Saturday, July 4, 2009

Owen muktamad jadi milik United


E-mail

Michael Owen sah menjadi pemain baru Manchester United. Penyerang tersebut menandatangani perjanjian selama dua tahun di Old Trafford tanpa sebarang yuran perpindahan kerana Owen merupakan ejen bebas.

MICHAEL OWEN
Siapa pun tidak pernah menyangka Owen akan menyarungkan jersi United suatu hari nanti

Perpindahan bekas pemain Liverpool, Real Madrid dan Newcastle itu turut disahkan pengurus United, Sir Alex Fergson.
"Michael adalah penyerang bertaraf dunia dengan rekod menjaringkan gol pada tahap tertinggi dan ia tidak dapat dipertikaikan. Dia datang ke Manchester United dengan jangkaan bahawa kami mengharapkan sesuatu yang perlu Michael tunaikan," kata Ferguson.


Sementara itu, Owen ternyata gembira dengan tawaran yang dikemukan Ferguson dan berikrar untuk membalas jasa baik pengurus United itu dengan aksi menarik dan jaringan gol buat Red Devils.

"Saya baru saja mula bercakap dengan kelab-kelab lain apabila Sir Alex menghubungi saya pada Rabu lalu, menjemput saya bersarapan pada pagi berikutnya dan memberitahu saya bahawa dia mahu mendapatkan saya. Saya terus bersetuju tanpa berfikir panjang.

"Ini adalah peluang yang menakjubkan buat saya dan saya mengalu-alukannya dengan tangan terbuka.

"Saya kini memandang ke hadapan untuk menjadi pemain Manchester United dan saya bernasib baik kerana saya sudah sedia dikenali dengan ramai pemain di sini. Saya terlepas beberapa aksi awal musim tahun lalu dan saya berasa lega kerana akan mula berlatih di Carrington tidak lama lagi.

"Saya berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan Sir Alex kepada saya dan saya jamin bahawa saya akan bayar semula dengan menjaringkan gol dan persembahan saya," kata Owen.

Penyerang itu meluangkan masa pada pagi semalam di kompleks latihan United, Carrington sebelum bergerak ke hospital di selatan Manchester untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

Owen meninggalkan hospital selepas lima petang dan difahamkan kembali semula ke kompleks latihan untuk melengkapkan perpindahannya secara rasmi.

Pemain England itu sebelum ini bebas tanpa ikatan mana-mana kelab selepas kontraknya tamat dengan Newcastle dengan Hull City dan Stoke City menyatakan minat untuk menawarkannya kontrak.

Namun Ferguson tampil mengikat penyerang prolifik itu yang mempunyai penjaring gol terbanyak keempat sepanjang zaman di England.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails