Sir Alex Ferguson menyatakan sokongannya kepada pemain pertahanan Manchester United walaupun mereka mempamerkan aksi mengecewakan pada saingan awal musim ini.
United yang mencatatkan rekod dunia beraksi selama 1, 311 minit tanpa melepaskan sebarang gol musim lalu, tidak mampu mengulangi pencapaian tersebut berikutan melepaskan 11 gol dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) setakat ini.
Lebih membimbangkan, United telah bocor sebanyak tujuh kali di tempat sendiri, lebih banyak dari kelab lain atau pasukan yang berada di zon tercorot seperti Birmingham, Hull dan Wolves.
Pasukan Ferguson tidak dibantu oleh penjaga gol antarabangsa Belanda, Edwin van der Sar kerana mengalami kecederaan, dia mengawal gawang musim lalu memecah rekod bersama pertahanan yang cedera Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand.
Semua masalah itu telah memaksa pengurus United menamakan 16 pemain pertahanan yang berbeza sepanjang musim ini.
Bagaimanapun, selain masalah tersebut yang masih berterusan dan penurunan prestasi pemain utama seperti Ferdinand, Ferguson menambah masalah rangkaian pertahanannya tidak akan menjadi sebab utama mereka berasa bimbang bertemu pasukan tangga teratas, Chelsea.
"Pertukaran di bahagian pertahanan tidak akan memberi kesan kepada kami tahun ini.
"Ketika kami tidak bolos dalam 12 perlawanan berturut-turut, kami telah mengubah keempat-empat pemain pertahanan setiap masa. Kami sangat bertuah kerana memiliki pasukan yang bagus, saya tidak melihat ia satu masalah buat kami.
"Namun saya rasa anda juga perlu melihat jumlah jaringan yang kami lakukan dalam EPL musim ini berbanding musim lepas," kata Ferguson.
Ferguson percaya walaupun tidak mampu mengulangi aksi seperti musim lalu dengan tidak melepaskan sebarang gol termasuk seri 3-3 di tempat sendiri ketika bertemu CSKA Moscow dalam Liga Juara-Juara Eropah, pasukannya berpeluang mampu mengulangi persembahan tersebut.
"Ini adalah pasukan yang mempunyai keupayaan sebenar.
"Mungkin bahagian yang paling kuat ialah kami mempunyai banyak pilihan untuk menangani masalah kecederaan.
"Kami mempunyai Wes Brown dan Jonny Evans, minggu lepas mereka beraksi dengan baik ketika menentang Blackburn dan Selasa lalu Jonny mengulangi semula kehebatannya, terutama pada separuh kedua.
"Walaupun mereka menjaringkan tiga gol, saya rasa sukar untuk menyalahkan pemain pertahanan tengah saya. Saya rasa kami bermain terlalu terbuka.
"Saya rasa kami mempunyai cabaran yang lebih besar tahun lepas dan mereka menerimanya. Cabarannya ialah kami terpaksa pergi ke Jepun (Piala Dunia Kelab) dan memberi fokus sepenuhnya.
"Kami memerlukan keputusan yang baik sebelum pergi ke Jepun dan selepas kami pulang kerana perlu bermain dalam baki perlawanan lain selain ketinggalan mata. Mereka berjaya menjalankan tugas dengan baik.
"Cabaran sekarang ialah memenangi liga. Ada yang mencongak ia akan berlaku pada masa akan datang, saya tidak rasa kejuaraan liga dapat diputuskan sehingga perlawanan antarabangsa berakhir.
"Sebaik kami berjaya mengharungi perlawanan antarabangsa, kita akan melihat aksi sebenar EPL," kata Ferguson.
No comments:
Post a Comment