Saturday, November 21, 2009

Prestasi Malaysia menurun


AKSI antara Malaysia dan Uzbekistan pada saingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu lalu.





Malaysia turun dua anak tangga untuk menduduki tempat ke-152 dunia dalam ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam.
Ia merupakan kali pertama ranking skuad kebangsaan mengalami penurunan setelah mempamerkan peningka- tan sejak diambil alih K. Rajagobal pada 20 April lalu.
Setelah berada di tangga ke-163 pada Mei lalu, Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan dengan menduduki tangga ke-159 (Jun), ke-157 (Julai), ke-152 (Ogos dan September) dan ke-150 (Oktober).
Kedudukan terbaru itu adalah ekoran dua kekalahan berturut-turut skuad kebangsaan kepada Uzbekistan pada aksi kelayakan Piala Asia 2011 pada 14 dan 18 November lalu.
Lesotho yang dibelasah skuad kebangsaan 5-0 pada 11 September lalu kini merampas kedudukan ke-150 yang dimiliki Malaysia sebelum ini.
Sepanyol kembali merampas kedudukan No. 1 dalam ranking terbaru itu dengan mengetepikan Brazil yang sebelum ini berada di tangga teratas sejak Julai lalu.
Sepanyol yang berada di tangga kedua sebelum ini menewaskan Argentina dan Austria pada aksi persaha- batan minggu lalu yang memberikan mereka kemena- ngan kelapan berturut-turut.
Brazil, biarpun menang 1-0 ke atas England dan 2-0 ke atas Oman gagal mempertahankan kedudukan tangga teratas disebabkan sistem kiraan mata FIFA berdasarkan reputasi pasukan lawan yang ditentang mereka itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails