Portugal akan merasai kehilangan Cristiano Ronaldo pada perlawanan penentuan Piala Dunia, namun mereka masih dianggap pilihan untuk menewaskan pasukan Bosnia.
Kemenangan ke atas Bosnia pada pertemuan esok dan Rabu depan akan menjamin tempat buat Portugal mara ke pusingan akhir di Afrika Selatan pada tahun depan.
Ronaldo yang juga bintang Real Madrid mengalami kecederaan buku lali dan disahkan terlepas aksi di Lisbon esok dan juga aksi kedua di Zenica empat hari kemudian.
Portugal pula berada di kedudukan ke-10 ranking dunia, 32 tangga mengatasi lawan mereka itu, namun Bosnia mempamerkan prestasi terbaik untuk layak buat pertama kali ke Piala Dunia.
"Secara teorinya, kami memiliki kewajipan untuk menang. Kami adalah calon pilihan untuk layak ke Piala Dunia," kata jurulatih, Carlos Queiroz.
Portugal mula mendapat momentum selepas menang tiga perlawanan terakhir kelayakan mereka.
Nani dan Simao bermain dengan baik dan menjaringkan gol pada kempen kelayakan Portugal, manakala Liedson pula berjaya memberi ancaman di jentera serangan.
Queiroz pula berharap perancangnya, Deco mampu mengulangi persembahan hebatnya bersama Chelsea selain menggunakan pengalamannya sebagai faktor kejayaan.
"Kami perlu menggunakan pengalaman dan kematangan pemain dalam skuad ini.
"Perlawanan ini dilihat sebagai penentu hidup dan mati bola sepak kami," kata Queiroz.
No comments:
Post a Comment