Thursday, November 5, 2009

Sevilla dan Lyon mara, Liverpool hampir tersingkir

Gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool semakin hampir tersingkir dari Liga Juara-Juara selepas seri 1-1 dengan Lyon awal pagi tadi.

Keputusan seri itu membolehkan Lyon mara ke pusingan kalah mati.

Lyon diiringi Sevilla yang diikat 1-1 oleh VfB Stuttgart tetapi memastikan kesudahan dua tempat teratas dalam kumpulan mereka apabila Rangers seri dengan Unirea Urziceni.
Cengkaman Barcelona terhadap trofi yang dimenang tahun lalu pula semakin longgar apabila mereka diikat 0-0 oleh juara Rusia, Rubin Kazan.

Sebaliknya, kebangkitan lewat Inter Milan untuk menang 2-1 ke atas Dynamo Kiev di Ukraine membolehkan pasukann Itali itu menduduki tangga teratas dalam persaingan sengit kumpulan itu.

Jika Barcelona dan Kazan berakhir dengan berkongsi tempat kedua, pasukan Rusia itu akan mara berdasarkan keputusan antara mereka.
Liverpool menguasai separuh masa pertama ke atas juara Perancis sebanyak tujuh kali dengan Fernando Torres, Dirk Kuyt dan Andriy Voronin hampir menemui gawang.

Liverpool kelihatan akan meraih tiga mata penuh apabila Ryan Babel merembat masuk gol pada lewat permainanan sebelum Lyon menambah derita mereka apabila Lisandro Lopez menyamakan kedudukan di minit akhir.

Kemenangan 5-2 Fiorentina ke atas Debrecen di tempat sendiri - yang bermula dengan gol awal Adrian Mutu - benar-benar menggugat Liverpool.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez, percaya nasib tidak berlaku adil kepada pasukannya.
"Kami berhak untuk menang dan melepaskan satu gol pada minit terakhir itu amat tidak bernasib baik," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails