Thursday, November 5, 2009

Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia Kini Mula Dijual.






Seperti yang semua peminat bola sepak tanah air sedia maklum, perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini menemukan pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan. Perlawanan akhir ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Sabtu ini (7 November) jam 8.45 malam.

Sehubungan itu, pasti ramai penyokong kedua-dua pasukan yang tertanya-tanya tentang tarikh tiket perlawanan akhir itu mula dijual dan harga tiket perlawanan berkenaan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan di laman webnya mengumumkan yang tiket-tiket perlawanan akhir itu akan mula dijual pada jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam pada hari Jumaat manakala pada hari perlawanan (Sabtu) kaunter-kaunter tiket akan mula dibuka pada pukul 10.00 pagi.

Penyokong dewasa akan dikenakan tiket berharga RM 20 manakala kanak-kanak pula dikenakan tiket berharga RM 5 setiap seorang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails