Wednesday, November 11, 2009

Ngog 'selamatkan' Liverpool


NGOG meraikan jaringannya ketika menentang Birmingham City pada aksi Liga Perdana England di Anfield awal pagi semalam. Liverpool seri 2-2 dengan Birmingham.


'Lakonan' David Ngog telah menyelamatkan Liverpool ketika mereka terikat 2-2 dengan Birmingham di Anfield awal pagi semalam.
Ngog melayangkan badannya dan pengadil Peter Walton telah terpedaya dengan lakonan itu.
Tanpa berfikir panjang, pengadil terus menghadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool dengan mendakwa pertahanan Birmingham, Lee Carsley telah menjatuhkan Ngog.
"Ia satu penipuan yang sangat memalukan. Saya tidak menyentuhnya dan saya telah menyuruh pengadil melayangkan kad kuning atau kad merah saja kepada saya. Ia lagi membuat- kan saya berasa puas hati," kata Carsley.



Pengurus Birmingham, Alex McLeish turut melabelkan Ngog sebagai 'penipu' kerana sepakan penalti yang disempurnakan Steven Gerrard pada minit ke-71 telah menyelamatkan skuad Rafael Benitez daripada menerima kekalahan memalukan.
"Ia sesuatu yang memalu- kan dalam perlawanan ini. Dia (Ngog) menipu pengadil dan berjaya mendapatkan penalti. Walton seorang pengadil yang bagus tetapi dia telah membuat kesilapan.
"Jika ia bukan sepakan penalti, sudah tentu kami akan menang perlawanan ini," kata McLeish.
Terdahulu Ngog berjaya meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-13 sebelum Birmingham menjaringkan dua gol menerusi Christian Benitez (26) dan Cameron Jerome (45).
Memang ternyata tiada sentuhan berlaku apabila Carsley mencabar Ngog di dalam kotak penalti dan Benitez mengakui yang pemainnya itu telah memberitahu bahawa dia sendiri tidak berasakan akan diberi sepakan penalti oleh pe- ngadil.
"Mungkin ia bukan penalti tetapi kami memang layak untuk menjaringkan gol. Lagipun musim ini banyak kali keputusan pengadil tidak berpihak kepada kami.
"Saya tanya Ngog, dia pun rasa mungkin ia bukan penalti. Saya memang kecewa kerana kami sekadar seri di tempat sendiri tetapi persembahan pemain agak baik," kata Benitez.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails