Monday, November 23, 2009

Zidane percaya Henry tidak menipu


Zinedine Zidane (kiri) percaya Thierry Henry tidak melakukan penipuan walaupun bola yang terkena tangan membantu negaranya mara ke Piala Dunia untuk mengatasi Ireland.
Pemenang Piala Dunia, Zinedine Zidane berkata, bekas rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Perancis, Thierry Henry tidak melakukan penipuan walaupun bola yang terkena tangan membantu negaranya mara ke Piala Dunia mengatasi Ireland. Zidane, yang memenangi Piala Dunia pada 1998 dan juara Eropah 2000 bersama Henry berkata, ketua pasukan itu melakukan kesilapan yang besar di dalam padang tetapi bukan menipu.
Henry menampan bola untuk memberi ruang kepada William Gallas menjaringkan gol penyamaan 1-1 seterus membantu Perancis mara ke kejohanan tersebut tahun depan.
"Bola yang mengenai tangan Thierry Henry adalah perkara biasa dalam perlawanan.
"Saya menyokong Henry. Saya tidak rasa dia menipu. Dia mengakui bola terkena tangannya. Saya kenal dia hampir 10 atau 12 tahun dan saya tahu dia tidak menipu.
"Saya hanya berkata dia membuat keputusan yang lemah seperti mana yang saya lakukan, semua orang melakukan kesilapan," kata Zidane kepada televisyen Canal Plus.
Ireland membuat rayuan kepada Persekutuan Bola Sepak Perancis supaya mengadakan perlawanan ulangan tetapi ditolak.
Semasa tekanan semakin memuncak di atas ucapan minta maaf Henry, Zidane mengakui Henry telah melakukan keputusan yang betul.
"Pada saya, dia sudah bersedia untuk beraksi dalam perlawanan ulangan, ia berbunyi seperti ucapan meminta maaf," katanya.
Zidane yang bersara selepas dilayangkan kad merah kerana insiden tandukan yang dilakukan pada perlawanan akhir Piala Dunia 2006 tewas kepada Itali, memahami kemarahan penyokong Ireland tetapi berkata insiden tersebut sangat biasa di atas padang.
Dia juga mencadangkan karier Henry tidak akan terjejas dengan insiden tersebut kerana ucapan maaf yang diberikan sama seperti Diego Maradona ketika membantu Argentina menang ke atas England pada Piala Dunia 1986.
"Dia telah melaluinya. Perkara yang sukar buat semu orang yang perlu dilalui. Ia tidak akan menghantuinya. Ia sebahagian dari perlawanan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails