Sunday, November 22, 2009

Jaringan Benayoun selamatkan Liverpool


PEMAIN tengah Liverpool, Javier Mascherano (kiri) diasak penyerang Manchester City, Stephen Ireland pada aksi di Anfield semalam. Liverpool dan City seri 2-2.

Yossi Benayoun muncul penyelamat Liverpool. Jaringan penyamaan Benayoun ketika permainan berbaki 13 minit membolehkan Liverpool mengikat Manchester City 2-2 pada aksi Liga Perdana England di Anfield malam tadi. Keputusan seri itu menyaksikan Liverpool kini hanya merekodkan satu kemenangan dalam 10 perlawanan terakhir yang diharungi mereka.
Untuk rekod, kemenangan tunggal Liverpool dalam 10 perlawanan itu adalah ketika mereka menewaskan Manchester United 2-0 di Anfield pada 25 Oktober lalu.
Sebelum ini, kemenangan terakhir yang dicatatkan oleh skuad kendalian Rafael Benitez itu ialah pada 26 September lalu ketika menewaskan Hull City 6-1.
Bagi City pula, ia merupakan keputusan seri keenam dicatat dalam saingan liga dan semakin memudarkan harapan mereka untuk terus mencabar Chelsea dan United di kedudukan teratas.
Pada aksi semalam, Liverpool terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-50 menerusi jaringan Martin Skrtel.
Namun, kemasukan Carlos Tevez pada minit ke-61 telah menghidupkan jentera serangan City dan mereka akhirnya berjaya menyamakan kedudukan minit ke-69 menerusi tandukan cantik Emmanuel Adebayor.
City membuatkan Liverpool tertekan seketika apabila mereka berjaya memperoleh gol kedua pada minit ke-76 menerusi penyudah kemas Ste- phen Ireland.
Namun, harapan City untuk pulang dengan tiga mata penuh tidak kesampaian apabila Benayoun berjaya menyamakan kedudukan seminit kemudian untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

KEPUTUSAN PERLAWANAN LAIN:

Sunderland 1-0 Arsenal

Manchester United 3-0 Everton

Burnley 1-1 Aston Villa

Hull City 3-3 West Ham United

Birmingham City 1-0 Fulham

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails