Fabio Capello menamakan pemain pertahanan Aston Villa, Stephen Warnock, pemain tengah Tottenham Hotspur, Tom Huddlestone dan penyerang Sunderland, Darrent Bent dalam skuad England yang akan menentang Brazil dalam perlawanan persahabatan.
England akan berhadapan dengan juara dunia lima kali itu pada hari Sabtu ini (14 November) di Doha, Qatar dan Capello menyenaraikan ramai muka baru dengan mengenepikan nama-nama besar seperti Steven Gerrard, Rio Ferdinand, Ashley Cole, Aaron Lennon, David James, Emile Heskey dan Carlton Cole.
Bagaimanapun, tiada tempat buat penyerang Manchester United, Michael Owen dalam skuad England kali ini.
Karier antarabangsa Warnock bermula dengan penampilan selama lapan minit sebagai pemain gantian di Trinidad tahun lalu manakala Huddlestone masih belum membuat sebarang penampilan dengan skuad senior England.
Bent pula berada di prestasi baik musim ini, menjaringkan lapan gol tetapi keupayaannya di peringkat antarabangsa masih belum terbukti. Penyerang Sunderland itu belum menjaringkan sebarang gol dalam empat penampilannya bersama skuad England.
David Beckham juga tidak disenaraikan kerana beraksi untuk kelabnya, LA Galaxy dalam perlawanan akhir kejohanan MLS Western Conference pada hari Ahad.
Berikut adalah senarai pemain England yang akan menentang Brazil hari Sabtu ini.
Penjaga Gol
Ben Foster, Robert Green, Joe Hart.
Pemain Pertahanan
Wayne Bridge, Wes Brown, Gary Cahill, Glen Johnson, Joleon Lescott, John Terry, Matthew Upson, Stephen Warnock.
Pemain Tengah
Gareth Barry, Michael Carrick, Tom Huddlestone, Jermaine Jenas, Frank Lampard, James Milner, Shaun Wright-Phillips, Ashley Young.
Penyerang
Darren Bent, Peter Crouch, Jermain Defoe, Wayne Rooney.
No comments:
Post a Comment