Monday, November 16, 2009

Kecederaan Paksa Van Persie Berehat Panjang.




Arsenal menerima kejutan sebaik mendapat berita yang penyerangnya, Robin van Persie bakal direhatkan selama beberapa bulan dari skuad utamanya selepas mengalami kecederaan serius pada ligamen kakinya ketika bermain dalam tugasan antarabangsa bersama Belanda.

Pemain Belanda itu hanya sempat beraksi selama 15 minit ketika negaranya mencatat keputusan seri 0-0 dengan juara dunia, Itali selepas dijatuhkan oleh pemain pertahanan Juventus, Giorgio Chiellini ketika sedang mengejar bola.

Selepas dijatuhkan, Van Persie kelihatan mengerang kesakitan dan terpaksa diusung keluar menggunakan pengusung oleh anggota perubatan.

Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk berkata, “Pemeriksaan pertama menunjukkan dia mengalami kecederaan buku lali yang serius. Kami sedang menunggu keputusan ujian x-ray dari pihak hospital. Ia sesuatu yang malang buat Robin dan tidak bagus buat Belanda atau kelabnya.”

Jika berita itu disahkan, kecederaan itu akan memaksa Van Persie berehat selama tiga bulan dan bakal merencatkan cabaran Arsenal dalam saingan EPL.

Van Persie yang telah menjaringkan sejumlah tujuh gol liga setakat ini juga sudah pasti terlepas aksi getir menentang pendahulu liga, Chelsea pada minggu hadapan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails