Wednesday, November 18, 2009

Button setuju sertai McLaren



BUTTON jadi taruhan terbaru McLaren pada musim depan.



Juara dunia, Jenson Button dilaporkan sudah bersetuju untuk menyertai pasukan McLaren.
Akhbar Guardian melaporkan, pemandu Brawn GP dari Britain itu bersetuju untuk menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama McLaren bermula tahun depan dengan bayaran mencecah £6 juta (RM34 juta) setahun.
Sekiranya laporan tersebut menjadi kenyataan, Button akan menerima bayaran dua kali ganda berban- ding gaji yang diterimanya bersama pasukan Brawn GP tahun ini.
Kelmarin, Ketua Pegawai Ekseku- tif Brawn GP, Nick Fry mengesahkan bahawa mereka masih berminat untuk terus mendapatkan khidmat Button meskipun pasukan tersebut telah diambil alih oleh Mercedes- Benz.
Begitupun Fry mengakui, pihaknya tidak akan membayar gaji seperti yang diminta pemandu berusia 29 tahun itu.
"Kami telah berbincang dengan Button dan kami telah menawarkan gaji yang munasabah tetapi kami masih gagal mencapai persetujuan," kata Fry.
"Saya harap, Button akan terus bersama kami tahun depan kerana kami telah bekerjasama untuk tempoh yang lama dan berdepan dengan pelbagai suka dan duka bersama sebelum ini.
"Namun, kita bekerja mengikut peruntukan yang disediakan dan jika kami mengeluarkan belanja yang lebih di satu bahagian, kami tidak akan dapat menggunakannya untuk baha- gian yang lain."

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails