|
|
Begitupun, United nyaris dimalukan CSKA Moscow apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 3-3 pada aksi yang berlangsung di Old Trafford.
"Saya tidak berniat untuk memasukkannya (Rooney) secepat ini tetapi kami memang memerlukan sentuhannya di barisan hadapan," kata pengurus United, Alex Ferguson.
"Dia tidak cukup tidur dan saya lebih suka meletakkannya di bangku simpanan. Dia seorang pemain yang mana kami tahu kami boleh menggunakannya jika perlu.
"Tenaga dan tahap keyakinannya sangat tinggi. Dia berjaya memberi impak dalam sesuatu perlawanan.
"Dia seorang pemain yang bagus dan sentiasa memiliki keupayaan menjaringkan gol. Cuma nasibnya tidak begitu baik malam ini (semalam) untuk dia menjaringkan gol."
CSKA mendahului menerusi jaringan pembukaan Alan Dzagoyev pada minit ke-25 sebelum Michael Owen menyamakan kedudukan empat minit kemudian.
Milos Krasic dan Vasily Berezutsky masing-masing meledak satu gol untuk kembali meletakkan CSKA selesa di hadapan 3-1.
United terpaksa menanti sehingga Rooney dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-57 sebelum Paul Scholes menjaringkan gol kedua The Red Devils enam minit sebelum perlawanan berakhir.
Ketika perlawanan seakan-akan memihak kepada pasukan pelawat, United memperoleh gol penyamaan hasil jaringan pertahanan CSKA, Georgy Shchennikov pada masa kecederaan.
No comments:
Post a Comment