Sir Alex Ferguson digantung empat perlawanan - namun dua daripada hukuman itu ditangguhkan pelaksanaannya sehingga ke penghujung musim 2010/2011 - kerana kelantangan pengurus Manchester United itu mengkritik pengadil, Alan Wiley.
Ferguson mengaku salah terhadap tuduhan berkelakuan tidak wajar dan melabelkan Wiley sebagai 'tidak cergas' selepas pasukannya seri 2-2 dengan Sunderland di Old Trafford pada 3 Oktober lalu.
Selain digantung, Ferguson turut didenda 20,000 pound (RM112,000) dan diberi amaran agar tidak mengulangi 'ulasan yang wajar dan sama sekali tidak sesuai' terhadap Wiley.
Selepas pasukannya seri 2-2 dengan Sunderland pada 3 Oktober lalu, Ferguson berkata, Wiley tidak cukup cergas untuk mengadili perlawanan dengan Sunderland.
Ferguson meminta maaf kepada Wiley selepas itu namun, FA tetap menjatuhi hukuman melarang pengurus United itu berada di kerusi pemain simpanan untuk dua perlawanan domestik dan dua lagi penggantungan ditangguhkan sehingga akhir musim 2010-11.
Ferguson turut diberi amaran supaya tidak mengulangi salah laku sedemikian lagi.
Pengerusi panel disiplin FA, Peter Griffiths, berkata, dia mengambil kira pencapaian Ferguson yang memenangi 11 kejuaraan Liga Perdana England sepanjang 17 musim di Old Trafford, lain-lain trofi serta Liga Juara-Juara.
"Suruhanjaya ini mempertimbangkan pengakuan Ferguson terhadap kata-kata yang dilemparkannya, yang bukan sahaja tidak wajar, tetapi juga kasar dan tidak patut sama sekali. Dia tidak sepatutnya berkata sedemikian,'' kata Griffiths
Ferguson menuduh Wiley 'tidak cukup cergas untuk menepati standard perlawanan' dan 'hanya berjalan ketika gol kedua dijaringkan hingga memerlukan rehat'.
Penangguhan dua hukuman sehingga akhir musim 2010/2011 itu juga akan terbatal jika pengurus kelahiran Scotland berusia 67 tahun itu melakukan kesalahan yang sama dalam tempoh sehingga akhir musim itu.
No comments:
Post a Comment