Sunday, July 5, 2009

Ronaldo pertahan bayaran RM464 juta

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo berkata, 94 juta euro (RM464 juta) yang dibayar oleh Real Madrid adalah harga berpatutan dan dia bangga menjadi pemain termahal di dunia.

Bekas pemain Manchester United itu membuat kenyataan sedemikian sebelum diperkenalkan secara rasmi kepada penyokong kelab terbarunya, esok.

''Saya berpendapat harga itu adalah yang sepatutnya. Jika Manchester dan Real sudah bersetuju, kenapa perlu dipersoalkan lagi.

''Pemain bola sepak terbaik memang harganya mahal dan saya gembira kerana menjadi pemain termahal di dunia,'' kata Ronaldo kepada akhbar harian sukan, Marca.

Real menandatangani kontrak dengan Ronaldo selama enam tahun bernilai RM464 juta yang mana dia dipercayai akan menerima 13 juta euro (RM64 juta setahun) - pemain bola sepak paling mendapat bayaran tertinggi di dunia.

Pemain Terbaik Dunia 2008 itu akan muncul di Stadium Santiago Bernabeu, esok dengan jangkaan 80,000 peminat akan hadir menyaksikannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails