Friday, November 13, 2009

Senarai Kecederaan Pemain Liverpool Peningkan Benitez.



Rafael Benitez menjadi antara orang yang menarik nafas lega apabila tempoh rehat liga sempena aksi perlawanan antarabangsa akhirnya tiba, sambil berharap beberapa pemainnya yang tercedera akan kembali cergas untuk menghadapi perlawanan genting menentang Manchester City pada 21 November nanti di Anfield.

Liverpool terpempan dengan senarai kecederaan terbaru dalam perlawanan menentang Birmingham yang berkeputusan seri 2-2 hari Isnin lalu, dengan Youssi Benayoun dan Albert Riera kedua-duanya terpaksa diusung keluar.

Riera musim ini sering keluar masuk dari kem ‘The Reds’, dengan penampilannya dalam perlawanan menentang Birmingham adalah yang pertama sejak sebulan lalu apabila dia direhatkan kerana kecederaan hamstring.

Malang kian bertimpa buat Benitez apabila Benayoun, salah seorang pemain yang bersinar musim ini dan merupakan pemain yang banyak percubaan serta mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Steven Gerrard, turut tercedera.

Benayoun turut mengalami kecederaan hamstring pada lewat permainan dan belum pasti dapat diturunkan ketika Liverpool menentang City nanti.

Fernando Torres, yang mengisytihar dirinya kurang cergas untuk berhadapan dengan Birmingham, juga belum cergas sepenuhnya walaupun khidmatnya amat diperlukan ketika ini untuk memastikan tempat Liverpool dalam saingan Liga Juara Eropah musim depan.

Gerrard, pula hanya mampu bermain dalam tempoh masa yang terhad, melakukan perubahan kepada corak permainan Liverpool selepas menggantikan Riera pada penghujung babak pertama dan selepas dua minggu menjalani latihan dan pemulihan, dia sepatutnya sudah bersedia untuk perlawanan menentang City.

Manakala pemain pertahanan Denmark, Daniel Agger berehat sejak perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan dan Amerika Syarikat pada bulan November kerana kecederaan belakang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails