|
|
SKUAD bola sepak kebangsaan bimbingan K. Rajagobal perlu mencipta kejutan ketika bertemu Uzbekistan di Stadium JAR, Tashkent hari ini jika mahu melangkah ke pusingan akhir Piala Asia 2011, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.
Setelah tewas 0-5 kepada Emiri- yah Arab Bersatu (UAE) pada aksi sulung kelayakan bagi Kumpulan C di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 21 Januari lalu, Malaysia berdepan tugas sukar untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata di Tashkent.
Biarpun Uzbekistan kini menghuni tangga ke-80 dunia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berbanding Malaysia yang berada di kedudukan ke-150 dunia, kebangkitan skuad kebangsaan sejak dibimbing Rajagobal pada April lalu terus ditagih.
Ini kerana, hampir semua pemain yang beraksi ketika Malaysia dibela- sah UAE kira-kira 10 bulan lalu ketika di bawah kendalian bekas juru- latih, B. Sathianathan sudah tiada lagi dalam skuad kali ini kecuali be- berapa pemain sahaja.
Rajagobal hanya membawa 18 pemain ke Tashkent, menggugurkan beberapa pemain yang cedera seperti Bunyamin Umar, Amirulhadi Zainal, Mazlizam Mohamad, Asraruddin Putra Omar dan Farderin Kadir.
Gawang Malaysia pasti akan dikawal Farizal Marlias sambil barisan pertahanan digalas Norhafiz Zamani Misbah, Aidil Zafuan Radzak, Mat Sabre Abu dan Azmi Muslim.
Bahagian tengah bakal dikemudi Safiq Rahim dan Amar Rohidan, S. Kunanlan dan Baddrol Bakhtiar pula bergerak dari sebelah sayap mana- kala Amri Yahyah bakal membantu Zaquan Adha Radzak untuk memecah pertahanan Uzbekistan.
Turut dibawa ke Tashkent ialah Syed Adney Syed Hussein, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Nasriq Baharom, Ahmad Fakri Saarani, Norshahrul Idlan Talaha dan Razali Umar Kandasamy.
Semua pemain skuad kebangsaan kali ini berusia 23 tahun ke bawah kecuali Norhafiz dan Amri.
Saingan Kumpulan C hanya meli- batkan tiga pasukan dengan India telah pun layak secara automatik ke pusingan akhir menerusi slot selaku juara Piala Cabaran AFC 2008.
Baki perlawanan Kumpulan C bakal menyaksikan Malaysia bertemu Uzbekistan di Kuala Lumpur (Rabu ini), UAE bertemu Malaysia di Dubai (6 Januari 2010) dan Uzbekistan bertemu UAE di Tashkent (3 Mac 2010).
No comments:
Post a Comment