Monday, November 9, 2009

Terry julang Chelsea benam United 1-0

http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/epl_chelsea_mu.jpg
Pemain Chelsea, John Terry (tiga dari kanan) membuat tandukan ke pintu gol Manchester United ketika kedua-dua pasukan itu bertemu pada perlawanan Liga Perdana England di Stamford Bridge, London awal pagi ini. Chelsea menang 1-0.

Ketua pasukan, John Terry memberikan
Chelsea kelebihan lima mata di tangga teratas Liga Perdana England (EPL) apabila menjaringkan gol pada minit ke-76 untuk pasukannya menang 1-0 ke atas Manchester United, hari ini.
Jaringan bermula apabila Darren Fletcher melakukan kekasaran ke atas Ashley Cole.
Frank Lampard melakukan sepakan bebas tepat ke arah Terry yang tidak dikawal lalu menanduk bola tanpa dapat dinafikan oleh Edwin van der Sar
Chelsea kemudiannya terselamat daripada asakan bertubi-tubi United pada babak akhir untuk Chelsea mengumpul 30 mata, lima mata mengatasi Arsenal, yang menang 4-1 di Wolverhampton Wanderers kelmarin, diikuti United (25 mata).
Kemenangan tersebut bermakna skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu menyamai rekod kelab dengan 11 kemenangan berturut-turut pada aksi di tempat sendiri.
United, yang mengalami kekalahan ketiga setakat ini, dinafikan rayuan untuk sepakan penalti pada babak pertama apabila Terry menarik baju Antonio Valencia.
Sementara itu, pada perlawanan awal, Hull City mengalahkan Stoke City 2-1, Everton menang 2-1 di West Ham United, manakala Wigan Athletic dan Fulham seri 1-1.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails