekas pemain United, Cristiano Ronaldo yang beralih ke Real Madrid dengan bayaran 80 juta pound.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails